Adsense

Isnin, 21 Februari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Mahu tembus rantau Asia

Posted:

Mahu tembus rantau Asia

Mahu tembus rantau Asia



PADA lima tahun pertama penglibatannya sebagai wartawan penyiaran, Aznil Nawawi tidak pernah terfikir dia akan menjadi orang popular atau seorang bintang.

Pada hematnya juga, dia beranggapan akan terus menjadi orang di belakang tabir yang menjadi pemecah idea pada sesuatu program yang bakal diterbitkan. Bukan menjadi perhatian umum di hadapan kaca televisyen. Namun segalanya berubah apabila dia mula menjadi hos program seperti Pop Kuiz dan Melodi sekitar awal 90-an.

Aznil kini adalah satu jenama penting dalam dunia penyiaran terutama dalam bidang pengacaraan.

Duduk bersama Aznil pada tengah hari Selasa lalu untuk bercakap tentang kembara seni selama 21 tahunnya, kata Aznil apa yang dilewatinya sepanjang tempoh tersebut adalah satu perjalanan yang penuh dengan keterujaan. Sehingga hari ini, pada usia 48 tahun, dia masih belum lelah atau mahu berhenti daripada dunia yang amat dicintainya ini.

"Dulu saya tidak pernah terfikir akan menjadi peneraju kepada sesuatu program. Saya fikir orang penyiaran tidak akan popular atau menjadi terkenal, sebab saya adalah salah seorang tenaga kerja untuk sesebuah program sahaja.

"Tapi ia telah berubah apabila saya mula diberi kepercayaan untuk berada di depan kaca televisyen dan bertanggungjawab untuk mengendalikan sesebuah program. Daripada situ, saya terus bergerak dan Alhamdulillah, sehingga hari ini, saya sudah menghasilkan banyak program sendiri dengan saya juga masih diterima baik oleh khalayak," kata Aznil.

Benar apa yang diluahkan Aznil. Nama-nama program seperti Macam-Macam Aznil, Tom Tom Bak, Jangan Lupa Lirik dan Serasi Bersama misalnya adalah antara produk yang dihasilkan olehnya. Bersama produk sendiri, anak kelahiran Datuk Keramat, Kuala Lumpur ini juga cukup sinonim sebagai hos program realiti Akademi Fantasia.

Dalam masa yang sama, popularitinya juga membawa dia masuk ke dalam dunia radio sebagai deejay ERA dan sebagai pelakon. Hampir semua cabang seni yang ada telah 'disapu bersih' oleh Aznil.

Aznil ketawa dengan perhitungan yang dibuat. Tetapi kemudian dia berkata, semua pekerjaan yang dilakukannya itu adalah rekod peribadi buat dirinya. Aznil mengaku sengaja mencipta sebanyak mungkin rekod agar dia sentiasa bergerak dan tidak statik pada satu kedudukan. Semuanya demi kecintaan yang cukup mendalam terhadap bidang seni.

"Saya harus terus mencipta rekod untuk diri sendiri sebagai pendorong buat saya terus bergerak ke hadapan. Saya mahu melawan limitasi diri agar setiap yang saya lakukan itu berbaloi.



"Jujurnya, sepanjang tempoh 21 tahun, saya berpuas hati dengan hampir semua rekod yang telah saya cipta kerana rekod-rekod tersebut membuat saya terus wujud sehingga hari ini. Dan suka saya katakan, saya masih belum mahu berhenti mencipta rekod lagi kerana saya membayangkan kerjaya saya masih lagi panjang," katanya penuh semangat.

Namun saat ditanya rekod apa lagi yang belum dicapainya, Aznil pantas memberitahu: "Kalau boleh saya mahu terkenal di rantau Asia. Itu adalah rekod yang belum mampu saya lakukan.

"Namun saya tetap bersyukur kerana selama 21 tahun, saya masih terkenal di negara sendiri dan mampu mendorong atau membuka pintu buat generasi baru dalam bidang ini. Itu sudah memadai buat saya."

Bual bicara serius

Cukup sinonim dengan program bual bicara berbentuk kekeluargaan dan santai, Aznil saat ditanya tidakkah dia mahu mencuba bual bicara yang serius, seiring dengan usia dan kematangannya dalam industri memberitahu dia mempunyai impian berbuat demikian pada masa akan datang.

"Saya memang sedang menuju ke arah itu," katanya pendek sebelum menyambung: "Dulu, khalayak mempunyai stigma bahawa program bual bicara itu membosankan. Oleh kerana itu saya melahirkan program Macam Macam Aznil untuk memecah stigma program bual bicara yang bosan.

"Apabila banyak program bual bicara saya yang berbentuk santai sudah berjaya, saya kini menuju untuk membikin program bual bicara yang lebih serius," katanya lagi.

Bosan

Aznil, Aznil, Aznil dan Aznil lagi. Barangkali ia akan menimbulkan rasa muak bagi segelintir orang yang berasa Aznil di sana atau Aznil di sini. Lebih-lebih lagi apabila dia kini mahu membikin konsert perdananya, Konsert Hore-Hore Aznil yang bakal dilaksanakan pada pada 12 Mac, pukul 8.30 malam di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Lelaki lulusan Universiti Malaya itu tersenyum mendengar persoalan tersebut. Bersetuju dengan apa yang diajukan kepadanya, namun Aznil tetap mempunyai jawapan bagi persoalan tersebut.


AZNIL berharap Konsert Hore-Hore yang bakal berlangsung pada 12 Mac ini memberi kepuasan kepada peminatnya.


"Jujurnya, saya memang pernah terfikir orang akan bosan dengan penampilan saya yang berulang kali. Sebab itu saya akan pastikan penampilan saya akan berbeza-beza dalam setiap program yang saya kendalikan. Saya tidak mahu menjadi stereotaip.

"Misalnya untuk Konsert Hore- Hore ini, saya akan tampil dengan versatil. Dalam durasi dua jam persembahan, saya bukan sahaja menyanyi tapi juga akan mengendalikan konsert ini dengan beberapa segmen termasuk permainan," katanya yang akan menyanyikan lebih 20 buah lagu termasuk miliknya serta lagu legenda pujaannya, Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Mengaku bukan seorang penyanyi yang bagus, namun dia yakin mampu menghiburkan khalayak yang datang kelak. Justeru dia kini giat menjalani rejim senaman dan mahu menurunkan berat badannya daripada 70 kilogram kepada 65 kilogram. Alasan Aznil, dia tidak mahu memberi sebuah persembahan asal boleh kerana khalayak membayar untuk menonton persembahannya nanti,

Katanya: "Saya tahu saya mungkin tidak mempunyai vokal sebaik penyanyi profesional. Tetapi saya yakin saya mampu menghiburkan khalayak dengan cara saya tersendiri. Demi sebuah persembahan yang energetik dan tidak nampak pasif, saya kini giat bersenam dan akan membuat latihan penuh bersama band dua minggu sebelum persembahan untuk sebuah persembahan yang tidak merugikan peminat saya."

Ditanya apa sahaja habuan yang akan diperoleh penonton yang hadir kelak, Aznil memberitahu selain banyak hadiah yang menanti, dia sendiri akan tampil dengan fesyen busana ala Hong Kong dan sebuah persembahan yang terbaik hanya untuk peminat-peminatnya pada konsert anjuran RYE Production dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Klik untuk remaja

Posted:

Klik untuk remaja

Klik untuk remaja

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN


BARISAN pelakon remaja yang menjadi tunjang drama Klik.


MENYEDARI rancangan hiburan untuk remaja berusia 10 hingga 14 tahun masih lagi berkurangan, Astro Ceria (saluran 611) tampil membuat pembaharuan dengan menyajikan drama bersiri Klik.

Drama Klik boleh dikatakan seperti Geng Bas Sekolah versi sekolah menengah.

Sama juga dengan Geng Bas Sekolah, Klik menampilkan watak-watak remaja di sekolah dengan pelbagai perangai.

Diarahkan oleh Hashim Rejab, drama bersiri 13 episod itu menampilkan Ariel Zafril, Zoey, Erin Malik, Aren Yunus, Wawa Zainal, Fifi Natasya dan Chee Ka Yee selaku pendukung utamanya. Drama bersiri itu disiarkan sejak Januari lalu setiap Ahad pukul 10.30 pagi.

Klik menceritakan kehidupan sekumpulan remaja yang terdiri daripada remaja sekolah yang berkonsepkan santai dan mencuit hati dengan gelagat bersahaja serta mengupas persoalan dalam lingkungan remaja seperti persaingan mendapat tempat terbaik, kemahuan untuk dikenali dan menjadi pujaan ramai.

Selain kisahnya memberi pengajaran kepada remaja, Klik juga menyingkap keindahan dunia remaja pada zaman kini yang biasanya dipandang serong.

Klik bertujuan untuk menyedarkan para penonton bahawa hidup sebagai seorang remaja tidak kira di kota besar atau di pinggar bandar, mereka tetap seorang remaja yang perlu didekati.

Menonton drama ini membolehkan kita lebih memahami dan membantu mereka pada masa hadapan untuk sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

"Klik merupakan drama bersiri pertama untuk remaja berusia 10 hingga 14 tahun. Belum ada lagi drama untuk mereka dan Ceria sendiri sebelum ini lebih memfokuskan kepada kanak-kanak di bawah usia 10 tahun.

"Menerusi maklum balas yang kami terima, ramai remaja yang mahukan drama yang bersesuaian dengan mereka dan akhirnya Klik menjadi taruhan pertama kami," kata Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri tersebut yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini.

Sebagai saluran yang menyasarkan penonton kanak-kanak dan golongan remaja, Evon berkata Astro Ceria terpanggil dan bertanggungjawab untuk mendekatkan masyarakat dengan kehidupan dan konflik remaja yang dipaparkan dalam drama ini.

Menggabungkan pelakon-pelakon lama dan baru, ia memberi sedikit cabaran buat Hashim yang mengarahkan drama bersiri terbitan MIG Production Sdn. Bhd. kerana ia mencabar kredibilitinya sebagai pengarah, memandangkan kesemua pelakon yang terlibat merupakan bakat-bakat muda yang baru dalam industri ini.

"Memang agak susah kerana drama ini menampilkan majoriti pelakon baru dan ada yang tidak pernah berlakon sebelum ini. Mereka masih tidak mengetahui istilah-istilah penggambaran dan ada yang tidak tahu untuk membuat apa-apa.

"Cabarannya saya terpaksa mengajar mereka bermula dari yang paling asas, ketika hari pertama penggambaran sepatutnya 12 babak dirakamkan tetapi hanya tiga babak yang siap," katanya yang berpuas hati selepas pelakon-pelakon drama ini berjaya membawakan watak mereka dengan jayanya.

Selain itu, sepanjang mengarah drama ini, Hashim juga perlu berhati-hati dan memastikan agar isu-isu yang dipilih tidak tersasar dari usia mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Eduardo cinta baru Eva

Posted:

Eduardo cinta baru Eva

Eduardo cinta baru Eva


EVA dan Eduardo menjalinkan hubungan yang intim.


ARTIS Eva Longoria, 35, dikatakan menemui cinta baru iaitu penyanyi Eduardo, 25, selepas bercerai dengan Tony Parker.

Eva dan Eduardo dilihat bercium dan berpelukan di sebuah kapal di Miami, Florida baru-baru ini.

Bintang siri TV Desperate Housewives itu pertama kali dikaitkan dengan penyanyi kacak itu pada Disember tahun lepas apabila mereka dilihat bersama di kediaman Eva, di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Satu sumber memberitahu pasangan itu kelihatan begitu mesra bersama walaupun status kemesraan tersebut tidak diketahui secara tepat.

Sebelum ini Eva telah berpisah dengan pemain bola keranjang Tony Parker pada November 2010.

Perceraian rasmi dengan bekas suaminya itu telah diputuskan oleh Mahkamah Los Angeles, pada Januari tahun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.