Adsense

Selasa, 3 Mei 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Terbaik dari Wings

Posted:

Terbaik dari Wings

Terbaik dari Wings



WINGS adalah grup rock legenda. Orkestra Simfoni Kebangsaan atau OSK juga bukan calang-calang orkestra. Maka apabila dua 'jentera' ini bergabung dalam sebuah persembahan, yang terhasil daripada gabungan tersebut adalah bertaraf antarabangsa. Ia lebih daripada sekadar gabungan biasa, tetapi telah termasuk dalam kategori spektakular.

Itu rumusan secara ringkas mengenai Konsert Opera Hidup Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur selama lima hari pada minggu lalu. Ia barangkali kedengaran terlalu memuji sehingga tidak nampak cacat-cela, namun itu realitinya. Konsert tersebut memang telah melepasi garis piawaian biasa-biasa, tetapi ia sepadan dengan usia 25 tahun penubuhan grup tersebut.

Syabas buat Wings yang digawangi Awie (vokalis), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (drum). Mereka telah meninggalkan sesuatu yang hangat buat semua sayap-sayap Wings (gelaran buat peminat Wings) yang dahagakan persembahan mereka.

Selaku konduktor yang mengepalai orkestra, Mustafa Fuzer Nawi juga telah mengemudi pasukannya dengan cukup cemerlang apabila dapat menguasai muzik rock di dalam 'kapal' miliknya dengan bunyian yang cukup kemas.

Lima hari menakluk Istana Budaya, hampir tidak ada satu malam pun kerusi di tempat berprestij tersebut kosong. Setiap malam, semua tiket habis dijual, malah Wings telah menambah satu malam ekstra selepas grup Harley Davidson membeli satu malam khas buat ahli grup jenama tersebut.

Namun apa hebatnya Wings sehingga konsert tersebut begitu sukses?

Kehebatan grup ini terletak kepada visi, disiplin dan mimpi mereka yang akhirnya menjadi satu realiti. Setiap personal grup ini mempunyai mimpi yang tinggi untuk direalisasikan. Maka apabila punya kesempatan merealisasikan visi mereka, ia disempurnakan dengan sebaik mungkin.

Kredit harus diberikan kepada si gitaris, Joe, apabila mencari inisiatif untuk merealasasikan mimpinya bergabung dengan orkestra dan menggegarkan pentas Istana Budaya yang begitu asing dengan nuansa rock.


MANTAP. Dari kiri Mus, Awie dan Mel bergabung dalam salah satu segmen dan mendendangkan lagu-lagu hit Wings.


Kemudian, ia juga menjadi begitu sukses kerana gabungan orkestra dan grup rock yang pertama kali diadakan di Malaysia. Malah hampir kesemua lagu yang dimainkan pada konsert tersebut telah disuntik semula dengan gabungan dua nuansa muzik ini. Ia telah dicantum dengan kemas, lalu melahirkan bunyi baru yang segar namun masih tidak lari daripada melodi asalnya.

"Jujurnya, memang sukar untuk kami berempat bergabung dengan pasukan orkestra. Sementelah banyak lagu harus digubah semula. Namun kerjasama itu dapat terjalin baik dengan toleransi dan kemahuan kami yang seiring untuk menggabungkan muzik kami dalam orkestra," ujar Awie.

Lebih daripada itu, ia bergantung kepada kredibiliti dan empayar Wings itu sendiri. Selama 25 tahun 'terbang' meneroka industri muzik, bukan sukar untuk mereka mengajak sayap-sayap Wings berkampung di dalam Istana Budaya dan menyaksikan persembahan serba baru mereka tanpa membuang cita rasa asal peminat-peminat yang setia menyokong Wings selama ini.

Setiap malam tirai konsert dibuka dengan lagu Opera Hidup, simbolik dengan nama konsert yang dipilih. Sebaik muzik dialunkan, bagai ada satu magis yang pantas menyelinap dalam sanubari. Gabungan orkestra dengan Wings dirasa cukup sebati.

Biar harus diakui, pada awalnya bagai ada kekosongan di dalam persembahan yang selalu dimainkan secara 'kasar' oleh sebuah grup rock, namun ia menjadi semakin enak apabila gabungan mereka mula memuntahkan lebih banyak magis pada lagu-lagu yang berikutnya termasuk Hukum Karma, Inspirasi Taming Sari, Biru Mata Hitamku dan Bernafas Dalam Lumpur.


DARI kiri: Joe, Awie dan Eddie mempunyai karisma tersendiri.


Pengalaman yang bukan sehari dua berhadapan peminat juga digunakan Awie untuk memancing hati peminat dengan jenaka spontan dan bicara yang tersusun cantik. Selepas tiga lagu pertama dinyanyikan tanpa henti, Awie mula berinteraksi dengan peminat.

Katanya: "Kami cukup teruja untuk bergabung dengan orkestra dan bermain di dalam Istana Budaya yang penuh berprestij ini. Ini adalah hadiah kami buat peminat walaupun ini hadiah berbayar. Kami berharap dengan sokongan anda semua, kami boleh menjadi lebih maju pada masa hadapan."

Dia kemudian menyambung persembahan dengan menyanyikan lagu Di Ambang Wati, lagu yang cukup hit sewaktu dia menjadi hero filem-filem milik Datuk Yusof Haslam.

Momentum konsert kemudian diteruskan dengan slot yang menyaksikan gabungan semula Wings bersama bekas-bekas individu yang pernah menyertai Wings iaitu Jojet (drum), Sham (gitar), Mel dan Mus selaku vokalis yang pernah menggantikan posisi Awie sewaktu dia membawa haluan sebagai penyanyi solo sekitar tahun 90-an dahulu.

Mereka bergabung mendendangkan hit Wings yang begitu mesra telinga termasuk Peronda Jaket Biru, Intanku Kesepian, Rock n Roll Lu Punya Suka, Semalam Yang Hangat dan Jerangkung Dalam Almari yang membangkit keterujaan peminat untuk turut menyanyi bersama mereka.

Wings kemudian tidak ketinggalan memainkan lagu yang telah melonjakkan nama mereka iaitu Sejati dan Taman Rashidah Utama.

Seperti mana suksesnya konsert pada sebelah malam, konsert Wings Opera Hidup Superfriends yang menyaksikan otai-otai tanah air seperti Datuk M.Nasir, Ramli Sarip, Hattan, Nash, Mus, Azlan the Typewriter dan Jaclyn Victor pada sebelah petang terlebih dahulu dijayakan dengan penuh hangat.

Semoga Wings terus terbang tinggi dan tidak jatuh terhempas ke bumi sebelum melunaskan lebih banyak visi yang mampu membanggakan industri seni tanah air.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aleya seronok jaga anak

Posted:

Aleya seronok jaga anak

Aleya seronok jaga anak

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com


LEYA bersama suami, Ashraf dan ibunya, Fatimah Abu Bakar bersama suami, Syed Zainal Rashid.


BIARPUN sibuk dengan jadual seni, Leya atau nama sebenarnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 28, tidak meletakkan tanggungjawab menjaga dua puteri kembarnya Aza Ameena dan Asha Ameena kepada pengasuh.

Bagi kakak kepada Sharifah Amani ini, dia sanggup bergilir-gilir bersama suami, Muhammad Ashraf Aasimudin, 31, menjaga dua orang anaknya itu yang kini berumur dua tahun.

Masih menyusukan anak-anaknya dengan susu badan, bagi Leya dia mahu anak-anaknya membesar di depan mata.

"Buat masa sekarang tumpuan utama Leya adalah anak-anak selain sebagai penyampai radio di Hot FM," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran produk Nuvafemme di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

Leya yang baru selesai menjalani pengambaran teater Musikal Terima Kasih Cinta arahan Pat Ibrahim memberitahu, jika dia dan suami terlalu sibuk dengan kerja, ibu bapa dan mertuanya akan mengambil alih menjaga cucu-cucu mereka.

"Anak-anak memang saya dan suami akan jaga bergilir-gilir tetapi jika kami berdua sibuk keluarga saya dan mertua akan membantu," katanya.

Jurucakap Nuvafemme

Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai penyampai radio dan juga menguruskan anak-anak, Leya yang dulunya mempunyai bentuk badan yang agak berisi kini tampil langsing dan bersemangat.

Ditanya mengenai hal itu, Leya pantas memberitahu, dia mengamalkan pemakanan sihat serta pengambilan suplemen, Nuvafemme.

Dia yang kini menjadi jurucakap kepada produk Nuvafemme bersama dengan ibunya, Fatimah Abu Bakar mengaku sangat benci makan ubat tetapi disebabkan ingin tampil lebih sihat dan bertenaga terutamanya selepas bersalin, Leya mendisiplinkan dirinya.

Kombinasi mempesona yang dimiliki oleh Fatimah yang juga merupakan tenaga pengajar Akademi Fantasia (AF) itu bersama dengan anaknya, Leya mendorong kedua-duanya menjadi jurucakap untuk produk tersebut.

"Nuvafemme adalah formula kecantikan semula jadi sepenuhnya yang bertindak untuk menyerlahkan kulit lebih muda dan tegang. Ia membantu mengaktifkan penghasilan kolagen dari dalam untuk membentuk kulit yang lebih tegang dan gebu seterusnya menghilangkan garis halus dan kedutan serta meningkatkan kelembapan kulit," kata Leya mengenai kebaikan produk tersebut.

Ujarnya, produk berkenaan kini boleh didapati di semua farmasi utama di seluruh negara pada harga RM98 untuk kotak 50 tablet.

Pendakap gigi

Leya dulu menganggap gigi jarangnya adalah trademark dan pernah menyuarakan tidak mahu memakai pendakap gigi tetapi akhirnya dia mengalah.

Semuanya gara-gara tidak tahan menahan sakit ketika mengunyah makanan.

"Pada mulanya memang Leya tak mahu pakai pendakap gigi tetapi disebabkan ketika mengunyah makanan Leya akan tergigit dinding tepi dalam mulut sehingga luka, Leya mengambil keputusan memakai pendakap gigi.

"Sudah masuk beberapa tahun Leya menghadapi masalah ini sehingga doktor memaksa Leya memakai pendakap gigi. Katanya, jika dibiarkan lama-kelamaan gigi akan bertambah jarak dan berterabur," katanya yang telah memakai pendakap gigi itu selama setahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kalki kahwin tak jemput orang

Posted:

Kalki kahwin tak jemput orang

Kalki kahwin tak jemput orang


KALKI bersama tunangnya, Anuraq Kasyhap.


AKTRES Kalki Koeehlin berkata, dia akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini dengan mengahwini pengarah filem, Anurag Kashyap, namun tetap merahsiakan tarikh perkahwinannya.

"Ya, kami memang akan berkahwin tahun ini. Saya tidak akan beritahu sesiapa mengenai tarikhnya kerana apabila anda bakal mengahwini seorang bintang, ia sukar untuk mencari tarikhnya," ujar Kalki yang memberitahu mereka bertunang pada bulan Januari lalu.

Memberitahu hanya akan mengadakan majlis yang sederhana berkonsepkan tradisional India Utara di rumah ibu saya di Ooty, dia dengan tegas mengatakan: "Saya tidak akan menjemput sesiapa. Majlis itu hanya untuk ahli keluarga terdekat sahaja dijemput. Tapi kami akan adakan majlis resepsi nanti."

Aktres tersebut memberitahu dia akan memakai sari tradisional berwarna putih dan merah dan Anurag pula akan memakai dhoti tradisional pada majlis tersebut nanti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.