Adsense

Selasa, 29 Mac 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Review Penonton : Filem …. Dalam Botol, Constructive Criticism.

Posted: 29 Mar 2011 09:09 PM PDT

Review Penonton : Filem …. Dalam Botol, Constructive Criticism.

Blogger Que_Esq berkongsi pandangannya mengenai filem … Dalam Botol yang sedang hangat di pawagam. Ikuti ulasannya selepas ini.

Saya pernah menyoalkan kewajaran pembikinan filem …Dalam Botol ini, dahulu. And here I go again, or to be precise, let me continue.

Maaf En OhBulan, saya tidak bersetuju dgn anda. Kurang bersetuju. Rujuk entri Review …Dalam Botol : Sebuah Filem Yang Berani, Berisiko Tinggi.

Memanglah saya bukannya ternanti-nanti filem ini (poster saja sudah tidak menampakkan usaha). Malahan saya sendiri tertanya-tanya, di awal tayangan, kenapa saya memilih menonton ini, bukan pula filem 2 Alam (dan langsung membantu impian kutipannya). Mungkin kerana entri saya yang lalu telah terlebih dahulu menghukum dan saya merasakan …Dalam Botol perlu diberi ruang untuk sekurang-kurangnya, dibelek-belek. Ingin juga melihat apa yang dipuji benar dengan garapan sulung Khir ini.

Dari mengarut tentang apa yang jelek dengan filem ini, baik diberi komentar yang lebih bermakna. Constructive criticism. Kerana ramai yang lebih memuji teknikal filem ini, kita kecilkan juga skopnya.

  • Jarang sebuah filem Melayu menggunakan teknik flashback. Bermula dari hujung, sebelum semuanya bercantum dan menjadi sebuah gambar yang sempurna. Cumanya, instead of memaparkan scene-scene terlarang dan Ruby (versi Mak Nyah Rubiddin) menyembah sujud boifrennya, Ghous, boleh sahaja Khir terus melakar kisah-kisah hidup Ruby yang dulu menggunakan teknik-teknik flashback dan tidak terlalu menunjuk-nunjuk hubungan mereka. Keep some as a mystery.
  • Ruby digambarkan sebagai mencapai tahap wanita sempurna demi kerana Ghous. Tetapi logik akalnya, selepas render reassignment, napa tidak dimasukkan silikon dan masih memakai rambut palsu? Scene Ruby mandi bogel tidak langsung dituntut kerana boleh saja digantikan dengan scene menarah memendekkan rambut secara drastik dengan linangan air mata.
     
  • Normah Damanhuri dan Jalil Hamid mencuri lampu spotlight kerana kehadiran mereka cukup terasa. Mungkin kerana Ruby masih baru dalam dunia lakonan, timbal balik darinya masih kelihatan kaku. Tapi Ogy, sorry, anda kelihatan berlebih-lebih dan tercari-cari watak anda. Sekejap seorang wanita yang ceria dan tegas, sekejap-sekejap begitu rapuh.
  • Skor muzik. Kurang faham mengapa ramai memuji. Memang adakalanya scene tanpa dialog begitu berkesan dengan runut bunyi yang bersesuaian. Cumanya bukanlah seluruh filem bagai opera lengkap bunyi-bunyian.
  • Khir kelihatan begitu mahir menterjemahkan scene tanpa suara. Namun ini tidak seimbang dengan sccene berdialog yang rata rata lemah dan kelihatan seperti tergantung. Suntingan jugak memeningkan kerana transisi dari satu babak ke babak yang lain tidak smooth.
  • Latar filem kurang senada kerana props dan lokasi seperti dari filem berbeza. Pelik bila ada yang menyamakan dengan filem Mak, kerana filem Mak walaupun kita terus-terusan meneka latar zaman yang dipapar, tetapi pilihan lokasi kelihatan lebih kurang sama. Biar membezakan yang kaya dan miskin ataupun berlainan bangsa.
  • Kalau mood suram yang cuba Khir paparkan, memang itulah yang kelihatan. Adegan waktu bercinta pun tiada terselit kegembiraan, apatah sewaktu majlis perkahwinan.

Secara terus terang ini adalah satu-satunya filem Raja Azmi yang saya tonton. Harap-harapkan RA seorang visionary yang bakal terus jujur mencerna filem-filem bertema besar lain dan bukan sekadar melahirkan projek untuk mengajar glamer dan publisiti murahan sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Parti Birthday Erma Fatima Disaji Tarian Lucah, Memalukan!

Posted: 29 Mar 2011 08:42 PM PDT

Classy sangat majlis hari jadi Erma Fatima dihidangkan dengan tarian lucah oleh penari Nyah yang berpakaian menjolok mata. Ada yang berbikini, tak kurang yang menyarung g-string serta melakukan aksi menonggeng punggung terhadap para jemputan.

Hairan juga apabila Erma mengatakan di Twitter berbunyi, "Salah ke sy menghargai keikhlasan & pemberiannya? Knp isu itu mahu d perbesarkan? Itu tdk adil & menghina mreka yg bkn menjual diri mereka!'

Apa maksud Erma? Adakah soal keikhlasan harus diukur dengan aksi tarian lucah? Logik akal, kalau tarian lucah dihidangkan, bukan susah pun nak melangkah kaki keluar daripada majlis. Pihak penganjur pun salah, aksi Nyah sedemikian tidak patut disajikan kepada tetamu, memalukan!

Apatah lagi majlis ini turut disertai oleh VVIP seperti Ketua Pengarah Istana Budaya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan produser drama bercorak Islam di TV AlHijrah, Kala Terbit Cinta. Tidak wajar seorang kawan (penganjur) memanggil Nyah melakukan aksi lucah untuk menghiburkan para tetamu. Mujur, tetamu VVIP yang hadir hanya sempat duduk untuk 5 minit.

Kes sebegini, bukan sahaja imej Erma tercemar, malah imej para VVIP turut kena tempiasnya.

Dalam satu kenyataan, Erma ada menyebut bahawa dia tidak menganggap 'kejutan' itu adalah satu penghinaan terhadap imejnya. Tambah Erma lagi, kalau itu hadiahnya maka itulah yang diterima seikhlas hati.

Kenapa pula 'kejutan' itu bukan satu penghinaan? Tarian lucah, bukan hinaan? Pelik?

Kalau pihak penganjur ni jenis yang ada 'akal', mereka sebenarnya boleh buat kejutan yang lebih menarik seperti pertandingan karaoke, aksi stunt & lain-lain lagi. Kenapa tarian lucah juga yang menjadi pilihan?

Dalam situasi ini, kami bukan menghina golongan Nyah. Tapi kami nak tegaskan, dimana letaknya akal pihak penganjur ketika membuat perancangan majlis hari jadi ini?

Anda fikir, anda nilaikan.

Kredit gambar & berita: Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.