Berita Harian: Hip |
Posted: 22 Feb 2011 04:08 PM PST Hip KETENANGAN untuk bersantai di hujung minggu lalu digegarkan dengan berita yang tidak mahu ditatapnya. Bukan kali pertama kesabarannya diuji dengan cerita perkahwinan palsu seperti itu. Malah andai difailkan kisah peribadi yang membabitkan penyanyi, pelakon dan pengacara ini, tentunya sudah bertimbun cerita Misha Omar bergelar isteri. Statusnya juga sering ditukar-tukar sesuka hati. Ketika di awal kemunculannya dulu, penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini didakwa seorang janda dan terbaru, Misha dikatakan bergelar isteri ketiga seorang ahli perniagaan bergelar Datuk. Bagi Misya, apa yang pasti kisah sensasi itu benar-benar menyesakkan nafasnya. Ralat, terkilan, kecewa bercampur baur dalam jiwanya. Sebelum ini cerita yang sama pernah ditimbulkan namun Misha menafikan sekeras-kerasnya kesahihan perkara itu. Sebaik saja dia bersuara, cerita perkahwinan palsunya itu terus sepi. Bagaimanapun, selepas sekian lama senyap, tiba-tiba cerita menjadi isteri ketiga itu kembali ditimbulkan, lengkap dengan dakwaan kononnya penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta ini menerima hadiah jutaan ringgit disebabkan perkahwinannya itu.Ketika dihubungi Hip petang Isnin lalu, Misha mengeluh panjang dengan cerita tidak betul yang dihadapinya itu. Sambil menegaskan sekali lagi bahawa cerita perkahwinan itu tidak benar, Misha berharap dengan penjelasannya ini nanti, semua pihak akan faham dan tidak lagi membebani dirinya dengan pelbagai pertanyaan berkaitan 'perkahwinan' itu. Hip: Komen Misha atas dakwaan bergelar isteri ketiga kepada seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk? Misha: Terus terang, saya memang kecewa sebaik saja saya membaca artikel yang ditulis di sebuah akhbar mingguan (bukan terbitan Kumpulan NSTP) Ahad lalu. Bagi saya, cerita mengenai kononnya sudah berkahwin dan menjadi isteri ketiga seorang Datuk itu sebenarnya cerita basi. Sebelum ini sudah berkali-kali saya menjelaskannya bahawa saya tidak ada kena mengena langsung sehinggakan saya sendiri muak untuk menjawab pertanyaan yang sama. Cerita mengaitkan dengan lelaki itu sebenarnya sudah timbul sejak 2009 lagi. Saya tidak faham mengapa cerita itu ditimbulkan semula. Apakah tujuan orang yang menyebarkan cerita itu? Ada yang mendakwa kononnya mereka ada bukti kukuh mengesahkan perkahwinan saya. Jika betul, tunjukkan bukti itu? Saya minta kepada mana-mana pihak yang sangsi dengan kenyataan ini supaya pergi sendiri ke Jabatan Agama dan buat pemeriksaan sama ada betul saya sudah bernikah atau sebaliknya. Hip: Misha kenal dengan lelaki yang dikaitkan itu?
Hip: Jadi sekarang Misha memang tidak berkahwin dengan lelaki yang dimaksudkan?
Bakal muncul dengan album terbaru Hip: Mungkin Misha tahu siapa dan tujuan individu itu menyebarkan cerita ini?
Hip: Secara peribadi, pandangan Misha terhadap hidup bermadu?
Hip: Khabarnya Misha akan muncul dengan produk baru? Cerita sikit
|
Posted: 22 Feb 2011 04:01 PM PST Hip Sambil tunggu giliran naik ke pentas, finalis ABPBH2010 singgah di gedung penajaMELIHAT lautan manusia yang membanjiri lokasi pertama Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 di SACC Mall Shah Alam pada hujung minggu lalu, sudah terserlah rasa teruja rombongan bukan hanya di kalangan penganjur malah artis dan wakil penaja. Kumpulan Syarikat Euro Moda, antara penaja majlis pengiktirafan berprestij itu, tidak ketinggalan memeriahkan pentas utama pusat beli belah itu bersama barisan selebriti serta pengunjung menerusi pertandingan memakai sari yang cukup mencuit hati kira-kira 5,000 pengunjung. Gelagat tiga finalis ABPBH musim ke-24 ini, Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Didie Alias, yang cukup sporting walaupun 'didera' tiga penyampai Hot FM - AG, Kieran dan Deen - membuatkan semua penonton tidak dapat menahan ketawa melihat gelagat mereka. Paling mencuit hati pasti aksi satu-satunya kumbang yang juga hero Adnan Sempit, Sam, apabila meniru gaya penari Bollywood sebaik saja siap berdandan lengkap selendang panjang penuh gemerlapan yang menonjolkan kemewahan fabrik Euro Moda dan Gulati's.Tidak pulang dengan tangan kosong, beg cenderahati berisi fabrik istimewa diserahkan Pengarah Eksekutifnya, Jasleen Kaur, kepada tiga pengunjung bertuah yang menjadi 'perunding imej' kepada artis kesayangan, sebagai tanda penghargaan. Terdahulu, finalis lain seperti Raja Azura, Adira, Didie Alias, Sharnaaz Ahmad dan Maulana sempat mengunjungi gedung tekstil di aras 1 pusat beli belah berkenaan, untuk meninjau sendiri ruang pameran dan jualan yang menyediakan aneka jenis fabrik, pakaian siap, tudung selain aksesori pelengkap gaya. Walau menanti giliran muncul di pentas untuk menyanyi atau menghiburkan pengunjung, mereka sempat mencuri masa membelek fabrik terkini. Barangkali, sambil mencuci mata, mereka dapat mencari fabrik dihajati untuk digayakan pada malam kemuncak ABPBH 2010 di Genting Highlands pada 3 April ini.
"Setiap majlis pengiktirafan tidak mungkin gah tanpa fesyen dan bertepatan dengan jenama Euro Moda dan Gulati's sebagai pengedar fabrik berkualiti, kita yakin malam kemuncak ABPBH yang bertemakan Moden Klasik lebih menyerlah dan bermakna. "Melihatkan sambutan di lokasi jelajah pertama ABPBH musim ke-24 ini, kami yakin majlis anugerah yang memberi penghormatan terhadap golongan seni mempunyai keistimewaan tersendiri. Kami berbangga untuk muncul sebagai penaja bagi acara kali ini," katanya. Kemunculan penyokong industri seni tanah air di SACC Mall hujung minggu lalu juga menyemarakkan hasrat mereka menyertai siri jelajah ABPBH 2010 di lokasi lain iaitu The Mall, Kuala Lumpur (5 & 6 Mac), Village Mall Sungai Petani, Kedah (11 & 12 Mac), Kompleks Pasir Gudang, Johor (19 & 20 Mac) dan Klang Parade (25, 26 & 27 Mac). |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |