Adsense

Isnin, 2 Mei 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Hos Majalah 3, Nurul Syuhada & Raja Amir Nikah Julai Depan.

Posted: 02 May 2011 11:17 PM PDT

Hos Majalah 3, Nurul Syuhada & Raja Amir Nikah Julai Depan.

Hos Majalah 3, Nurul Syuhada mengesahkan bahawa dia akan melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya, Raja Amir pada Julai depan. Selebriti ini pernah mempunyai hubungan dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khalid, namun hubungan mereka tidak berpanjangan.

Menurut Nurul Syuhada, dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan kerana terikat dengan prosedur sebagai personaliti tv3, namun tidak menolak akan mengakhiri zaman bujangnya bersama Raja Amir. Tambahnya lagi, pihak media akan dimaklumkan mengenai majlis pernikahan apabila tiba waktunya nanti.

Nurul Syuhada & Raja Amir telah mengenali satu sama lain selama 2 tahun, dan hubungan tersebut menjadi serius dengan adanya rombongan merisik pada Januari lepas. Kedua-dua belah keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pertunangan & akad nikah pada Julai depan.

Kredit berita & gambar : Mstar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Sazzy Falak & Suami Dapat Anak Kembar, Iman Lilly & Tiara Rose

Posted: 02 May 2011 10:43 PM PDT

Pasangan suami isteri paling happening, Sazzy Falak & Nazril Idrus baru sahaja menyambut kelahiran anak kembar pertama yang dilahirkan pada 28 April 2011, di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur. Baby kembar ini dilahirkan sekitar pukul 8.25 pagi pada hari berkenaan, masing-masing diberi nama Iman Lilly & Tiara Rose.

Berita gembira ini diumumkan sendiri oleh suami Sazzy Falak, Nazril Idrus melalui twitternya berbunyi, "@Nash_IdrusLVG Alhamdulillah TQ Allah for sending @SazzyFalakCLPT & I, Two beautiful babies Iman Lilly & Tiara Rose, born 28th April 2011. Amin."

OHBULAN! mengucapkan tahniah buat pasangan Sazzy Falak & Nazril Idrus yang kini amat teruja dengan kelahiran bayi kembar mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.