Celebrity News |
- Video Maharaja Lawak Minggu 1 | Youtube
- Video Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu 1
- Gossip Pramugari Air Asia Kekasih Baru Wafi Ex Husband Anne Ngasri
- Mentor 5 : Gossip Salma Sudah Mempunyai Anak !!
- Kisah Kemalangan Ngeri Mat Rempit Dan Awek
- Gambar Seksi Miera Liyana Di ABPBH 2010 Nampak Belakang !!
- Cerita Lawak 18sx : Kisah John Gay Dan Gadis Pemilik Ladang
- Cerita Lawak : Kisah Gadis Bernama Fasha
- Cerita Lawak : Kisan Ajis Kaki Pancing
- Gossip Ridhuwan hashim Peluk Anak Orang !!?
Video Maharaja Lawak Minggu 1 | Youtube Posted: 11 Apr 2011 09:13 AM PDT APa Kata kita layan program Maharaja Lawak pula kali ini, disebabkan info dan data yang banyak mengenai video-video daripada Youtube. Terimalah "Post" terkini daripada ZoOM versi Youtube untuk tatapan pembaca di ZoOMartis @ Facebook : Intro Peserta Maharaja Lawak Jambu Man XN3 Amir R2 ALEX JOZAN JIHAN WAI SEPAH BALAS NABIL ZoOM : LAyan je :) Suka Gossip Ini ClickLah Like !! This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Video Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu 1 Posted: 11 Apr 2011 08:48 AM PDT Dalam keboringan tengah malam buta ini ZoOm tertarik dengan "Post" seorang blogger yang mempunyai banyak video-video menarik yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca di ZoOmartis @ Facebook. Selepas konsert pertama Akademi Fantasia 9 yang melabuhkan minggu pertama, ada ramai lagi yang tidak berkesempatan untuk menonton konsert tersebut. Apa kata anda layan video Youtube dibawah : Pembukaan (Pengkritik jemputan – Adibar Noor) (Pengkritik tetap – Ogy Ahmad Daud, Hattan) Miza – Akhirnya Kini Pasti Kay – Menyesal Nera – Aku Lebih Tahu Amir – Just The Way You're Eka – Kau Bisu Azri – Bukan Untuk DiMengerti Laika – Ku Bahagia Raqib – Yank Lena – Lagu untuk Kuala Lumpur Aida – Teringin Afif – Cinta Kristal Erul – Ganas Menuju Puncak Dan Penyingkiran (Pelajar tersingkir – Laika) Dina Feat Zizan – Selamat Tinggal Suka Gossip Ini ClickLah Like !! This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Gossip Pramugari Air Asia Kekasih Baru Wafi Ex Husband Anne Ngasri Posted: 11 Apr 2011 08:31 AM PDT Untuk pengetahuan anda gambar ini ZoOM jumpa daripada laman forum yang memang sudah terkenal di Malaysia, malahan ada beberapa blog yang dikatakan sudah menggunakan gambar ini yang diambil daripada blog Nara. Sudah menjadi lumrah populariti yang kini sudah sebati dalam hidup Wafi sehinggakan beliau turut menjadi perhatian khalayak ramai. Namun persoalannya betulkan gambar ini adalah kekasih Wafi atau ia sekadar gossip panas yang melanda hidup beliau setelah tidak lagi mempunyai hubungan dengan Anne Ngasri. Bekas peserta program Sehati Berdansa ini dikatakan sedang bercinta dengan seorang gadis bernama Shasha Aziz yang berumur 20 tahun dan sedang bertugas sebagai pramugari. huh...gaya seorang juara tuttt **** manja gitu.. Masa untuk buat kuku.. Dalam post kali ini ZoOm sertakan gambar gadis bernama Shasha ( menurut info ) yang ZoOM dapat, namun jika nak tahu lebih lanjut bolehlah ke Facebook Gadis ini dengan Click Nama Shasha Warna MERAH kat atas !!.. Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Mentor 5 : Gossip Salma Sudah Mempunyai Anak !! Posted: 11 Apr 2011 07:49 AM PDT Kesian itu je yang ingin ZoOM berkongsi bersama anda di ZoOMartis @ Facebook, baru ingin mencapai cita-cita yang selama ini beliau inginkan ada pula yang sengaja atau cuba mencari kelemahan beliau. Mana tidaknya jika sebelum ini manusia diluar sana tidak mempedulikan status Salma. Namun setelah kehadiran beliau dalam program Mentor musim ke 5 kali ini, ramai mata dan tangan diluar sana memperkatakan dan berkongsi dengan pembaca. Bukan hanya Salma tetapi sesiapa sahaja yang diambang kejayaan pasti akan ada sahaja yang membuatkan mereka terkejut dan terpaksa menjawap 1001 soalan daripada pihak yang memberi soalan. Dan terbaru Salma sudah pasti terkedu apabila ditanya mengenai soalan beliau adalah ibu tunggal kepada seorang anak. Dan berikut jawapan beliau mengenai gossip terbaru ini : "Selepas habis Mentor baru saya akan menjelaskan tentang perkara ini. Bagi mereka yang mengetahui tentang status saya, biarkan sahaja. Tambahnya: "Saya masih mempunyai keluarga di kampung dan banyak hati yang perlu dijaga." Malah antara enam peserta yang bertanding dalam program tersebut, Salma turut mendapat markah paling tinggi setakat ini dan dijangka menjuarai Mentor 5 jika dinilai berdasarkan kepada undian yang diterima. Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Kisah Kemalangan Ngeri Mat Rempit Dan Awek Posted: 11 Apr 2011 07:38 AM PDT "Nak di jadi satu cerita malam semalam lu tau Mat Gorn, gua bawak superbike gua. Alih-alih ada sorang minah ni dia cilok tak lepas. Sekali bergesel lak ngan sorang mamat tu. Apa lagi jatuh terterap la dua-dua ekor. Gua ada betul-betul depan dorang masa dorang sujud sahwi kat atas tar tu. Gua amanahkan la brek brembo gua. Gua percaya brek gua boleh berkhidmat kepada gua. Tak sia-sia Gorn. Gua brek sikit punya cengkam dalam speed 180km/j gak gua tekan masa tu...fuhhhh..berapa inci jer dari halkum awek tu. Gua berpeluh tak ingat. Gua ingat cecah dah. Sekali tengok steady lagi." Bender bercerita dengan penuh kusyuk dan tawaduk sambil berhenti menghela nafasnya yang terputus-putus. Di teguknya air sirap bandung yang sudah mencair aisnya. Mat Gorn dan mat Piah kusyuk mendengar sebab hari itu karen tiada di taman perumahan mereka. Jadi mereka bertiga mengambil keputusan yang lebih kurang muktamad untuk melepak minum di Bandar Perda. Seperti Biasa, Mat Piah akan dipaksa membayar kesemuanya. Mat Piah Pasrah. Matanya dilihat seakan-akan berkaca ketika didalam kereta. "Habis tu? Soal Mat Piah "Ish...tak habis lagi. Panjang lagi nih. Jap-jap ek..........Eh Piah, ari ni ari apa? "Errr......Rabu. "Khamis la...apa lak rabu lu ni Piah." Pintas Mat Gorn membetulkan ralat Mat Piah "Ari ni ada cerita best lak kat TV ni aii...leh lupa lak aku." "Cerita apa?" "Semanis kurma! Ustazah Siti Norbaiyah tu.....dengan Darling dia!" "Rumah lu ada genereator Bender?" "Takde." "Kalau takde sambung cerita tadi sampai abis. Nak balik tengok TV konon. Caitt toya mat amin! Mana ada karen!" "Haaa...sampai mana aku cerita tadi?" "Sampai brek tayar cecah halkum!" Jawab Mat Gorn dan Mat Piah serentak. "Brek cecah halkum...Brek cecah halkum....ha ingat dah...gua sambung k. Camni cerita dia. Lepas gua tengok tayar gua nak cecah halkum dia, gua pun apa lagi turun la tengok. Fuhhh..steady lagi. Gua pimpin la dia bangun. Lembut weh tangan dia. Hehehe…tapi tu la orang kita ni Mat Gorn,sorang pun taknak tolong dia. Dok main hon-hon kereta jer. Gua pun apa lagi, sound terus!… "woi…hon-hon apa! Tak nampak ker orang nak buat CPR nih!" Pastu terus diorang tak berani hon dah. Ada yang menyorok belakang signboard ada, tepi devider jalan pun ada, belakang Public Phone pun ada 2 orang. Tapi gua tak tau la. Dua-dua tu menyorok takut gua ker atau beromen belakang tu entah..tapi gua buat muka ketat gak arr masa tu. Muka Mat Piah direka seakan-akan poyo. Mat Gorn hendak tergelak. Bukan kerana mendengar cerita Bender. Tetapi kerana melihatkan rupa mat piah yang memang tak boleh blah itu. Sebiji macam Harun Salim Bachik! "Lepas tu lu buat CPR ker? Soal mat Piah. " "Ish...gua melawak jer part tu. Dah dia boleh bangun, CPR apanya lagi. Lu tau pastu gua tengok mamat yang langgar dia tu terus blah tak tunggu dah. " "Shial la...gua tak sempat nak kejar sebab tangan gua di rentap erat oleh awek tu." "Habis tu? " "Habis tu gua bawak dia ke tepi. Tolak motor di kat tepi. Gua tak nampak muka dia sebab tutup visor helmet. Gua tanya la kot-kot ada sakit mana-mana. Gua suruh dia kilas tangan, kaki, tengkok apa ker semua yang patut. Tengok berfungsi ker tak." "Lu suruh dia kilas ker…lu yang tolong kilaskan?" "Dia kilas sendiri la gorn. Gua semayang maghrib cukup lu tau tak! Dosa semua tu!" "Tapi siyes Gorn. Dia punya body. Fuhhhh....memang mantop gorn! Lu kalau tengok, gua ingat mau lu jilat tiang letrik kat tepi tu atas bawah. Siyes weh…! " "Tadi cakap semayang maghrib lu ni..yer la sambung la cepat!" "Pastu Gua cerita la pasal biodata gua. Pung pang pung pang dekat 15minit jugak la. Budak tu senyap jer. Pastu dia bukak visor. Gua terperanjat Mat Gorn..gua terperanjat nih!" "Apsal?" Dia mintak no phone gua plak. Shial laaa....gua terus blah. Tak kalih belakang dah!" "Apasal lu bengap sangat? Bagi jer la." "Bukak-bukak visor tengok bapok doh....kalau tak, gua tak cakap la gua nak langgar halkum dia tadi!" Bender tergelak puas mengekek. Mat Piah cuba mencari objek tumpul sebagai bahan bukti dalam kes polis jika dia berjaya menghentak bender sampai koma. Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Gambar Seksi Miera Liyana Di ABPBH 2010 Nampak Belakang !! Posted: 11 Apr 2011 01:22 AM PDT Tak tahu nak cakap apa mengenai minah bernama Miera Liyana ni, mana tidaknya selepas gambar konterversi yang hampir menampakkan aset wanita semasa majlis makan malam sebelum ini. Kini beliau dikatakan memakai baju yang juga menampakkan belakang beliau yang semestinya menjadi perhatian public pada malam anugerah ABPBH baru-baru ini. Untuk pengesahan dan contoh bolehlah lihat gambar yang sempat ZoOm jumpa daripada satu laman gossip ni, baju yang dinamakan fesyen Bareback berwarna merah menjadi pilihan beliau pada malam tersebut . Namun persoalannya perlukan memperlihatkan belakang beliau yang putih melepak tu ???. ZoOM : Apa Pula Kata Anda Di ZoOmartis @ FAcebook !!? Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Cerita Lawak 18sx : Kisah John Gay Dan Gadis Pemilik Ladang Posted: 10 Apr 2011 11:40 PM PDT Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet. Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya. Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka. Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk. Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Janet ni tadi… kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, "John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja…" Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan. Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api. "Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Janet. John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan. "Sekarang, buka kasut but ku." John buat, perlahan sekali. "Buka, setokin ku.." Dia buat juga. "Sekarang, buka skirt ku." Dia buat juga. "Sekarang buka coliku." Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh. "Sekarang….buka seluar dalamku…" Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya. Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata… "Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot." Hahahah… apa yg korang pikir tu hah? Jangan Marah.? Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Cerita Lawak : Kisah Gadis Bernama Fasha Posted: 10 Apr 2011 10:35 PM PDT Suatu hari Milah membawa kelima-lima anak gadisnya untuk diperiksa oleh Dr. Rizal. Doktor hairan kerana kelima-lima anak Milah mempunyai nama yang sama iaitu Fasha. Dr. Rizal berasa amat kehairanan bagaimanakah caranya jika Milah ingin memanggil salah seorang anaknya jika ada sesuatu. Dengan selamba badak Milah menjawab : "apa yang susah, cukup dengan memanggil nama bapanya, mereka akan datang dengan sendiri" "boleh ke macam tu?" tanya Dr. Rizal "Betulla. Kan kelima-lima bapa mereka berlainan" Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Cerita Lawak : Kisan Ajis Kaki Pancing Posted: 10 Apr 2011 09:58 PM PDT Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan. Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar. tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis. Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk. Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar. hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam. Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya. Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
Gossip Ridhuwan hashim Peluk Anak Orang !!? Posted: 10 Apr 2011 09:28 PM PDT Kalau betullah gadis ini bukan anak Ridhuwan hashim kenapalah gedik sangat perempuan ini sampai merelakan tubuh dia dipeluk sedemikian rupa. ZoOm : Apa Pula Kata Anda Di ZoOmartis Dot Net @ Facebook. ? Suka Gossip Ini ClickLah Like !! |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |