macam macam hiburan terkini |
- Nieyl belum popular
- Salma-Erra Fazira (Mentor 5) Gementar Berada Di Tangga Teratas
- Sarah & Shuib Seronok Berlakon, Duet Bersama-sama
- Lantang, Tegas Karakter Remy Ishak
- Maya Karin Rancang Terbit Filem
- Amy Mastura Tidak Dimakan Usia
Posted: 10 Apr 2011 08:54 PM PDT TIKET sebagai protege Nurul Wahab menerusi program realiti televisyen Mentor musim kedua belum cukup kuat untuk memperkenalkan Nieyl atau nama sebenarnya Nuriylia Jailani di mata peminat muzik tanah air. Kehadiran Nieyl untuk menghiburkan peminat menerusi lagu-lagu nyanyiannya seperti Dua Hati, Persada dan Andainya gagal menarik perhatian peminat. Senario itu mungkin disebabkan lagu-lagu yang dilontarkan tidak mesra telinga pendengar. Kata Nieyl, apabila dia menyanyi, penonton akan ternganga. Bukan kerana kagum atau tidak sukakan lagu-lagunya. Sebaliknya, mereka ternganga disebabkan lagu yang didengar itu, tidak biasa di telinga pendengar. Tetapi apabila Nieyl menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi lain, reaksi yang diterima berbeza. Dalam situasi begitu, Nieyl mengakui hatinya terguris tetapi dalam masa yang sama, dia tidak pula menyalahkan peminat. Justeru, dia bertekad untuk menghasilkan lagu sendiri dan mencuba sedaya upaya untuk mempopularkan lagu-lagunya agar menjadi siulan ramai. "Sedih hati ini apabila menyanyi di pentas, orang tidak beri perhatian. Namun kita tidak boleh menyalahkan penonton kerana mereka hanya akan beri perhatian kalau mereka tahu lagu berkenaan. "Saya sedar, lagu-lagu nyanyian saya tidak mesra di telinga peminat kerana lagu-lagu saya tidak berpeluang diperkenalkan secara meluas kepada pendengar. "Jadi apabila saya nyanyi, orang ternganga. Ternganga bukan kerana suka tapi kerana mereka tidak tahu apa lagu yang saya nyanyikan," katanya kepada Hits. Biarpun mengalami keadaan seperti itu, ibu kepada Damia Dazmah Shah yang berusia setahun lebih itu tidak mudah berputus asa. Sebaliknya, Nieyl menanam tekad untuk merakamkan lagu baru sebagai platform untuk dia meneruskan langkahnya dalam bidang seni. Oleh itu, Nieyl bersandarkan kepada single Sering, ciptaan Amylea untuk memperkenalkan semula dirinya kepada peminat muzik tempatan. "Setakat ini, lagu itu yang liriknya saya tulis bersama Amylea, mendapat sambutan yang memberangsangkan. "Saya senang bekerjasama dengan Amylea kerana dia dapat 'menangkap' apa kehendak saya dan harapan saya, gandingan kami menjadi," katanya. Untuk melangkah lebih jauh lagi, kata Nieyl, dia perlu melihat reaksi peminat terhadap lagu Sering. "Apa-apa pun, kena lihat reaksi orang ramai dahulu sama ada mereka suka atau tidak lagu itu. "Kalau semuanya berjalan lancar, mungkin saya akan tampil dengan album penuh. Cuma agak sukar nak beritahu bila tarikh pelancaran album penuh itu. "Semuanya bergantung kepada bajet untuk menerbitkan album itu nanti. Maklumlah, saya keluarkan duit sendiri untuk buat album," katanya terus terang. google: nieyl, nieyl facebook, nieyl blog, nieyl twitter, nieyl myspace, nieyl bogel, buah dada nieyl, nieyl seksi, nieyl putih melepak, nieyl 2011, album baru nieyl, single terbaru nieyl, gambar nieyl terkini terbaru |
Salma-Erra Fazira (Mentor 5) Gementar Berada Di Tangga Teratas Posted: 10 Apr 2011 08:44 PM PDT SHAH ALAM: Protégé Salma dan mentornya, pelakon Erra Fazira akui gementar walaupun berada di kedudukan teratas sebanyak dua kali berturut-turut bagi kumpulan B program Mentor musim kelima di Wisma Majlis Bandaraya di sini, Ahad. Kata Erra, dia gusar sekiranya protegenya gagal memberikan persembahan terbaik pada konsert seterusnya memandangkan jangkaan penonton yang pastinya mahukan persembahan lebih bagus berbanding sebelumnya. Sementara Salma pula menganggap markahnya sebanyak 77 peratus pada konsert kedua itu semakin menurun berbanding konsert pertama iaitu 80 peratus. "Saya rasa mungkin ada kekurangan, jadi saya perlu membuat persediaan yang lebih baik untuk konsert akan datang. "Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana masih mendapat tempat pertama. Walaupun begitu, tidak bermakna saya yakin untuk memenangi pertandingan ini sebaliknya saya hanya berjanji untuk melakukan yang terbaik," kata Salma dalam satu sidang media. Iqa dan Edry menduduki tempat kedua bagi kumpulan B Mentor 5. Dalam pada itu, Erra turut menjawab komen juri tetap, Datuk Ramli MS mengenai graf vokal Salma yang mendatar sahaja berbanding konsert lalu. "Saya terima komen itu tetapi sebolehnya saya tidak mahu terlalu push Salma. Seperti kata Kak Mas Idayu, simpan sedikit 'senjata'. Jadi, insya-Allah, minggu depan kami akan melakukan kelainan. "Vokal Salma bernada tinggi dan besar. Jadi, dia boleh menyanyikan lagu bergenre rock atau pop rock tetapi saya selalu menasihatinya supaya menjiwai sesuatu lagu itu. "Walaupun dia berada di atas, tidak bermakna dia boleh selesa dengan kedudukannya kerana bila-bila masa sahaja peserta lain boleh mengejar markahnya," jelas Erra. Mas Idayu diundang sebagai juri jemputan dan turut menyanyikan lagu medley popularnya seperti Cinta 100%, Senggol-Senggolan dan Selangit. Rahim Maarof dan protegenya, Aiman mendapat markah terendah. Mentor 5 kumpulan B pada konsert kedua itu juga menyaksikan Iqa, protégé kepada komposer Edry Abdul Halim menduduki tempat kedua dengan markah 56 peratus manakala Aiman, protégé kepada penyanyi Rahim Maarof mendapat 43 peratus. Salma mendendangkan lagu Bukan Milikmu Lagi yang dipopularkan oleh Agnes Monica dan duet lagu Rama Rama (Ella) bersama-sama Ratnah, diikuti Iqa dengan medley Sejati dan Bujang Senang (kumpulan Wings) serta duet dengan Ayish menerusi lagu Sofea Jane (Black). Mas Idayu membuat persembahan lagu medleynya bersama-sama tiga peserta Mentor 5 kumpulan B. Sementara Aiman menyanyikan medley empat lagu iaitu Ekstravaganza (Bunkface), Larut (Dewa), ACKKC (Rahim Maarof) dan Holy Diver (Killswitch Engage) serta duet lagu Aku Dan Dirimu (Ari Lasso dan Bunga Cinta Lestari) dengan Shiha. Konsert malam itu juga diserikan dengan penampilan istimewa Hadfizi (protégé pilihan) dengan lagu popular Cinta Kristal (Rahim Maarof). Dalam pada itu, pengacara Faizal Ismail menggantikan Ally Iskandar yang mengerjakan umrah. Mentor 5 bersiaran di TV3 pada setiap Ahad, pukul 9 malam. |
Sarah & Shuib Seronok Berlakon, Duet Bersama-sama Posted: 10 Apr 2011 08:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Selepas lebih sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Siti Sarah dan suaminya, Shuib dari kumpulan Sepah bagaikan 'belangkas' apabila ke mana-mana. Malah kedua-duanya seronok apabila ditawarkan berlakon menerusi filem Man Sewel Datang KL dan berduet lagu Cinta Itu Nyawa. "Kami seronok dapat bekerja bersama-sama. Mungkin ini sudah rezeki kami selepas berkahwin," kata pasangan ini ketika menjalani sesi penggambaran filem tersebut di Jalan Bellamy, di sini, baru-baru ini. Shuib melakonkan watak utama sebagai Man yang mempunyai penyakit sewel, berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur setelah melihat kejayaan rakan sekampungnya yang bekerja di ibu kota. Sementara Sarah pula melakonkan watak salah seorang kekasih Man bernama Salbiah. Dia memiliki sebuah butik di Kuala Lumpur dan mula mengenali Man setelah terlibat dengan kes ragut. Aksi kandid ketika Sarah mendandan rambut Shuib sebelum menjalani sesi penggambaran filem Man Sewel Datang KL. - Foto CHAN TAK KONG Filem genre komedi itu diarahkan oleh sutradara Rahman Adam dan turut dilakonkan oleh Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris serta Fida Ibrahim. Ia telah selesai menjalani penggambaran di Raub, Pahang dan sekitar Lembah Klang. Biarpun di luar ramai yang mengenali Shuib sebagai seorang pelawak, namun Sarah akui suaminya merupakan seorang yang serius dan pendiam. "Kadangkala, kami suka bermain permainan seperti menyebut warna untuk menimbulkan suasana ceria. "Apabila saya berbual dengannya, pernah sekali dia hanya mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang reaksi kepada cerita yang dibualkan. Rupa-rupanya dia beritahu saya yang dia sedang berfikir," cerita Sarah mengenai karakter sebenar suaminya itu. Mengulas sedikit tentang lakonan bersama mereka, pasangan ini tidak mempunyai banyak babak berdua. "Saya rasa babak kami lebih banyak bersama-sama ketika berlakon drama Bujang Sepah melibatkan episod 22 hingga 26 berbanding dalam filem ini. "Babak kami berdua hanya 'manja-manja' seperti bercinta di butik," ujar Sarah yang pertama kali berlakon bersama-sama suaminya menerusi sitkom Gelak Khas. Beralih pula kepada lagu Cinta Itu Nyawa, Sarah berkata lagu tersebut merupakan ciptaan komposer Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad. "Lagu ini merupakan lagu duet pertama kami berdua. Setelah diteliti liriknya, kami bersetuju mengatakan ia mempunyai persamaan dengan hubungan kami. "Mungkin orang jarang mendengar suami saya menyanyi tetapi melalui lagu ini, ia sedikit sebanyak menonjolkan tentang bakat nyanyian Shuib dan suaranya boleh tahan," beritahu Sarah yang akan terlibat dengan persembahan sempena Minggu Setiausaha 2011 di Menara Kuala Lumpur pada 26 dan 27 April ini. |
Lantang, Tegas Karakter Remy Ishak Posted: 10 Apr 2011 08:41 PM PDT HARI INI, genaplah usia 29 tahun hero Malaya kesayangan ramai, Remy Ishak. Sempena hari lahirnya itu, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak hanya berdoa agar perjalanan kehidupan serta kariernya berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. "Ya, saya hanya berazam untuk lebih maju dalam bidang seni dan memperkukuhkan lagi mutu kerja," ujar Remy ringkas. Tidak terlalu memikirkan tentang peningkatan usia, anak kelahiran negeri adat pepatih (Negeri Sembilan) itu merasakan kepantasan masa membuatkan dirinya terkejar-kejar mahu mencapai misi dan pengalaman yang diinginkan. Baginya juga, usia terlalu subjektif untuk ditakrifkan kerana angka umur itu adalah sebuah perbandingan untuk meletakkan rasa hormat kepada seseorang. "Apabila bercakap tentang usia, ia hanya meletakkan rasa hormat pada orang yang lebih tua atau yang lebih muda, cuma pengalaman hidup yang banyak memainkan peranan sebenarnya. "Oleh itu, kita perlu merancang perjalanan hidup kita kerana hidup tanpa sasaran seperti orang yang tiada wawasan dan tiada hala tuju, lantas ia merugikan masa," katanya. Melihat sisi lain karakter pelakon ini, dirinya agak santai apabila berbicara tetapi setiap kata-kata yang dinyatakan penuh dengan takrifan prinsip yang menunjukkan Remy juga seorang lelaki bersifat tegas. Ditanya tentang hal sedemikian, pelakon yang sering dikaitkan dengan aktres jelita, Tiz Zaqyah dan Maya Karin ini mengakui tentang personalitinya itu. Malah Remy juga mempunyai sifat lantang bersuara jika ada perkara yang membuatkan dirinya tidak selesa dengan sesebuah keadaan. "Ya, saya seorang yang serius. Walaupun orang nampak saya ramah, ada masa-masanya, saya boleh bertukar menjadi seorang yang sangat tegas dan serius. "Kalau ada sesuatu yang tidak kena atau orang cuba mengambil kesempatan, saya akan lantang bersuara. Lagipun, menyimpan sesuatu perkara di dalam hati boleh membuatkan jiwa kita kacau. "Bagaimanapun, pada masa sama, saya juga seorang yang happy go lucky," katanya tersenyum. Singkirkan teman Cuba membongkar lagi tentang karakter serius pelakon filem Cun! ini, kata Remy, ketegasannya itu juga boleh ke tahap dia mampu menyingkirkan seseorang yang pernah menjadi temannya jika terdapat perkara yang kurang disenangi tentang teman tersebut. "Saya seorang yang sangat berhati-hati dan memilih untuk berkawan kerana mereka juga mampu mempengaruhi diri kita. "Jadi, ia merupakan kesalahan diri sendiri jika kita salah pilih kawan. Saya pernah menyingkir kawan sendiri. Lebih merimaskan jika seseorang itu jenis yang cakap tak serupa bikin. "Bagaimanapun, saya hanya akan menjadi garang dengan orang tertentu sahaja. Kiranya, hanya orang yang rapat tahu tentang sifat saya ini," ujarnya. Ternyata jiwa Remy agak kental dan tidak pernah rapuh bila melalui dugaan. Lantas ditanya pernahkah dirinya mengeluarkan air mata sepanjang berada dalam industri hiburan, kata Remy ringkas: "Saya masih kuat lagi." "Kunci" hal peribadi Biasanya, setiap pengalaman buruk yang berlaku pasti menjadi pengajaran besar untuk seseorang itu menjadi lebih berhati-hati supaya 'pisang tidak berbuah dua kali'. Begitu juga dengan Remy, pengalaman berkongsi kisah cinta dengan bekas kekasihnya, Ummi Nazeera memberi kesedaran buatnya agar tidak bercerita sewenang-wenangnya kepada umum tentang hal peribadi. Prinsipnya kali ini, tuah menjadi insan seni popular tidak semestinya kerana hasil cerita cinta yang dihebahkan. Sebaliknya, bakat yang dimiliki dalam diri menjadi keutamaan sehingga berjaya melakar nama pada 'dinding' industri lakonan. Seperti tidak lengkap jika tidak bertanya tentang hubungan cintanya dengan Tiz, walaupun pernah disoal banyak kali sebelum ini, Remy masih lagi senang menutup mulut daripada bercerita tentang hal peribadi kepada umum. "Sekarang ini saya lebih selesa untuk tidak menceritakan tentang hal hubungan cinta. Bila hubungan itu menjadi, ia akan menjadi isu, tidak menjadi pun, ia tetap jadi isu."Bab-bab isi hati, memang saya tak mahu kongsi. Kadang-kala bila baca balik artikel, terasa sakit hati," katanya. Minat fotografi Tutup buku tentang hal cinta Remy, pelakon ini sebenarnya bukan sekadar memiliki bakat berlakon. Sebaliknya, dia juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang seni lukis dan fotografi. "Apa sahaja yang berkaitan seni, saya pasti akan menyukainya. Saya suka melukis serta bidang fotografi. Jika ada masa terluang, saya akan meluangkan masa untuk kedua-dua perkara itu. "Selain itu, saya amat meminati muzik-muzik tradisional. Salah seorang penyanyi kegemaran saya ialah Abdullah Chik," ujarnya. |
Maya Karin Rancang Terbit Filem Posted: 10 Apr 2011 08:39 PM PDT PEMILIK nama Maya Karin Roelcke bukan calang-calang orangnya. Seorang pelakon yang sangat profesional dan komited, Maya agak serius apabila membicarakan tentang hal karier. Rasanya, semua orang tahu, anak kacukan Melayu Jerman ini bukanlah seorang pelakon yang mengejar atau membolot tawaran di depan mata hanya untuk meraih populariti dengan pantas. Sebaliknya, selagi sesebuah tawaran filem yang hadir tidak mencapai tahap kualiti yang diinginkan, jangan haraplah dia akan berlakon, walaupun ditawarkan sejumlah wang yang besar. Justeru itu, Maya tidak mempunyai banyak tawaran berlakon dalam filem seperti pelakon-pelakon lain. Paling kurang pun satu atau dua tawaran sahaja untuk tempoh setahun. Bagaimanapun, itulah yang menunjukkan nilai eksklusif terhadap si jelita ini kerana hanya memilih kualiti berbanding kuantiti. Akui Maya, dia memang seorang yang cerewet dan memilih dalam bab lakonan. Biarlah tidak ada filem langsung daripada filem yang dilakonkannya itu nanti tiada matlamat apabila ditonton. "Kalau nak diikutkan saya hanya mahu berlakon filem setahun sekali sahaja kerana ingin memberi fokus dalam sesebuah projek filem tersebut sehinggalah ke promosi. "Lagipun tidak banyak tawaran yang mempunyai skrip yang bagus. Sayang sekali, walaupun sekarang ini semakin banyak filem muncul di panggung, masih ada lagi penerbit yang memandang ringan tentang penerbitan filem di mana filem itu dilihat seperti sebuah drama sahaja. "Mereka tidak bersungguh-sungguh dan main-main tentang filem, lebih-lebih lagi penerbit yang baru berkecimpung dalam industri ini. "Saya harap mereka menghormati industri filem kita dan jaga kualiti bagi setiap filem yang dihasilkan," katanya. Tambah Maya, dia juga turut berhasrat untuk menerbitkan sebuah filem tetapi ia masih lagi dalam perancangan. "Memang perkara itu (menerbitkan filem) ada terlintas dalam fikiran saya dan ia masih lagi dirancang. "Cuma hasrat saya hanya mahu membuat yang terbaik dalam setiap lakonan saya," ujarnya tersenyum. Sementara itu, pelakon berusia 31 tahun ini sibuk dengan penggambaran filem Legenda Budak Setan 2 (LBS2), arahan Sharad Sharan. Menariknya, jika penonton melihat Maya dengan watak 'gila-gila' Luna berambut panjang dalam filem Cun, kali ini, Maya membawakan watak Katrina, wanita sofistikated, yang menjadi cinta kedua kepada Qasha (lakonan Farid Kamil) dengan gaya rambut pendek. "Untuk menghayati filem ini, saya telah pun membaca ketiga-tiga siri LBS (ditulis oleh Ahadiat Akashah) untuk menghayati watak Katrina. Bagaimanapun, Katrina muncul pada siri kedua. "Dalam watak ini saya perlu banyak bermain emosi di mana Katrina adalah seorang wanita moden yang serius dan keras hati kerana telah melalui keperitan bercinta sebanyak dua kali," ujarnya. |
Amy Mastura Tidak Dimakan Usia Posted: 10 Apr 2011 08:38 PM PDT SIKAP kesederhanaan yang dititik beratkan oleh penyanyi dan pelakon Amy Mastura, 40, begitu menebal dalam dirinya. Mungkin itulah rahsia dia bertahan lama dalam industri seni ini bermula 17 tahun lalu. Raut wajah yang sentiasa tersenyum dan mudah didekati itu membuatkan ramai yang menyenangi penampilan artis kecil molek ini. Ditambah pula kehebatannya berlakon dan menyanyi dengan lagi-lagu catchy seperti Sha Na Na Na, Bintang Hati dan Akan Datang. Bukan itu sahaja, namanya juga begitu popular apabila kerap kali dilantik sebagai duta untuk jenama produk terkenal seperti Quaker Oat, Life Buoy, Omega dan Kose. Amy yang telah mendirikan rumah tangga dengan Alvin Tham Suffian dan mempunyai dua cahaya mata iaitu Adriana dan Adalia juga berjaya mengekalkan imej bersih dan kalis daripada sebarang gosip murahan. Amy dengan produk Infinity keluaran Kose. Jarang makan nasi Biarpun sudah berusia 40 tahun, wajahnya jelas tidak nampak tua. Kata Amy, dia kurang mengamalkan apa-apa petua tradisional untuk kekal muda. Sebaliknya wanita ini lebih gemar bersikap sederhana dalam menjaga kecantikannya termasuk dari segi pemakanan dan kesihatan badan. "Saya sudah berusia, jadi perlu sederhana dalam menjaga pemakanan. Saya perlu seimbangkan antara pengambilan nasi dan makanan lain. "Selain itu, jika saya makan daging kambing, saya tidak boleh mengamalkannya setiap hari. "Saya agak pelik iaitu tidak suka makan ulam walaupun saya mengetahui kebaikannya. Oleh itu, saya melakukan satu cara yang pelik dengan membeli ulam-ulaman dan menggaulkannya dengan nasi seperti hidangan nasi kerabu. "Sebenarnya saya jarang makan nasi setelah melahirkan anak sulung, Adriana iaitu sejak 10 tahun lalu dan menggantikan makanan tersebut dengan roti dan biskut," kata Amy kepada OopStarz!. Begitu juga dengan rutin kecantikannya setiap hari, Amy akan mengelak daripada mengenakan mekap tebal kerana kariernya telah mendedahkan dirinya kepada solekan. "Saya akan membasuh muka selepas bangun dan sebelum tidur menggunakan pencuci muka sehingga muka kelihatan betul-betul bersih. "Kalau dulu, saya biasa fikir nak cuci muka sebelum tidur kerana tidak mahu kesan mekap mengotorkan cadar dan sarung bantal tetapi sebenarnya ia boleh mengelak daripada liang roma kulit terbuka. "Saya menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit Infinity dari Kose untuk membuang kotoran pada muka dan kosmetik Esprique Precious yang juga dari Kose. "Alhamdulillah, kulit muka saya tidak mengalami sebarang masalah kronik dan jika ada sedikit cela pun, ia tidaklah terlalu cepat merebak," kata bekas pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) ini. Ais hilangkan jerawat Berkongsi sedikit tentang pengalaman Amy menggunakan produk Kose, dia akui serasi setelah beberapa lama mencuba produk tersebut. "Saya menyukai produk Kose bukan sahaja disebabkan ia sesuai dengan kulit, malah harganya juga tidak terlalu mahal. "Malah saya juga boleh berjimat menggunakan produk ini seperti mengamalkan pencuci muka hanya di hujung jari kelingking. "Saya turut percaya dengan bahan-bahan yang digunakan dalam produk ini iaitu bahan semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan," ujarnya. Petua menarik lain yang turut dikongsi oleh Amy ialah meletak ais untuk menghilangkan jerawat pada muka. Menyentuh tentang senaman dan penjagaan badan, Amy menggunakan mesin untuk bersenam.Katanya, dia tidak boleh lari daripada mementingkan senaman sama juga menjaga kebersihan. Beralih kepada fesyen, Amy akui lebih gemar menggayakan stail remaja agar dirinya tidak kelihatan terlalu tua. Dia lebih selesa menyarungkan baju T dan seluar jean. Sebelum mengakhiri perbualan, Amy sempat berpesan agar selalu bersederhana dan jangan keterlaluan dalam apa jua perkara. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |