OHBULAN! |
Pasangan Pelakon Bersekedudukan, Tunggu Masa Orang Nak Report! Posted: 28 Mar 2011 09:09 PM PDT
Ada satu pagi tu, ketika orang sibuk keluar rumah nak pergi kerja, sumber ini nampak si pelakon lelaki ini buang sampah di luar rumah. Kalau nak kata si pelakon lelaki ini baru datang, memang tak logik. Sebab muka si pelakon lelaki ni macam baru bangun tidur. Tak mungkin'lah si pelakon lelaki ini tidur dalam kereta, lagipun si kekasih hati dalam rumah cun melecun orangnya. Sumber ini siap berikan alamat penuh rumah pasangan pelakon ini dengan niat untuk membanteras gejala maksiat. Katanya, penduduk sekeliling kondominium pun sudah perasan dengan mereka, cuma tinggal masa je nak laporkan pada pihak berkuasa. Sebelum ini, pasangan pelakon ini yang sibuk nak berkahwin, tapi tak pernah jadi-jadi. Kalau betul dah 'tak tahan' sangat, langsungkan sahaja pernikahan cepat-cepat. Kalau tak silap, pelakon lelaki itu pernah berkata bahawa dia nak kumpul duit banyak-banyak sebelum berkahwin. Tapi pada Ai, apa gunanya kumpul duit banyak, tapi pada masa yang sama dosa pun makin menimbun. Kan? ![]() |
Posted: 28 Mar 2011 08:40 PM PDT
Semalam, kami sempat melihat kelibat Linda Jasmine di sesi pengenalan 12 finalis AF9. Linda Jasmine yang memakai gaun hitam paras lutut ketika itu berada di sebalik tiang sambil menghubungi seseorang. Apa yang diceritakan oleh sumber tersebut memang benar, ya ada baby bump! Mungkin, kandungan tersebut sudah pun berusia sekitar 3 bulan. Kalau benar Linda Jasmine hamil buat kali kedua, kami ucapkan tahniah kepada dia & suami, Que Haidar di atas berita gembira tersebut. ![]() |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |