Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


AF9 LAIN DARI YANG LAIN...

Posted: 28 Mar 2011 08:52 PM PDT

Buat pertama kalinya dalam sejarah AF, program Diari AF9 akan dirakamkan dari ruang legar tingkat bawah Jusco AEON, AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Diari AF9 pula akan disiarkan bermula 4 April ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 hingga 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104).

"Pemilihan lokasi tersebut dilakukan secara terbuka kerana mahu memberikan peluang peminat menonton sesi pembelajaran 12 pelajar AF9 secara dekat.

"Tambahan pula, Jusco AEON Setiawangsa dirasakan sesuai untuk menempatkan pelajar dan tenaga pengajar bermula waktu pagi hingga petang pada setiap Isnin hingga Jumaat dalam rumah lut sinar." Ujar Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi

Tambahnya, para pelajar akan ditempatkan di suatu lokasi lain untuk tidur pada waktu malam.

"Kami mencari pendekatan baru untuk penonton untuk penonton menonton Diari AF sambil mereka boleh mengambil gambar secara langsung.

"Bagaimanapun, para pelajar tidak bebas untuk keluar dan masuk dari rumah tersebut kerana sepanjang masa mereka perlu dikurung untuk belajar melainkan boleh keluar untuk solat dan ke tandas.

"Seperti dahulu, jurukamera akan merakam pergerakan pelajar dan tenaga pengajar di dalam rumah tersebut untuk ditonton di Diari AF. Malah penonton juga boleh menonton program itu menerusi laman sesawang rasmi www.akademifantasia.com.my secara langsung," ujar Azlin dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, tenaga pengajar bagi AF9 ialah Cikgu Syafie, Ning, Dalton, Adlin, Fatimah Abu Bakar dan Aris. Pemenang kali ini pula akan membawa pulang RM200,000 disamping hadiah-hadiah lain yang bakal diumumkan nanti.


KLIK UNTUK GAMBAR BESAR
KLIK UNTUK GAMBAR BESAR..!!











GAMBAR2 LAIN: KLIK DI SINI...



(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan