Harian Metro: Rap |
Posted: 22 Feb 2011 06:16 AM PST "MANUSIA hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan segala-galanya," itulah jawapan selamat yang diberikan pelakon bergetah, Rozita Che Wan mengenai persaraannya yang tidak jadi. Sebelum ini, pelakon kelahiran Kedah ini sudah menghebohkan hasrat untuk bersara daripada berlakon pada penghujung Disember lalu. Walaupun enggan memberitahu sebab sebenar, dia dikatakan berbuat demikian kerana akan berkahwin dengan jejaka dikenali sebagai Shah. Namun, keghairahan Rozita terus berlakon dan menerima tawaran demi tawaran menunjukkan seperti ada sesuatu tidak kena berlaku. Akibatnya, dia teruk dikutuk pelbagai pihak mengatakan cerita persaraan itu sekadar gimik Rozita untuk meraih publisiti.
"Selepas ini saya akan terbabit dengan penggambaran telefilem Bila Suami Jadi Suri dan drama 13 episod, Mencari Wardah manakala bulan depan, saya akan ke Perlis untuk penggambaran drama Lagenda Mata Ayer. Sebelum itu, saya akan ke Johor Bahru untuk penggambaran drama 13 episod. Boleh dikatakan berturut-turut saya berlakon drama.
"Selama ini saya tinggal dengan dua anak dan kakak. Bagaimanapun, kakak sekarang sudah berkahwin dan ada keluarga sendiri, manakala anak saya pula, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra sekarang tinggal di asrama di Pahang. Mereka hanya akan pulang sebulan sekali. Kerana terlalu sunyi bersendirianlah, saya akhirnya kembali berlakon kerana sekurang-kurangnya masa akan terisi.
"Mungkin pada masa depan, baru kami akan buka butik. Bisnes yang kami buat ialah hasilkan jubah, baju kurung dan blaus yang dihantar ke butik. Pasarannya memang bertumpu kepada kaum wanita. "Mengenai bisnes bulu mata pula, memang ada perancangan tapi rakan kongsi saya, Amy Janz nampaknya lebih sibuk daripada saya, jadi impian itu tertangguh dulu," katanya yang tetap ramah melayan pihak media. Menurut Rozita, ada sesetengah pakaian itu direka bentuk sendiri olehnya berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya. Malah dia sering memakainya dalam drama antaranya Hani kerana lebih selesa dengan pakaian sendiri berbanding yang disediakan pihak produksi. Bukan dia mengada-ngada tetapi Rozita merasakan itu lebih memudahkan kerja semua pihak. Kerana terlalu bekerja keras berlakon, Rozita hanya tidur 3 jam setiap hari. Tempoh itu dirasakan sudah mencukupi kerana sebaik meletakkan kepala atas bantal, dia akan terus nyenyak tidur tanpa dibuai mimpi.
Kemampuan Rozita melakonkan pelbagai watak sudah teruji apabila tampil dengan pelbagai genre drama. Di saluran Astro kelibatnya sering tampil dengan karakter komedi, sebaliknya menerusi TV3, dia membawakan peranan berbeza. Kejayaannya menghayati pelbagai watak ini menyebabkan namanya semakin menyerlah di mata peminat. Bagaimanapun, dek kerana kuatnya penangan Kiah Pekasam dan sinonim dengan jenama Astro, dia dikatakan akan diikat oleh Astro sebagai Wajah Eksklusif Astro. Jika ia berlaku, bermakna lakonannya tidak dapat disaksikan lagi menerusi stesen TV lain. Sekali lagi, Rozita memberi jawapan selamat apabila diajukan soalan mengenai perkara itu. "Sebagai pelakon saya hanya ikut kehendak stesen TV. Memang tak dinafikan saya kerap berlakon watak komedi untuk Astro dan di TV3 pula bawa watak lain. Memang itu kehendak pihak atasan. Tapi sekurang-kurangnya adalah perbezaan yang peminat dapat lihat. Macam watak dalam Hani, pengarah nak saya bawa watak ibu yang bermain dengan emosi.
Tidak puas hati dengan kisah cinta yang belum terungkap sepenuhnya, Rozita terus diasak dengan soalan siapa kekasihnya sekarang selepas putus cinta. Tambah pula sebelum ini dia dikatakan diminati Shahir AF. Tidak kurang juga ada melihat Rozita intim dengan pelakon Zain Saidin. Pelakon 4 Madu ini tetap menyimpan kemas kisah peribadi dan tidak mahu berkongsi dengan masyarakat.
>PROFIL |
Posted: 22 Feb 2011 06:02 AM PST KETIKA irama dangdut di puncak kegemilangan persada muzik tanah air sekitar pertengahan 90-an, nama Iwan cukup meledak di pasaran. Malah, dia yang tampil menyanyi lagu dangdut secara solo, turut berduet bersama Amelina dan Sheeda. Pastinya, lagu Memori Daun Pisang dan Yang Tersayang, cukup mengingatkan peminat pada keserasian Iwan dan Amelina. Bahkan, lagu Secangkir Madu Merah pula dinyanyikan Iwan bersama Sheeda. Selain itu, Iwan juga popular dengan lagu solo, Yang Sedang Sedang Saja dan Wulan.
Namun, semua itu sudah menjadi kenangan buat Iwan atau nama sebenar, Wan Syahman Yunus, 50. Ini kerana, Iwan sudah berubah imej dan dia lebih menjurus kepada berdakwah. Malah, Iwan juga memiliki keluarga baru dan seorang anak perempuan. Iwan bertemu jodoh dengan isterinya, Evie Surriantyy pada 2 Oktober 2009 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan Wan Nur Sumayyah, setahun. Ternyata, Iwan sangat bahagia dengan cara hidupnya yang disifatkan lebih dekat dengan Tuhan.
Mesra berbicara, Iwan juga bersikap terbuka berkongsi kisah hidup barunya. Katanya, dia akan muncul dengan album dakwah tidak lama lagi. Ikuti temubual wartawan Harian Metro, NORHAYATI NORDIN (yati@hmetro.com.my) bersama jurugambar, Khairunisah Lokman mengenai penghijrahan hidupnya. RAP: Sudah berapa lama penghijrahan anda ini?
Saya akui, dulu mungkin terlalu sibuk dengan kerja hingga terlupa dan tidak faham soal-soal agama. Justeru, saya sangat bersyukur pada usia yang makin meningkat ini, Allah akhirnya memberi peluang dan kesempatan untuk berubah.
RAP: Bagaimana pula dengan karier nyanyian anda?
Saya sudah meninggalkannya terus dan cukuplah dengan apa yang sudah dilakukan ketika muda dulu. Kini, semuanya sudah berubah dan saya hanya mahu mencari ketenangan dan keredaan Allah. Justeru, saya perlu menjaga keperibadian diri dengan baik. RAP: Khabarnya anda bercadang menghasilkan album dakwah?
Album ini diterbitkan syarikat saya sendiri, Iwan Entertainment Sdn Bhd. Semua aktiviti berhubung pemasaran juga dilakukan secara sendiri dan kemungkinan akan dibuat secara jualan langsung. Dalam soal jualan ini juga, saya takkan meletakkan harga yang mahal kepada peminat. Memandangkan ia dijual secara terus, peminat boleh mendapatkannya pada harga RM10 saja. Malah, saya juga membuka ruang kepada sesiapa yang berminat menjadi pengedar. Apapun, kesemua lagu memang sudah ada dan cuma menunggu dimasukkan vokal saya. Ia adalah lagu ciptaan saya sendiri. Sehubungan itu, kepada sesiapa yang bersedia menjadi pengedar untuk album ini boleh menghubungi saya di talian 019-5255 646. RAP: Cabaran anda menghasilkan album dakwah?
Saya harus berhati-hati dalam menghasilkan album dakwah ini kerana tidak mahu dihentam nanti. Kemungkinan, judul album ini ialah Segalanya Allah. Malah, antara lagu dimuatkan seperti Pengasih dan Nasihah, Berjalan Lurus, Solat Dulu, Kalimah Thoyyibah dan Segalanya Allah Punya. Harapan saya album ini diterima baik oleh peminat. Apapun, susunan muzik lagu Kalimah Toyyibbah diambil daripada lagu dangdut saya yang berbahasa Hindi iaitu Hay Diwanghi Hor Gaye. Bagaimanapun, lirik yang dulunya lebih memuji wanita, kini saya tukar kepada mengagungkan Allah dan Rasul-Nya. RAP: Boleh ceritakan kisah perkahwinan baru anda?
RAP: Apa lagi yang boleh dikongsikan bersama?
Saya berdoa setiap hari supaya Allah sentiasa memberikan petunjuk kepada diri ini. Bukan hanya kepada diri saya seorang dan keluarga, tetapi yang paling utama semoga Allah memberikan hidayah kepada semua umat Islam di muka bumi ini. RAP: Bagaimana jika anak-anak ada yang mengikut jejak langkah anda dalam seni?
RAP: Ucapan perkahwinan untuk anak anda?
Semoga dia mengenal erti sebuah kehidupan. Selain itu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tetamu yang terdiri di kalangan keluarga, sanak saudara, rakan dan jiran kerana sudi hadir ke majlis perkahwinan anak saya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |