Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti |
- Zul Huzaimy Sah Bercerai Talak Dua
- Fasha Sandha artis paling seksi ABPBH?
- Artis Qalisha Ray & Hafiz Hairuddin aksi cimolot?
Zul Huzaimy Sah Bercerai Talak Dua Posted: 28 Mar 2011 02:28 AM PDT Sudah menjadi lumrah rumahtangga, setiap perjodohan mesti ada perpisahan, oleh itu sebelum berpisah pikirkan lah masak masak sebuah melafazkan sesuatu perkara yang boleh menghancuhkan kebahagian yang telah dibina. Hari ini saya nak cerita sedikit berkenaan artis malaysia kita iaitu Zul Huzaimy, pastinya anda sudah sedia maklum yang rumahtangga Zul Huzaimy dan isterinya pernah mengalami konflik sekitar hujung tahun 2009 dan awal tahun 2010 apabila Zul Huzaimy dikatakan terjebak dengan cinta Facebook. Bermula dengan kisah tersebut, rumahtangga Zul Huzaimy dilaporkan mulai goyah dan ada juga menyatakan yang dia dan isteri sudah berpisah. Namun apabila Zul Huzaimy diajukan pertanyaan mengenai rumahtangga'nya selepas episod cinta Facebook itu, dia enggan mengulas lanjut sebaliknya berkata ia adalah kisah peribadi yang tak perlu dikecohkan. Namun, setelah sekian lama bermain tarik-tali, akhirnya isteri (kini bekas isteri) Zul Huzaimy, Nor Dalilah Muhammad mengesahkan yang dia dan Zul Huzaimy sudah berpisah talak dua dan penceraian itu didaftarkan pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang. Laporan penuh boleh rujuk dilaman web mStar. Apa jua situasi yang diharapi oleh Zul Huzaimy GAM mendoakan kebahagian diri serta kerjayanya. |
Fasha Sandha artis paling seksi ABPBH? Posted: 28 Mar 2011 02:07 AM PDT MyMetro masih mengekalkan undian '5 Artis Paling Seksi' dalam MyMetro. Kepada pembaca yang ingin memberi sokongan pada artis kesayangan anda, sila buat undian anda dan layari laman web www.hmetro.com.my Berikutan itu, Metro Ahad terpanggil untuk menjalankan satu kajian bagi mencari '5 Artis Paling Seksi' tanah air melalui laman web rasmi Kumpulan Harian Metro, MyMetro, bermula 7 Mac lalu. Pilihan lima artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara. Sejak carta undian ini dikeluarkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni dan pembaca akhbar ini cukup memberangsangkan dengan kira-kira 2,000 pembaca melakukan undian. Setakat ini, pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha masih menduduki tempat pertama carta undian. Pada minggu pertama, undian teratas mulanya memihak Rozita Che Wan. Namun, nama Fasha membuat kejutan pada minggu berikutnya apabila mendahului semua artis lain dengan rating sebanyak 14.76 peratus sehingga kelmarin. Tiga artis lain dalam senarai lima teratas adalah Zila Bakarin, Rabecca Nur dan Jue Aziz. Rating ketiga-tiga artis ini sangat jauh tertinggal di belakang Fasha dan Rozita. Zila Bakarin menduduki tangga ketiga senarai dengan undian sebanyak 6.41 peratus. Tuah banyak menyebelahi pelakon lama ini dan lebih membanggakan Zila tidak pernah terkeluar daripada rating lima terbaik dalam carta. Agak mengejutkan, Rebecca Nur Al Islam menduduki carta keempat gadis paling seksi. Sekalipun sudah bergelar isteri kepada seorang usahawan, ternyata popularitinya masih belum merudum Menurut seorang pembaca, Fauzi Latif, 30, sekalipun Fasha tidak pernah kering dengan pelbagai kontroversi, tidak dinafikan pelakon terbabit pandai menjaga penampilan. "Artis macam Fasha ada pakej menarik. Saya suka melihatnya ketika dia tampil di khalayak, terutama di media. "Dia ada rupa yang cantik dan pandai pula bergaya. Mata dan pinggul Fasha memang menggoda," katanya. "Begitupun, tidak semua yang berpakaian terdedah sana sini boleh digelar seksi. Bagi saya, seksi itu adalah sesuatu yang subjektif," katanya. |
Artis Qalisha Ray & Hafiz Hairuddin aksi cimolot? Posted: 28 Mar 2011 01:53 AM PDT Biasalah, remaja baru nak naik, seperti pepatah baru BANGSAT BIN AJAIB, lihatlah sendiri sandiwara artis artis muda sekarang nie, tak kenal tempat awam, tempat privacy ke, ada sahaja peluang balun, seperti pepatah dr mahathir melayu mudah lupa, so generasi macam diorang nie lah. Anda semua lihatlah sendiri, betapa syahdunya muka lelaki tu nak membuat ciuman. Dia ingat macho sangat lah dia tu nak buat ciuman. |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |