Adsense

Isnin, 11 April 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


KAY... BEKAS ISTERI SUDIRMAN

Posted: 10 Apr 2011 01:49 PM PDT

Setelah puas berteka-teki dan mencari, kini ramai yang amat yakin bahawa seorang ibu yang bernama Kamariah Jamaludin, 57, merupakan bekas isteri Sudirman Haji Arshad yang menghilang diri tanpa berita sejak penceraian mereka pada 25 Mei 1984. Apa yang membuat keyakinan tersebut bertambah menebal ialah ciri-ciri, pendidikan dan latarbelakang Kamariah yang hampir 99 peratus sama.

Beliau lahir pada tahun 1954 iaitu sama tahun dengan arwah Sudirman, Bersekolah di Primary School di Mentakab, Methodist Girls Secondary School dan Sekolah Sultan Abu Bakar di Kuantan, Pahang. Lebih menguatkan fakta, beliau juga mempunyai Bachelor's degree, majoring dalam Anthropology dan Sociology daripada University Malaya ketika menuntut di sana sejak tahun 1974. Malah beliau juga pernah bekarja di Petronas sebagai seorang eksekutif.

Namun apa yang menjadi persoalan sekarang, kenapa beliau mengambil sikap berdiam diri dan enggan mengakui sebagai bekas isteri penyanyi terkenal itu? Apakah beliau malu? Tidak mahu dituduh sebagai mengambil kesempatan @ menumpang populariti? Ada rahsia besar antara dia dan Sudirman? Atau mungkin ada sesuatu yang sukar untuk beliau jelaskan kepada seluruh peminat Sudirman?

Apapun alasan tersebut, kita seharusnya tabik dan menghormati pendirian beliau yang merendah diri demi maruah semua pihak. Bak kata pepatah, seperti buah padi, makin berisi makin rendah, jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi. Ini kerana, masanya mungkin akan tiba jua untuk beliau sendiri menjelaskan dan menceritakan siapa diri beliau yang sebenarnya termasuk rahsia yang beliau simpan selama ini. Insa'Allah..!


Sedikit bio Kamariah Jamaludin yang diambil daripada laman web beliau:

Kamariah Jamaludin was born, bred and educated in the state of Pahang. She respectively attended the Abu Bakar Primary School in Mentakab and the Methodist Girls Secondary School and Sultan Abu Bakar School in Kuantan, Pahang. In 1974, she finally left her beloved home-state for Kuala Lumpur to pursue her Bachelor's degree, majoring in Anthropology and Sociology at the University of Malaya.


Kamariah sekarang?
Klik untuk imej besar...





Inikah Kay?









Sedikit mengenai kisah Sudir dan Kay...

PERCINTAAN dan perkahwinan dengan Kamariah Jamaludin atau lebih dikenali Kay adalah sesuatu yang indah buat Sudirman Haji Arshad.

Sudirman pernah memberitahu sahabat baiknya, pelakon dan penyanyi Noorkumalasari bahawa Kay adalah wanita pertama dan terakhir yang dicintainya. Mereka disatukan pada Hari Valantine - 14 Februari 1981 selepas Sudirman menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya. Kay yang bekerja di Petronas adalah pilihan hati Sudirman yang dikenali sejak kecil lagi.

Pastinya berita perkahwinan mereka diterima baik peminat kerana percintaan mereka bukan rahsia lagi.



Bagaimanapun, takdir menentukan segalanya apabila mahligai cinta yang dibina dengan kasih sayang roboh bak istana pasir dilanda ombak. Perkahwinan mereka cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka. Pasangan itu tidak mempunyai anak.

Dalam majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF) dalam kolum Masih Kuingat Lagi, Sudirman menulis, 2 perkara yang sangat memilukan hatinya. Pertama, kehilangan ibu pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinannya yang gagal.



Sudirman merakamkan kedukaannya melalui pahit getir penceraian menerusi lagunya Terasing dan Merisik Khabar, malah beliau turut mencipta lagu Setiamu Tiada Lagi dendangan Ibnor Riza. Setelah bercerai, Sudirman menumpukan seluruh tenaga kepada kariernya termasuk menulis, melukis, dan menubuhkan syarikatnya sendiri.

Sahabat baik Sudirman, penyanyi Noorkumalasari dalam catatan mengenai Allahyarham yang disiarkan dalam Harian Metro pada 1992 berkata, suasana malam di rumah Sudirman sangat sayu menjelang perpisahan antara mereka. "Apabila cerai dilafazkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung," kata Noor yang menyaksikan sendiri perceraian Sudirman dan Kay.

Sewaktu hampir berpisah dengan Kay, Sudirman menelefon Noorkumalasari supaya dapat menjadi saksi ketika dia melafazkan cerai. Noorkumalasari bersama-sama bekas suaminya ketika itu bergegas ke rumah Sudirman di Bangsar.

Noorkumalasati berkata "Suasana malam itu begitu sayu menjelang perpisahan mereka. Kedua-duanya kelihatan seperti biasa. Sebaik cerai dilafazkan, mereka tiba-tiba bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung lagi, lalu kedua-duanya berpelukan. Begitu sayu menyaksikan peristiwa itu."

Noorkumalasari tidak dapat menahan sebak, seterusnya turut menangis sama. Sudirman, katanya, ketika itu berada dalam keadaan tidak tentu arah. Siapa sangka percintaan yang mereka pupuk sekian lama berakhir dengan cara begitu. Namun, Noorkumalasari memuji caranya yang begitu gentleman.



Noorkumalasari berkata lagi : "Sejak perpisahan itu jugalah, timbul semacam perubahan pada diri Sudir. Peminatnya mungkin tidak perasan mengenai perubahan ini. Tetapi di kalangan rakan artis, apatah lagi mereka yang rapat dengannya, perubahan diri Sudir itu jelas ketara.

"Percayalah kalau Noor katakan, meskipun di antara Allahyarham dan Kaytiada sebarang ikatan, namun Allahyarham masih terus menyarung cincin perkahwinan mereka. Noor sendiri kehairanan mengapa Allahyarham bersikap begitu?"

Noorkumalasari ada menasihati Allahyarham agar menerima hakikat hidup. "Payah juga hendak dilentur, tetapi lama kelamaan, jika tidak silap Noor di antara dua atau tiga tahun, barulah Allahyarham menanggalkan cincin itu daripada jarinya," cerita Noorkumalasari lagi.


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011