OHBULAN! |
Sah, Daphne Iking Sudah Peluk Islam & Berkahwin! Posted: 23 Feb 2011 09:02 PM PST Hampir seminggu ura-ura Daphne Iking memeluk Islam sudah menjadi buat mulut orang ramai, terutamanya di kalangan followers kami. Hari ini, kami menerima berita yang mengesahkan status agama & status perkahwinan Daphne Iking, atau nama barunya Dahlia Eleanor Iking. Menurut KakInaKL.com, semalam dia berkesempatan menemui Daphne Iking di Actor Art Studio bertempat di Lot 10 sempena pementasan teater. Kehadiran Daphne Iking bersama seorang jejaka Melayu yang hensem menimbulkan pelbagai persoalan. Kesempatan ini diambil oleh KakIna untuk bertanya mengenai status agama Daphne Iking. Daphne Iking mengakui bahawa dia sudah memeluk Islam & kini memegang status sebagai seorang isteri. Dalam senyap, sebenarnya Daphne Iking sudah pun melangsungkan pernikahannya bersama seorang jejaka Melayu sekitar awal tahun ini. Kalau diikutkan, ini merupakan perkahwinan kali kedua Daphne Iking. Sumber kami yang lain ada memaklumkan bahawa suami kepada Daphne Iking bernama Azmi, atau lebih dikenali sebagai Joe. Azmi merupakan bekas Managing Director untuk Redberry Group. Selama ini, kehadiran mereka berdua dalam mana-mana acara dilihat sebagai pasangan kekasih, rupa-rupanya sudah pun menjadi suami isteri. Kami ucapkan tahniah kepada Daphne Iking, semoga dia tabah menjadi saudara baru Islam, dan seorang isteri yang baik buat Azmi. Doakan yang terbaik buat mereka berdua! |
Kedudukan Terkini Carta Facebook Fans Selebriti Malaysia Posted: 23 Feb 2011 06:12 PM PST Berikut adalah kedudukan terkini Carta Facebook Fans Selebriti Malaysia yang masih dipegang oleh Lisa Surihani dengan jumlah peminat seramai 1.2 juta orang. Turut mengikut rapat pada tangga kedua ialah hos tv, Aznil Haji Nawawi (836,976) & tempat ketiga ialah Scha Al-Yahya (831,781).
Fara Fauzana dikatakan terkeluar daripada Carta Facebook Fans Selebriti Malaysia ekoran FB fanpage-nya telah diceroboh & didelete oleh orang yang tidak dikenalpasti. Namun, Fafau berjaya menarik semula 400 ribu fans dalam masa sebulan. Carta ini juga merupakan satu petunjuk tahap populariti seseorang artis dalam dunia internet, dan kami lihat trend ini disebabkan mereka aktif menggunakan Facebook & Twitter sebagai medium promosi. Walau bagaimanapun, ada selebriti yang kurang aktif tetap termasuk dalam senarai 12 tertinggi, mungkin disebabkan persona mereka di layar perak dan di atas pentas sangat menyerlah. Seramai 9 selebriti yang berlatar belakangkan dunia lakonan, manakala yang selebihnya merupakan penyanyi tersenarai dalam carta tidak rasmi ini. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |