Adsense

Isnin, 28 Mac 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Diana tinggalkan Malaysia sekejap

Posted:

Diana tinggalkan Malaysia sekejap

Diana tinggalkan Malaysia sekejap



BIARPUN sudah enam tahun bergelumang dalam industri hiburan tanah air, aktres kacukan Melayu-Amerika ini mengakui belum lagi bertemu dengan kesempurnaan yang boleh dibanggakan sebagai seorang pelakon.

Pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu turut meletakkan dirinya masih hijau dalam bidang lakonan, justeru dia perlu sentiasa belajar untuk memperbaiki kualiti lakonan dari semasa ke semasa.

Ditemui semasa menghadiri majlis malam gala Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini, Diana yang hadir persis seorang puteri kelihatan jelita dan menawan dalam busana rekaan Hazwani Osman.

Tatkala bertemu dengan gadis berusia 19 tahun itu, dia sudah bersiap sedia untuk menjawab apa juga soalan yang diajukan, tetapi tidak meletakkan jaminan untuk menjawab kisah cintanya yang dilaporkan sudah bercerai kasih dengan seorang aktor kacak.

"Saya lebih senang berbicara tentang soal karier dan pelajaran," ulasnya ringkas.

Tanpa berlengah, Diana pantas mengalihkan butir bicaranya ke arah kerjaya sebagai seorang pelakon yang pada awalnya diceburi hanya untuk mencari keseronokan dan pengalaman.

Namun lama-kelamaan, perasaan itu bertukar kepada cinta dan minat. Seterusnya, kerjaya sebagai seorang pelakon itu diputuskan untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan utama untuk meneruskan kehidupan.

"Ia sudah sebati dalam diri dan bila ramai yang menjadikan lakonan sebagai satu karier yang tetap, saya terfikir untuk melakukan perkara yang sama.

"Dulu memang saya berlakon hanya untuk suka-suka. Saya mahu berlakon untuk mencari duit buat diri sendiri bagi kegunaan pada masa depan.

"Justeru, terasa sayang untuk lepaskan peluang yang sudah terhidang di depan mata, lebih-lebih lagi dengan tawaran yang datang setakat ini. Saya amat bersyukur dengan semua itu," tuturnya dengan lembut.

New York Film Academy

Sepanjang April, kemungkinan kelibat pelakon kelahiran Houston, Texas, Amerika Syarikat itu akan jarang dilihat oleh umum kerana dia bakal berlepas ke Los Angeles untuk mengikuti pengajian di New York Film Academy, Los Angeles dalam kursus lakonan.

Graduan Universiti Nottingham, Semenyih, Selangor dalam jurusan Biosains itu bertekad untuk mengurangkan kelemahan dalam lakonan seterusnya menumpahkan sepenuhnya ilmu itu dalam kariernya.

"Saya harap dapat mantapkan kemahiran berlakon dan memperbaiki ruang kelemahan yang ada dalam diri. Sebenarnya saat seperti ini sudah lama saya idamkan tetapi tidak diizinkan waktu.


DIANA menegaskan dirinya akan berasa rendah diri jika tidak mempunyai pelajaran.


"Pada mulanya, saya hendak ke Australia, tetapi pada masa yang sama, saya turut mencuba nasib di Los Angeles dan akhirnya permohonan saya diterima. Itu pun sebab mereka hanya terima pelajar yang sudah bekerja (berlakon) agar selepas itu boleh terus praktikkan apa yang telah dipelajari," jelasnya yang akan ditemani ibunya, Norsiah Ramli untuk tempoh dua minggu pertama.

Bakal menemui penonton dengan filem terbarunya iaitu ...Dalam Botol tidak lama lagi, Diana dalam diam menyimpan harapan untuk bekerja dengan beberapa nama pengarah tersohor negara.

Antara hajatnya yang sudah berjaya dilunaskan ialah dengan bekerja di bawah dua pengarah yang dianggapnya hebat iaitu Osman Ali dan U-Wei Shaari.

"Masih ada lagi beberapa nama besar yang masih belum saya gapai iaitu bekerja dengan Datuk Shuhaimi Baba dan arwah Yasmin Ahmad. Apa boleh buat kerana arwah telah pergi buat selama-lamanya dan impian itu hanya mampu saya simpan sahaja.

"Secara peribadi, saya menyifatkan diri saya tidak layak untuk mendapat apa-apa yang hebat selagi tidak berusaha untuk memantapkan lakonan. Saya perlu kemaskan diri sebelum bekerja dengan nama-nama hebat itu," katanya yang baru sahaja tamat menjalani penggambaran filem Bara Jiwa arahan Osman Ali.

Berbalik kepada kursus lakonan di LA, Diana memberitahu, kursus itu bersifat fleksibel dan akan berlanjutan selama 10 bulan, namun selesai bulan pertama, dia akan kembali ke tanah air semula.

Sekiranya didapati sesuai, Diana akan ke sana bagi menyambung semula pengajian dan jika berjaya menamatkan pengajian, dia akan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lakonan.

"Mereka boleh ikut jadual kita. Mungkin selepas balik dua atau tiga bulan, saya boleh ke sana semula. Mereka pun tahu kos amat mahal dan sebagai seorang yang sudah bekerja, saya masih ada kerja yang perlu diselesaikan.

"Cuma syaratnya saya mesti lengkapkan kursus selama 10 bulan dalam masa dua tahun. Jika saya sesuai dan semuanya lancar dan motivasi diri masih tinggi, mungkin saya akan sambung," luahnya yang akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang psikologi di Kolej Universiti Sunway menjelang Jun depan.

Mendengar terlalu banyak perancangan ilmu yang bersarang di minda, Diana juga tidak mahu apa berlaku seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

"Saya tidak akan paksa diri saya sekiranya saya tidak mampu, tetapi secara peribadi dan bukan untuk merendah-rendahkan sesiapa, saya akan berasa rendah diri jika tidak mempunyai pelajaran.

"Ia sebagai bekalan masa depan. Bila saya berkahwin dan kalau jadi apa-apa selepas itu, apa lagi yang tinggal? Jadi ilmu itu penting bagi saya," ungkapnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Serangan D'Lloyd

Posted:

Serangan D'Lloyd

Serangan D'Lloyd

Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN


AHMAD JAIS, Bartje, Sam dan S. Atan bergambar bersama barisan penganjur Konsert D'Lloyd Semalam di Malaysia.


MOMENTUM luar biasa yang pernah dicipta kumpulan legenda terkenal Indonesia, D'Lloyd dan penghasilan lebih 100 buah album hit sejak tiga dekad yang lalu adalah lambang bagaimana nama kumpulan tersebut masih meniti di bibir peminat.

Apa yang membanggakan, pencapaian itu bukan diterima di tanah air mereka sendiri. Sebaliknya, ia juga telah 'diimport' ke Malaysia yang secara tradisinya begitu terbuka dalam memberi peluang dan ruang kepada mana-mana seniman yang berbakat dalam industri hiburannya.

Terbaru, pintu peluang itu telah dibuka kepada D'Lloyd menerusi sebuah konsert besar dan istimewanya acara itu bakal berlangsung di pentas berprestij antarabangsa iaitu Istana Budaya.

D'Lloyd yang berdiri ampuh sejak era 70-an dan turut menempa nama di rantau ini terutama Malaysia serta Singapura bakal membawa satu momen indah melalui Konsert D'Lloyd Semalam di Malaysia.

Konsert yang dijangka sarat diisi nostalgia lagu-lagu hit D'Lloyd itu tentu sekali menjadi pengubat sanubari para pencinta alunan muzik versi Indonesia yang sekian lama merinduinya. Kumpulan itu, bakal beraksi di Istana Budaya, Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Mei ini.

Persembahan gah itu akan menjadi manifestasi perjuangan tanpa henti D'Lloyd selepas lebih tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia muzik sekaligus dianggap sebagai legenda hidup yang menjadi ikon kepada kumpulan lain.

D'Lloyd hari ini dianggotai oleh Sam atau nama penuhnya Shamsuar Hashim, Bartje Van Houten (gitar), Yuhanny Fatmarida Susilo (flut), Chairul Daud (dram), Candra Chasmala (keyboard) dan Uce F. Tekol (gitar bass).

Dua daripada tujuh anggota kumpulan kumpulan tersebut iaitu Sam yang bertindak selaku vokalis utama bersama ketua kumpulan itu, Bartje atau Pak Bartje hadir ke Istana Budaya baru-baru ini untuk menghadiri satu sidang akhbar sempena konsert tersebut.

Sam yang begitu terharu telah menitiskan air mata sebelum menjelaskan tentang perjalanan dan perancangan konsert.

Sam mengakui terharu mengenangkan permintaan luar biasa terhadap lagu-lagu hasil nyanyian kumpulannya yang masih diminati, bukan sahaja yang tua malah generasi muda.

"Persembahan konsert besar di Malaysia ini saya lihat adalah sebagai satu anugerah Tuhan.

"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memilih kami untuk membuat persembahan itu. Terima kasih untuk segala-galanya," tuturnya yang juga mesra disapa dengan nama Bapak Sam.

Ujarnya, konsert yang dijadualkan berlangsung hampir dua setengah jam itu pastinya penuh dengan nostalgia manis dan menjadi kenangan terindah buat yang pernah membesar dengan lagu-lagu tersebut.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Massa Frequency selaku penganjur utama, Faezah Yasmine Mustafa memberitahu, konsert itu dipentaskan di ibu kota atas permintaan peminat tempatan.

Barisan lagu kumpulan yang masih didengari sehingga hari ini itu memiliki kualiti dan standard tersendiri. Maka, ia memang sesuai dipersembahkan di Istana Budaya.

Tambahnya, kira-kira 20 buah lagu bakal dimainkan dalam konsert itu. Antaranya, Keagungan Tuhan, Tak Mungkin, Oh Di Mana, Cinta Hampa dan Mengapa Harus Jumpa.

D'Lloyd juga mengundang teman-teman seperjuangan yang tidak asing dalam kalangan peminat tempatan, Datuk Ahmad Jais.

Konsert itu akan dipimpin oleh pengarah muzik tersohor, S. Atan.

Tiket untuk menyaksikan konsert itu dijual pada harga RM68, RM98, RM128, RM168, RM208, RM258, RM308 dan RM458.

Ia boleh dibeli melalui laman web, www.ticket2u.biz atau hubungi talian bebas 03-41478600. Sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web khas www.konsertdlloyd2011.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Far East Movement penuh tenaga

Posted:

Far East Movement penuh tenaga

Far East Movement penuh tenaga

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my


KUMPULAN empat anak muda berimej urban ini sedang popular dengan lagu Like A G6.


SESUAI dengan nama pilihan untuk dikenali iaitu Far East Movement, sesungguhnya lagu-lagu yang diperkenalkan oleh kumpulan yang terdiri daripada empat jejaka tampan dari Los Angeles, Amerika Syarikat itu memuatkan elemen energetik.

Setiap kali karyanya diperdengarkan, pasti ada yang seolah-olah ingin bangun menari mengikut rentak yang rancak itu. Kehangatan lagu Far East Movement yang berentak elektro dan hip hop ternyata bagaikan magnet yang mampu menarik minat golongan muda.

Antara lagu hit yang membuatkan nama kumpulan itu sekali lagi melonjak terkenal di kalangan peminatnya ialah Like A G6 dan Rocketeer.

"Kami tidak menyangka lagu Like A G6 mampu memberi kesan yang mendalam. Mulanya, kami pergi ke studio seperti biasa sekadar untuk suka-suka. Tetapi kami mahukan muzik itu seperti mana ketika kami meluangkan masa di pusat hiburan.

"Setelah lagu yang dicipta itu mendapat rentak yang kami mahukan, sekali lagi kami masuk studio. Disebabkan kesemua di antara kami mempunyai masa terluang bersama, kami memuat turun lagu itu di Internet. Selepas tiga bulan memang keputusan penerimaan di luar jangkaan apabila ia mencecah jutaan penonton," beritahu salah seorang anggotanya, Kev Nish.

Kosmo! menemubual anggota lain Far East Movement iaitu Prohgress, J-Splif dan DJ Virman sempena Free Wired Tour ke Singapura pada 17 Mac lalu.

Sebelum itu, Far East Movement telah pun menggegarkan peminatnya di beberapa destinasi antaranya Hong Kong, Macau, Korea dan Indonesia.

Kebangkitan kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2003 ternyata sungguh berkesan apabila lagu miliknya kian dimainkan di corong-corong radio.

Apatah lagi, di pusat-pusat hiburan yang sememangnya mengutamakan genre muzik yang dipertengahkan oleh kumpulan itu.

"Kami akan pergi sendiri ke pusat hiburan untuk melihat sejauh mana penerimaan orang ramai terhadap hasil muzik Far East Movement.

"Ini adalah perkara yang paling penting dipersembahkan kepada orang ramai mengenai keseluruhan album kami," ujar Kev Nish lagi.

Justeru, keberkesanan Far East Movement begitu memuaskan halwa telinga peminatnya. Mereka tidak malu untuk turun ke padang melihat reaksi orang ramai apabila DJ mula memutarkan lagu-lagunya.

Tambah Kev Nash, lagu Like A G6 juga merupakan salah satu eksperimen untuk memperbanyakkan lagi lagu-lagu dengan sentuhan kreatif dan bertenaga apabila didendangkan.

"Inilah yang diimpikan oleh Far East Movement. Idea DJ VerMan dan Martin Kierszenbaum yang mahukan konsep lagu seperti berparti ternyata sungguh berkesan.

"Ketika sesi jelajah, kami dapat lihat lagu itu berada di carta nombor satu Billboard. Tidak pernah terfikir sebelum ini kami mampu mencapai kejayaan sehingga tersenarai dalam carta Billboard," jelasnya.

Penonton histeria

Dari awal lagi sudah dapat dijangkakan bahawa Far East Movement bakal menggegarkan seluruh pelosok Wave House, Singapura.

Tekaan itu benar sama sekali apabila seluruh peminat kumpulan itu tiba lebih awal di lokasi konsert untuk mempersiapkan diri berhibur dengan penuh tenaga.

Ruang pentas konsert mulanya kurang mendapat sambutan kerana para penonton memilih untuk melakukan aktiviti tersendiri.

Namun, sejurus sahaja nama Far East Movement dilaungkan sekitar pukul 9 malam, orang ramai mula berpusu-pusu memenuhi ruang depan pentas.

Hadir dengan penuh semangat, penonton bagaikan dirasuk setelah tidak henti-henti menjerit memanggil nama setiap ahli kumpulan yang digilai masing-masing.

Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, nampaknya kumpulan itu mampu membangkitkan seluruh penonton yang berkunjung.

Dengan penataan cahaya yang menarik mengikut rentak muzik yang dimainkan, ternyata Far East Movement mempunyai personaliti tersendiri di dalam arus muzik mereka.

Ini kerana keempat-empat mereka cukup bijak memegang tanggungjawab masing-masing. Meskipun turut bermain instrumen seperti gitar dan keyboard, mereka tidak sesekali meninggalkan audiens di hadapan bersendirian.

Sebaliknya, mereka turut meletakkan diri masing-masing seperti seorang peminat yang berada di hadapan selebriti pujaan dengan berdansa penuh tenaga.

Menggunakan seluruh ruang pentas sebaik mungkin, itu yang membuatkan peminat bertambah agresif dan menari tanpa henti.

Lagu-lagu yang menghangatkan pesisir pantai pada malam itu ialah Girls on the Dance Floor, If I Was You, Fetish, G6, Go Ape, Rocketeer, So What, Dont Look Now, 2gether, I Party, Fighting for Air dan White Flag.

Sebenarnya, lagu-lagu yang dipersembahkan sudah pun memadai. Bagaimanapun, penonton seolah-olah masih tidak puas dan tidak mahu berganjak pulang.

Kononnya mereka menyangka lampu pentas yang ditutup sekadar gimik semata-mata. Sedangkan konsert itu sememangnya sudah tamat selepas Far East Movement mendendangkan 12 buah lagu yang penuh impak itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.