Adsense

Selasa, 29 Mac 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Saling kongsi pengalaman

Posted:

Saling kongsi pengalaman

Saling kongsi pengalaman



SUASANA mewah di tingkat 29 Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur yang aman dan senyap bertukar riuh apabila tiga jelitawan Daphne Iking, Deborah Henry dan Elaine Daly bertemu khas untuk fotografi eksklusif bersama Kosmo!.

Agendanya hari itu adalah untuk bercerita mengenai program terbaru kendalian mereka yang berjudul Bella terbitan ntv7. Sedang mereka disolek, perbualan rancak berjalan fokusnya kepada Bella.

Namun, perbualan itu terhenti seketika apabila diajukan soalan berhubung ketiadaan Sasha Saidin yang sempat bersama program itu selama enam episod sejak ia disiarkan di kaca televisyen bermula 3 Januari lalu.

Menyusun kata agar tidak menyakiti hati mana-mana pihak baik Deborah, Daphne dan Elaine mengambil langkah selamat dengan memberitahu mereka tidak terlibat dengan pengunduran diri Sasha daripada Bella.

"Kami tidak bergaduh atau mempunyai masalah dengan Sasha. Sepatutnya memang ada empat orang pengacara tetapi Sasha mengambil keputusan untuk tidak terus bersama program Bella.

"Keputusannya itu tidak ada kena-mengena dengan kami, semuanya antara dia dan pihak produksi. Sebenarnya saya pun tidak tahu nak cakap apa mengenai hal ini," balas Daphe.

Bercerita lanjut mengenai Bella, jelas ketiga-tiga mereka yang menjalani uji bakat terlebih dahulu sebelum terpilih untuk bersama program tersebut, Bella merupakan sebuah program wanita berbahasa Inggeris yang sesuai untuk semua golongan masyarakat.

Daphne yang lebih dikenali sebagai pengacara berbanding seorang aktres memberitahu, selepas empat tahun bersama program Breakfast Show di Ntv7, dia mengambil keputusan untuk mengambil angin baru.

"Bila sudah terlalu lama bersama sesebuah program, saya sudah rasa selesa tetapi perubahan yang berlaku dalam Breakfast Show membuatkan saya rindu untuk turun padang menjadi wartawan.

"Dalam Bella, selain menjadi pengacara, saya juga akan turun padang untuk melengkapkan laporan sesebuah topik. Malah, kami juga bebas memberikan pendapat dan input untuk menjadikan program ini lebih menarik," katanya wanita berusia 32 tahun itu lagi.

Keakraban mereka bertiga sebagai rakan di luar set penggambaran program melicinkan lagi perjalanan produksi Bella.

Menurut Elaine, mereka bertiga merupakan kenalan lama dan mudah untuk mewujudkan keserasian dan kesefahaman antara mereka.

"Kami semua telah kenal lama, jadi bila disatukan dalam program memang satu hal yang cukup gembira buat kami. Sebenarnya, walaupun kami pengacara bersama program Bella tetapi susah untuk jumpa bertiga macam hari ini.

"Sebabnya program Bella bersiaran dari Isnin hingga Jumaat dan Ahad. Pada hari biasa, kami akan mengendalikan program itu seorang diri dan bertukar setiap hari mengikut jadual, cuma pada hari Ahad sahaja kami akan mengacaranya berdua. Jadi, memang sukar untuk kami jumpa bertiga," cerita Elaine.

Deborah pula yang merupakan pengacara yang paling muda dalam bidang pengacaraan mengatakan dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gugup dan cemasnya tatkala bersiaran pada pertama kali.

"Saya pernah menjadi pengacara untuk sebuah program di dalam talian dan ia berbeza dengan Bella kerana ini merupakan program yang bersiaran secara langsung pertama saya.

"Cemas dan gugup itu memang ada dalam diri tambahan pula digandingkan dengan dua pengacara yang lebih berpengalaman daripada saya. Saya perlu berusaha lebih sedikit supaya saya tidak ketinggalan jauh di belakang mereka.

Sehingga hari ini saya masih lagi belajar untuk memberi yang terbaik," jawabnya tentang program yang bersiaran selama setengah jam itu.

Program Bella, adalah lebih kepada majalah berbentuk hiburan akan menemui penonton ntv7 setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 11.30 pagi, manakala pada hari Ahad ia akan bersiaran selama satu jam bermula pukul 1.30 petang.

Dahlia dalami Islam

Berita penerima trofi Aktres Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 itu memeluk Islam dan bergelar isteri buat kali kedua kepada Azmi Abdul Rahman pada 8 Januari lalu, sudah tersebar luas.

Sejak berita itu diumumkan, kehidupan Daphne yang dahulunya seorang penganut agama Kristian semakin berubah. Bagaimanapun perubahan itu dilakukan secara perlahan-lahan supaya dia boleh mempelajari dan memahaminya secara mendalam dalam perjalanan menjadi seorang muslim sejati.

Mengggunakan nama Dahlia Daphne Eleanor M Iking, ibu kepada Isobel Daniella Iking yang kini merangkak ke usia empat tahun, mengakui dia kini dalam proses mempelajari surah al-Fatihah.

"Sasaran saya sekarang adalah untuk menghafal surah al-Fatihah, saya lebih suka solat berjemaah bersama suami kerana dia lebih mahir membaca surah-surah daripada saya.

"Jika saya lakukan sendiri, saya menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Saya sedar banyak perkara yang saya harus pelajari sebab itu masih mengikuti kelas agama dan banyak membaca buku mengenai Islam," katanya yang tidak kisah andai ada teman yang lebih selesa memanggilnya dengan nama Daphne.


TIGA jelitawan ini bersepakat memberitahu bahawa mereka tidak terlibat dengan kes pengunduran Sasha Saidin yang sepatutnya turut menjadi hos program Bella bersama mereka bertiga.


Tambahnya lagi, perihal meninggalkan daging khinzir dan minuman beralkohol bukan sukar buatnya berbanding meninggalkan tabiat memakai pewarna kuku yang sudah sebati dengan dirinya sejak zaman remaja.

"Saya sudah biasa memakai pewarna kuku, tetapi suami saya kata tidak boleh pakai kerana air sembahyang tidak dapat tembus. Jadi, sejak memeluk agama Islam saya sudah tidak memakai pewarna kuku.

"Sekarang saya hanya membuat rawatan kuku biasa sahaja kerana kuku saya sudah menjadi kekuningan disebabkan kekerapan mewarnakan kuku," ceritanya.

Elaine mula bisnes

Meskipun sibuk di lokasi penggambaran drama dan program Bella, Elaine Daly yang juga seorang model terkenal kini bergelar seorang usahawan dalam talian.

Menjual beg di laman sesawang, www.dalystore.com, kata Elaine, dia memula perniagaannya itu sejak bulan Februari lalu dan maklum balas yang diterimanya amat memberansangkan.

"Saya memang suka berniaga tetapi saya mengambil masa untuk memilih bidang perniagaan yang ingin saya ceburi. Buat masa ini, beg saya semuanya direka oleh saya sendiri dan dikilangkan di Indonesia, harganya juga berpatutan di antara RM200 sehingga RM1,000.

"Pelanggan saya setakat ini hanya dalam Malaysia sahaja, mungkin bulan depan saya akan mula mengambil pesanan daripada pelanggan luar negara pula," tuturnya pemenang Anugerah Pelakon Drama TV Wanita Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2010.

Bicara Elaine disambung pula dengan kisah hatinya yang belum dimiliki oleh mana-mana lelaki. Katanya yang kini berusia 34 tahun, kesibukan kerja membataskan masanya untuk bercinta.

"Saya suka dengan apa yang saya lakukan hari ini, berlakon, mengacara dan berniaga. Mungkin orang tidak akan percaya bila saya kata saya tiada teman lelaki tetapi itu adalah hakikatnya.

"Siapa yang tidak mahu kahwin dan mempunyai anak, semua wanita mempunyai impian itu. Masalahnya saya belum berjumpa dengan lelaki yang sesuai, saya tidak mahulah berkahwin atas sebab paksaan keluarga atau faktor usia. Jika ia terjadi, biarlah ia datang dengan cinta," jawabnya.

Deborah dan kerja kebajikan

Bergelar Miss Universe Malaysia 2011, Deborah Henry yang terlibat dalam dunia peragaan sejak usia 14 tahun kini cukup akrab dengan kerja-kerja kebajikan, tambahan pula dia merupakan pengasas bersama Fugee School yang ditubuhkan pada tahun 2008.

Fugee School merupakan Yayasan Pendidikan Kanak-Kanak Somalia yang memberi fokus kepada pendidikan terutamanya bahasa Inggeris dan Matematik.

"Selain sibuk dengan kerja seharian, saya juga sibuk dengan yayasan kebajikan untuk kanak-kanak Somalia. Walaupun bantuan yang diberi menerusi aspek pendidikan sahaja, saya berharap dengan adanya bantuan ini, kanak-kanak ini akan mempunyai masa depan yang cerah," katanya.

Selepas dua tahun menaburkan bakti terharap yayasan ini, Deborah berharap lebih ramai rakyat Malaysia yang membantu meringankan beban kanak-kanak Somalia.

"Satu perasaan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata apabila kanak-kanak yang dibantu menunjukkan hasil yang positif.

"Saya tahu kerja kebajikan memang amat sinonim dengan pertandingan ratu cantik tetapi saya telah lakukan semua ini sebelum saya dikenali lagi. Jika ada yang berminat untuk membantu boleh layari laman sesawang, www.fugeeschool.com," ucapnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Superfriends gabungan ikon rock tanah air

Posted:

Superfriends gabungan ikon rock tanah air

Superfriends gabungan ikon rock tanah air

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


GANDINGAN mantap. (Dari kiri), Azlan, Mus (May) dan Awie.


TENTU ramai peminat rock mengimpikan untuk menyaksikan satu persembahan yang mengabungkan otai-otai rock yang pernah mencipta nama pada era 80-an dahulu.

Kini, impian tersebut bakal terlaksana melalui konsert yang akan menyaksikan ramai lagenda rock tanah air membuat persembahan di pentas yang sama melalui satu gabungan yang dikenali sebagai Superfriends.

Bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, Superfrieds dijadualkan menghiburkan orang ramai bersempena dengan Konsert Wings Opera Hidup bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Pengarah Urusan Bombay Worldwide, Zamberi Shaari atau lebih dikenali Bombay berkata, Superfriends adalah gabungan ikon rock yang pernah menguasai arena rock yang hilang sebelum ini.

"Boleh dikatakan Superfriends ini adalah sebuah tribute kepada ikon-ikon rock yang telah mencipta sejarah dan fenomena dalam industri muzik tanah air suatu ketika dahulu.

"Untuk persembahan selama dua hari nanti mereka akan menyanyikan lagu-lagu rock yang pernah menjadi siulan dan akan diberi nafas baru serta susunan muzik yang lebih menarik," ujarnya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.

Antara ikon tersebut termasuklah Man Kidal, Kid Search, Yazit Search, Edrie Hashim, Rosli Mohalim, Nash, Hillary, Yan, Ujang, Hattan, Ramli Sarip, Mus May, Azlan & The Typewriter, Yantzen, Lola dan Datuk M. Nasir.

Menurut Bombay, pemilihan ikon rock untuk menganggotai Superfriends ini adalah yang terbaik dan memang begitu semangat untuk memperjuangkan muzik rock sehingga ke hari ini.

"Sebanyak lima konsert yang akan diadakan nanti bermula 29 April hingga 1 Mei, di mana Superfriends membuat persembahan matinee pada hari Sabtu dan Ahad, manakala Konsert Wings Opera Hidup berlangsung pada sebelam malam," ujarnya.

Sementara, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaari berkata, konsert yang berlangsung selama tiga hari itu pastinya memberikan satu kelainan dengan menampilkan ramai penyanyi rock terkenal tanah air.

Jelasnya, setakat ini sambutan yang diterima juga sangat menggalakkan dan ia dilihat menerusi tiket yang kini sudah terjual sebanyak 60 peratus.

"Ketika ini tiga kategori tiket sudah pun habis dijual iaitu yang berharga RM65, RM85 dan RM125. Malah, kami menjangkakan lain-lain tiket akan habis menjelang hari persembahan nanti," ujarnya.

Gimik


INILAH barisan ikon rock tanah air bergelar Superfriends yang bakal berkongsi pentas Konsert Wings Opera Hidup.


Menurut Awie, sesuatu yang menarik tentang Konsert Wings Opera Hidup itu mereka turut mendapat perhatian sebuah syarikat antarabangsa iaitu Harley Davidson dan telah bersetuju untuk menjadi salah satu penaja.

Jelasnya, sebagai simbolik atas tajaan tersebut, Wings akan melakukan gimik dengan meletakkan tiga buah motosikal kuasa tinggi Harley Davidson di pentas ketika persembahan kemuncak pada 1 Mei nanti.

"Pasti ramai yang tahu bahawa Harley Davidson adalah satu jenama yang begitu terkenal di seluruh dunia dan bukan mudah untuk mereka menaja sesebuah konsert.

"Namun kami sangat gembira kerana mereka bersetuju menjadi salah satu penaja konsert ini dan bagi saya sendiri ini merupakan satu penghormatan yang begitu besar terhadap kumpulan kami," ujarnya selaku vokalis Wings.

Tambah Awie lagi, selain sokongan syarikat bertaraf antarabangsa, Wings juga turut menghargai peluang yang diberikan oleh pihak Istana Budaya untuk mereka membuat persembahan di situ.

Sementara itu, Azlan & The Typewritter yang merupakan satu-satunya penyanyi muda yang terpilih meluahkan rasa teruja untuk membuat persembahan bersama lagenda rock tanah air.

Ujarnya, dia terbabit untuk menjayakan konsert berkenaan adalah atas undangan daripada Joe Wings sendiri dan merasakan peluang berkenaan tidak harus dilepaskan sama sekali.

"Saya sendiri membesar dengan lagu-lagu rock dan tidak ada masalah untuk bergaul dengan mereka yang sudah mempunyai nama besar dalam industri rock ini.

"Semasa persembahan itu nanti saya akan menyanyikan tiga buah lagu. Dua daripadanya adalah lagu kumpulan Wings sendiri manakala satu lagu lagi masih belum ditentukan lagi," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.