Adsense

Selasa, 29 Mac 2011

Celebrity News

Celebrity News


Big cars doesn't necessarily mean a mini-van! With #allaboutexoraa, you can sit for 6 people & be comfy too! Get your test drive session today!

Posted: 29 Mar 2011 01:01 AM PDT

Akademi Fantasia 9 : Gambar Pelajar Dan Tenaga Pengajar AF9

Posted: 28 Mar 2011 11:39 PM PDT

Inilah wajah pelajar Akademi Fantasia yang akan menemui anda tidak lama lagi pada 4 April 2011, dan untuk makluman pihak Astro akan membuat pengumuman pada hari isnin ini bertempat di  legar tingkat bawah Jusco AEON, AU2, Setiawangsa.

Dan buat pertama kalinya program AF9 akan berada di dalam kawasan membeli belah yang telah dipilih oleh orang berkenaan. Jusco Aeon Setiawangsa akan menjadi penempatan pelajar daripada pagi sehingga petang.

Para pelajar pada kali ini ialah Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 25, dari Selangor, Mohamad Amirullah Jahari, 19, (Amir - Sarawak), Mohamad Azri Abdullah, 24, (Azri - Selangor), Khairul Najmuddin Abu Samah, 20, (Erul - Kuala Lumpur), Nur Khaidir Muhd, 22, (Kay - Kuala Lumpur) dan Fahrur Raqib Abdul Majid, 21, (Raqib - Melaka).


Turut serta adalah Nur Suhada Jebat, 19, (Aida - Melaka), Nur Atiqah Shariffudin, 22, (Eka - Kuala Lumpur), Zulaika Zahari, 22, (Laika - Selangor), Lenaber Haidir, 21, (Lena - Sabah), Roshammizah Rosli, 28, (Miza - Selangor) dan Queennera Francine Francis, 19, (Nera - Sabah).

Tenaga pengajar baru pula ialah Adlin Aman Ramli sebagai guru seni persembahan dan Ning Baizura (guru vokal persembahan) Sementara tenaga pengajar lain termasuklah Fatimah Abu Bakar (kaunselor motivasi dan guru bahasa Inggeris) yang memasuki tahun ke-8 bersama-sama AF kecuali AF4, Syafizawati Sharif (guru vokal teknikal) dan A. Aris A. Kadir (guru tarian).


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!