Adsense

Isnin, 11 April 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Mahu kembali berlakon

Posted:

Mahu kembali berlakon

Mahu kembali berlakon



PEMILIK nama Aishah Jennifer Mohamed Sinclair ini adalah antara segelintir pelakon wajah Pan-Asia yang telah mewarnai industri hiburan tanah air. Selain dikenali sebagai model dan pengacara, wanita kacukan Melayu-Inggeris ini juga pernah berlakon dalam beberapa buah drama dan telemovie.

Malah, personaliti ntv7 yang lebih dikenali sebagai Aishah Sinclair ini juga mengikut jejak langkah abangnya iaitu Ashraf Sinclair yang terlebih dahulu bergelar sebagai seorang pelakon dan sedang mengecapi populariti di Indonesia.

Setelah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan iaitu Shaikh Abdul Shahnaz pada tahun 2006, rezekinya dalam bidang peragaan, pengacara dan pelakon semakin bertambah sehingga semakin dikenali ramai.

Bagaimanapun, setelah mengandung dan melahirkan anak sulung iaitu Soraya Ann pada 15 Ogos, tahun lalu, tiada lagi kelibatnya dalam lakonan. Kali terakhir wajahnya sebagai pelakon muncul di kaca televisyen adalah menerusi telefilem Sos Cili Sos Tiram pada tahun 2009.

Berkesempatan bertemu Aishah baru-baru ini, si empunya diri terus sahaja ditebak dengan soalan sama ada dia masih lagi berminat untuk berlakon atau mahu melupakan terus dunia lakonan dan sekadar memberi tumpuan kepada bidang pengacaraan sahaja.

"Buat masa ini memang saya tidak nafikan begitu selesa untuk menjadi pengacara dan boleh dikatakan sepanjang karier saya lebih banyak mengacara pelbagai program berbanding dengan berlakon.

"Namun jauh di sudut hati saya ini, sebenarnya saya masih lagi berhasrat untuk berlakon dan sejak daripada dahulu lagi memang lakonan adalah satu bidang yang sangat saya minat dan gemari," luahnya.

Selain berlakon drama dan telefilem, Aishah juga pernah tampil dalam beberapa buah filem seperti Gol dan Gincu The Movie, Bujang Senang dan Kapoww, tetapi sekadar membawa watak kecil sahaja.

Jelas Aishah, sebelum ini dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon yang diterima memandangkan anaknya yang masih kecil, tetapi kini dia bersedia menerima apa sahaja tawaran asalkan bersesuaian dengan watak dan skrip.

Malah, sekarang ini dia juga tidak mempunyai masalah untuk kembali terjun semula ke dunia lakonan memandangkan anaknya itu kini dijaga bergilir-gilir oleh ibu dan ibu mertuanya yang tinggal berhampiran.

"Memang saya sudah sasarkan sekiranya mahu kembali berlakon, saya mahu tunggu anak saya besar terlebih dahulu. Lagipun memang sukar sekiranya hendak berpisah dengan anak yang masih kecil dalam tempoh yang lama," tegasnya.

Sementara itu, ketika ditanya adakah suaminya akan membenarkannya berlakon semula, Aishah memberitahu suaminya itu tidak keberatan untuk memberi kebenaran asalkan dia tidak mengabaikan rumah tangga.


INILAH permata hati Aishah, Soraya Ann yang kini mencecah usia lapan bulan.


Ujar Aishah, dia sangat beruntung kerana memiliki seorang suami yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk dia melebarkan lagi sayap sama ada menjadi seorang model, pengacara atau pelakon.

"Saya gembira kerana suami saya seorang yang begitu berfikiran terbuka dan bukan jenis yang mahukan isteri hanya terperap di rumah sepanjang masa. Apa sahaja yang saya lakukan, dia tidak pernah untuk menghalang," ujarnya.

Di samping itu, dia juga turut mengakui kehidupan rumah tangganya bersama suami tercinta semakin bahagia dan bersinar dengan kelahiran Soraya Ann setelah empat tahun menunggu untuk memiliki cahaya mata.

Syarikat

Selain padat dengan jadual sebagai pengacara dan menguruskan rumah tangga, pada masa yang sama Aishah juga turut memiliki dan mengurus sebuah syarikat iaitu Sinclair Falak Sdn. Bhd.

Menurutnya, syarikat yang telah ditubuhkan sejak tiga tahun yang lalu itu menjalankan perniagaan pengurusan dan penjenamaan artis dan dia berkongsi bersama seorang lagi rakannya yang juga seorang pelakon iaitu Sazzy Falak.

"Setakat ini saya dan Sazzy sama-sama menguruskan syarikat ini. Selain Sazzy dan saya sendiri, antara artis yang berada di bawah Sinclair Falak Sdn. Bhd. adalah suami Sazzy iaitu Nazril Idrus dan Farish Aziz.

"Dalam masa terdekat ini juga, ada tiga orang lagi artis yang akan menyertai kami. Salah seorangnya adalah artis yang kini sudah mempunyai nama kukuh dalam industri hiburan dan dua orang lagi adalah artis baru," jelasnya.

Menurutnya lagi, selain menjalankan urusan pengurusan dan penjenamaan artis, syarikatnya itu juga turut menganjurkan beberapa buah bengkel lakonan yang khusus kepada mereka yang minat untuk mendalami ilmu lakonan.

Jelasnya, mereka telah mengundang pelakon seperti Zahiril Adzim dan Que Haidar untuk menjadi tenaga pengajar dan boleh dikatakan bengkel lakonan yang dianjurkan mereka mendapat sambutan yang cukup baik.

"Apa yang saya lihat memang ramai yang minat untuk menceburi bidang lakonan dan tujuan kami menganjurkan bengkel sebegini adalah untuk memberi lebih banyak pendedahan kepada mereka menerusi pengalaman yang dimiliki oleh pelakon yang menjadi tenaga pengajar," ujarnya.


EMPAT personaliti ntv7 ini sudi meluangkan masa untuk beramal.


Gembira

Pastinya umum sudah mengetahui bahawa abang Aishah iaitu pelakon Ashraf yang berumah tangga dengan selebriti terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari kini sedang mencipta nama di negara tersebut.

Semenjak berhijrah ke negara seberang dan mencuba nasib sebagai pelakon di sana, boleh dikatakan Ashraf semakin laku dan mendapat perhatian dan kerap digandingkan dengan ramai pelakon sinetron popular.

Menurut Aishah, sebagai seorang adik dia meluahkan rasa gembiranya dengan penerimaan peminat di negara jiran itu yang telah menerima dengan positif kehadiran abangnya dalam industri hiburan di situ.

Tentu ramai yang sudah sedia maklum bahawa bukan mudah sebenarnya untuk para peminat di Indonesia mahu menerima kehadiran artis-artis luar untuk bertapak di situ terutamanya dari Malaysia.

"Jadi sebagai adik tentunya saya rasa sangat gembira dan bangga dengan pencapaian yang diraih oleh abang saya itu ketika ini serta diterima ramai dan tidak putus-putus menerima tawaran berlakon," ujarnya.

Tambahnya, disebabkan semakin sibuk dengan jadual lakonan yang padat juga menyebabkan Ashraf juga sehingga kini masih tidak berkesempatan lagi untuk pulang ke tanah air.

Bagaimanapun, jelas Aishah, sekiranya mempunyai kesempatan atau waktu terluang, dia sekeluarga akan pergi ke Jakarta untuk melawat keluarga abangnya.

"Selalunya kalau pergi ke Jakarta saya akan bawa ibu bersama kerana dia memang selalu rindukan abang dan cucunya Noah. Lagipun kalau boleh saya mahu anak saya dan Noah lebih saling mengenali memandangkan jarak usia mereka hanya lima minggu sahaja," ujarnya.

Ketika ditanya adakah dia bersedia mengikut jejak langkah abangnya itu melebarkan sayap di Indonesia, Aishah menjelaskan dia lebih selesa dan senang untuk terus menetap di Malaysia.

"Kalau ada peluang apa salahnya untuk saya mencuba dan tidak dinafikan pendapatan sebagai pelakon di situ memang cukup lumayan. Cuma saya lebih senang sekiranya untuk terus menetap di Malaysia dan membesarkan anak di sini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siti ditohmah jadi Oprah

Posted:

Siti ditohmah jadi Oprah

Siti ditohmah jadi Oprah

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com


SITI mengajak beberapa setiausaha naik ke atas pentas untuk 'bermain' dan mengiringi persembahannya.


BARU sahaja selesai musim pertama program bual bicara sendiri yang diberi nama Siti, di Astro Ria sejak ia mula bersiaran pada 12 Februari lalu, pelbagai reaksi diterima oleh Datuk Siti Nurhaliza. Ada yang suka dan ada juga yang mengkritik.

Ada yang melontarkan tohmahan dengan mengatakan Siti tidak boleh mengacara, bahkan melontarkan kata-kata sinis bahawa penyanyi kesayangan ramai itu mengeluarkan soalan-soalan yang tidak bernas dan berangan mahu menjadi seperti pengacara hebat, Oprah Winfrey.

Sudah begitu 'masak' dengan asam garam dunia hiburan dan kata-kata pedas yang dilemparkan kepadanya, Siti saat ditanya tentang perasaannya, memberi jawapan dengan cara yang begitu profesional.

"Siti tidak ikut cara Oprah mengacara. Lagipun, pengacaraan bukan bidang Siti. Mungkin, orang sudah biasa tengok Siti menyanyi, jadi bila orang lihat Siti mengacara, mereka merasa janggal.

"Selepas tengok episod demi episod, sebenarnya program bual bicara Siti lebih kepada konsep serius. Insya-Allah, untuk musim kedua nanti, Siti akan tampil dengan konsep berbeza.

"Namun begitu, perkara ini (untuk musim kedua program Siti) masih dalam perbincangan dengan pihak Astro," katanya ketika sidang akhbar selepas mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha Nostalgia Siti Nurhaliza yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Konvensyen, Matrade, Kuala Lumpur.

Sementara itu, menyaksikan persembahan minggu setiausaha Siti selama dua jam bagaikan terasa seperti beberapa minit. Semuanya gara-gara aksi nakal Siti yang semakin pandai mengusik peminat-peminatnya.

Anggun menyarung busana hitam, Siti bukan sahaja mengusik peminat-peminat yang hadir, tetapi juga buah hati pengarang jantungnya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa.

Menyanyikan lagu Aku Cinta Padamu sambil menatap wajah Khalid, Siti dengan spontan mengajukan mikrofon ke bibir Khalid untuk menyambung nyanyian tersebut.

Turut menggeletek hati apabila Siti berduet dengan peminat setianya dengan lagu Jerat Percintaan sambil melakukan aksi-aksi romantik.

Selain mengusik para peminatnya, persembahan minggu setiausaha yang merupakan kerjasama kali ketujuh Siti dengan Hotel Quality, Kuala Lumpur itu sarat dengan nostalgia apabila dia bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu miliknya, tetapi juga lagu-lagu malar segar penyanyi lain seperti Alleycats.

Sesuai dengan tema nostalgia, Siti tampil dengan lagu-lagu hit beliau termasuk Jerat Percintaan, Biarlah Rahsia, Cinta Luar Biasa, Destinasi Cinta dan Ku Mahu.

Antara lagu lain, Siti turut menyanyikan lagu-lagu Inggeris lama seperti Because Of You, My All, I Will Always Love You dan juga lagu-lagu dari Alleycats seperti Hingga Akhir Nanti dan Seribu Bintang.

Mengulas mengenai persembahannya pada hari itu, kata Siti, lagu-lagunya yang sebelum ini berkonsepkan balada ditukar kepada bosanova. Ia semata-mata untuk disesuaikan dengan tema nostalgia.

Minggu setiausaha tersebut turut dihiburkan dengan keletah Dee yang sememangnya dikenali dengan komedi spontan. Selain itu, Adam AF2 pula telah dipilih sebagai artis pembukaan bagi majlis tersebut.

"Sepatutnya persembahan Siti hanya berlangsung selama 45 minit sahaja, tetapi akhirnya melarat sehingga dua jam.

"Semuanya disebabkan Siti tidak mahu menghampakan peminat yang meminta untuk menyanyikan lagu kegemaran mereka masing-masing," katanya.

Beralih pula soalan mengenai kenyataan Shaheizy Sam, 'Jika Siti tidak tarik diri mungkin saya tidak akan menang', pada majlis Anugerah Bintang Popular (ABP 2010), baru-baru ini, Siti berkata, sebagai seorang pemerhati dan penonton, Sam memang layak memenangi anugerah tersebut.

"Siti gembira dengan adanya wajah baru yang menggondol gelaran anugerah bintang paling popular ABP2010," katanya yang menyifatkan Sam seorang yang pandai berlakon dan mempunyai sikap yang baik dan merendah diri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anuar Zain bagaikan gula

Posted:

Anuar Zain bagaikan gula

Anuar Zain bagaikan gula

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my


ANUAR ZAIN tidak pernah mengecewakan peminatnya dengan kredibiliti sebagai penyanyi yang disegani.


SETIAP kali muncul minggu meraikan setiausaha, nama penyanyi lelaki tersohor negara ini pasti menjadi rebutan. Justeru, buat julung-julung kalinya, PNB Darby Park yang sudah enam kali gagal memiliki Anuar Zain, akhirnya berpeluang mendapatkan penyanyi bersuara lunak itu untuk muncul menerusi Amazing Anuar Zain April's Affair yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada hari Rabu lalu.

Persembahan yang berlangsung hampir satu jam setengah itu sudah pasti bakal terpahat sebagai memori indah dan akan tersemat di sanubari lebih 1,000 penonton yang menghadiri minggu setiausaha tersebut.

Mengenakan sut serba putih dan memakai dasi rona lavender, kemunculan Anuar bukan sahaja memukau hadirin yang hadir, malah turut mengundang jeritan dan laungan nama penyanyi pujaan ramai itu.

Mula mendendangkan lagu pertama Kau Bunga Cintaku, vokalnya yang lunak berjaya menggoncang jiwa tetamu yang hadir dan lontaran senyumannya pula bisa mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat.

Lebih mencuit hati, penyanyi berkarisma itu turut diibaratkan sebagai 'gula' oleh pengacara majlis iaitu aktor Fahrin Ahmad apabila setiap langkah yang diatur, pasti diekori peminat.

Ada juga yang sanggup meninggalkan meja makan dan menanti di depan pentas semata-mata untuk merakam aksi dan mengambil gambar penyanyi bersuara romantik itu.

Komunikasi Anuar dengan tetamu yang hadir juga tidak mengecewakan dan pada satu-satu ketika, adik kepada penyanyi Ziana Zain itu dilihat mendekati khalayak.

"Saya akan turun, tetapi janji jangan buat apa-apa. Kita salam sahaja," tutur Anuar pada satu ketika sebelum dia turun daripada pentas untuk bersalaman dengan penonton yang hadir.


KATA Anuar, peminat hanya boleh bersalaman dengannya sahaja jika mahu dia turun ke meja makan.


Sebanyak 12 lagu hit yang diperdengarkan daripada album-album miliknya, termasuk, Keabadian Cinta, Permata, Ku Berjanji Kerana Cinta, Bila Resah, Ketulusan Hati, One Day In Your Life dan Bila Resah sebelum saat kemuncak persembahan tiba sejurus Anuar melantunkan lagu hit terbarunya iaitu Sedetik Lebih.

Usai melantunkan sebanyak 12 buah lagu seperti yang dijanjikan, Anuar sekali lagi muncul di atas pentas atas permintaan ramai dengan mendendangkan lagu Lelaki Ini.

Semasa ditemui pada sidang akhbar, Anuar mengakui cukup seronok dengan aksi penonton yang baginya cukup menghiburkan dan sporting, namun mengakui terbatas daripada segi pergerakan.

"Pada saya, setiap persembahan kena seronok dan penonton yang hadir semuanya menghiburkan.

"Saya akui tidak bergerak bebas kerana seperti yang semua tahu, saya tidak mahu insiden lama berulang. Nanti timbul pula pelbagai cerita," luahnya sambil memberitahu berada di atas pentas membuatkan dia lebih stabil untuk menyanyi dan boleh dilihat oleh khalayak.

Tambah Anuar, dia lebih selesa untuk tidak terikat dengan perancangan semasa persembahan kerana baginya, cara spontan adalah lebih baik dan detik itu akan menjadi satu elemen yang bermakna buat dia dan penonton yang hadir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.