Adsense

Isnin, 2 Mei 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Avon Lantik Dynas Mokhtar Jadi Duta Avon Fashions

Posted: 02 May 2011 09:08 PM PDT

AVON memperkenalkan Rangkaian Mewah Berkualiti AVON FASHIONS 2011 bersama Dynas Mokhtar

Selain daripada kasih sayang… apa lagi yang diidamkan oleh seorang wanita? Aksesori AVON FASHIONS adalah jawapan paling tepat… teman paling akrab seorang wanita… seutas gelang tangan, rantai mahupun subang, berupaya menggamit diri anda. Besar atau kecil, moden atau klasik, aksesori pasti menaikkan semangat dan menceriakan 'mood' setiap wanita.

VIDEO SEKITAR PELANCARAN PRODUCT AVON

FASHION SHOW PELANCARAN PRODUK TERBARU AVON:

2011 merupakan tahun baru untuk koleksi aksesori AVON FASHIONS. Pelbagai perubahan menarik boleh anda nikmati dan perubahan pertama yang bakal anda saksikan adalah penampilan Dynas Mokhtar sebagai Wajah AVON FASHIONS 2011. Dynas bakal berkongsi trend, gaya dan pilihan aksesorinya agar anda lebih jelita sepanjang 2011.

DYNAS Avon

Apakah yang baru tentang koleksi aksesori avon? rangkaian aksesori avon fashions kini datang dengan mutu kualiti global yang setanding dengan produk setarafnya. Bergaya, jimat, berkualiti, pelbagai & eksklusif adalah lima kelebihan yang menyingkap keistimewaan AVON FASHIONS.

Kehalusan rekaan aksesori AVON FASHIONS sememangnya BERKUALITI dengan Teknologi Saduran Bermutu, mempunyai jaminan mutu, rekaan batu semewah berlian dan sesuai untuk kulit sensitif. Ianya menawarkan HARGA YANG AMAT BERPATUTAN dan mampu dimiliki bagi memenuhi impian setiap wanita. Koleksi eksklusifnya diinspirasikan dari TREN GLOBAL TERKINI yang dihalusi untuk memenuhi citarasa anda. Malah, ia memberi PELBAGAI PILIHAN dari idea-idea penuh klasik, bertatah batuan berkualiti hinggalah kepada berunsur trend fesyen semasa.

Keunggulan setiap aksesori ditingkatkan dengan saduran bermutu tinggi iaitu empat lapisan sadur dengan sekurang-kurangnya 2 lapisan logam berharga. Kerana itulah ianya BERJAMINAN TIDAK PUDAR. TIDAK KUSAM. TIDAK MENGELUPAS dan TAHAN SEKURANG-KURANGNYA 6 BULAN dengan jagaan yang betul. Semua subang adalah bebas Nikel, 100% bebas 'Lead' dan disahkan hipoalergenik. Ketinggian mutunya juga menjadikan ia sesuai untuk kulit sensitif dan tidak menyebabkan ruam.

Kehebatan aksesori anggun ini boleh dinilai melalui pilihan istimewa aksesori AVON FASHIONS 2011 melalui sentuhan delima Ruby Red Collection, koleksi saduran perak batuan akrilik dari Shimmer Sensation Collection, Onyx Twilight Collection dan Interchangeable Collection… pilihan rhodium dengan epoksi enamel hitam dan 'rhinestone' jernih. Juga Frontal Necklace And Earrings With Crystal Drop Gift Set, All That Blossom Rings dan Pave Ice Stretch Bangle yang masing-masing dari kemasan perak bersinar dengan taburan 'rhinestone' kristal jernih.

Sememangnya aksesori AVON FASHIONS memberikan rekaan eksklusif kepada pelanggan dengan kualiti tinggi pada harga yang amat berpatutan dengan pilihan gaya hebat yang boleh disesuaikan di mana-mana sahaja. Kerana kami mahukan setiap wanita yang memakai AVON FASHIONS berasa dirinya dihargai, lebih yakin dan berpenampilan hebat apabila berada di mana sahaja.

Aksesori AVON FASHION 2011 akan dipasarkan bermula 1 April 2011. Hubungi Wakil Avon anda atau kunjungi Butik Kecantikan Avon terdekat untuk mendapatkannya. Sebarang maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com.

DYNAS Avon

DYNAS Avon

DYNAS Avon

DYNAS Avon

Kenali Kualiti TERBAIK dari AVON FASHIONS:

• BERGAYA – Avon Fashion diinspirasikan dari trend global paling trendi disesuaikan untuk memenuhi citarasa wanita Asia.

• JIMAT UNTUK WANG ANDA – Memberikan konsep jimat wang anda

• BERKUALITI – Bersadur empat kali lapisan untuk jaminan tidak pudar sehingga 6 bulan! Hanya menggunakan batu berkualiti tinggi

• PELBAGAI – Menawarkan LINGKUNGAN rekaan dan gaya yang luas untuk memenuhi gayahidup setiap wanita!

• EKSKLUSIF – Direka esklusif untuk Avon!

DYNAS Avon

DYNAS Avon

DYNAS Avon

DYNAS Avon

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Nur Fazura Duta Perfume Terbaru Herve Leger AVON
  • Gambar Dynas Mokhtar di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Avon Perkenalkan Pencarian Bakat AVON VOICES
  • Avon Lancar Perfume Herve Leger Max Azria
  • Gambar Amanda Amani di Ujibakat Avon Voices
  • Gambar Alyah di Konsert Kemuncak Suria FM
  • Profile Biodata Intan Ladyana – Actress, TV Host, Talent, Model
  • Dynas Hamil Anak Kedua
  • Dynaz Keguguran
  • Gambar Liyana Jasmay di Duta Baru Cosmetic Maybelline New York
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Isma AF7 Alami Keguguran Anak Keenam

    Posted: 02 May 2011 08:11 PM PDT

    PETALING JAYA: Suami penyanyi Isma AF7 iaitu Zul (2By2) tidak menolak bahawa tekanan dan kesibukan mengendalikan produksi Nusanbakti Corporation Sdn Bhd antara faktor penyebab isterinya mengalami keguguran bayi keenam mereka, Sabtu lalu.

    Tambahnya, sejak memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan di syarikat tersebut dan pengarah filem Sofazr The Movie, Isma atau nama sebenar Ismaliza Ismail ini terlalu banyak menghabiskan masa dengan kerjayanya.

    Isma AF7

    "Pada hari Sabtu lalu, ada berlaku pendarahan dan selepas kami buat pemeriksaan, doktor dapati janin yang berusia tiga minggu itu sudah tidak bernyawa lagi. Mungkin juga kerana sejak akhir-akhir ini, dia terlalu azktif bergerak sebab ketika dapat tahu dia hamil, dia sedang sibuk mengarah filem Sofazr The Movie."

    Tambah Zul, buat masa ini, Isma masih lagi dalam keadaan terkejut dan lemah akibat kejadian tersebut.

    "Dia masih terkejut dan sudah tentu sedih. Ini kali pertama dia mengalami keguguran dan kami menganggap ia bukan rezeki kami," ujarnya yang kini mempunyai lima cahaya mata.

    Zul 2 By 2 dan Isma ketika di Akademi Fantasia 7.

    Dalam pada itu, ketika ditanya hubungan pasangan tersebut dengan Pengarah Urusan Heliza Helmi Production (HHP), Heliza Helmi yang dikatakan sedang bermasam muka, Zul memberitahu mereka tidak mempunyai sebarang masalah dengan penyanyi tersebut.

    "Saya keluar HHP lebih awal daripada Isma iaitu lebih kurang setahun lalu kerana dapat kerja yang lebih menjamin masa depan. Manakala Isma pula sudah lapan bulan keluar dari syarikat tersebut dan mengambil alih syarikat Nusanbakti. Kami keluar dengan rela hati dan bukan kerana sebarang salah faham. Hubungan kami dengan Heliza juga masih baik dan kami masih bertegur sapa," katanya.

    Zul turut menganggap mereka tidak mempunyai jodoh yang panjang di syarikat tersebut dan mahu beralih angin di tempat yang baru. via Mstar Online

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Erra Fazira Keguguran Sebab Urut Kaki
  • Dynaz Keguguran
  • Isma Tampil Dengan Lagu Aku Bukan Pilihanmu
  • Stail Rambut Pendek Terbaru Pelakon Filem Setem Isma Yusoof
  • Gugurnya Kandungan Ekin Selepas Berbulan Madu
  • Profile ISMA Akademi Fantasia 7
  • Azwan Ali Gedik?
  • Amylea & Isma Yusoof… ada apa-apa ke?
  • Sabrina Ali Sah Bercerai
  • Gambar Farah AF2 & Isma Yusoof Dalam Drama Popular
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.