Harian Metro: Rap |
Posted: 20 Feb 2011 05:33 AM PST WAJAH tampannya memang memikat hati ramai wanita di luar sana. Malah, kelibatnya sering mencuri perhatian sesiapa saja ketika menghadiri mana-mana majlis di persada hiburan tanah air. Itulah aura yang dimiliki pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang cukup dikenali dengan watak Hang Tuah dalam pementasan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL), Stephen Rahman Hughes.
Justeru, kemunculan Stephen di majlis pelancaran dokumentari Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) yang berlangsung di TGV KLCC baru-baru ini, sekali lagi mencuri perhatian pihak media dan jurugambar tempatan yang membuat liputan. Semuanya ingin mengetahui kebenaran khabar angin yang tersebar itu. Namun, aktor kacak ini nampaknya cukup profesional ketika diasak dengan pelbagai persoalan berhubung statusnya itu.
"Kami mula bertemu ketika sama-sama terbabit dalam pementasan Bombay Dreams dulu. Kami sering bersama dan sudah berkawan baik selama lapan tahun. Walaupun sibuk dengan karier masing-masing, saya akui hidup tetap sunyi tanpa seorang isteri. "Selepas mengenali hati budi masing-masing, kami putuskan untuk berkahwin. Kami serasi bersama mungkin kerana kami menceburi bidang yang sama. "Dari segi pemilihan Tuscany, Itali pula, sebenarnya, kami sama-sama mengagumi keindahan lokasi menarik itu ketika bercuti di sana sebelum ini. Sebab itulah, kami putuskan untuk berkahwin di sana," katanya. Ditanya sama ada dia akan memperkenalkan isterinya itu kepada pihak media, Stephen berkata, dia tidak akan menyorokkan berita baik itu dari pihak media tempatan nanti.
Mengulas lanjut mengenai lakonannya dalam filem epik HMM yang membabitkan bajet RM8 juta arahan Yusry Abd Halim itu, kata Stephen, dia juga membuat kajian mendalam mengenai sejarah HMM dan karakter yang dilakonkannya dalam filem itu. "Saya juga membaca skrip terlebih dulu dan tidak melihatnya dari sudut agama atau watak Merong Mahawangsa itu orang Melayu atau tidak? Saya mengkaji sejarah dan yang kedua adalah karakternya. Saya juga perlu fokus pada watak yang diserahkan itu. "Tanggungjawab saya sebagai pelakon adalah untuk menghiburkan penonton. Cabaran dihadapi untuk menjiwai watak Merong Mahawangsa memerlukan saya bercakap dalam bahasa Melayu di samping bahasa inggeris. Selalunya, saya akan berlatih dalam kepala dengan begitu mendalam dulu sebelum berlakon," katanya. Bagi menjayakan babak aksi, Stephen juga berguru selama dua minggu dengan jurulatih lagak ngeri dari Hong Kong. "Saya juga tidak mengalami kecederaan ketika menjalani latihan dan hanya menganggapnya sebahagian dari proses lakonan. Saya juga perlu pastikan sentiasa cergas sebaik yang mungkin dan menjaga diet supaya bertahan sepanjang di lokasi penggambaran filem ini," katanya. Stephen juga mengakui karakter sebagai Merong Mahawangsa lebih menyeronokkannya berbanding sebagai Hang Tuah dalam PGL dulu. "Saya menyukai kedua-dua watak itu kerana perbezaan karakter dilakonkan. Dari segi perbandingan pula, watak Hang Tuah lebih relaks dan saya perlu kembangkan karakter sekali gus permulaan saya melangkah ke dalam filem Melayu. Watak Merong pula lebih berdepan tekanan dan saya menimba lebih banyak pengalaman beraksi dalam filem ini," katanya.
Filem HMM yang ditulis Amir Hafizi ini menceritakan mengenai nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.
|
Posted: 20 Feb 2011 05:28 AM PST PENGURUS Besar Prism (Performance and Artistes Right (M) Sdn Bhd, Ong Peng Chu minta Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez menjaga persatuan sendiri daripada mencampuri urusan persatuan lain. Menurutnya, Freddie bukan saja suka menghentam Prism tetapi juga persatuan lain yang tiada kena mengena dengannya. Kemelut yang melanda Prism dan Karyawan apabila Freddie menuduh Prism menyeleweng duit persatuan yang berjumlah jutaan ringgit. Krisis antara dua persatuan itu bermula pada 2002 apabila Public Performance Malaysia Sdn Bhd (PPM) dan Prism mengemukakan fail saman kepada Karyawan.
"Mahkamah memerintahkan Karyawan membayar pampasan RM10,000 kepada Prism. Sekiranya pihak Karyawan memohon maaf rasmi secara terbuka dalam tempoh 30 hari dengan syarat yang boleh diterima oleh Prism, bayaran pampasan itu akan dikurangkan sebanyak RM5,000. "Selain itu segala kos pembiayaan guaman dan mahkamah harus ditanggung oleh Karyawan. Pada 2005, Karyawan ada hantar surat minta Prism gugurkan kes dengan kos RM1 tetapi mereka tidak mohon maaf.
Tambah Peng Chu, Karyawan kena buat permohonan maaf secara terbuka pada minggu ini juga, jika tidak mereka terpaksa membayar pampasan penuh. Bahkan katanya, dia boleh membuat saman peribadi terhadap Karyawan kerana presiden persatuan itu menyerangnya secara peribadi.
Jika Karyawan terus hendak menentang keputusan mahkamah, kata Peng Chui, dia tidak boleh kata apa. Apa yang diharapkan Prism, masalah itu dapat diselesaikan secara baik. "Sejak Karyawan melempar fitnah terhadap saya, hidup saya tidak aman di mana setiap hari saya terpaksa menjawab panggilan telefon 10 hingga 15 orang. Saya mengambil hampir sejam untuk menjelaskan perkara sebenar kepada setiap pemanggil," katanya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |