Berita Harian: Hip |
Posted: 02 May 2011 04:09 PM PDT Hip TARIKH 1 Mei lalu, bakat baru ini sah bergelar tunang kepada pelakon yang sedang meningkat naik, Zahiril Adzim, selepas hubungan cinta mereka agak kencang diperkatakan. Maklum saja, apabila dua selebriti bercinta, pasti peminat dan media seronok berbicara mengenainya. Majlis pertunangan pasangan itu berlangsung di Ipoh, Perak. Selepas kira-kira setahun berkasih, akhirnya kedua-dua mereka mengangkat status percintaan ke tahap lebih tinggi lagi - pertunangan. Majlis pernikahan pula dikatakan akan berlangsung pada tahun ini juga. Nur Syahirah Aiyob, 25, atau lebih mesra dengan panggilan Shera, begitupun tidak pernah menyangka jodohnya akan tiba dalam masa secepat ini. Apatah lagi pada ketika langkahnya dalam bidang seni bagaikan baru saja hendak bermula.Namun gadis ini tidak menolak ketentuan Tuhan dan bersyukur dikurniakan jodoh seperti Zahiril kerana baginya, pemuda itu seorang yang penyayang, bertanggungjawab dan berfikiran terbuka, secara tidak langsung membuatkan dia berasa cukup selesa di sisinya. "Secara jujur, saya tidak menyangka pun akan berkahwin dalam usia sebegini. Sebelum ini saya mensasarkan pada usia 27 tahun baru saya akan menjejakkan kaki ke jinjang pelamin. "Namun saya amat bersyukur kerana saya dipertemukan dengan seseorang lelaki yang membuatkan saya selesa bersamanya, serta mampu menjaga saya dengan sebaik-baiknya. Justeru, saya tidak mempunyai sebarang alasan untuk menangguhkan perkara yang mulia ini.
Gadis manis ini juga menyatakan dia tidak risau jika namanya akan merudum kerana membuat keputusan menamatkan zaman bujang pada ketika dirinya mula hendak dikenali peminat. Katanya, biarpun sahamnya mungkin akan menjadi rendah di sisi peminat, ia tetap tinggi di sisi Tuhan. Perkenalannya dengan pelakon Senjakala itu bermula ketika mereka menjayakan penggambaran filem Sesuatu Yang Tertinggal pada tahun lalu. Kekerapan meluangkan waktu bersama ketika itu membuatkan hubungannya bersama Zahiril bertambah erat. Kata pemegang Diploma Malaysia Institute of Integrative Media ini, dia akan terus bergiat cergas dalam bidang seni walaupun setelah bergelar isteri tidak lama lagi. Menurut Shera, bakal suaminya seorang yang memahami dan selagi dia mengetahui batasannya, karier seni tidak akan mendatangkan masalah. Namun buat ketika ini, kerjaya sebagai pelakon dibekukan seketika kerana Shera mahu menumpukan perhatian terhadap dunia pengacaraan dan juga persiapan majlis perkahwinannya yang menjelang tiba. Pengalaman baru berguling di hutan SELEPAS berjaya mencipta nama sebagai hos Wanita Hari Ini (WHI), Shera mengorak langkah sebagai pelakon filem dengan membintangi Karak, judul terbitan KRU Studios. Filem seram berkenaan akan ditayangkan di seluruh negara mulai 26 Mei ini. Namun filem arahan Yusry Abdul Halim itu pada hakikatnya bukanlah filem pertama lakonannya kerana sebelum itu Shera membintangi filem Sesuatu Yang Tertinggal, yang menggandingkan dirinya bersama Zahiril. Gadis kelahiran Ipoh ini mengaku, dia berasa sungguh bertuah dan berbangga apabila diberikan kepercayaan menjadi antara teraju utama filem seram terbabit, di samping tiga pelakon baru lain iaitu Shahir, Kilafairy dan Along. "Saya melakonkan watak Zura, teman wanita kepada Nik, watak yang dibawa oleh Shahir. Zura seorang remaja yang lemah lembut dan kuat agama, namun disebabkan pengaruh dunia kehidupan moden kolej, dia menjadi alpa. "Watak yang saya bawa agak berat dan mencabar. Secara jujur saya agak takut dengan maklum balas yang akan diberikan oleh orang ramai selepas menonton filem ini nanti, "Pada mulanya saya akui saya tidak berani untuk mencuba kerana saya berasakan yang saya tidak boleh berlakon. Bagaimanapun, apabila difikirkan kembali, tiada salahnya jika saya mencuba. Pada masa yang sama, saya dapat mengkaji sesuatu yang baru, sesuatu yang berlainan dengan bidang pengacaraan. "Saya menimba pelbagai pengalaman baru ketika menjayakan filem ini. Apatah lagi inilah pengalaman pertama saya berkerja di bawah arahan Yusry. Dia seorang pengarah yang bagus dan berkaliber, serta hasil kerjanya memang memuaskan hati. Bekerja dengan seluruh warga produksi filem ini juga suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan," katanya yang bersyukur kerana tidak berdepan sebarang gangguan ketika membintangi filem terbabit. Cerita Shera, antara pengalaman baru yang ditempuhinya ialah apabila dia terpaksa berguling-guling dan melakukan aktiviti lasak dalam kawasan Hutan Ulu Langat. "Sebelum ini saya memang tidak pernah masuk hutan. Ini semua memang pengalaman cukup berharga bagi diri saya," katanya.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 02 May 2011 04:07 PM PDT Hip Pemberian wang pencen terpaksa dihentikanPERGOLAKAN yang berlaku membabitkan Persatuan Karyawan Malaysia atau KARYAWAN dengan beberapa individu serta persatuan lain nampaknya membawa bahana kepada persatuan di bawah pimpinan Datuk Freddie Fernandez. Berikutan masalah yang timbul, tabung persatuan yang bergantung harap kepada wang ihsan syarikat korporat dan individu itu kini kian menyusut. Sekali gus keadaan berkenaan menyebabkan wang pencen sebanyak RM500 yang diberikan kepada 26 ahlinya melalui Skim Pencen Artis Veteran terpaksa dihentikan sejak November lalu, setelah enam tahun dilaksanakan. Biarpun jumlah berkenaan tidak banyak, namun pemberhentian pemberian wang itu sedikit sebanyak membebankan penerimanya. Lebih-lebih lagi kebanyakan penerima tidak mempunyai sumber pendapatan lain.Freddie ketika ditemui tidak menafikan KARYAWAN kini berdepan masalah kewangan yang teruk. Katanya, kemelut yang melanda persatuan itu menjejaskan persatuan ini sehingga penderma ragu-ragu untuk menghulurkan bantuan. "Tabung kami memang sudah kering hingga menyebabkan KARYAWAN terpaksa memberhentikan pemberian wang pencen sejak lima bulan lalu. Kami tahu tindakan itu akan membebankan penerima, apatah lagi kebanyakannya tidak mempunyai sumber pendapatan lain. "Namun kami tidak mampu berbuat apa-apa kerana persatuan berdepan masalah kewangan yang runcing. Setakat ini kami tidak menerima sebarang rungutan daripada penerima kerana rata-rata mereka faham dengan situasi yang dihadapi persatuan. Kami memang bersimpati dengan mereka, lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu ada yang tinggal di masjid sejak pemberian wang pencen dihentikan, tetapi kami tidak boleh berbuat apa.
Freddie menambah, dia akan memastikan masalah kewangan yang dihadapi persatuan itu tidak berlarutan. Pelbagai aktiviti akan disusun bagi mengisi tabung KARYAWAN, seperti mengadakan konsert secara kecil-kecilan sebelum merancang projek lebih besar. "Kami berharap masalah ini akan dapat diatasi pada masa depan. Kami juga akan cuba melupakan segala kemelut yang melanda dan tidak akan berputus asa untuk meneruskan agenda mengutip derma. Semua masalah yang menimpa KARYAWAN langsung tidak menghancurkan perancangan kami bagi mengisi semula tabung ini. Sekiranya kami berjaya mengisi kembali tabung ini, mungkin pemberian wang pencen akan diteruskan," kata Freddie. Bersyukur walaupun tidak lagi terima bantuan PELAKON veteran, Datuk Sarimah Ahmad, memohon kepada pihak yang cuba menghalang usaha baik KARYAWAN supaya memberi sedikit ruang kepada persatuan itu. Katanya, tindakan pihak yang berdengki dengan persatuan terbabit nampaknya sudah menjejaskan pendapatan bulanan penerima wang pencen. "Penerima ialah orang seni yang tidak lagi aktif. Mereka tidak mempunyai pendapatan lain selain daripada wang pencen, tindakan pihak yang cuba menghalang usaha baik KARYAWAN nampaknya sudah menyukarkan hidup penerima.
Penyanyi era-60 an, MY Shamsuddin yang juga seorang penerima Skim Pencen berkata, sepanjang lima tahun, hidupnya banyak bergantung kepada wang pencen berkenaan. Bagaimanapun, kini dia terpaksa akur apabila pemberian wang itu diberhentikan. Biarpun kini terpaksa bergantung kepada wang kebajikan semata-mata, dia berterima kasih kepada KARYAWAN kerana pernah meringankan bebannya selama ini.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |