Adsense

Isnin, 2 Mei 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


D'Lloyd nyanyikan lagu P. Ramlee

Posted:

D'Lloyd nyanyikan lagu P. Ramlee

D'Lloyd nyanyikan lagu P. Ramlee

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my


BARTJE VAN HOUTEN


KUMPULAN pop D'Lloyd boleh dikategorikan sebagai kumpulan legenda dari Indonesia berdasarkan penubuhan mereka sejak lebih 30 tahun lalu selain mempunyai seleksi lagu-lagu bertaraf malar segar yang diminati hingga kini.

Biarpun bertaraf legenda, tetapi kumpulan yang popular dengan lagu Mengapa Harus Jumpa itu tidak berasa besar kepala, sebaliknya tetap menggagumi lagu-lagu penyanyi lain dari negara ini termasuklah seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Justeru, tidak hairanlah D'Lloyd bercadang membawakan lagu-lagu nyanyian P. Ramlee pada konsert sulung mereka, Semalam Di Malaysia di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur dari 6 hingga 8 Mei ini.

Penyanyi utama kumpulan yang ditubuhkan pada awal tahun 1970-an itu, Syamsuar Hasyim atau Sam berkata, dia bukan sahaja meminati lagu-lagu P. Ramlee tetapi turut bercadang menyanyikan lagu seniman legenda pada konsert sulungnya di panggung tersebut.

"Kami bercadang menyanyikan sebuah lagu nyanyian Allahyarham yang bertajuk Engkau Laksana Bulan. Saya memang menyukai lagu itu sejak dari dulu lagi. Ia sebagai suatu kelainan untuk konsert pertama kami di IB itu nanti. Lagu itu memang sedap didengar.

"Apatah lagi, itu adalah konsert terbesar kami di Malaysia selepas yang pertama dan terbesar pernah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1977," katanya kepada Hits sewaktu berkunjung ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada kunjungan itu, Sam ditemani ketua kumpulan D'Lloyd, Bartje Van Houten yang hadir pada majlis menandatangani perjanjian mengadakan konsert yang dibawakan oleh Massa Frequency dengan kerjasama IB dan juga Life Records.

Selain itu katanya, D'Lloyd sudah semestinya akan mendendangkan seleksi lagu-lagu terbaik dan lagu-lagu malar segar mereka pada konsert yang dijangka akan dijayakan dengan durasi selama hampir dua jam itu.

"Antara lagu wajib yang akan kami persembahkan pada konsert itu berjudul Mengapa Harus Jumpa dan Keagungan Tuhan. Ia akan diiringi oleh tiupan seruling yang akan dimainkan oleh Yuhanny Fatmarida Susilo," ujarnya dalam nada ceria.

Pada konsert dengan tiket berharga RM68, RM98, RM128, RM168, RM208, RM258, RM308 dan RM458 itu, Sam optimis bukan setakat peminat lama , malah pendengar baru juga mudah menghayati lagu-lagu mereka.

Jelas penyanyi berusia 65 tahun ini lagi, dia juga berasa cukup teruja mengadakan konsert di IB selepas diberitahu panggung itu merupakan antara pentas persembahan yang berprestij di negara ini yang ditubuhkan sejak 12 tahun lalu.

"Kami berasa bangga kerana turut diberitahu bahawa kami adalah kumpulan dari Indonesia yang pertama dijemput mengadakan konsert di IB. Ini suatu penghargaan buat D'Lloyd selepas lebih 30 tahun ditubuhkan.

"Setakat ini, sambutan paling hebat kami terima ialah sewaktu pertama kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada tahun 1977 di mana kami diberi layanan kelas pertama dengan menginap di Hotel Hilton yang bertaraf lima bintang.

"Itu adalah hotel yang terhebat di Kuala Lumpur pada masa itu dan hanya artis-artis ternama sahaja yang diberi layanan sebegitu. Selain D'Llyod artis dari Barat iaitu Blood Sweat & Tears yang mendapat peluang itu," katanya.

Sementara itu, gitaris D'Llyod, Bartje pula menjelaskan, dia dan anggota-anggota kumpulannya membuat persiapan termasuklah sesi latihan lebih sebulan sebelum menjayakan konsert tersebut.

Malah, bagi memantapkan lagi persembahan D'Lloyd katanya telah mengadakan perbincangan dengan komposer terkenal tanah air, S. Atan yang mungkin akan bertindak selaku Pengarah Muzik Konsert Semalam Di Malaysia itu.

"Kami sudah mengadakan perbincangan dengan S. Atan termasuklah dalam mencari lagu-lagu terbaik yang akan dipersembahkan kelak. Kami yakin dengan kredibiliti S. Atan bagi menjayakan konsert ini," jelasnya.

Selain Sam dan Bartje, D'Lloyd yang turut dianggotai Chairul Daud selaku (drum), Yuyun (seruling), Candra Chasmala (keyboard) dan Adiel (bass) menjadikan Kumpulan Utusan sebagai media rasmi konsert tersebut.

D'Lloyd yang menampilkan lagu-lagu pop Melayu turut popular menerusi lagu seperti Cinta Hampa, Semalam di Malaysia, Mengapa Harus Jumpa, Oh Tak Mungkin, Khayal dan Penyair di mana ia terus diminati ramai sehingga kini.

Sebarang pertanyaan berhubung pembelian tiket sila berhubung di kaunter Box-office di IB atau

layari laman sesawang www.ticket2u.com atau hubungi talian 03-41478600 atau 019-3391445 dan 019-2757192

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Empayar baru KRU

Posted:

Empayar baru KRU

Empayar baru KRU

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN ABDULLAH


Norman Abdul Halim bersama Lam Swee Kim (kanan) dan Ahmad Izham Omar (dua dari kanan) merasmikan portal TV, KRU TV di The Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.


TRIO KRU bukan sahaja cemerlang dalam bidang muzik dan filem, bahkan kini mereka menjadi satu jenama besar dalam industri hiburan tempatan menerusi empayar perniagaan mereka di bawah syarikat KRU Studios.

Terbaru, kumpulan yang dianggotai adik-beradik Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim itu melangkah setapak lagi dalam dunia seni tanah air dengan penubuhan saluran KRU TV bagi menyiarkan koleksi program, filem mahupun drama terbitan KRU Studios.

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman berkata, sejak penubuhan KRU hampir 20 tahun lalu, syarikatnya telah menerbitkan ratusan produk yang ditayangkan dipelbagai medium siaran.

" Jadi, matlamat KRU TV ditubuhkan adalah untuk dijadikan sebagai medium bagi menyiarkan koleksi produk terbitan kami selama ini menerusi siaran milik sendiri.

" Selain menyiarkan kembali produk-produk lama, kami juga menayangkan program terbaru yang diterbitkan khas untuk KRU TV.

" Bukan apa, setiap stesen TV mempunyai sistem mereka yang tersendiri dalam penerbitan program diinginkan.

" Oleh itu, menerusi KRU TV, kami mempunyai peluang untuk berkarya tanpa sekatan serta mengikut kreativiti," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran KRU TV di The Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Sejak memulakan siaran percubaan Januari lalu di laman portal TV, www.tonton.com.my, Norman menjelaskan, ia adalah kerjasama pertama KRU Studios dengan pengendali web berkenaan, Alt Media Sdn. Bhd.

Tambah Norman, menerusi kerjasama itu, program KRU Paparazzi merupakan antara rancangan terbitan mereka yang berjaya mendapat perhatian ramai.

Walaupun baru beberapa bulan, secara keseluruhannya, KRU TV berjaya menduduki tangga kelima daripada 13 saluran yang terdapat dalam portal berkenaan.

Antara program hiburan lain terbitan KRU TV yang dapat ditonton ialah KRU Jukebox, KRU The Making Of, KRU Anime, 24-7 dan Extravaganza.

" KRU Paparazzi adalah program hiburan yang mendedahkan gosip, perkembangan cerita artis tempatan dan Indonesia.

"Namun, kami tak bermaksud mahu meniru atau bersaing dengan Melodi atau rancangan hiburan yang lain yang seumpamanya.

"Bagaimanapun, kewujudan KRU TV bukanlah bermaksud mahu memberi saingan kepada saluran-saluran TV sedia ada, tetapi hanya sekadar memberi pilihan kepada audiens," tegasnya.

Hadir sama di majlis pelancaran itu ialah Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, Pengurus Besar Kumpulan Alt Media Sdn. Bhd. Lam Swee Kim.

Pada masa yang sama, KRU Studios menggunakan kesempatan di majlis berkenaan untuk memperkenalkan barisan artis baru yang bernaung di bawah syarikat mereka seperti Alif Hadi, Nealofa, Aina Suzaily, kumpulan Forteen, kumpulan VIP dan kumpulan Tiga.

Dalam pada itu, menurut Norman, KRU Studios berkemampuan menghasilkan 300 jam program untuk siaran TV untuk disiarkan di KRU TV.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.