Adsense

Selasa, 3 Mei 2011

Zon Artis

Zon Artis


Nak Buka Kedai Online Tapi Tak Mahir Buat Website E-Commerce? Lot.my Penyelesaiannya

Posted: 03 May 2011 09:00 AM PDT

OFF TOPIC JAP YER.. JANGAN MARAH.. APA-APA PUN, JOM BACA..

KEDAI ONLINE LOT.MY

Kami pernah terfikir untuk membuka Kedai Online dimana kat kedai online tu kami akan jual produk-produk yang berkaitan dengan Zon Artis dan dunia hiburan. Contohnya T-Shirt Zon Artis, T-Shirt Fan Club Artis, CD dan yang dirasakan sesuai. Tapi bila fikir pasal kos dan kemahiran membina website kedai online yang langsung takde pada kami, hajat untuk membuka kedai online itu terkubur.

Tapi kini, hajat kami untuk membuka kedai online seperti yang kami rancangkan sebelum ini datang semula apabila kami mengetahui ada sebuah website yang menawarkan kedai online dengan sistem e-commerce secara PERCUMA (ya, secara PERCUMA!). Ini bermakna, kos untuk membina kedai online dengan sistem e-commerce dapat dijimatkan. Boleh gunakan kos yang dijimatkan tu sebagai penambah modal.

Bukan setakat menjimatkan kos, malah untuk membina kedai online dengan sistem e-commerce itu juga sangat mudah. Tidak memerlukan kepakaran yang tinggi. Cukup setakat pengetahuan asas. Tapi kalau tak tahu apa-apa sekalipun, tak jadi masalah kerana boleh belajar perlahan-lahan. Orang cakap, try and error. Tapi kami pasti ianya begitu mudah sebab hanya beberapa langkah diperlukan untuk setup.

Website yang kami maksudkan itu ialah Lot.my

KEDAI ONLINE LOT.MY

Jika anda pertama kami mendengar Lot.my ini, pastinya anda tertanya-tanya apakah bendanya Lot.my tu? Untuk pengetahuan anda, Lot.my adalah domain baru yang didedikasikan untuk laman e-commerce Malaysia. Domain ini sekarang terbuka untuk pendaftaran dan percuma untuk semua orang. Bukan itu sahaja, Lot.my juga dilengkapi dengan sistem e-commerce terbaik yang membolehkan anda untuk membuat kedai online anda dengan mudah. Lot.my telah wujud sejak Januari 2010 atas gabungan beberapa orang pakar. Untuk lebih lanjut, anda boleh baca di About Lot.my.

Dan jangan tidak tahu, Lot.my mendapat liputan meluas dari media-media tempatan antaranya Utusan Malaysia, Astro Awani, RTM dan banyak lagi. Malah Lot.my juga telah menerima dua anugerah iaitu NEF-AWANI ICT AWARDS 2010 bagi kategori Best New Media Application serta .my INNOVATION AWARD bagi kategori Most Innovative Malaysia Website. Kalau tak percaya, anda tengok sini.

Baiklah, kenapa anda harus memilih dan menggunakan Lot.my untuk membina kedai online anda? Anda baca apa yang kami highlight'kan kat bawah ni:

1. Mudah digunakan – Sistem e-commerce adalah sangat rumit bagi yang tidak pernah belajar mengenainya, namun Lot.my direka untuk membiarkan anda menumpukan pada produk dan jualan anda, bukan hal-hal teknikal. Mudah bagi anda dan pelanggan anda.

2. Kebebasan penuh – Anda boleh mengubah paparan kedai dan merasa mudah dengan tema Lot.my yang di prebuilt tanpa pengetahuan HTML. Memaparkan dan menyembunyikan modul apapun dan memutuskan di mana anda ingin meletakkannya.

3. Design yang cantik – Kedai anda akan kelihatan sangat cantik dengan tema menarik yang disediakan. Anda juga bebas untuk menambah logo anda sendiri mahupun banner serta anda boleh pilih dari ratusan latar belakang readymade sesuai kedai online anda.

4. Quick Setup – Jangan dibebani dengan pembelian domain, konfigurasi pelayan, pemasangan perisian, akaun pembayaran atau tatacara lain. Lot.my host untuk anda dan dalam masa yang singkat, anda boleh mula mempromosikan kedai online anda.

5. Tunai atau Kredit – Menerima wang tunai, cek, transfer bank, pembayaran online (Maybank2u, CIMBClicks, dll), kad kredit (Mastercard, Visa), dan Paypal. Lebih banyak cara bagi anda untuk menerima pembayaran dan membuat lebih banyak keuntungan.

Kat bawah ni beberapa contoh kedai online yang sudah menggunakan Lot.my (klik pada gambar untuk melihat sendiri kedai online yang dah siap dibangunkan tu).

KEDAI ONLINE LOT.MY
www.babyrompy.lot.my

KEDAI ONLINE LOT.MY
www.myexclusiveboutique.com

KEDAI ONLINE LOT.MY
www.tudscarf.com

KEDAI ONLINE LOT.MY
www.shop.secretgarden.com.my

Contoh-contoh lain anda boleh lihat di sini.

Antara komen daripada mereka yang sudah menggunakan Lot.my

KEDAI ONLINE LOT.MY

Beberapa lagi komen anda boleh baca di sini

Jadi tunggu apa lagi? Bina kedai online anda sekarang dengan Lot.my. Mudah, jimat dan pastinya terbaik. Kami pun nak daftar jugalah. Boleh jual T-Shirt Zon Artis.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Inilah Wajah Bakal Suami Nurul Syuhada, Akan Bernikah Pada Bulan Julai

Posted: 02 May 2011 11:56 PM PDT

GAMBAR BAKAL SUAMI NURUL SYUHADA NURUL AIN

Ya, itulah wajah bakal suami Nurul Syuhada Nurul Ain. Handsome kan? Namanya Raja Amir Raja Azwa, berumur 29 tahun dan merupakan seorang pegawai bank.

Menurul Nurul Syuhada, mereka sudah saling mengenali sejak 2 tahun lalu dan sudah merancang untuk bernikah pada bulan Julai nanti. Tarikh tepat unknown.

Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Nurul Syuhada. Semoga apa yang telah dirancangkan akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. InsyaAllah.

Lagi gambar bakal suami Nurul Syuhada Nurul Ain kat bawah ni.

GAMBAR BAKAL SUAMI NURUL SYUHADA NURUL AIN

Psstt: iPad2, Blackberry Bold 3 dan iPod Touch untuk dimenangi

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.