Adsense

Khamis, 24 Februari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Women:100 – Aznil Nawawi Ketuai Flashmob Di Pavilion Sabtu Ini

Posted: 24 Feb 2011 04:49 PM PST

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, penganjur Women:100, Kakiseni akan bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Multimedia Sdn. Bhd. (MDEC) dalam menganjurkan bengkel-bengkel selama 100 jam secara kolektif khusus untuk wanita di seluruh negara. Bengkel-bengkel ini meliputi pelbagai topik – dari motivasi hinggalah ke kursus ICT dengan objektif utama memperkasakan wanita melalui keusahawanan. Orang ramai juga akan dapat menyaksikan sesi-sesi "Flash Mob" sepanjang bulan Mac di sekitar Lembah Klang.

Pada hari Sabtu ini bertempat di Pavilion, seramai 50 orang termasuk 15 selebriti Malaysia yang diketuai oleh Aznil Nawawi akan berkempen di Twitter bermula tengah hari. Kami difahamkan, acara flashmob akan diserikan dengan laungan anti-keganasan terhadap wanita oleh kumpulan selebriti ini. Sekeping bunting yang besar mengandungi mesej "HERO MALAYA BANTERAS KEGANASAN TERHADAP WANITA" akan dipaparkan, manakala flyers yang mengandungi manifesto tersebut akan diedarkan kepada pengunjung. Rasionalnya, setiap orang wajar membanteras keganasan terhadap wanita & mesej-mesej ini perlu disebarkan dulu sebelum perkara yang lebih buruk terjadi. Orang kata, beringat sebelum terkena.

Persembahan-persembahan ini akan berlangsung di tempat yang berlainan sekitar Lembah Klang dan lebih daripada 100 personaliti dan selebriti tempatan akan berganding bahu selama 30 hari untuk menyelami perjalanan golongan Hawa di samping meraikan pencapaian mereka selama ini.

Pada 8hb Mac 2011, Women:100 menjanjikan pengalaman istimewa dengan penampilan terbaik dari industri seni persembahan tempatan yang menginterprestasikan subjek 'wanita' dengan pelbagai cara – pementasan teater, bengkel, tarian, musik, penulisan, bacaan, mini konsert dan pertukaran pandangan. Sebanyak 13 persembahan akan diadakan sepanjang bulan Mac 2011 di mana setiap satu mempunyai sentuhan unik dalam soal kewanitaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kakiseni.com/women100 atau ikuti Facebook Women:100 dan Twitter.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.