Utusan Online - Hiburan |
Posted: Nadia lepasi tahap deritaOleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
LAGU Salam Buat Kekasih memperkenalkan Nadia sebagai penyanyi rock yang juga dilihat pengganti kepada Ratu Rock, Ella. | ||
Posted: Tidak mungkin bangkit semulaOleh HASNURUL MOHAMED IWAN... Lima tahun akan datang belum tentu ada penyanyi yang mahu merakamkan album berkonsep dangdut. MUZIK dangdut yang dibawakan oleh ratu dan raja dangdut Amelina dan Iwan pernah menguasai industri muzik tanah air sekitar tahun 1990-an. Ketika itu, lagu Memori Daun Pisang dan Semakin Rindu Semakin Asyik menjadi siulan anak-anak muda. Kemunculan Amelina pada tahun 1994 menerusi album sulungnya, Amelina membuka ruang yang cukup luas bagi penyanyi lain seperti Mas Idayu, Sheeda Angkat Kaki, Haiza, Ani Maiyuni dan Shikin untuk melahirkan album berentak dangdut. Ketika Amelina muncul dengan album keduanya Asyik (1995), syarikat rakaman juga seronok mengaut keuntungan hasil daripada penjualan album penuh dan kompilasi dangdut. Bahkan ada individu yang pernah menerajui sebuah syarikat rakaman bertaraf antarabangsa mengalami kerugian RM5 juta ekoran tindakannya membeli sebuah syarikat rakaman tempatan, mengalami kerugian. Namun hasil jualan album-album dangdut membolehkan individu berkenaan melunaskan segala hutangnya. Sebenarnya, perintis lagu-lagu dangdut dalam industri muzik tempatan ialah Zaleha Hamid. Ttetapi kemunculan Amelina yang mengetengahkan konsep dangdut kontemporari mencetuskan fenomena baru dangdut di negara ini. Simbiosis antara Amelina bersama Iwan terus meledakkan lagu-lagu dangdut ke satu tahap yang bukan sahaja gah di pentas tempatan tetapi juga berjaya menembusi pasaran muzik Indonesia sehingga ke Jepun. Ketika dangdut berada di era kemuncaknya, sebuah stesen radio enggan memutarkan lagu berirama dangdut dengan alasan ia muzik kelas bawahan, dangdut bukan lagu kita, bukan lagu tempatan. Tidak cukup dengan mengharamkan dangdut, irama itu terus dipukul pihak yang sama dengan mengklasifikasikan irama dangdut sebagai muzik kelas bawahan. Dalam erti kata lain, penggemar lagu-lagu dangdut adalah low class. Sedangkan muzik bersifat sejagat. Tiada kelas atasan, kelas pertengahan dan tiada juga kelas bawahan. Mengapa perlu dangdut terus dipandang jijik, jelek dan kotor oleh pihak yang sepatutnya membantu irama itu duduk di salah satu sudut dalam industri muzik tanah air? Jika seseorang itu benar-benar bencikan elemen dangdut dalam sesebuah lagu, mengapa ramai yang terkinja-kinja apabila mendengar lagu tema Piala Dunia 2010, Waka Waka, nyanyian Shakira? Jika pelantun Waka Waka itu ialah Mas Idayu, Sheeda, Haiza, Shikin, Ani Maiyuni, adakah ia diterima mereka yang memandang hina kepada irama dangdut? Atau ditelan sahaja keangkuhan dengan mengatakan - itu adalah world music! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |