Adsense

Ahad, 20 Februari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Pilih Kasih 2 popularlah - Rosyam

Posted: 19 Feb 2011 07:10 PM PST


SEDAR tak sedar, rupanya program realiti, Pilih Kasih musim kedua (PK2) sudah sampai ke penghujung selepas bersiaran di TV2 selama 10 minggu.

Malam ini, tujuh finalis akan bersaing untuk merebut gelaran juara di Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad,Seremban, Negeri Sembilan.

Mereka terdiri daripada Jay Iswazir, 29, Yuzwan Yunus, 24, Ku Hariz, 26,Livonia, 20, Mira Amnas, 20, Nur Jannah, 24, dan Lia Natalia, 19.

Namun masih ada lagi suara-suara sumbang yang memandang sinis terhadap PK2 ini. Program realiti ini dikatakan masih tidak popular seperti Akademi Fantasia atau Mentor.

Masalahnya betulkah ramai orang tidak menonton PK2 ini? Kenapa ya? Saat diajukan soalan itu kepada penerbit PK2, Rosyam Nor, dia memulangkan paku buah keras kepada mereka yang berkata demikian.

"Orang yang tidak sedar PK2 sudah sampai pentas akhir adalah golongan penonton yang tidak menonton program itu.

"PK2 ada peminat fanatik sendiri. Orang yang tak tengok, memang mereka tidak sedar. Kalau orang yang cakap macam tu, mereka sebenar yang tidak puas kerana PK2 sudah bersiaran pada pentas akhir.

"Bagi saya, PK2 merupakan satu fenomena baru dalam industri seni hiburan di negara ini kerana ia merupakan program realiti yang sangat berbeza dengan program realiti lain," terang Rosyam bersungguh-sungguh.

Menyambung hujahnya lagi, jelas Rosyam, dia tidak faham kenapa masih ramai anak-anak muda berlumba-lumba menyertai program realiti berbentuk nyanyian dan muzik.

Padahal kata lelaki berusia 43 tahun itu, industri muzik di negara ini telah mengalami kemelesetan yang berlarutan sejak kebelakangan ini.

"Berbanding dunia lakonan, industri kini mengalami pertumbuhan pesat berikutan wujudnya banyak stesen-stesen televisyen dan syarikat produksi.

"Ini secara tidak langsung akan membuka peluang kepada ramai pelapis pelakon terutama peserta PK2 untuk berkecimpung dalam dunia lakonan dengan menjadikan satu profesion pada masa akan datang.

"Ini membuktikan PK2 bukan sekadar membuka peluang untuk meraih populariti semata-mata tetapi dapat menjanjikan tempoh karier seni yang panjang.

"Buat apa popular setahun dua, lepas tu tidak ada lagi punca pendapatan. Macam peserta PK1, ramai yang semakin popular dan sibuk berlakon.

"Malah peserta PK2 yang terkeluar di minggu-minggu awal pun sudah semakin laku sekarang," katanya panjang lebar.

Rosyam memberitahu PK2 mencatat rating penonton lebih satu juta orang setiap minggu sejak bersiaran 11 Disember tahun lalu.

Mengenai musim ketiga, Rosyam mengakui RTM telah memberi lampu hijau untuk meneruskan program itu pada masa akan datang.

Malah dia yakin, PK2 tidak akan dibuang oleh RTM kerana ia merupakan program hiburan berbentuk ilmiah yang dimiliki stesen kerajaan itu.

"Saya berharap Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku penaja utama program ini selama dua musim akan terus bersama dengan kami selaras dengan slogan TM iaitu Merintis Kemungkinan," katanya bersemangat

Siapa juara PK2?

Pentas Akhir PK2 bakal menyaksikan kelainan dari bentuk persembahan iaitu finalis harus bermonolog. Malah, bagi drama pula skrip akan diberi di set penggambaran bertujuan untuk mengasah minda finalis supaya bersedia terutama secara spontan.

Lakonan teater pula lebih menekankan kepada tema lebih glamor dan menyeronokkan. Bertemakan kehidupan remaja di kolej, sudah tentu ia mencabar kerana finalis juga perlu menyanyikan beberapa lagu baru yang dicipta khas untuk teater itu.

Rosyam Nor berkata format Pentas Akhir PK2 masih sama seperti musim lalu apabila pemarkahan finalis mewakili sebanyak 50 peratus daripada beliau dan 50 peratus lagi juri profesional. Markah juga berdasarkan laporan pengarah mengenai disiplin dan tingkah laku finalis.

Ditanya finalis mana yang dijangka bergelar juara, dia mengambil jalan selamat untuk tidak mempunyai finalis pilihan di antara tujuh peserta itu.

Ini dibuktikan apabila dia menyingkirkan Shasha Allkhred yang dikatakan menjadi peserta pilihannya selepas tidak menunjukkan persembahan yang baik pada minggu kelapan.

"Saya tidak kisah siapa yang menjadi juara sama ada lelaki atau wanita. Semuanya terserah kepada tujuh finalis untuk menampilkan aksi terbaik pada Pentas Akhir PK2.

"Saya harap penonton yang mempunyai kuasa memilih juara menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan mengundi dengan bijak.

"Ini kerana siapa yang dipilih mereka, akan ditonton semula di kaca televisyen pada masa akan datang. Justeru, jangan tersalah undi," rayu Rosyam kepada penonton setia PK2.

Pada masa sama, Rosyam turut menasihatkan penonton agar tidak menghantar undian SMS di saat-saat akhir bagi mengelakkan kesibukan talian sistem pada malam ini.

Bkay kesal popular kerana skandal

Posted: 19 Feb 2011 07:09 PM PST


NAMA Bkay Nair tidak begitu popular di kalangan orang industri saat ini. Siapa sebenarnya dia? Memang menjadi tanda tanya. Kalau pun tersebut namanya, ramai yang mengangkat kening bertanya kembali soalan yang sama. Apa pula sumbangannya terhadap dunia seni tanah air sehingga memerlukan orang lain untuk mengenalinya?

Dari sisi sudut yang lain, sebenarnya Bkay dikenali kerana cetusan kisah sensasi, skandal cintanya dengan penerbit Lineclear Motion Pictures (Lineclear), Abdul Latiff Mohaideen.

Mata-mata sekeliling yang melihat aksi kemesraan pasangan ini seolah-olah mengesahkan kewujudan ikatan istimewa antara mereka.

Bkay dikatakan sering diberi imbuhan dek selalu berada di sisi penerbit filem Mami Jarum itu. Bilik khusus diberikan kepada pemilik nama sebenar Tryambikay Vengades di pejabat Wayang Studios International (WSI) yang terletak di Glenmarie Shah Alam, Selangor. Boleh bersebelahan dengan bilik Latiff pula tu.

Itu tak termasuk dengan layanan eksklusif setiap kali Bkay ke luar daerah atau berjumpa klien. Maklumlah, anak kelahiran Kulai, Johor ini adalah Pegawai Perhubungan dan Pengurus Koordinasi WSI. Mesti kena ada standard tersendiri.

Bahkan, ada yang mengatakan itu semua adalah pelaburan Latiff yang mahu mengambil Bkay sebagai isteri keduanya. Wow, sampai begitu sekali.

Apa istimewa wanita berusia 29 tahun ini sehingga dia mendapat layanan cukup istimewa berbanding sembilan pelakon Ratu The Movie yang berlakon di bawah filem yang sama.

''Sebenarnya, semua cerita yang melibatkan hubungan skandal saya dengan Latiff adalah fitnah semata-mata. Saya bukan seperti yang digempar-gemburkan,'' reaksi awalnya apabila menyentuh soal berkenaan.

Getus Bkay, isu berkenaan kerap dibangkitkan sejak akhir-akhir ini menyebabkan kadang kala dia mudah naik angin apabila orang bertanyakan perkara yang sama.

''Biar saya berterus terang. Saya dan boss Latiff memang tak ada hubungan istimewa. Semuanya auta belaka.

''Cerita gosip ini sebenarnya tak berasas. Ia bertebaran sejak September tahun lalu. Tapi bila dah berkembang dan terus diperbesarkan, banyak pula fakta yang salah. Nama saya semakin busuk dan penyebar fitnah pula bertepuk tangan keriangan,'' katanya lagi.

Kelebihan Bkay di mata Latiff

Menerangkan di mana keistimewaan Bkay di mata Latiff, wanita ini dilihat cukup bersedia untuk menghuraikan hujahnya.

''Bila orang tanya apa kelebihan saya, saya cuma boleh kata, saya hanya ada kelulusan dalam undang-undang saja. Lepas tamat belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2007, saya terus masuk firma guaman.

''Di situ saya bekerja hampir dua tahun, menggunakan pengetahuan masa belajar dulu di lapangan kerja. Tapi, saya tak boleh nak cakap apa-apa kalau bab rezeki ini. Sebab pada mulanya saya ingin teruskan dalam guaman, tapi akhirnya 'terpikat' dengan dunia seni.

''Bila saya dapat melepasi saringan uji bakat untuk berlakon Ratu The Movie, saya semakin yakin jiwa saya dekat dengan bidang seni. Dan dari situlah saya berkenalan dengan Latiff, tapi sebagai pelakon dengan penerbit.

''Dia (Latiff) kemudiannya menawarkan saya bekerja sebagai pegawai perhubungan awam dan koordinasi di WSI tapi saya tak nak pada mulanya. Latiff terangkan kepada saya bahawa dia mahu kelainan latar belakang seseorang untuk mengisi kekosongan posisi tersebut.

''Dalam fikiran saya pula, lebih baik berniaga daripada terlibat dalam bidang glamor ini. Tapi bila saya direnung kembali, sebenarnya bidang seni juga menyediakan platform dan tempat baik untuk saya belajar berniaga,'' ceritanya panjang lebar.

Ditanya bagaimana boleh tersebar cerita mengatakan kewujudan cinta antara Bkay dengan Latiff, wanita ini dilihat menggeleng kepala.

Finalis Miss Malaysia India Global 2009/2010 ini memberitahu bahawa dia tak punya pengetahuan langsung tentang kerja-kerja dalam industri. Apatah lagi untuk memegang jawatan sebagai pegawai perhubungan awam itu yang ternyata berbeza sekali dengan lapangan kerja di bidang perundangan.

''Selepas saya menurunkan tandatangan bersetuju bekerja di WSI pada 1 Januari 2010, saya amat memerlukan seseorang untuk memberi tunjuk ajar kerja-kerja produksi dan berkenalan dengan orang kuat dunia seni ini.

''Rentak cara kerja juga berubah dan saya tak punya sesiapa selain boss saya yang banyak beri tunjuk ajar. Selama enam bulan, saya menuntut ilmu dengan dia. Macam-macam saya belajar daripada dia.

''Tapi yang hairannya, cerita keakraban kami keluar pada bulan September tahun lalu. Kenapa tak cerita lebih awal lagi. Itu yang menimbulkan tanda tanya kepada saya,'' kata wanita berketurunan Malayali ini.

Menceritakan lanjut tentang kesan cerita kontroversi tersebut buat dirinya, Bkay bertukar nada. Sambil menghirup nafas, dia menyimpulkan bahawa dugaan itu adalah cabaran awal baginya untuk bertapak dalam dunia seni ini.

Tambahan selepas diberi amaran oleh bapanya, Vengades, dan ibu, Bharati, yang tak tahan mendengar cerita panas mengenai anak mereka di dada akhbar. Namun, selepas diterangkan satu persatu barulah mengerti tentang kerjaya baru anak tunggal mereka.

Fitnah ciptaan

Penyandang gelaran Miss India Tourism 2007/2008 ini juga menyatakan rasa terkilan kepada si pembawa fitnah yang menyebarkan kisah skandal dengan suami orang. Individu yang dimaksudkan adalah Nur Eina Azman yang juga merupakan salah seorang pelakon filem Ratu The Movie.

''Sampai sekarang saya tak tahu apa yang Eina mahu daripada saya. Apa motif dia jaja cerita buruk saya sedangkan kesannya pasti kembali kepada dia. Mungkin juga itu cara dia cari publisiti untuk glamor, tapi saya tak mahu komen bab itu.

''Sepanjang kami menjalani penggambaran termasuk di Langkawi, saya akui tak pernah bercerita buruk tentang dia dengan sesiapa. Lagi pun dia masih sekolah, buat apa saya nak cari pasal di lokasi dengan orang macam dia?

''Iyalah semua pelakon yang terlibat cari makan. Dia sepatutnya bersyukur kerana menjadi salah satu watak utama dalam filem ini. Bukannya dengan kaedah cari pasal dengan orang kuat filem (Latiff) sedangkan Ratu The Movie belum ditayangkan lagi.

''Tahukah dia kesan daripada perbuatannya itu boleh menyebabkan dia diheret dengan rasa penyesalan yang mendalam selepas ini nanti?'' katanya seperti memberi amaran.

Ditanya adakah pelakon filem Raya Tak Jadi dan Bujang Terlajak ini akan bersemuka empat mata dengan Eina, Bkay sekadar menguntum senyuman.

Katanya, perkara tersebut tidak perlu dilakukan sebab dia sudah pun menguruskan notis permohonan maaf yang sudah pun dihantar kepada pihak Eina.

''Saya tak mahu panjangkan cerita. Saya bersedia untuk maafkan dia, lagi pun mungkin dia bertindak atas dasar emosi. Kalau dia datang kepada pihak syarikat termasuk saya untuk meminta maaf, saya terima dengan tangan terbuka.

''Tandatangan surat meminta maaf. Berjanji tutup mulut daripada bercerita buruk tentang orang dan tidak sesekali bercerita tentang filem Ratu The Movie lagi.

''Mudah saja syaratnya, bukan? Sekarang ini, saya masih boleh bersabar. Saya tak mahu membuli budak sekolah sebab itu bukan cara saya,'' katanya penuh sinis.

Mahu kembang bakat

Wanita berbintang Aquarius ini juga menanam impian untuk menjadi penyanyi satu hari nanti. Berkebolehan dalam bidang tarian dan bermain instrumen biola adalah asas untuk mendalami bidang yang satu lagi itu, sekiranya diberi kesempatan.

Mungkin terlalu awal untuk direncanakan tetapi Bkay memang suka mencabar dirinya untuk melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan, hanya untuk kepuasan diri semata-mata.

''Saya mahu jadi artis serba boleh. Sekarang ini sedang dalam peringkat pembelajaran. Macam-macam yang saya kena belajar tentang selok belok dunia artis.

''Sekarang ini adalah masa untuk saya melengkapkan semua pengetahuan itu. Kalau ada rezeki nanti, semua akan berjalan lancar,'' kata peminat Norah Jones ini.

Pemuja penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza ini juga bakal mengikuti kelas menyanyi tak lama lagi.

google: bkay, gambar terkini terbaru bkay, bkay facebook, bkay blog, bkay twitter, foto bkay, bkay seksi, bkay hot, bkay bogel, bkay buah dada, bkay profil, bkay wiki, bkay biodata, bkay bio, 

Saya solat istikharah - Rozita

Posted: 19 Feb 2011 07:07 PM PST


SEJAK tak jadi bersara ni, makin naik saham dramatis popular Rozita Che Wan. Khabarnya, tawaran berlakon tak henti, sana sini datang macam air hujan turun mencurah-curah. Untung betul jadi Rozita walaupun berstatus janda mempunyai dua anak lelaki teruna.
Tapi yang pelik sekarang, Rozita seolah-olah tak suka ditemubual. Contohnya, pagi Rabu lalu di Damansara. Lepas tamat pratonton filem Kembar Siang lakonannya, dia enggan ditemubual oleh pihak media. Alasannya kerana perlu bergegas ke majlis pelancaran program-program tv pula.

Kenapa jadi macam tu? Takkan Rozita takut nak jawab secara berdepan kenapa tak jadi bersara selepas satu Malaysia tahu dia nak tinggalkan dunia seni akhir tahun lalu.

"Sebenarnya, memang saya nak bersara pun. Tapi saya ada sebab untuk terus berlakon. Bukan saya nak propa atau menipu orang ramai. Saya ada alasan tapi terlalu peribadi nak saya bagi tahu," katanya kepada wartawan ARIF NIZAM ABDULLAH dan jurugambar ABDUL RAZAK LATIF pada majlis di sebelah petang itu.

Rozita yang kini tampil dengan imej rambut lurus turut menjawab mengenai tawaran menjadi Artis Residen Astro, suka lelaki muda dan kenapa dia jauh hati dengan Pancaindera.

BETULKAH Rozita suka melarikan diri daripada wartawan sejak tak jadi bersara?

Mana ada saya larikan diri. Pagi tadi memang saya tak sempat untuk ditemubual lepas pratonton filem Kembar Siang. Pasal saya kena berkejar ke Restoran D'Saji, Jalan Semarak pula. Nak balik rumah cepat dan tukar baju.

Sejak tak jadi bersara ni, banyak sangatkah tawaran berlakon?

Alhamdulillah, jadual berlakon saya penuh sampai bulan Jun. Saya baru habis penggambaran drama Iparku Diva, lepas ini drama 13 episod Bila Suami Jadi Suri diikuti drama Mencari Wardah. Lepas itu lagi ada dua filem, dua telemovie dan 13 drama episod.

Semua drama itu di Astro saja atau stesen televisyen lain?

Kebanyakan di Astro dan TV2. TV3 tak ada.

Jadi, sahlah nak jadi Artis Residen Astro lepas ni?

Benda ni saya tak boleh komen pasal tidak ada surat hitam putih lagi. Kalau ada berita baik nanti saya akan maklumkan kepada semua orang. Bagi saya tak elok dok bercerita benda yang tak jadi lagi.

Bila ditawarkan oleh Astro?

Minta maaf sangat. Saya tak nak cakap apa-apa.

Tapi tak rugikah kalau jadi Artis Residen Astro? Boleh keluar di satu stesen sahaja. Kasihan peminat Rozita di stesen-stesen televisyen lain.

Saya rasa semua rumah sekarang dah ada Astro kot. Dia orang boleh tengok drama saya lagi, jadi tak timbul isu saya dah tak keluar di stesen lain. Tapi saya sedar, jadi Artis Residen ni ada untung dan rugi kepada karier saya.

Rozita dulu dok canang satu Malaysia nak bersara daripada dunia seni akhir tahun lalu. Siap bagi tarikh 19 Disember hari terakhir berlakon. Tiba-tiba tak jadi pula. Kenapa?

Kalau ikut kontrak tawaran, hari terakhir saya berlakon pada 25 Disember tahun lalu. Lepas tu sepanjang bulan Januari saya langsung tak berlakon. Sebenarnya, memang saya nak bersara pun. Tapi saya ada sebab untuk terus berlakon. Bukan saya nak propa atau menipu orang ramai. Saya ada alasan tapi terlalu peribadi nak saya bagi tahu. Harap semua faham. Ikut hati saya dah tak larat nak berlakon. Saya juga dah buat solat istikharah.

Habis tu, apa petunjuk lepas solat istikharah?

Alhamdulillah, makin mencurah-curah tawaran berlakon sampai TV3 pun kecil hati pasal dulu saya ada tolak tawaran berlakon sebelum ni kerana nak bersara. Saya kena reda, kalau betul ini jalan hidup saya mencari rezeki, saya kena teruskan hidup dalam dunia seni. Saya bersyukur kerana murah rezeki sedangkan orang lain susah nak dapat rezeki. Bagi saya apa yang berlaku ada hikmah dan pengajaran. Bukan niat saya nak tipu. Kalau kita nak, tapi Tuhan tak izin memang tak jadi.

Tapi ada dakwaan kata Rozita tak jadi bersara kerana hilang punca pendapatan? Gara-gara putus cinta dengan Shah yang kerja di Singapura sebagai pengarah urusan. Betulkah?

Tak adalah. Saya dah lama putus cinta dengan Shah sejak Jun tahun lalu. Lagi pun saya dah ada butik ala gudang sendiri di Seksyen 23, Shah Alam. Jadi, siapa kata saya tak ada punca pendapatan.

Ramai juga yang cakap Rozita suka cari publisiti murah supaya nama kekal popular dalam industri setiap masa. Lebih-lebih lagi suka dikaitkan dengan lelaki muda atau anak ikan macam pemain bola kebangsaan, Asraruddin Putra Omar selain artis seperti Shahir dan Zain Saidin.

Wartawan yang buat publisiti macam tu kerana saya tak pernah panggil wartawan untuk bagi kenyataan. Tapi salahkah saya nak kawan dengan lelaki lain. Susah kalau macam ini jadi artis, asal keluar makan dengan mereka dah jadi gosip di suratkhabar dan majalah.

Habis tu macam mana kenal dengan lelaki-lelaki muda tu?

Saya kenal Asraruddin pasal temankan Ayu (Raudhah) dan Zaquan pergi dating. Masa dia orang tengah bercinta. Zaquan bawa Asraruddin. Habis tu saya dan Asraruddin nak buat apa bila Ayu dan Zaquan dok sembang berdua. Kami pun sembang berdua. Dah pula orang gosip saya dengan Asraruddin.

Shahir dan Zain pula?

Shahir pasal dia yang minat saya. Lagi pun kami pernah berlakon sama. Zain pula kerana kami rapat di set penggambaran. Saya tak pernah keluar dating dengan Zain atau pun Shahir. Semua orang salah faham. Habis tu saya tak boleh kawan dengan artis lelakilah macam tu. Semua nak gosip. Tapi lagi baik keluar dengan lelaki bujang dan muda daripada suami orangkan?

Jadi, memang tak betullah Rozita suka lelaki muda?

Tak ada. Sebelum ni pun saya pernah kena gosip dengan Datuk K, Tan Sri R, orang tak cakap pula saya suka lelaki tua. Kenapa perlu cakap saya suka lelaki muda? Kenapa tak cakap lelaki muda yang suka Rozita Che Wan?

Kalau macam tu, siapa teman lelaki baru sekarang?

Saya solo sekarang. Saya ini macam pantun orang tua, anak lintah tergedik-gedik, buah limau dalam paya, saya ini nak menikah tergedik-gedik, tapi orang tak mau tak upaya. Hahahaha...

Dengar cerita merajuk dengan Pancaindera pasal Joyah dan Siti Jarum kritik Rozita? Tak nak ditemubual di telefon dan tak nak buat artikel lagi di Pancaindera, betul ke?

Saya bukan apa. Dah tiga kali Pancaindera buat tiga artikel buruk pasal saya. Suratkhabar lain tak pernah tulis pun. Saya memang jenis transparen. Kalau saya tak nak, saya cakap terus-terang. Tak suka simpan dalam hati. Tapi kalau dah berjumpa berdepan macam ini, memang tak boleh elak kena temu bual. Tapi kalau dalam telefon, saya boleh elak lagi.

Ainul Aishah dah berpunya

Posted: 19 Feb 2011 07:06 PM PST


AMBOI, patutlah berseri-seri wajah Ainul Aishah sejak kebelakangan ini. Rupa-rupanya dah ada teman lelaki baru yang mengisi kekosongan hatinya.

Bukan apa, baru-baru ini ada kiriman gambar yang memaparkan kemesraan

Ainul dengan seorang lelaki muda ini. Risik punya risik memang sah itu merupakan kekasih Ainul sekarang.

Gambar yang Syed terima ni dirakamkan semasa pelancaran kedai Tutti Frutti milik keluarga Ainul di Bangi, Selangor kira-kira sebulan yang lalu.

Bila Syed telefon Ainul untuk bertanyakan kesahihan gambar yang diterima itu, dia tak menafikan perkara tersebut.

"Dia memang kekasih saya. Nama dia Ben dan berasal dari Perlis. Kami sebenarnya dah lama berkawan. Cuma baru tahun lepas kami mula rapat.

"Memang dia lelaki yang baik dan penyayang. Sebab itu saya suka berkawan dengan dia. Kira memang selesa bila berada bersamanya," kata pelakon utama drama bersiri Begitukah Cinta yang sedang ditayangkan di TV3 ini.

Di sebalik itu semua, kata Ainul dia cukup gembira bila francais Tutti Frutti yang dimiliki keluarga mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

"Memang saya gembira kedai kami dikunjungi ramai orang. Bukan sahaja jualan yang menggalakkan tetapi jualan kedai baru kami antara yang tertinggi di setakat ini," kata Ainul.

Syed: Al-Fatihah buat bapa kepada jurufoto popular, Jeffri Iran yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini.

google: ainul aishah, boyfriend ainul aishah, kekasih ainul aishah, buah hati ainul aishah, balak ainul aishah, teman lelaki ainul aishah, gambar teman lelaki ainul aishah, foto ainul aishah dan kekasih, gambar terkini kekasih ainul aishah