Harian Metro: Rap |
Posted: 10 Apr 2011 06:49 AM PDT SANDARAN tugas Pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9) yang diberikan kepada ikon rock terkenal Suhaimi Abdul Rahman atau Amy, bukanlah sesuatu yang ringan. Sebaliknya ia menuntut komitmen yang tinggi apatah lagi ini dikatakan musim terakhir program popular itu. Bukan setakat duduk di ruang pejabat, sebaliknya bintang yang juga vokalis Search ini perlu selalu peka dan memerhati setiap inci pergerakan mereka dengan dekat agar bintang yang ingin digilap benar-benar gemerlapan selepas semuanya selesai. Mendengar 1001 spekulasi yang kononnya mengatakan ikon popular kelahiran Johor Bahru ini adalah pilihan kedua selepas kegagalan pihak Astro membawa masuk Ahmad Dhani dari Dewa 19, tidak pernah mengundang rasa kecewa atau terkilan Amy kerana apa yang didengar sebelum ini hanyalah desas-desus.
"Ahmad Dhani sendiri adalah rakan peminat Search sejak dulu. Bagi saya ia satu penghargaan buat kami dalam Search. Tiada sebarang masalah timbul mengenai isu pelantikan Pengetua AF9 ini kerana apa yang lebih menjadi keutamaan adalah tanggungjawab saya mengemudi AF9 sekarang. "Undangan menjadi pengetua bukanlah satu perkara yang dilihat dari perspektif populariti saja sebaliknya saya melihat pada skala lebih luas. Pelbagai sudut perlu saya lihat agar tidak terlepas pandang mana-mana bahagian yang mungkin penting terutamanya perkembangan nyanyian dan persembahan pelajar. "Terlalu awal untuk saya membuat ramalan atau apa-apa penilaian namun sepanjang seminggu lebih bersama keluarga AF, saya sudah mengesan beberapa bakat yang berpotensi besar untuk digilap menjadi seseorang yang berharga buat industri. Mungkin ada sekurang-kurangnya tiga pelajar yang mudah dibentuk menjadi seorang bintang berbakat besar satu hari nanti.
Bagaimanapun dalam sibuk meneliti jadual hariannya yang tiada ruang untuk menerjah kerja lain, bintang berusia 53 tahun ini masih sempat menerima undangan konsert hebat ini bersama Wings yang bakal diadakan pada 27 Mei nanti di Stadium Hang Jebat, Melaka. "Alhamdulillah masih ramai pihak yang percaya dan tertarik melihat keupayaan kami dalam menjayakan sesebuah konsert. Tahun lalu saja, saya berasa sangat puas kerana berjaya mendekati kesemua peminat dan pengikut muzik Search dan Wings di beberapa lokasi. Justeru undangan pihak Abalimalimon Event untuk menganjurkan konsert Double Trouble sekali lagi di lokasi bersejarah Melaka, sukar buat saya menolaknya. "Soal kesibukan jadual dan komitmen terhadap AF tidak menjadi satu masalah kerana sejak awal lagi, pihak Astro sudah meneliti jadual seni saya dan tarikh konsert pada hari Jumaat juga tidak bercanggah dengan persembahan AF yang diadakan setiap malam Sabtu. Justeru semua itu tidak menjadi satu kebimbangan kepada mana-mana pihak," katanya yang menyangkal penganjuran Double Trouble semakin kerap hingga membuatkan peminat mula bosan. Mengakui konsert ini adalah yang terakhir bagi penjelajahan siri Double Trouble selepas berjaya menarik ribuan penonton di enam lokasi berbeza sejak tahun lalu, Amy tegar memantau keseluruhan proses pelaksanaannya agar tiada lagi masalah seperti mana penganjuran terdahulu.
"Seperkara yang saya pentingkan adalah sistem bunyi memandangkan sebelum ini beberapa kali kami dihantui masalah itu hingga membuatkan gerak nyanyian permainan muzik terganggu. Malah peminat dan penonton juga kecewa kerana gagal mendengar sebuah persembahan yang sempurna. Justeru kali ini, saya dan ahli Search yang lain akan turun padang melihat dulu proses persediaan terutamanya sistem bunyi. Kami mahu penonton di Melaka kelak dapat berhibur dalam persembahan yang hebat. "Apapun saya menyifatkan konsert lagenda ini adalah yang terakhir buat gabungan Search dan Wings. Bukan sebab penat atau kecewa, sebaliknya cukuplah untuk kami semua. Mungkin ini masa terbaik buat kami berehat," katanya. Wakil penganjur daripada Abalimalimon Event Unit, Ab Alim Alimon pula berjanji yang konsert lagenda ini akan memberikan sesuatu yang berbeza berbanding Double Trouble yang lain. "Bukan setakat sistem bunyinya yang terbaik, malah kami suntikan kelainan daripada sudut pemilihan lagu, gerak persembahan dan gimik yang dirancangkan agar penonton tidak jemu atau muak apabila melihat persembahan itu nanti. "Menariknya, lokasi konsert ini akan dilakukan di Melaka yang bakal memuatkan lebih 30 ribu penonton. Malah peminat yang hadir juga berpeluang untuk meninjau karnival yang diadakan dari 25 hingga 29 Mei di perkarangan stadium. Pelbagai aktiviti dan acara yang dianjurkan termasuk sukan rakyat, karaoke, konvoi motosikal Road To Dt Melaka 2011, makan amal anak yatim bersama menteri, gerai-gerai jualan dan bermacam-macam lagi," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 10 Apr 2011 06:41 AM PDT KETIKA ini wajah Zizan Razak laris di mana-mana. Baik di pentas mahupun kaca TV, rezeki Zizan terus melimpah ruah membuktikan dia sedang berada di puncak. Dia baru saja mengambil alih tempat Wahid Senario bagi program sensasi terhangat, Melodi di TV3 selain berjaya mengendalikan acara kemuncak Konsert Terima Kasih Harian Metro di Dataran Merdeka serta Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) yang baru berlalu.
Pada masa yang sama, Zizan juga antara empat artis popular yang terpilih bagi menjayakan program menarik JomChat yang dicetuskan akhbar nombor satu Malaysia, Harian Metro, dengan kerjasama IDOTTV Sdn Bhd.
Sebagai aktiviti pertama, Harian Metro dan IDOTTV akan menganjurkan majlis ulang tahun hari jadi Zizan ke-27 yang akan diraikan pada 14 April ini, jam 7.30 malam di Kuala Lumpur.
Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil berkata, selaku penganjur, Harian Metro ingin memberi peluang istimewa kepada peminat Zizan untuk sama-sama meraikan hari penuh bersejarah itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |