Adsense

Ahad, 27 Mac 2011

Sensasi

Sensasi


Gambar comel cha Al-yahyaa semasa kanak-kanak

Posted: 27 Mar 2011 08:42 AM PDT


alalala syomelnyerr scha masa kanak-kanak kan...kiut sgt..erm..sekali imbas mcm anak sedara sensasi la plak..aha

Paris Hilton seorang yang racist

Posted: 27 Mar 2011 07:07 AM PDT

gambar nie terlebih sun tanned..dah 1% black dah nie

Seorang wartawan/Jurnalist hiburan Hollywood isitu Neil Strauss yang menulis buku bertajuk "everyone Loves you when You're Dead" ,telah meng-interview ramai selebriti untuk majalah Rolling Stone dan The New Yorks Time .

Antara selebriti yang pernah me-revealkan perkara yang menarik adalah seperti Lady Gaga yang menangis meraung kerana ditinggalkan ex-boyfriend ,Courtney Love pula pernah terpikir untuk menyedut abu mayat mendiang Kurt Cobain, Christina Aguilera tentang kisah dia didera semasa zaman kanak-kanak...dan yang juga tentang Paris Hilton yang mengaku dia seorang yang racist dan memanipulasikan wang bapanya sebelum dia menjadi terkenal.huhu..

Paris: I went out with that guy last night. We were making out but then we went somewhere where it was bright and I saw that he was black and made an excuse and left. I can't stand black guys. I would never touch one. It's gross (pauses). Does that guy look black to you?

Neil: How black does a guy have to be?

Paris: One percent is enough for me.

ada yang membuat spekulasi lelaki yang dimaksudkan sebagai hitam oleh Paris Hilton adalah Vin Diesel,kerana paris mengatakan yang dia berlakon dalam filem Saving Private Ryan.

interview diteruskan dengan cerita-cerita menarik Paris Hilton:

Paris: I had a breast job when I was 14, but my mother made me take them out.

Neil: How old are you now?

Paris: I'm 18.

Neil: Are you working?

Paris: I'm thinking about posing for Playboy. They love famous people's kids... And the only reason I'd do it is because when my father finds out, he'll pay me double the money not to do it.

ahha...memang senang je dia manipulasikan bapak dier kan..kalau bapak sensasi dgr mcm tue dah lama kene rejam kot..huhu

David Teo suruh pergi interview MIG kalau nak bonus rumah semi-D

Posted: 27 Mar 2011 06:47 AM PDT

Isu bonus kepada kakitangan dan artis yang berlakon dalam filem terbitan MIG tak habis-habis orang masih bercakap lagi.
Sebelum nie pernah timbul Shaheizy Sam nak keluar dari MIG kerana rasa tertipu,tapi lepas dah slow talk dengan David,dah settle kot rasa ssensasi...kemudia Azad Jasmin pulak menarik diri dari MIG..

Rupanya mcm2 jugak isu yang kedengaran tentang syarikat David Teoh nie..ada yang ckp David Teo kedekut??


Apa komen David?

Saya anggap isu bonus dah habis. Kenapa? Ada orang bercakap lagikah?.

Masih lagi berbunyi kerana ada yang kata bonus yang MIG bagi tak ikhlas. Betulkah?

Saya tidak tahu siapa yang cakap tu. Semua ni tak ada kena mengena dengan orang luar kerana yang dapat bonus orang dalam syarikat saya. Orang luar jangan masuk campur. Yang penting mereka yang dapat bonus berterima kasih dan bersyukur. Cara pembahagian bonus tu ikut suka hati saya. Shaheizy Sam pun dah buat penjelasan. Yang pelik, tuan badan tak bising orang luar yang bising.

Maksud David orang luar yang cemburu terlebih dengan pembahagian bonus oleh MIG?

Memang orang luar yang cemburu. Sepatutnya mereka datang jumpa saya untuk interviu kerja dengan MIG. Nanti saya akan bagi bonus juga kepada mereka. Hal bonus ni memang tak ada isu pun. Saya memang hairan. Orang yang tak dapat bonus cemburu mungkin kerana Shaheizy Sam dapat lebih atau sesiapa yang tak dapat dia untuk berlakon dalam filem mereka.

Jadi, dakwaan mengatakan bonus rumah semi-D dua tingkat tu tak ikhlas kerana Shaheizy sudah beli rumah tu sebenarnya dan MIG hanya langsai baki bayaran bulanan adalah tidak betul?

Itu saya tak pasti. Saya punya hal syarikat, orang luar jangan masuk campur. Cara pembayaran bonus, orang luar tak ada hak nak tanya. Ini yang saya tak faham kerana ia satu gosip aneh dan tak betul langsung.

Satu lagi, dakwaan bonus pemberian kereta rupa-rupanya MIG hanya bayar wang pendahuluan sahaja, macam mana pula?

Saya tak boleh buat apa kalau orang cakap macam tu. Selagi ada manusia di muka bumi, selagi tu fitnah tidak akan pupus. Saya beri bonus ikhlas, orang yang terima pun ikhlas cuma orang luar yang tak ikhlas. Yang penting saya ikhlas dengan Tuhan.

Memang tak betullah semua dakwaan tu?

Betul tak betul, tak penting. Polisi syarikat saya tak boleh dedah kepada orang ramai, pihak wartawan dan termasuk rakan-rakan saya. Saya pun tak akan tanya bonus awak dapat berapa? Malah saya tahu awak pun tak akan bagi tahu berapa gaji awak? Semua benda tu privasi dan saya tak boleh kongsi dengan orang ramai.

Ada juga yang kata David Teo ni kedekut di tahap gaban. Betulkah?

Awak gilakah? Saya tak boleh cakap saya bagus dan pemurah. Orang luar yang menilai saya. Saya kedekut tak penting. Saya tahu apa yang saya buat dengan syarikat saya dan tak perlu nak heboh dan menunjuk-nunjuk.

Ni berkaitan isu anak syarikat, MIG Talent yang menguruskan ramai artis sangat. Sampai 52 artis. Perlukah jumlah ramai macam tu?

Saya pegang prinsip bintang dicipta dan bukan dilahirkan. Ada yang datang dengan ibu bapa penuh ikhlas ke pejabat, saya tidak boleh menolak harapan mereka untuk jadi bintang. Saya bagi peluang setahun lebih kepada mereka, kalau gagal popular juga saya boleh lepaskan mereka.

Tapi ada yang merungut dan sudah menyesal pasal MIG ambil komisyen tinggi sangat iaitu 30: 70. Ada yang kata MIG nak buat duit dengan menjaga artis?

Sebelum sign kontrak dengan MIG Talent, kita dah briefing artis bersama ibu bapa dan peguam. Kita bagi mereka fikir masak-masak sebelum sign kontrak. Ini kerana mereka akan akan jadi rakan kongsi saya dan saya bagi pecahan saham sangat besar kepada mereka. Kalau mereka tak puas hati dengan kandungan kontrak, kita tak akan ambil mereka. Satu lagi saya nak ingat, saya buat duit dengan filem dan drama terbitan saya dan bukannya dengan menjaga artis. Saya hanya bagi peluang sahaja kepada mereka.

Dengar ramai nak keluar?

Bila-bila masa sahaja mereka boleh minta dilepaskan. Saya seorang yang terbuka dan boleh datang ke pejabat saya untuk berbincang. Cuma kalau yang pegang watak hero atau heroin kena tunggu sampai filem keluar di pawagam dulu. Yang pegang watak kecil, saya boleh lepaskan mereka. Tak payah cakap belakang, jumpa wartawan mengadu tak puas hati.

Dengarnya salah seorang yang dah keluar, Azad Jasmin? Ada bergaduhkah atau ada benda tak puas hati dengan MIG?

Kes Azad, dia sendiri yang minta dilepaskan apabila habis tanggung jawab dengan MIG. Saya tak boleh halang dia. Tapi dia belum ambil surat pelepasan lagi. Kita sudah telefon suruh datang ambil surat itu. Kalau dia ada benda yang tak puas hati, saya tak tahulah.

Macam mana dengan hubungan Ahmad Idham? Dengar macam ada masalah juga?

MIG dengan Ahmad Idham bekerjasama by project basis dan dia baru habis penggambaran dengan MIG menerusi filem, 8 Jam. Setakat ini, hati saya very open dengan semua orang dan selesa dengan siapa sahaja.

Soalan akhir, apa nasihat David kepada orang luar yang sibuk ambil tahu hal syarikat David?

Apa yang berlaku baru-baru ini bukan isu besar. Kepada semua orang luar termasuk wartawan boleh datang kerja dengan saya kalau nak bonus. Tak payahlah bersubahat dengan mereka yang tak puas hati dengan saya. Lagi baik bantu saya memajukan industri. Apa pun, saya sentiasa memaafkan orang yang fitnah saya dan datanglah interviu dan kerja di MIG kalau nak bonus.

Posted: 27 Mar 2011 04:09 AM PDT

Baru-baru nie harijadi Erma Fatima telah dianjurkan oleh seorang sahabat.Surprise party jugaklah.

dan jemputan termasuklah orang orang kenamaan seperti Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan dan produser drama bercorak Islam di TV AlHijrah, Kala Terbit Cinta, Zaiton Mohd Jiwa

apa yang menjadi isu,majlis sambutan hari jadi Erma Fatima dikatakan berunsur lucah..

Ada tarian berunsur lucah dari golongan mak nyah disajikan kepada penonton dimana nyah2 tersebut dikatakan beebikini,bahkan ada yang pakai g-string,berpaakaian jarang dan aksi menonggeng punggung ke arah jemputan dikatakan sgt biadap .

Oleh kerana hal ini wartawan utusan menegur dengan mempersoalkan pendirian Erma Fatima yang berimej muslim tetapi boleh mengenepikan prinsipnya demi menjaga hati penganjur.

komen wartawan itu

Barangkali ada masih menyokong persembahan lucah itu dengan berpendapat diadakan di lokasi tertutup dan dianggap "majlis persendirian". Namun dengan kehadiran ramai tetamu yang pelbagai umur dan status, apakah persembahan itu perlu "dihalalkan"?

Adakah Erma tidak berani membuat keputusan yang mengguris

kan hati penganjur dan mengorbankan prinsip seperti dalam karya-karyanya? Adakah Erma sanggup meletakkan dirinya setaraf dengan majlis berunsur lucah itu? Rasanya biarlah hati penganjur terguris asalkan masyarakat percaya bahawa Erma benar-benar mengajak orang menuju kebaikan. Erma kena berdakwah terlebih


dulu kepada orang-o

rang yang dekat dengannya seperti penganjur majlis ini sebelum berdakwah kepada masyarakat.


Erma meluahkan rasa di dalam twitter,menurut Erma Fatima apa sahaja pemberian sahabatnya dia terima ,bahkan baginya tidak adil bagi org ramai menghina penari 2 tersebut yang mencari makan dengan cara begitu kerana mereka bukan palacur..

Bagi sensasi,sensaasi tak faham mcm mana penganju tue boleh nak anjurkan parti hari jadi mcm nie??pelik betul...









Lisa Surihani bukan seorang belia lagi..

Posted: 26 Mar 2011 11:55 PM PDT

Pada 23 March 2011 Lisa telah menyambut hari lahirnya yang ke -25 tahun..
Dah suku abad dah lisa nampaknya...

Lisa pada mulanya diberitahu yang dia akan menyambut hari jadi dengan family jer..tapi surprise..dia diraikan beramai-ramai dengan rakan artis,David Teoh ,kawan-kawan lisa dan keluarga..

Lisa terkejut dengan suprise besday pasty tue,sampai ada knnya yang ckp,lisa nie setiap tahun time birthday msti ada surprise party tapi tak faham2 jugak yang tahun nie pun akan ada surprise party utknya jugak...




kenapa sensasi ckp Lisa dah tak belia lagi..not a youth anymore...WHAT??!! sebab baru-baru nie menteri belia dan sukan ckp nak selaraskan had umur bagi belia adalah 15-25 jer..
habis kalau dah lepas 25 dikira apa ek?org tua ke?eehee....

ok fine nasib baik baru cadangan ini bermakna kami masih belia lagi.. :)

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan takrifan had umur belia yang berumur di bawah 40 tahun diganti dengan umur 25 tahun.

Menurut beliau, perubahan takrifan itu perlu dilakukan selaras dengan hasrat Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

"Berdasarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, definisi umur bagi belia ditetapkan sebagai individu yang berusia antara 15 hingga 25 tahun saja.

"Di Malaysia umur 40 tahun masih dianggap sebagai belia. Semasa saya ke Australia, orang di sana terkejut dengan takrifan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Tabung Kemanusiaan Tsunami Majlis Belia Malaysia (MBM) di lobi Dewan Negara di sini semalam.

Studio Milik Linda Jasmine dikatakan Muflis

Posted: 26 Mar 2011 11:38 PM PDT

Linda Jasmine nie terkenal sebagai seorang guru tari dan koreographer,dan juga menjadi guru tari dalam rancangan Akademi Fantasia.Kemudia selepas berkahwin dengan Que Haidar,Que dah tak aktif berlakon mcm dulu tetapi membuat bengkel lakonan untuk mereka yang mahu meningkatkan mutu lakonan dan penghayatan.Que pun pernah jadi tenaga pengajar utk AF,tak silap sensasi tahun lepas kot,ajar penghayatan lagu.

Linda juga memiliki sebuah studio tarian yang ditubuhkan semenjak 7 tahun lepas,namun perkaara tak elok mula kedengaran seperti Linda tak bayar gaji pekerja,studio dah nak bungkus dan mcm-macam lagi..

komen Linda:

"Kadangkala pelanggan saya membayar lambat, jadi kami perlu menunggu sehingga wang tersebut diberikan kepada kami. Ada juga sehingga setahun kami terpaksa menunggu bayaran tersebut dilunaskan.

"Tetapi lambat bagaimanapun, kami tetap akan mendahulukan pembayaran gaji kepada pekerja. Lagipun, kebanyakan pekerja saya di situ merupakan pekerja sambilan dan tidak mengikat apa-apa kontrak dengan kami," kata Linda
Linda akui memang perniagaannya mempunyai pendapatan turun dan naik dan musim-musim tertentu mereka mendapat keuntungan yang lebih dan kadangkala agak kurang.

"Cerita tentang saya tidak membayar gaji pekerja itu tidak betul. Saya agak terkejut apabila membaca cerita seperti itu kerana saya tidak pernah mempunyai musuh sepanjang bekerja lebih 20 tahun dalam industri ini.

"Mungkin ada orang dengki dengan saya sehingga sanggup mereka cerita seperti ini tetapi saya enggan menuduh sesiapa," tambahnya lagi yang sedang sibuk mengendalikan dua projek besar dengan Astro.

Lagu nyanyian Kim Kardashian setaraf nyanyian Rabecca Black

Posted: 26 Mar 2011 11:19 PM PDT



Kim Kardashian pun dah record lagu...bila sensasi dengar lagu nie,adoi..hancuss...
sgt tak best...

kalau sebelum nie ramai yang mengutuk Rabecca Black,tp sensasi dgr lagu Rabecca Black ok jer..haha..mcm lagu utk kanak2.much better la drpd lagu Kim Kardashian nie..huu