Adsense

Khamis, 24 Februari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tiada masa untuk bercinta

Posted:

Tiada masa untuk bercinta

Tiada masa untuk bercinta



BELUM sempat mengharungi kehidupan sebagai seorang pelakon baru dengan tenang, pemilik nama Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa sudah pun berhadapan dengan pelbagai cerita yang kurang senang untuk didengar.

Sangkaan untuk tidak menimbulkan sebarang kontroversi sepanjang penglibatan dalam dunia hiburan ternyata meleset. Meskipun penonton belum pernah melihat lakonannya di kaca televisyen, gadis berusia 22 tahun itu telah diuji dengan pahit maung dunia selebriti.

Mungkin kelebihan memiliki bentuk fizikal yang sempurna dan sedap mata memandang telah membuatkan umum suka untuk bercerita perihal peribadinya.

Terbaru, empunya diri telah dikaitkan sebagai penyebab keretakan hubungan intim pelakon kacak Shahz Jaszle, 23, dan kekasih hatinya iaitu pelakon jelita, Maria Farida.

"Apa yang terjadi dengan mereka sememangnya tiada kena-mengena dengan saya," ujar Neelofa ringkas ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Dia yang turut mengetahui gosip tersebar luas itu berpendapat, itulah dugaan yang perlu ditelan sebaik sahaja mengambil keputusan untuk melangkah ke persada hiburan.

Khabarnya kemesraan Neelofa dengan Shahz bukan sekadar di set penggambaran filem Azura versi 2011 yang berlokasi di Paris dan London.

Sebaliknya, watak romantik yang dilakonkan mereka telah berlarutan sehingga ke luar lokasi dan kini masih menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih.


SHAHZ JAZLE dan Maria Farida. Shahz dikatakan memutuskan hubungan dengan Maria melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) kerana terpikat dengan Neelofa.


Bukan itu sahaja, situasi itu menyebabkan Shahz mengambil tindakan untuk memutuskan ikatan percintaannya bersama Maria Farida, 40, hanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tidak boleh mengelak mudah dengan begitu sahaja, Neelofa berpendapat, desas-desus yang hadir mungkin tetap akan berlaku sekiranya dia berganding dengan aktor lain.

"Jika saya berlakon dengan pelakon lain mungkin gosip sebegini tetap akan tercetus. Namun, peminat di luar perlu dengar juga perkara sebenar daripada saya.

"Mana boleh saya terus ingin bercinta dengan Shahz sedangkan kami baru sahaja kenal antara satu sama lain sewaktu penggambaran filem itu. Tidak semudah itu untuk saya terjebak dalam percintaan," ujar Dewi Remaja 2010 itu.

Berbalik kepada situasi kononnya kemesraan terbawa-bawa sehingga luar lokasi, dia tidak menafikan hanya 12 krew produksi dan tiga pelakon yang terlibat sepanjang dua minggu menjalani pengambaran di sana.

Justeru itu, sudah pasti masa yang terluang dihabiskan bersama bukan sahaja berdua-duaan sebaliknya turut ditemani oleh jurusolek.

"Jangan terlalu cepat salah sangka. Lagipun, pelakon yang ada hanya tiga orang, jadi sudah tentu kami banyak lepak bersama," terangnya lagi.


SELAIN menafikan menjalin hubungan cinta dengan Shahz, Neelofa turut menolak dakwaan pelakon lelaki itu meraikan sambutan ulang tahunnya di Pulau Pinang. Kata Neelofa, dia berada di Taiping, Perak pada hari ulang tahun ke-22nya itu.


Maria profesional

Berkesempatan menemubual Neelofa sendiri tidak disia-siakan untuk mengemukakan persoalan mengenai kebenaran bahawa Maria Farida telah menghubunginya.

Tidak berselindung, gadis ini mengakui kebenaran tersebut. Secara terus-terang, Neelofa kemudian memuji tindakan Maria Farida yang menghubunginya sendiri bagi mendapatkan kesahihan kisah itu.

"Kak Maria memang ada hubungi saya, bukannya untuk bergaduh atau apa. Dia bercakap dengan baik dan saya amat menghormatinya," katanya yang tidak mahu mengulas lanjut dan mengaitkan Maria Farida dalam gosip tersebut.

Sementara itu, gadis yang berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Arab itu baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 10 Februari lalu.

Tetapi perkara hangat yang ingin diperkatakan di sini ialah, Shahz sanggup memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang semata-mata ingin meraikan hari jadinya.

Lantas Neelofa yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan memberi reaksi terkejut sekali gus menyangkal dakwaan terbabit dengan jawapan dan alasan tersendiri.

"Shahz tidak datang pun ke Pulau Pinang. Bahkan, malam 10 Februari saya dan krew Sekolah Terhebat sudah berada di Taiping, Perak. Mereka meraikan hari jadi saya di Taiping bukannya di Pulau Pinang seperti yang diperkatakan," katanya dengan bersungguh-sungguh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Livonia pilihan Rosyam Nor

Posted:

Livonia pilihan Rosyam Nor

Livonia pilihan Rosyam Nor

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


ROSYAM NOR mengumumkan juara Pilih Kasih musim kedua.


Tidak dinafikan finalis program realiti Pilih Kasih musim kedua (PK2) sangat berbakat dan menyerlah kali ini. Setelah menyaksikan kesemua persembahan peserta, agak sukar mahu meramalkan kejuaraan milik siapa.

Namun, setelah 11 minggu berhempas- pulas memberi persembahan yang terbaik, gelaran juara menjadi milik Ratu Cantik Borneo 2010, Livonia Ricky Guing dengan memperolehi undian sebanyak 26.6 peratus.

Livonia, anak gadis yang masih berusia 20 tahun itu juga telah berjaya mengalahkan enam rakannya yang lain iaitu, Yuzwan Yunus, 24, di tempat kedua, Ku Hariz, 26, di tempat ketiga, serta Jay Izwazir, 29, Nur Jannah,24, dan Lia Natalia dalam final yang bersiaran langsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Selain trofi, Livonia juga berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kenderaan pikap jenis Trekker berharga RM55,000, wang tunai RM10,000, pakej penjagaan kereta Shine Shine bernilai RM2,399 berserta keahlian lima tahun barangan kosmetik dan spa Mustika Ratu berjumlah RM7,000.

Hadiah lain yang dimenanginya termasuk baucar penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang di Holiday Villa Hotel & Residence Doha, Qatar, gelang tangan magnetik dan beg bagasi kulit Edymium.

"Dalam undian 50 peratus tersebut, sememangnya saya juga memilih Livonia. Ini kerana kita mencari pelakon untuk ke hadapan yang mesti punyai kriteria seperti paras rupa, bakat dan karisma," jawab penerbit program Pilih Kasih, Rosyam Nor ketika ditanya mengenai peserta pilihannya untuk bergelar juara PK2.

Apa yang memberi kelainan pada musim ini ialah penambahan anugerah iaitu Anugerah Khas TM yang mana anugerah ini dimenangi oleh Jay Izwazir.


BARU bermula. Dari kiri: Yuzwan Yunus, Livonia dan Ku Hariz meraikan kemenangan mereka.


"Pemilihan Jay Izwazir sebagai pelakon terbaik TM ini dilihat dari peningkatan minggu pertama hingga minggu terakhir. Ini bermakna, persembahan Jay stabil hingga ke pentas final.

"Ada peserta lain, peningkatan mereka bermula dari minggu pertengahan dan kami pilih mereka bukan kerana bakat lakonan semata-mata tetapi juga mengambil kira disiplin mereka," ulas Rosyam tentang pemilihan Jay.

Pentas akhir kali ini memberi kelainan apabila finalis musim ini diberi cabaran yang bukan sahaja menguji bakat mereka akan tetapi perlu bersedia dari segi minda dan fizikal apabila mereka diberikan skrip lakonan drama hanya ketika di set penggambaran dan bukan sebelumnya.

Selain drama berjudul Tulus yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Aziz M.Osman menjadi pembuka tirai, para finalis juga diberi cabaran melakonkan watak teater yang menekankan tema ceria pelajar kolej dan juga persembahan monolog dengan berlatar belakang konsep kabaret tahun 50-an yang diberi nama Kabaret Bunga Tanjong.

Selain itu, di dalam sidang akhbar yang diadakan selepas pentas akhir tersebut, melihatkan bakat yang ada di dalam peserta Pilih Kasih, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya dalam perbicangan bersama produksi Suhan Movies untuk menerbitkan sebuah drama 13 episod yang mana pelakonnya adalah peserta program Pilih Kasih sendiri.

"Konsep drama ini mungkin seperti drama muzikal Britannia High. Segalanya masih lagi di dalam perbincangan dan kami telah pun fikirkan idea ini dari kemunculan PK1 lagi," jelas Datuk Ibrahim yang berpuas hati dengan rating program ini yang melonjak naik.

Menambah kenyataan itu, ujar Rosyam, dia akan berusaha untuk menggabungkan peserta musim pertama dan dua untuk memberi peluang kepada peserta menempa nama di dalam industri seni.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Izumi cintai lelaki tua

Posted:

Izumi cintai lelaki tua

Izumi cintai lelaki tua


IZUMI


DUNIA hiburan di Jepun baru-baru ini gempar seketika apabila ada khabar angin mengatakan pelakon dan model berbakat, Izumi Mori mempunyai hubungan sulit dengan lelaki berusia.

Menerusi khabar angin tersebut, Izumi yang berusia 28 tahun dikatakan telah bercinta dengan Ken Koshizoe, seorang lelaki yang kini berusia 57 tahun. Ken adalah bekas suami kepada Nobuko Kotegawa yang juga kakak kepada pelakon terkenal Yuko Kotegawa.

Difahamkan bahawa Ken terbabit dalam pengurusan Persatuan Pelayaran Profesional Jepun, manakala Izumi pula diketahui adalah seorang yang meminati sukan kapal layar.

Menurut sumber terdekat pelakon itu, mereka berdua mula berkenalan beberapa tahun yang lalu apabila Izumi mengunjungi kedai menjual peralatan pelayaran yang diusahakan Ken.

"Bagaimanapun, Izumi memberitahu yang dia sendiri tidak mengetahui bahawa Ken sudah pun berumah tangga," ujar sumber tersebut.

Tambahnya: "Dia hanya mengetahui tentang perkara tersebut ketika ditemu bual oleh majalah mingguan Friday. Namun dikatakan hubungan kedua-duanya kini telah putus."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.