Adsense

Isnin, 11 April 2011

Sensasi

Sensasi


Justin Bieber berlatih bola sepak dengan Barcelona FC

Posted: 11 Apr 2011 09:40 AM PDT

Justin Bieber rupanyya adalah seorang peminat Barcelona FC.Baru-baru nie semasa Bieber pergi bercuti di Spain,dia telah mengambil peluang untuk berlatih bola sepak bersama Barcelona FC.

Almaklumlah,selebriti kaya dan famous,nak join berlatih takda hal la...kalau korang pergi bercuti tetiba nak belatih dengan football club yang mempunyai nama besar mcm Barcelona nie,agak2 dapat tak?

Justin Bieber kelihatan sangat bersemangat dan berkeyakina semasa berlatih bersama mereka..jom ushar video JB main bola...Cume baju dier je yang nampak agak gayish disitu...


Jimmy Shanley dan temubual kisah rumahtangga yang masih belum selesai

Posted: 11 Apr 2011 09:29 AM PDT

Imej terbaru Jimmy yang bermisai dan berjanggut membuatkannya nampak mcm pak arab je,dan lebih matang.

Kesian sensasi dengar tentang permasalahan rumahtangga Jimmy dan Isteri yang belum selesai.

Jimmy enggan melafazkan talak kerana mahukan anaknya.dan menurut temubual bersama Jimmy,Suhaila banyak bercerita dan berkongsi kisah dengan rakan baiknya sehingga Jimmy sakit jiwa dibuatnya.







Suhaila kini mencabar anda?

JIMMY SHANLEY: Saya masih menanti perbicaraan seterusnya pada 23 Mei nanti. Kalaulah ada keputusan, saya akan terima dengan hati terbuka.

Setakat ini, saya cuma berusaha yang terbaik. Ibarat orang sakit, takkan harus dibiarkan sahaja menunggu saat kematian, kena bawa berubat, perkahwinan juga begitu.

Siapa yang bersalah dalam soal ini?

Semua pihak bersalah. Saya mengaku salah saya dan saya buang segala keras kepala saya, tapi nampaknya dia masih pertahankan egonya.

Sampaikan pergi ke Mekah untuk mengerjakan umrah pun tak minta izin dengan saya. Pergi buat ibadat yang sunat tapi lupa kewajipan kepada suami.

Untuk apa simpan isteri yang sudah membuang Jimmy daripada hidupnya?

Sejak kecil saya impikan kasih sayang. Saya mahu hidup bahagia bersama isteri dan sekarang saya buat semua ini demi anak dalam kandungannya.

Saya terkilan sebab tak dapat pengalaman temankan isteri dan beli barang keperluan bayi dengan isteri. Semua kelengkapan bayi telah sedia.

Biarlah derita saya hanya sembilan bulan ini, tapi derita Suhaila akan berlarutan sepanjang hayat.

Maksudnya?

Saya mahu menjaga anak saya bila selamat dilahirkan nanti. Saya sudah fikir panjang sebab itulah saya tidak mahukan perceraian.

Saya mahu bahagia menjadi seorang bapa kalaupun tidak bahagia menjadi suami, tapi adakah Suhaila akan bahagia? Tolonglah berubah wahai Suhaila.

Sungguh memalukan, berkahwin 20 hari dan berpisah, jika berbaik, mungkin akan bergaduh lagi?

Biarlah saya malu berdepan masyarakat asalkan saya tidak malu dengan hukum Tuhan.

Rasanya, Jimmy sudah faham benar sejauh mana sikap isteri?

Sebab itulah ada tempoh berkawan, bercinta, bertunang dan berkahwin. Kini saya sudah masak perangainya. Dia berjanji macam-macam dan mahu berubah perangai selepas berkahwin, tetapi begini jadinya. Saya tidak akan putus asa.

Sikap mertua dalam soal ini?

Saya kagum dengan sikap mertua. Mereka sanggup bawa saya 'berubat,' jumpa mana-mana ustaz untuk dapatkan nasihat, bawa anak (Suhaila) ke Mekah untuk berdoa dan lembutkan hati. Saya sangat hormatkan keluarga mertua, mereka yang banyak sabarkan saya.

Adakah Suhaila ada lelaki lain?

Saya tidak tahu, setahu saya semua perkara hendak dikongsikan dan habiskan masa bersama teman 'sehidup semati.' Berkawan sampai lupa kepada suami. Sakit otak saya dibuatnya.

Gambar-Gambar Liyana Jasmay Ke Mekah menunaikan Umrah

Posted: 11 Apr 2011 09:18 AM PDT

Amboi bukan main excited lagi Liyana Jasmay bergambar semasa di Mekah ,mcm percutian pula.
Tapi siapa yang tak seronok dapat jadi tetamu di tanah suci Mekah.
Ramai yang pernah ke sana pasti nak pergi lagi ,lagi dan lagi.
Kalau dengar cerita org-org tua yang dah menunaikan Haji,semua ckp seronok sgt dapat pergi sana.Tenang dapat jadi tetamu Allah.

Liyana Jasmay pergi menunaikan Umrah bersama ibu dan keluarganya.

Ulasan Filem "Senjakala" Filem Seram bakal ditayangkan 14 April 2011

Posted: 11 Apr 2011 08:30 AM PDT


BINTANG
Keseluruhan: 3
Plot: 3
Lakonan: 3
Efek Khas: 2.5
Sinematografi: 3

Tonton filem ini jika anda suka
: "Jangan Pandang Belakang", "Khurafat"

Ketika menonton "Senjakala", filem seram terbaru arahan Ahmad Idham, ramai berpendapat filem ini tidaklah begitu menyeramkan seperti apa yang pernah dibuatnya melalui filem "Jangan Pandang Belakang" yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dulu. Pengarah ini sememangnya terkenal dengan memberi sentuhan baru dan mencari kelainan dalam setiap filemnya. Kali ini, "Senjakala" menampilkan pasangan kekasih yang berhadapan dengan masalah saka.

Filem ini mengisahkan Karlisa (Liyana Jasmay) yang baru kehilangan tunangnya melalui kemalangan jalan raya pulang ke kampung halaman ibunya. Di sana, Karlisa bertemu dengan seorang jejaka kampung yang pendiam, Armand (Zahiril Adzim). Karlisa mendapat tahu Armand telah membela saka yang sepatutnya diturunkan kepada dirinya setelah ibu Karlisa tidak mahu membelanya. Walaubagaimanapun Armand yang telah jatuh cinta kepada Karlisa tidak mahu menyerahkan saka tersebut kepada tuan asalnya.

Mencari keserasian antara Liyana dan Zahiril tidaklah menjadi satu masalah buat memandangkan pasangan ini pernah bergandingan melalui drama bersiri yang kemudiannya diangkat ke layar perak,"Kami". Oleh itu, keserasian di antara kedua pelakon muda ini tidak kelihatan kekok atau seperti dibuat-buat. Tambahan pula "Senjakala" merupakan filem seram keempat buat Liyana selepas membintangi "Histeria", "Niyang Rapik" dan "Khurafat". Pujian harus diberikan kepada pelakon veteran Ruminah Sidek atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Mah kerana setiap pergerakan seperti jelingan mata dan reaksi wajah yang dipaparkan memberi kesan kepada penonton.


Penggunaan efek khas serta bunyi berjaya memberi impak mengejut kepada penonton. Sayangnya, kewujudan elemen seram seperti hantu dilihat kurang menyerlah jika dibandingkan apa yang pernah ditampilkan oleh Ahmad Idham melalui filemnya sebelum ini.

Selain Liyana, Zahiril dan Mak Mah, "Senjakala" turut dibarisi pelakon Faezah Elai, Aida Aris, Erin Malek, Den Wahab, Eizlan Yusof, Kamal Adli, Zed Zaidi dan ramai lagi.


Saksikan "Senjakala" di pawagam pada 14 April 2011!

Kekasih baru Wafi (Duda Anne Ngasri) ,Pramugari muda Air Asia

Posted: 11 Apr 2011 08:03 AM PDT

gambar kekasih baru wafi



Inilah kekasih baru Wafi iaitu bekas Suami Anne Ngasri yang telah bercerai talak tiga dengan Anne ketika Anne sedang sarat mengandung..

Kini Wafi temui cinta baru bersama seorang pramugari Air Asia yang bernama Shasha berusia 20 tahun.Agaknya taste wafi nie memang yang seksi lah kot.

Perceraian Wafi dikatakan kerana Wafi kerap berhibur di kelab malam,dan Noni AF dikatakan salah satu punca org ketiga yang diperkatakan ,bahkan wartawan pernah nampak Wafi dan Noni berhibur di kelab malam.

Bagi Sensasi,anne jauh lebih cantik dan sopan kan ..
Jodoh mereka tak panjang,mungkin ada yang lebih baik utk Anne lepas nie.

Apepun semoga Wafi dan kekasih barunya bahagia..

gambar kekasih baru wafi

gambar kekasih baru wafi

gambar kekasih baru wafi

Maria Farida dan Aaron Aziz dalam filem Datin Ghairah

Posted: 11 Apr 2011 07:50 AM PDT



Dengar nama Filem pun macam over je.Fiem Datin Ghairah ini bakal dilakonkan oleh Maria Farida sebagai watak utama dan Aaron Aziz sebagai hero.

Filem nie bergenre komedi,namun dari trailer yang sensasi tengok dengan gelek2 Maria Farida tue,nampak sangat Filem nie cuma mempromosikan dengan mengeksploitasikan keseksian Maria Farida,dan nama Filem ppun dah terjerumus ke arah publisiti Murahan.

Bagi peminat Filem tanahair yang sukakan komedi santai dan tak semak kepala,bolehlah enjoy Filem nie,yang bakal ditayangkan tak lama lagi..Tarikh sebenar belum diketahui..

Sebenarnya dalam Filem nie,Maria Farida tue yang namanya Datin Ghairiah..






"Saya rasa, penonton mungkin akan mengkritik cara pemakaian saya dalam filem tersebut. Tapi, saya tidak rasa ia terlalu 'over'. Nak kata saya seksi sangat pun, tidak lah juga. Orang dulu-dulu rasanya lebih 'daring' daripada orang sekarang, tetapi tidak pula diperkatakan. Bagi saya, janganlah menghukum terlalu awal dan asyik cari kesalahan orang saja. Tengoklah pula jalan ceritanya macam mana. Lagipun, ini adalah filem komedi dan sejujurnya, saya tidak rasa ia melampau," katanya.

Mengulas lanjut tentang filem tersebut, ujar Maria, dia langsung tidak mempunyai masalah untuk menerima tawaran membintangi filem tersebut kerana begitu teruja untuk bekerja di bawah arahan Sabree.

"Itu adalah sebab utama saya terima, selain kerana selesa bekerja dengan produksi De Baron Sdn Bhd yang menerbitkan filem ini. Apatah lagi saya juga berpeluang bergandingan dengan hero pujaan ramai, Aaron Aziz. Memandangkan saya sendiri sudah lama tidak memegang watak utama di dalam filem setelah Bisikan Cinta pada tahun 1995, saya rasa peluang seperti ini tidak patut saya sia-siakan," katanya lagi.

Filem ini berkisarkan tentang seorang datin bernama Gairiah yang mewarisi harta yang banyak setelah kematian suaminya. Kehidupannya yang kaya-raya membuatkan ramai lelaki ingin mendekatinya. Datin Gairiah bagaimanapun jatuh hati dengan guru tusyen anaknya lakonan Aaron Aziz.

"Karektor saya bukan saja seksi, tetapi seorang yang moden, bergaya dan penggoda. Dari segi watak, rasanya tidak terlalu sukar buat saya kerana saya memang sudah biasa dengan watak-watak seksi seperti ini. Apa yang pasti, filem ini memang menyeronokkan. Nantikanlah saja tayangannya tahun depan, ye," tutur Maria dalam nada ceria.

Just For Fun: Object also have gender...Male or Female?

Posted: 11 Apr 2011 07:29 AM PDT


cid:1DA3E3AD-B282-4A7D-93A9-3D9A9DFD2B9F@local


FREEZER BAGS
:
They are male, because they hold everything in, but you can see right through them.



cid:D9526039-1E7B-4FF8-BFB6-D0F5BE5E3469@local



PHOTOCOPIERS
:
These are female, because once turned off; it takes a while to warm them up again. They are an effective reproductive device if the right buttons are pushed, but can also wreak havoc if you push the wrong Buttons.



cid:CA9DE19C-4696-41B4-8454-7B4A21F5BAF8@local


TIRES
:
Tires are male, because they go bald easily and are often over inflated



cid:BC61BE10-2AC0-46BA-89C0-FCE5B0369BBF@local


HOT AIR BALLOONS
:
Also a male object, because to get them to go anywhere, you have to light a fire under their butt.


cid:194F3A04-EAAC-453C-8D2D-D1D866D341C4@local


SPONGES
:
These are female, because they are soft, squeezable and retain water.



cid:80542EEF-1242-46A4-A20E-26BFE3C864FC@local


WEB PAGES
:
Female, because they're constantly being looked at and frequently getting hit on.

cid:0EB1EB36-8E81-463C-A8BD-7AADAADF33CA@local


TRAINS
:
Definitely male, because they always use the same old lines for picking up people…



cid:634E4E37-7723-4622-916C-BF65EC0B9FE0@local



EGG TIMERS
:

Egg timers are female because, over time, all the weight shifts to the bottom.



cid:4288F4B6-AD2F-4146-A93A-33340CC36EAA@local


HAMMERS
:
Male, because in the last 5000 years, they've hardly changed at all, and are occasionally handy to have around.



cid:0E25B429-9E69-4D18-982E-E540F817FCF2@local



THE REMOTECONTROL
:
Female. Ha! You probably thought it would-be male, but consider this: It easily gives a man pleasure, he'd be lost without it, and while he doesn't always know which buttons to push, he just keeps trying

Sharifah Amani becinta dengan Azma Aizal Yusoof

Posted: 11 Apr 2011 07:28 AM PDT

Aha pada mulanya ramai yang ingat perhubungan cinta antara Amani dengan Azma Aizal nie propa jer...

walaupun keakraban mereka mula dihidu ,tapi ada diantara kenalan Sharifah amani yang cakap mungkin mereka nie just friends jer,sebab Amani memang jenis mesra dan suka ckp "love' u kat org..penuh dengan kasih sayang gitu...

Tapi setelah disiasat siasat memang betullah pasangan nie skrg hangat bercinta,Dalam Facebook menunjukkan yang Sharifah Amani dan Azma Aizal mula bercinta pada 1 April 2011..baru lagi. tak sampai seminggu lagi...

Bukan apa,sebelum nie kan,Amani canang yang pakwenyer mat salleh ..tup2 kapel dengan Azma ..mungkin perhubungan dia dgn mat Salleh tue dah berakhir

Azma nie dulu penah berlakon dalam drama Cinderella,dia jadi Butang...dan Amani jadi Cinderella...

Apapun,semoga berbahagia lah hendaknya... :)


sharifah amani
sharifah amani

sharifah amani




Promosi Minyak Petronas Primax Xtra pada 10 April 2011,Ahad

Posted: 11 Apr 2011 12:36 AM PDT

Pada ahad lepas,10 April 2011, Petronas telah melancarkan minyak petrol yang baru. Promosi yang di adakan pada pukul 5.30 pm hingga ke 8.30 pm semalam, mempromosikan minyak baru dari petronas yang diberi nama Primax Xtra.Harga minyak ini adalah RM 1.80 seliter.



Jadi sensasi bersama adik sensasi mengambil kesempatan untuk mencuba sendiri minyak terbaru dari petronas.

Adik sensasi sedang mengisi minyak :D





Sensasi mengisi minyak full tank bagi merasai sendiri keberkesanan minyak baru dari petronas ini.




Setelah mengisi minyak full tank, Sensasi dapat merasai kelainan dalam pemanduan kereta sensasi,berasa lebih ringan,lancar dan lebih berkuasa.Memang sepadan dengan motto minyak baru ini iaitu 'Experience to Belive'. Bagi sesiapa yang mencuba minyak terbaru ini pasti dapat merasai kekuasaan yang baru dalam pemanduan kereta anda. Bagi yang masih tidak berpeluang mencuba minyak Primax Xtra ini. Korang semua boleh dapatkannya di stesen minyak petronas yang berdekatan.

Experience to believe