Filem Cun Posted: 28 Mar 2011 11:43 AM PDT Artis Malaysia filem | 29 March, 2011 Sinopsis Cun:- Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, 'Meletops' ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta. Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa' sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat. Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan 'Meletops' dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan 'Meletops' sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan 'Meletops' Tajuk Filem: Cun Pengarah: Osman Ali Penerbit: Tayangan Unggul Sdn. Bhd dan Nuansa Sdn Bhd Dipawagam: 31 Mac 2011 Pelakon Cun: Maya Karin Remy Ishak Faezah Nadiyatul Nisaa Kartina Aziz Ning Baizura Jehan Miskin Trailer Cun:
 Tags: cinema, Cun, Cun review, Cun sinopsis, Cun trailer, Faezah, filem Cun, filem malaysia, film Cun, jehan miskin, Kartina Aziz, Maya Karin, movie malaysia, Nadiyatul Nisaa, Ning Baizura, Remy Ishak, review Cun, sinopsis Cun, trailer Cun, wayang Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Kenali 12 pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9) Posted: 28 Mar 2011 03:51 AM PDT Akhirnya 12 pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9) yang juga Akademi Fantasia yang terakhir telah pun diumumkan sebentar tadi melalui sidang media di Aeon AU2, Taman Setiawangsa. 6 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan telah pun disenaraikan dan pastinya mereka semua ni hebat-hebat belaka kan.. Kalau nak tengok kehebatan mereka semua, sama-sama la kita tunggu Konsert Tirai Akademi Fantasia 9 pada 2 April ni, pukul 9 malam dan pastinya di saluran Astro Ria.. Pelajar-pelajar lelaki yang terpilih ialah Amir, Erul, Azri, Afif, Raqib dan Kay… manakala pelajar perempuan yang terpilih pula ialah Lena, Aida, Laika, Miza, Nera dan Eka… Jadi sebelum kita mula megundi mereka semua, apa kata kita kenali dulu wajah-wajah yang bakal menghuni rumah kaca Akademi Fantasia musim yang ke-9 ( AF9) kali ini… Jom kita layan serba ringkas biodata pelajar-pelajar af9 ni.. Nama Sebenar: Ahmad Aliff Afif Bin Tirmizie Nama Afundi: Afif Asal: Selangor Umur: 25 tahun Pekerjaan: Jurucakap syarikat perniagaan. . . .
Nama Sebenar: Nur Suhada Jebat Nama Afundi: AIDA Asal: Melaka Umur: 19 tahun Pekerjaan: Pelajar UiTM, Shah Alam. . . .
Nama Sebenar: Mohamad Amirullah B. Jahari Nama Afundi: AMIR Asal: Sarawak Umur: 19 tahun Pekerjaan: Pelajar IPT (ASWARA) . . .
Nama Sebenar: Mohamad Azri B. Abdullah Nama Afundi: AZRI Asal: Selangor Umur: 24 tahun Pekerjaan: Pemuzik Gamelan. . . .
Nama Sebenar: Nuratiqah Shariffudin Nama Afundi: Eka Asal: Kuala Lumpur Umur: 22 tahun Pekerjaan: Pelajar di Kuala Lumpur Metropolitan Universiti (KLMU). . . .
Nama Sebenar: Khairul Najmuddin Bin Abu Samah Nama Afundi: Erul Asal: Kuala Lumpur Umur: 20 tahun Pekerjaan: Pelajar IPT (Aswara) . . .
Nama Sebenar: Zulaikha Zahari Nama Afundi: LAIKA Asal: Cheras Umur: 22 tahun Pekerjaan: Peniaga . . .
Nama Sebenar: Lenaber Binti Hadir Nama Afundi: LENA Asal: Sabah Umur: 21 tahun Pekerjaan: Peniaga pasar malam. . . .
Nama Sebenar: Nur Khaidir B. Muhid Nama Afundi: KAY Asal: Kuala Lumpur Umur: 22 tahun Pekerjaan: Bekerja sendiri . . .
Nama Sebenar: Roshammizah Rosli Nama Afundi: MIZA Asal: Selangor Umur: 27 tahun Pekerjaan: Kerja sambilan sebagai tutor kepada pelajar kolej. . . .
Nama Sebenar: Queennera Francine Francis Kitingan Nama Afundi: Nera Asal: Sabah Umur: 19 tahun Pekerjaan: Pelajar. . . .
Nama Sebenar: Fahrur Raqib B. Abdul Majid Nama Afundi: RAQIB Asal: Melaka Umur: 21 tahun Pekerjaan: Pelajar . . .
Tags: af9, akademi fantasia 9, biodata Afif af9, biodata Aida af9, biodata Amir af9, biodata Azri af9, biodata Eka af9, biodata Erul af9, biodata Kay af9, biodata Laika af9, biodata Lena af9, biodata Miza af9, biodata Nera af9, biodata Raqib af9, pelajar af9, pelajar akademi fantasia 9, senarai pelajar af9 Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |