Nuffnang

Himpunan Kisah Sensasi

sumber :-

Himpunan Kisah Sensasi


Sekumpulan pelacur Thailand diberkas

Posted: 28 Mar 2011 05:30 PM PDT

nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

je 04.1 Sekumpulan pelacur Thailand diberkas

Dua pelacur warga asing diberkas sebaik sahaja diserbu oleh polis ketika melakukan maksiat di sebuah hotel di Jalan Abdullah Tahir, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 14 Mac – Kegiatan pelacuran sekumpulan wanita Thailand di bandar raya ini sejak tiga bulan lalu tumpas apabila polis menyerbu dua buah rumah di Bukit Cagar dan sebuah hotel di sini hari ini.

Kesemua 11 wanita berusia antara 19 hingga 45 tahun itu ditahan dalam serbuan pukul 11 pagi oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Pegawai Turus D7 negeri, Deputi Supritendan Mohammad Abd. Hamid berkata, siasatan awal mendapati, kegiatan pelacuran itu diketuai oleh beberapa wanita yang dipanggil 'mummy'.

"Mummy yang juga warga Thailand ini biasanya akan berurusan dengan orang tengah dan mencari pelanggan bagi kegiatan pelacuran.

"Dia juga akan menghantar pelacur tersebut ke tempat yang telah ditetapkan oleh pelanggan, biasanya di hotel-hotel di sekitar bandar raya ini," katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir hari ini.

Mohammad berkata, siasatan mendapati setiap wanita yang dilanggan dikenakan bayaran RM200 manakala pelacur yang agak berusia menjalankan kegiatan tersebut secara bersendirian.

Menurutnya, kesemua wanita itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah, kecuali seorang yang tidak mempunyai sebarang dokumen.

"Kesemua wanita tersebut termasuk 'mummy' berusia 32 tahun itu, kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan," katanya sambil memberitahu seramai dua pegawai dan lapan anggota terlibat dalam operasi tersebut.

/// utusan///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan