Adsense

Selasa, 29 Mac 2011

borak kosong

borak kosong


[Kejam] Dikerjakan oleh tiga jantan diatas pokok

Posted: 29 Mar 2011 09:00 PM PDT

Kejadian ini telah dapat diambil gambar oleh  seorang yang melalui kawasan itu dan dia kebetulan membawa kamera dan berhasil memotret kejadian tersebut untuk dilaporkan sebagai barang bukti.

UNTUK MELIHAT GAMBAR KEJADIAN SILA KLIK SPOILER
DIBAWAH


Muat turun gambar sebuku roti mengandungi tikus mati untuk fitnah pesaingnya

Posted: 29 Mar 2011 08:25 PM PDT

Sampaai macam tu sekali untuk menjatuhkan pesaingnya
saya petik dari myMetro

SEOUL: Mahkamah Korea Selatan, semalam menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas seorang pembuat roti yang memuat turun gambar sebuku roti mengandungi tikus mati dalam usaha mencemari reputasi kedai pesaingnya.

Pembuat roti berusia 35 tahun itu mendakwa dalam satu laman web popular bahawa dia menemui tikus dalam roti yang dibeli dari kedai roti berkenaan sejurus sebelum Krismas tahun lalu.


Kim yang mempunyai cawangan kedai roti di Pyeongtaek, kira-kira 70 kilometer di selatan Seoul mengakui dia memalsukan kejadian itu bagi menjatuhkan reputasi kedai pesaing dan memajukan perniagaannya. Hukuman berat tidak dapat dielakkan terhadap defendan kerana dia dengan sengaja merancang jenayah hingga menyebabkan kerugian perniagaan pesaingnya," kata Mahkamah Daerah Pusat Seoul seperti mana dipetik agensi berita Yonhap. - AFP

Kerana berpakaian seperti mak nyah seorang Diplomat sedia letak jawatan

Posted: 29 Mar 2011 07:37 PM PDT

Mulanya untuk berseronok tetapi akhirnya diri sendiri
yang terperangkap..
saya petik dari Berita Harian

BANDAR RAYA PANAMA: Seorang diplomat Panama yang memakai gaun renda bersama sebiji pisang di dadanya umpama mak nyah ketika mengambil bahagian dalam karnival di Sepanyol menawar untuk meletak jawatan selepas perlakuannya mencetuskan kritikan. 

Italo Afu, konsul Panama di Pulau Canary Sepanyol kelmarin memohon berbanyak maaf. 

"Tidak bolehkah beliau berpakaian seperti lanun atau kelasi malah Donald Duck," kata Menteri Luar, Juan Carlos Varela. – AFP




[Gila] Tikam wanita yang tak membalas cintanya

Posted: 29 Mar 2011 06:45 PM PDT

Akhirnya diri sendiri yang merana..
saya petik dari myMetro

MIRI: Berang dan cemburu kerana cintanya tidak berbalas, seorang lelaki menggunakan pisau pemotong sayur untuk menikam sehingga mati seorang wanita berusia 20-an yang menyewa bilik di rumahnya di Jalan Hokkian, di sini, semalam.

Difahamkan, suspek berusia 43 tahun, bertindak demikian kerana cemburu selepas mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan dia sudah lama menyimpan perasaan cinta terhadap wanita itu.


Ketika kejadian, mangsa yang menyewa di rumah 17 bilik itu sedang tidur, manakala suspek dikatakan sendirian selepas ahli keluarga lain berkunjung ke negara jiran.

Sumber berkata, mangsa dipercayai dari Baram dan bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, menyewa di rumah milik keluarga suspek, sejak tiga bulan lalu.

"Suspek dipercayai memasuki bilik sewa mangsa pada awal pagi ketika mangsa tidur dan menikamnya menyebabkan kecederaan di dada kanan apabila senjata itu menembusi paru-paru sebelum mangsa disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 11.48 pagi.


"Suspek juga dikatakan cuba menikam seorang lelaki yang dipercayai penyewa di rumah berkenaan selepas lelaki itu melihat perbuatannya.

"Bagaimanapun, lelaki terbabit sempat mengelak dan merampas pisau digunakan suspek sebelum melarikan diri, manakala penyewa terbabit menghubungi rakan untuk meminta bantuan," katanya.

Menurutnya, penyewa itu turut cedera ringan akibat bergelut dengan suspek kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sumber berkata, polis yang menerima laporan itu menggerakkan sepasukan anggota ke tempat kejadian dan menahan suspek yang dikatakan cuba untuk mencederakan dirinya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menyiasat sama ada suspek mengalami masalah mental, berada di bawah pengaruh alkohol atau dada

[Canggih] Lamar kekasih guna iPad 2

Posted: 29 Mar 2011 05:35 PM PDT

CALIFORNIA – Ingin melamar kekasih anda dengan cara yang unik sekaligus mengikuti perkembangan zaman? Ikuti saja cara Jordan C yang baru saja melamar kekasihnya melalui ukiran di iPad 2 miliknya.

"Saya hanya ingin membagi kegembiraan saya kerana gadget magik terbaru Apple telah membawa sedikit keajaiban dalam hidup saya," cerita Jordan pada web 9to5Mac, Selasa (28/3/2011).

Jordan bercerita, malam sebelum dia mengutarakan lamarannya kepada sang kekasih, Jessica, ia mengaku tidak boleh tidur. Padahal dia telah memesan sebuah iPad dengan ukiran kalimat 'Mahukah Kamu Menikah Denganku?'

"Keesokan harinya saya menerima iPad itu dan mengajak kekasih saya ke National Redwood Forrest di California Utara. Setelah menyeberangi sungai dan meelalui hujan, saya menemukan pohon terbesar di dunia. Saya pun berlutut dan mengerahkan upaya terbaik saya untuk melamarnya," cerita Jordan penuh semangat.

Ia mengaku sangat gugup ketika ingin mengutarakan keinginannya menikahi Jessica. Di bawah pohon itu, dalam keadaan berlutut, Jordan pun mengumpulkan keberaniannya untuk bertanya kepada sang kekasih. Satu tangan memegang jari jemari Jessica, sedangkan tangan lainnya mengarahkan iPad berukir kalimah 'will you marry me?'. Jordan membiarkan produk buatan Apple itu yang bertanya kepada Jessica.

"Entah kerana kata-kata saya atau 'Keajaiban Apple', dia (Jessica) langsung berkata YA," ujar Jordan.

"Ya! Aku mahu menikahimu. Cepat berikan iPad itu padaku!" lanjut Jordan seraya menirukan perkataan Jessica.

Artis Bollywood kena ramas oleh peminat

Posted: 29 Mar 2011 11:01 AM PDT

Anjing ini menitiskan air mata bila dapat jumpa tuannya kembali

Posted: 29 Mar 2011 10:01 AM PDT

BOSTON, KOMPAS.com — Lola, seekor anjing Dachshund, selamat dari kebakaran api yang menghanguskan apartment pemiliknya di Boston dan bertahan hidup selama sebulan dalam runtuhan sebelum ditemukan.

Terisa Acevedo (24) terpaksa tinggal di tempat saudaranya setelah kebakaran yang terjadi pada 23 Februari lalu. Minggu lalu, dia kembali ke bekas apartmentnya kerana pemilik apartment memintanya mematikan alarm kereta di tepi jalan. Ketika itu dia mendengar suara dari bekas rumahnya, mengangkat runtuhan yang menutupi pintu, dan menemukan Lola.

Menurut Acevedo, anjing yang baru berusia satu tahun itu melompat ke pelukannya dan menitiskan air mata. Doktor haiwan di Angell Animal Medical Center Boston mengatakan, anjing itu menemukan air dan sisa makanan untuk bertahan hidup. Mereka mengatakan, anjing berbulu hitam itu diharapkan segera pulih.

[Kerterlaluan]] Guru Gunting Lidah Murid

Posted: 29 Mar 2011 09:30 AM PDT

Liputan6.com, Bantaeng: Hamka, salah seorang murid Sekolah Dasar Negeri VII Letta, Bantaeng, Sulawesi Selatan, menjadi mangsa kekerasan oleh gurunya di sekolah. Dari pantauan SCTV, Selasa (29/3), murid kelas satu SD itu terus merasa kesakitan dan tidak boleh makan seperti biasa lantaran lidahnya terus mengeluarkan darah setelah digunting oleh gurunya.

Hamka mengaku lidahnya digunting oleh  guru bernama Endang Sri kerana dituduh telah mengeluarkan kata-kata kotor. Hamka berdalih bukan dirinya yang mengeluarkan kata-kata tersebut, melainkan kawannya yang mengejeknya. Tak hanya itu, Hamka juga bercerita bukan kali ini saja dianiaya gurunya. Dia bahkan mengaku kerap dipukul gurunya hingga lebam dan berdarah.

Tak terima dengan perlakuan sang guru, keluarga mangsa pun melakukan protes ke pihak sekolah. Namun upaya tersebut tidak ditanggapi. Keluarga pun berniat segera melaporkan kekerasan tersebut ke pihak polis Resor Bantaeng lantaran perlakuan guru sudah melampaui batas.

Akibat perlakuan guru itu, kini Hamka tak mahu lagi bersekolah kerana trauma.Dia mengatakan baru mahu bersekolah bila dipindahkan ke sekolah lainnya.

[pelik] Pekerja yang kedatangan haid kena pakai gelang merah

Posted: 29 Mar 2011 08:40 AM PDT

SEBUAH perusahaan di Norway memperlakukan para pekerja  perempuan dengan mengenakan gelang berwarna merah untuk menandakan bahawa mereka sedang dalam masa kedatangan haid Kenapa mesti begitu?

Ternyata peraturan itu dikeluarkan pihak perusahaan untuk memberi tahu  mengapa pekerja wanita kerap ke bilik air. Peraturan yang cukup aneh ini dimuat dan diperinci pada sebuah laporan syarikat pekerja perusahaan ini guna menanggapi peraturan sebelumnya tentang pergi ke bilik airyang dianggap terlalu ketat dan membatasi terutama untuk kaum perempuan.

Di Norway, banyak perusahaan yang berusaha menerapkan disiplin terhadap para pekerjanya dengan kegiatan pemantauan, termasuk dengan kegiatan peribadi mereka seperti hendak ke bilik air. Sebanyak 66 peratus pengurus meminta adanya pemantauan terhadap pekerja yang terlalu sering ke bilik air. Ada juga yang meminta adanya sistem kunci elektronik untuk ke bilik air. Sepertiga perusahaan di Norway juga sampai menempatkan kamera pengintai dan ada yang meminta setiap pekerja untuk mengisi buku tamu sebelum masuk ke bilik air.

Laporan itu juga mencatat, tindakan yang paling ekstrem dilakukan seorang pengurus yakni peraturan penggunaan gelang merah guna menandakan bahawa seorang pekerja wanita dengan haid sehingga dia memiliki alasan untuk sering ke bilik air. Para pekerja wanita tentunya merasa malu dengan peraturan ini sehingga para rakan mereka mengetahui hal peribadi tentang mereka.

Sayangnya, nama perusahaan yang memberlakukan peraturan ini masih dirahsiakan. Menurut Current.com, adanya peraturan aneh ini dilaporkan Erik Bjorn Thon, . Menurut Thon, peraturan mengenakan gelang merah ini merupakan hal yang jelas-jelas melanggar hak asasi manusia dan sangat menghina mereka yang terpaksa memakainya."Pemantauan di lingkungan kerja memang menjadi masalah yang makin mengkhuatirkan. Menurut rencana, kami akan beupaya mengkaji kembali segala peraturan yang dinilai keterlaluan dan melanggar hak peribadi seseorang," katanya

Ini sebabnya kenapa anjing tak boleh makan cokelat

Posted: 29 Mar 2011 07:00 AM PDT

Bagi kita manusia , cokelat merupakan makanan yang sangat lazat , mengasyikan dan hampir tidak bermasalah pada kesihatan kita. Paling-paling hanya menambah berat badan dan merosakkan gigi.

Cokelat mengandung teobromin, kandungan teobromin dalam cokelat boleh menjadi racun untuk sebahagian haiwan bila dimakan. Haiwan-haiwan yang boleh kena keracunan pada kandungan teobromin diantaranya adalah kuda, anjing, burung kakak tua, tikus-tikus jenis kecil dan kucing (khususnya anak kucing), ini kerana metabolisme tubuh mereka tidak dapat mencerna kandungan kimia ini secara efektif. Bila mereka diberi makan cokelat maka kandungan teobromin akan tetap berada dalam aliran darah mereka hingga 20 jam, akibatnya haiwan-haiwan ini mungkin mengalami epilepsi dan kejang-kejang, serangan jantung, pendarahan internal, dan pada akhirnya menyebabkan kematian.

Anjing yang keracunan cokelat terserang sakit perut yang luar biasa dan biasanya disertai dengan muntah darah. Muntahannya biasanya berbau coklat. Kemudian anjing akan mengeluarkan cairan liur yang berlebihan, gelisah, dan sulit untuk berdiri atau berjalan kerana tubuh terasa kaku dan kejang. Rasa haus akan meningkat padahal air liur terus keluar, anjing akan minum terus sampai kemudian muntah lagi.

Kalau tidak segera diberi pertolongan, keadaan anjing akan menjadi lebih parah lagi seperti meningkatnya pernafasan, tremor otot, tubuh kaku, air kencing mengandung darah, gusi membiru, kejang-kejang, dan akhirnya mati.

Biasanya, doktor haiwan kalau melihat gejala-gejala tersebut kebanyakan memvonis anjing terkena penyakit distemper syaraf atau parvo kerana gejalanya hampir sama.

Tidak ada ubat yang boleh menawarkan racun cokelat. Biasanya oleh doktor anjing hanya diinfus dan diberi tambahan oksigen agar anjing dapat bertahan sampai racun cokelat tersebut hilang dengan sendirinya.

Banduan makan matanya sendiri

Posted: 29 Mar 2011 06:00 AM PDT

Seorang banduan di Texas, Andre Thomas 25 tahun, mencungkil mata kanannya sendiri lalu memakannya. Untunglah hal itu cepat diketahui warden yang bertugas dan dia dilarikan ke hospital.

Sebelumnya dia dipenjara kerana ke pembunuhan yang terancam hukuman mati. Diduga dia mengalami penyakit mental.

Apa rasanya makan mata sendiri? Aneh… Nasib baik dia makan matanya kalau dia makan bahagian tubuh yang lain macam mana?

Akademi Seks Amora, Sekolah Untuk BelajarBerhubungan seks

Posted: 29 Mar 2011 05:51 AM PDT

Ingin meningkatkan teknik dalam berhbungan seks? Anda boleh belajar di pameran yang sedang dilaksanakan di Berlin saat ini. Pameran itu bertajuk "Akademi Seks Amora".

Pameran ini menyambut pengunjung dengan slogan  yang berbunyi "Akhirnya-Sebuah Pameran Untuk Orang Yang Harus Selalu Menyentuh Apa Pun."



Lebih dari 50 patung ditampilkan untuk mempertontonkan kepada pengunjung daerah intim yang dimiliki lelaki dan wanita dan menawarkan tips-tips untuk segala hal yang berbau seks. Mulai yang berhubungan dengan masalah tarian telanjang, oral seks, hingga bagaimana mencapai orgasme sempurna. Diharapkan, para pengunjung lebih lihai making love (ML) setelah mengunjungi pameran.

"Banyak pasangan datang bersama ke pameran ini untuk belajar," ujar Uta Barkow, manager Beate Uhse, jaringan industri seks yang menyelenggarakan akademi tersebut. "Sejauh ini pameran berjalan lancar. Banyak pameran ini berefek 'aha' bagi banyak orang," tambahnya seperti dilansir Reuters.

Pameran ini juga menampilkan beberapa manequin wanita seukuran manusia, telanjang, dan dengan berbagai posisi. Salah satu patung dirancang untuk bergairah jika disentuh di tempat yang "tepat". Bahkan, ada boneka yang berteriak "That's it" jika pengunjung memasukkan jarinya di g-spot. Ada juga alat menarik yang diberi nama  "Spank-o-Meter". Alat ini berguna untuk mengukur tingkat kepuasan yang dialami patung ketika bokongnya dicambuk.

Pameran ini juga menampilkan adegan filem yang menampilkan berbagai posisi seksual, termasuk gaya "Italian Chandelier", sebuah gaya yang boleh mengeluarkan kalori hingga 920 kalori per jamnya.

Didirikan oleh Johan Rizki, akademi seks tersebut dibuka di London awal tahun ini dan akan segera dibuka di Barcelona.

Pembedahan Perbesaran Payudara Adalah Hadiah Utama Pertandingan Ini

Posted: 29 Mar 2011 04:30 AM PDT

TRIBUNNEWS.COM - Sebuah hadiah kontroversi diberikan kepada pemenang tiket loteri. Hadiah utamanya adalah perbesaran payudara yang nilainya sekitar 10 ribu dollar Australia . Demikian dilapo rHerald Sun, Isnin (28/3/2011).

Sebuah kelab malam di bernama Sin City Nightclub yang terletak di Gold Coast Australia memperlihatkan model berdada besar sembari mengatakan menangkan hadiah,"perbesaran payudara "

Pemilik kelab malam bernama Jamie Pickering mengatakan para penikmat kehidupan malam yang datang pada 3 Aprilnanti boleh memenangkan beberapa hadiah dan bagi yang beruntung boleh masuk ke tahap berikutnya untuk memenangka hadiah utama.

Namun, pertandingan  ini mendapat kritikan besar. Pihak regulasi aturan undian dan minuman keras Australia sudah melakukan penyelidikan mengenai undian ini.

"Ini cara pemasaran paling buruk untuk memberikan gambaran jika payudara besar memberikan status yang baik," kata juru bicara dari JabatanKehakiman Australia. Namun, dalam poster itu tertulis jika hadiah utama adalah wang dan pemilik kelab malam memberikan saranan agar wang itu digunakan untuk membesarkan payudara.

Wanita ini memiliki 4 ginjal

Posted: 29 Mar 2011 03:50 AM PDT

Ada orang hanya memiliki satu ginjal, tiga ginjal atau berjuang keras agar tetap hidup kerana ginjalnya rosak, nah Laura Moon lain lagi. Gadis berusia 18 tahun ini memiliki kelebihan ginjal, dia dikaruniai empat ginjal.

Kenyataan ini baru diketahui Laura saat dia memeriksakan diri ke doktor kerana kerap kali menderita sakit perut. Setelah melakukan serangkaian pemeriksasan ternyata si Laura punya empat ginjal.

Ini memang bukan kejadian aneh, karena sejumlah orang pernah juga diberitakan memiliki banyak ginjal, meski tentu saja kes seperti ini jarang terjadi.

Moon berharap boleh mendermakan ginjal lebihnya tersebut. "Saya fikir, jika benar saya memiliki 4 buah ginjal, saya tak memerlukan keempat-empatnya." kata Moon sebagaimana dikutip newdaily.com.

"Saya akan mendermakan kepada siapa saja yang memerlukannya. Saya berharap boleh menolong seseorang selagi saya masih muda. Saya akan melakukan apa saja sekuat tenaga untuk menjadi seorang pendonor." tambah Moon.

Belum diketahui mengapa organ manusia bisa berkembang menjadi ganda, namun dipercaya satu di antara 125 orang ada yang memilki ginjal lebih.

Hebat…Penjaga gol Ini Telah Menjaringkan 100 Gol

Posted: 29 Mar 2011 02:00 AM PDT

Liputan6.com, Sao Paulo: Sulit dibayangkan seorang penjaga gol menjaringkan 100 gol dalam kariernya. Ketidakmungkinan itu dipatahkan penjaga gawang senior Brasil, Rogerio Ceni. Sebuah gol Ceni ikut membantu Sao Paulo mengalahkan Corinthians 2-1 (1-0) dalam pertandingan kejuaraan wilayah, Minggu (27/3) malam waktu setempat.

Ceni menjaringkan gol melalui tendangan bebas yang memang menjadi kepakarannyanya. Tendangannya melengkung melewati pagar betis lawan dan menusuk ke pojok kanan atas gawang tanpa bisa dijangkau kiper Corinthians Julio Cesar pada menit ke-54 di Arena Barueri, Sao Paulo, Brasil.

"Sungguh momen yang indah," kata Ceni yang merupakan kiper ketiga Timnas Brasil saat menjuarai Piala Dunia 2002 di Korea Selatan-Jepun. Sebagai penjaga gol, kata Ceni lagi, dia tidak membayangkan oleh menjaringkan gol ketika memasuki padang

Gol itu, menurutnya, terjadi secara spontan. Kebanyakan gol-gol Ceni datang dari tendangan bebas. Jumlahnya mencapai 56 gol. Lebihnya datang dari eksekusi penalti.

Penghitungan Ceni bebeza dengan FIFA. Induk asosiasi sepakbola dunia itu menghitung Ceni menjaringkan 98 gol. Dua gol yang tambahan menurut Ceni, yakni gol ketika dalam pertandingan persahabatan yang memang tidak masuk hitungan FIFA. Meski menggunakan penghitungan FIFA, Ceni tetap merupakan pemegang rekod penjaga gol dengan jumlah gol terbanyak.

Gol Ceni juga sangat bererti banyak buat Sao Paulo yang menghentikan catatan tidak pernah menang 11 kali berturut-turut atau dari Februari 2007 dari Corinthians, musuh tradisi mereka. Gol pembuka Sao Paulo dijaringkan Dagoberto pada minit ke-39, sedangkan gol Corinthians dijaringkann Dentinho pada minit ke-67.

[Pelik] Trend baru...Seluar untuk tangan

Posted: 29 Mar 2011 01:00 AM PDT







macam -macam bentuk sarung tangan ini

[Gila] Pekerja KFC berendam di sinki basuh pinggan setelah penat bekerja

Posted: 29 Mar 2011 12:00 AM PDT

Setelah menjalani penat bekerja, ketiga perempuan dari Anderson, California, itu melepaskan seragam kerja mereka untuk berbikini dan  rileks dengan berendam bersama di sinki cuci pinggan restoran yang dipenuhi dengan air hangat. Mereka kemudian  mengabadikan apa yang mereka lakukan dengan mengambil foto yang hasilnya kemudian dipamerkan di MySpace.

Tulisan yang ditulis di bawah foto di antaranya adalah 'haha KFC showers!' dan 'haha we turned on the jets.' Manager restoran yang bernama Cheri menjelaskan, "Para pekerja perempuan itu telah mendapat teguran atas tindakan mereka."




Cheri menerangkan telah memerhatikan foto-foto yang dimuat di situs MySpace.com saat jam makan malam. Foto-foto yang dipasang bulan lalu itu memuat 3 perempuan yang berendam di dalam sinki cuci pinggn dengan mengenakan bikini.

"Saya terkejut ketika melihat foto itu," kata Cheri. Menurut Cheri, kemungkinan tak ada manager restoran yang bertugas ketika foto-foto itu diabadikan.

Ketiga perempuan itu dilaporkan lebih dulu menutup restoran sebelum berendam. Dalam halaman  MySpace, salah satu di antara mereka menyebut diri sebagai pekerja berusia 17 tahun di Anderson KFC.

"Saya pekerja KFC, mereka adalah sahabat terbaik dan keluarga saya," kata salah satu pekerja di dalam situs itu. Walaupun foto-foto itu sempat beredar di publik, foto-foto itu saat ini hanya dibuka aksesnya secara terbatas. Insiden ini berlangsung hanya 4 bulan setelah seorang pekerja Burger King di Ohio dipecat kerana berendam dengan bbuih sabun di sinki cuci pirnggan restoran.

Gara anjing berak,kedua jiran saling tembak menembak

Posted: 28 Mar 2011 11:00 PM PDT

WASHINGTON – Gara-gara anjing buang air, dua orang berjiran ini saling tembak menembak antara satu sama lain.

Jerry Blasingame (60), diduga telah melakukan penyerangan dengan menembak Terry Tehnet (52), dengan menggunakan senapang.

Tehnet marah ketika dia mengetahui anjing Blasingame buang kotoran di pekarangan rumahnya.

Keduanya memberikan versi cerita yang berbeza-beza, Tehnet yang kini mengalami cedera juga akan dituntut hukum.

Tehnet mengatakan bahwa dia mendatangi tetangganya tersebut untuk komplain masalah kotoran yang ada di pekarangannya.

Blasingame menyalahkannya kerana telah menembak anjingnya seminggu sebelumnya, Tehnet pun langsung mengatakan, "Temui saya di luar, saya akan menembak kamu juga."

Tehnet pun tertembak di kedua tangannya, bahu dan dada, demikian lapor BBC, Isnin(28/3/2011).

Sementara ketua polis wilayah Washington mengatakan bahawa pemilik rumah harus saling menghargai satu sama lain, jika anjingnya buang kotoran laporkan ke pihak polis.

Ajaib… Bayi Lahir dalam Keadaan Sudah Disunat

Posted: 28 Mar 2011 10:00 PM PDT

SUMENEP – Warga Desa Lenteng Timur, Lenteng, Sumenep, Jawa Timur, digegarkan dengan kehadiran seorang bayi laki-laki yang lahir dalam keadaan alat kelamin sudah disunat.

Bayi bernama Ahmad Dzaki Rahib Nur Fuadi itu lahir melalui proses persalinan normal dengan berat 2,5 kilogram.

Putra pertama pasangan Hairul Insaniyah (23) dan Sunarto (27) ini lahir beberapa hari lalu. Namun kejadian aneh ini baru disedari 3 hari sejak dilahirkan.

Awalnya sang Ibu tidak percaya, namun setelah diteliti bayinya sudah tersunat sebagaimana lazimnya.

"Biasa saja tak ada yang aneh. Awalnya saya tak percaya, anak saya tersunat. Tapi waktu saya lihat, ternyata benar," tutur Insaniyah, Isnin (28/3/2011).

Insaniyah mengaku tidak memiliki firasat apa pun ketika mengandung Rahib. Ketika mengidam pun sama seperti perempuan yang hamil muda lainnya. Namun entah ada hubungannya atau tidak, perempuan 23 tahun ini mengaku selalu membaca Alquran sejak hamil setiap hari.

"Saya hanya membaca Alquran setiap hari. Setiap hari saya membaca Surat Yusuf, Surat Maryam, dan Surat Muhammad," tambah Insaniyah.

Insaniyah bersalin di Pondok Bersalin Desa Pelita Bunda, Desa Jambu, Kecamatan Lenteng.

Menurut Tatik Hasanti, bidan yang menangani persalinan Insaniyah, semua berjalan normal dan tidak ada kelainan selama hamil hingga melahirkan pada pesakiynya ini.

"Normal dan tidak ada kelainan, ini kejadian di luar kebiasaan manusia dan ajaib. Tidak ada istilah dalam medik, biasanya yang terjadi hanya kulit kelamin tertarik ke belakang dan terlihat seperti tersunat, hanya jarang dan sulit ditemui," jelas Santi.

Keadaan Rahib hingga ketika ini terlihat normal, tidak menunjukkan adanya kelainan mahupun penurunan kesihatan.

Sumber : http://www.okezone.com