Adsense

Rabu, 23 Februari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Senarai Finalis Hard Rock Cafe Battle Of The Band

Posted: 23 Feb 2011 05:01 PM PST

PERTANDINGAN "HARD ROCK BATTLE OF THE BANDS". HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR MENGUMUMKAN PUSINGAN AKHIR

4 BAND TERBAIK TELAH TERPILIH UNTUK BERTANDING 06 MARCH 2011, 3.00 PETANG.

  1. The Azenders
  2. Dead Mushroom
  3. Kyoto Protocol
  4. Tasya's Ink

Hard Rock Cafe Battle Of The Bands telah mengumumkan 4 band yang berjaya mara ke pusingan akhir pada 06 March 2011 setelah 10 band bertanding di pusingan kelayakan pada 20 Februari di Hard Rock Café Kuala Lumpur dan kemenangan berpihak kepada Dead Mushroom, The Azenders, Kyoto Protocol dan Tashya's Ink.

four finalsits and judges

Keempat-empat band ini telah dipilih sebulat suara oleh juri professional yang terdiri daripada penulis lirik lagu Edry Hashim, Adly Syairi Ramly dari XFM, Darryl Goh dari Star dan di ketuai oleh Jennifer Thompson. Band-band lain yang telah bersaing sengit di peringkat kelayakan adalah kumpulan Disagree, An Honest Mistake, Car Crash Hearts, Cats In Love, Hello Is This The Band dan juga kumpulan Beat The System.

Rina Omar -emcee

Dihoskan oleh Rina Omar

Pertandingan Hard Rock Battle Of The Bands ini memberi peluang seumur hidup untuk band-band tempatan membuat persembahan di London Hyde Park di Hard Rock Calling 2011, iaitu salah satu festival yang dinanti-nantikan di arena dunia musik!

Di antara artis yang penah membuat persembahan di festival tersebut adalah Pearl Jam, Paul McCartney, The Who, The Police, Aerosmith, Eric Clapton, Bruce Springsteen, The Killers dan Peter Gabriel. Beraksi di pentas dengan bakat yang ada di hadapan beribu-ribu peminat musik dan artis utama di festival tersebut adalah termasuk Bon Jovi.

Pada awal Januari, Hard Rock Kuala Lumpur telah mengumumkan pencarian untuk band-band tempatan memasuki pertandigan global Battle of The Bands pertama Hard Rock International sempena ulangtahun yang ke-40. Tarikh tutup untuk penyertaan telah berakhir pada 6 Februari yang lalu.

Empat band yang terbaik dari pertandingan kini akan meneruskan perjuangan mereka ke pusingan akhir untuk menjadi juara Hard Rock Battle Of The Band! Bagi juara untuk pertandingan ini akan memenangi wang berjumlah RM3000 sebagai hadiah sagu hati dan akan mewakili Kuala Lumpur dlm pusingan seterusnya. Keempat-empat band yang terpilih dikehendaki untuk mempersembahkan 4 lagu di mana 2 daripada lagu yang bakal dipersembahkan hendaklah lagu original dari kumpulan tersebut, 1 lagu dari album Bon Jovi and selebihnya dari pemilihan band samada lagu original ataupun lagu "cover".

Pemenang "Battle of The Bands" di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur akan ditempatkan di salah satu daripada empat "region" sedunia, yang akan diadili oleh sebuah panel ahli industry muzik antarabangsa yang terkemuka terdiri daripada Little Steven Van Zandt dari E Street Band legendaris, Pete Wentz dari kumpulan rock hit Fall Out Boy, Live Nation Naib Presiden Promosi Toby Leighton-Paus, Hard Rock International Chief Marketing Officer John Galloway dan Absolute Radio Pengarah Pemasaran Clare Baker. Untuk peringkat akhir, band akan diperketengahkan di laman web Hard Rock Cafe iaitu www.hardrock.com, di mana para peminat di seluruh dunia akan diberi pilihan untuk mengundi band kegemaran mereka bagi setiap "region".

Tashya's Ink

Tashya's Ink

Keempat-empat pemenang dari setiap 'region' akan diterbangkan khas ke London dan akan dilayan seperti bintang rock dan diberi peluang untuk beraksi di Hard Rock Calling 2011 di Hyde Park, London yang akan berlangsung pada 24 Jun sehingga 26 Jun 2011. Bagi band yang menerima paling banyak undian akan diberi peluang untuk membuat persembahan di pentas Utama manakala ketiga-tiga band yang lain akan membuat persembahan di pentas Kedua di festival Hard Rock Calling 2011.

Sebanyak 74 Hard Rock Cafe di seluruh dunia yang telah menyertai pertandingan ini dan akan dibahagikan kepada 4 region di mana bagi juara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang akan bersaing dengan juara-juara Hard Rock Cafe dari Mexico, Indonesia, Argentina, Venezuela, Vietnam, Mexico, Filipina, Panama, Thailand dan Republik Dominican.

Jadi datanglah beramai-ramai untuk memberi sokongan anda kepada keempat-empat band yang terpilih ke mara akhir – The Azenders, Dead Mushroom, Kyoto Protocol dan Tashya's Ink dan salah satu band kegemaran anda yang akan menjadi juara Hard Rock Battle Of The Bands Kuala Lumpur dan seterusnya akan berjuang ke peringkat seterusnya di peringkat "region".

Bagi bayaran masuk untuk pertandingan ini adalah RM20.00 termasuk satu minuman percuma.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami ditalian 603-27155555.

8TV adalah rakan media TV dan JUNK sebagai rakan media online untuk pertandingan ini.

Kyoto Protocol

Kyoto Protocol

Dead Mushroom- 90s indie band making a comeback

Dead Mushroom

The Azenders -led by frontman Sam of the Bunkface

The Azenders yang diketuai oleh Sam Bunkface sebagai vokalis

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • SWITCHGROOVE IS SET TO ROCK HARD ROCK CAFE!
  • Hard Rock Cafe Celebrates Founders Day!
  • Show Live Band Redemption di Hard Rock Cafe
  • How to Celebrate Mother's Day
  • Hard Rock Cafe Umum 10 Finalis Battle Of The Bands
  • Hard Rock Battle of The Bands Calling 2011
  • Jogadanz Band di Hard Rock Café, Kuala Lumpur
  • Show Bobby Kimball Toto di Hard Rock
  • Acoustic Performance Cyril Niccolai Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
  • SingleTrackMind LIVE @ Hard Rock Café Kuala Lumpur
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Majlis Pelancaran Xpresi Kembara Pulau Perhentian

    Posted: 23 Feb 2011 07:33 AM PST

    MAJLIS SANTAI MEDIA DAN PELANCARAN MUSIM BARU XPRESI KEMBARA DI PULAU PERHENTIAN

    Buat pertama kali program remaja yang berbentuk travelogue Xpresi Kembara terbitan Unit Majalah Dan Dokumentari (HEA RTM) kini melancarkan musim baharu setelah masuk tahun ke-3.

    Kali ini pasukan dan krew penerbitan Xspresi Kembara memilih Pulau Perhentian sebagai destinasi percutían untuk mengadakan Majlis Santai Media dan Pelancaran Musim Baharu Xpresi Kembara.

    Majlis yang turut dihadiri band berkumpulan dan penyanyi solo ini telah diadakan pada 22 Februari 2011 ( Selasa ) jam 8.30 malam bertempat di Shari-La Island Resort dan dilancarkan oleh Puan Norliza bt Mohamad Ali selaku Timbalan Pengarah Seksyen Produksi TV.

    Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

    Turut hadir menyempurnakan majlis ialah Encik Sheirman Rofaisal Dato' Haji Shazula selaku Pengarah Kumpulan Shari – La Island Resort. Majlis pelancaran disempurnakan dengan gimik pelancaran musim baharu Xpresi Kembara dan persembahan artis.

    Xspresi Kembara bukanlah asing lagi bagi penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) terutama di kalangan remaja yang menjadi pengikut setia artis-artis indie tanah air.

    Apatah lagi Xpresi Kembara merupakan program tonggak RTM yang bakal menarik golongan muda khususnya remaja dengan menggabungkan elemen muzik band band indie ini dengan tempat tempat menarik di seluruh negara.

    Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

    Selain mempromosikan artis-artis baru dalam bidang muzik industri hiburan tanah air, program ini juga turut menyumbang ke arah kemajuan sektor pelancongan dalam negara di samping memberi ruang kepada peminat peminat muzik indie mengenali artis kegemaran mereka dengan lebih dekat lagi.

    Malah program ini juga menonjolkan penglibatan artis dengan persekitaran serta mengajak penonton mengenali budaya masyarakat dan warisan yang dilihat menyokong kempen Cuti-Cuti Malaysia yang diuar-uarkan pihak kerajaan.

    Musim baharu Xpresi Kembara kali ini memberikan persembahan yang lebih segar dengan montaj baru serta akan menampilkan artis solo tempatan yang turut sama menyertai penggembaraan dan percutían di serata tempat menarik semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

    Apa yang menariknya, program ini juga tidak ketinggalan mengikuti persembahan artis tempatan ke luar negara terus dapat mengangkat industria muzik Malaysia di mata dunia.

    Sebagai memberi penghargaan buat penonton yang sentiasa menyokong program ini, krew penerbitan Xpresi Kembara akan membawa para media dan artis yang terlibat dalam pembikinan Xpresi Kembara ke Majlis Santai Media sambil bercuti di Pulau Perhentian selama 3 hari 2 malam mulai 21 Februari hingga 23 Februari 2011.

    Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

    6ixth Sense

    Seramai 50 orang ahli rombongan yang terdiri dari wakil media cetak serta sokongan muzikfm, muzik aktif dan Diva@1, krew penerbitan dan artis antaranya Azlan and The Typwriter, Aizat and Band, Black, Bunkface, Sixth Sense, Couple dan Liyana Fizi turut sama-sama menyertai penginapan di Shari-La Island Resort.

    Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya menyelam ( snorkeling ), sukaneka, BBQ , karaoke dan permainan bola tampar. Pastinya percutían 3 hari 2 malam ini bakal meninggalkan kenangan manis buat semua tenaga penerbitan Xpresi kembara khususnya dan rakan-rakan media serta artis.

    RTM mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih terutama Shari-La Island Resort selaku penaja utama yang menyediakan peninapan termasuk makan dan minum dan sumbagan hadiah dari para penaja antaranya Pusat Pakaian Hari Hari, Pemaisuri Resort , Johor Cooperation, McDonald's, San Franssisco Coffee, The Brains , Nike dan Melaka Wonderland yang sudi menjayakan Majlis Santai Media dan Pelancaran Musim Baharu Xpresi Kembara.

    Seperti musim yang lepas, program Xpresi Kembara mengekalkan konsep asalnya dengan menyiarkan pada setiap Sabtu jam 11.30 pagi di TV1 dan ulangan pada jam 12.00 tengahari di saluran Muzik Aktif 180 ASTRO.

    Walaubagaimanapun, siaran Xpresi Kembara musim baharu ini dilihat usaha terbaik bagi memberikan peluang kepada lebih ramai penonton meluangkan masa berkongsi pengalaman dilalui artis kegemaran mereka ini.

    Jangan lupa janji temu anda menyaksikan Xpresi Kembara musim baharu bersama barisan beberapa artis indie dan solo ini beraksi pada setiap Sabtu, jam 12.31 tengah hari di TV1.

    Untuk maklumat lanjut, foto dan info-info terkini tentang program Xpresi Kembara, sila layari facebook.com dan carian xpresi kembara.

    Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

    Penerbit Xpresi Kembara – Hani

    Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

    Encik Sheirman Rofaisal Dato' Haji Shazula selaku Pengarah Kumpulan Shari – La Island Resort

    Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

    Puan Norliza bt Mohamad Ali selaku Timbalan Pengarah Seksyen Produksi TV

    Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

    Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

    Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

    Liyana Fizi

    Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

    Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

    Black & Ean, pengacara INTREND

    Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

    Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

    Aizat

    Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

    Lan & The Typewriter

    Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

    Mior – artis di bawah pengurusan Bunkface Productions

    Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

    Mior buat persembahan bersama Bunkface

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Xpresi Kembara Pulau Perhentian Day 2
  • Gambar Xpresi Kembara Pulau Perhentian Day 1
  • Adakah Benar Gosip Bunkface Berpecah?
  • Lagu COUPLE Sountrack Filem James Gunn SUPER
  • Liyana Jasmay & The Band di Pulau Perhentian Xpresi Kembara
  • Gambar Sekitar Rakaman Xpresi Kembara Bersama Yuna di Perak
  • Xpresi Kembara Bersama Yuna Di Pulau Pangkor
  • Saksikan Xpresi Kembara Di TV1
  • Gambar Nubhan & Band di Kuala Selangor Dalam Xpresi Kembara
  • Yuna Ziarahi Kediaman Datuk Dan Neneknya Di Batu Gajah
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.