Adsense

Jumaat, 25 Februari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Cinta kilat Dira, Helmi

Posted:

Cinta kilat Dira, Helmi

Cinta kilat Dira, Helmi



LANGSUNG tidak pernah menyangka, hati empunya diri bernama Dira Abu Zahar sekali lagi berputik dengan bibit-bibit cinta sejati yang hadir tanpa diduga. Tidak pernah memaksa diri untuk mencari cinta, Dira percaya naluri itu akan hadir dengan sendiri. Apatah lagi, wanita bertubuh kecil itu bukannya mempunyai masa untuk sentiasa memikirkan siapakah jejaka yang akan bertakhta di hati.

Melalui liku-liku kehidupan sendirian hampir setahun, setelah perkahwinannya yang dibina bersama salah seorang anggota kumpulan Bau, Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid berakhir dengan kedukaan.

Bagaimanapun, Dira tidak pernah putus semangat untuk menerima insan yang sesuai dengan peribadinya. Namun, hati wanita mana yang tidak sunyi dan memerlukan teman hidup bukan sahaja sebagai peneman berkongsi kisah manis malah duka.

Itulah yang dilalui oleh Dira, 28, yang mampu mengukir senyuman manja apabila kehidupannya kini tidak kosong. Kekurangan untuk melancarkan lagi kehidupan telah diserikan dengan kehadiran seorang pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof. Helmi merupakan bekas tunang aktres dan model Nasha Aziz.

Lebih menggembirakan Dira ialah apabila hubungan yang dijalinkan hanya dalam masa sesingkat tiga bulan lalu disulami dengan perasaan cinta sungguh mendalam membuatkan pasangan itu memutuskan untuk bertunang.

Majlis pertunangan yang diadakan dua minggu lalu berlangsung lancar di kediaman keluarga Dira di Merlimau, Melaka. Ia memang sengaja diadakan secara tertutup dan di luar pengetahuan pihak media bagi memberi keutamaan kepada ahli keluarga dan sanak-saudara terdekat.

"Sebelum ini saya dan Helmi pernah kenal antara satu sama lain tetapi kami bukannya seorang rakan yang baik. Namun, disebabkan kerja Tuhan, tiba-tiba hubungan itu terjalin dengan lebih serius ketika pengambaran filem Untuk 3 Hari.


DIRA memberitahu, hanya menjalin cinta selama tiga bulan dengan Helmi sebelum mereka bertunang.


"Seterusnya, Helmi menyatakan hasrat untuk meminang. Setelah melihat Helmi begitu bersungguh dan bersedia, pintu hati ini terbuka," terangnya dengan nada cukup gembira.

Tidakkah tempoh hubungan singkat itu memberi gambaran bahawa anda dan pasangan seolah-olah terburu-buru?

Lantas, Dira menjelaskan dakwaan yang diberikan itu sebenarnya tidak tepat. Keputusan setiap pasangan untuk meneruskan hala tuju hubungan masing-masing pastinya sudah dibincang dan difikir semasak-masaknya.

Tidak semestinya jalinan cinta yang memakan masa bertahun-tahun akan menemui jalan kegembiraan. Atas dasar penerimaan kekurangan dan kelebihan sudah cukup membuatkan pasangan itu bahagia.

"Saya sendiri tidak mahu membuang masa selain kami sememangnya mempunyai keserasian. Jadi untuk jadikan hubungan kami lebih serius, saya rasa soal tempoh kenal mengenali tidak mendatangkan masalah.

"Paling penting kami saling memerlukan," jelas Dira.

Perkahwinan lalu mengajar

Wanita bertubuh kecil itu boleh dikatakan seorang individu yang memiliki semangat kuat. Ini kerana kegagalan bahtera alam perkahwinan yang lalu tidak pernah dijadikan alasan untuk Dira menemui pengganti.

Bahkan, dirinya sentiasa mengingatkan supaya jangan menjadikan kenangan pahit yang dialami mengganggu ruang kehidupannya dan cahaya mata kesayangan, Tengku Anggun Deandra Tengku Tengku Shafiz-Rullah, 2 tahun.


ANAK Dira, Tengku Anggun Deandra, boleh menerima kehadiran bapa baru dalam kehidupannya.


"Salah sekiranya saya menuding jari kepada orang lain dengan apa yang telah terjadi kepada saya sebelum ini. Kegagalan rumah tangga sebelum ini datangnya dari diri saya sendiri bukannya orang lain yang menimbulkan masalah.

"Kini saya perlu buka buku baru sekali gus menjadikan kekurangan pernikahan yang lalu dapat diubah," ujarnya ikhlas.

Kerancakkan tutur kata Dira sememangnya menggambarkan dia sudah melenyapkan kisah lalu dalam hidupnya. Soal trauma dengan perkataan suami juga tidak terlintas difikiran.

Baginya, tidak adil jika dia menghakimi Helmi dengan situasi yang pernah dilalui. Sikap setiap insan berbeza-beza, peluang harus diberi bukannya menjadikan perkara lalu sebagai penghalang untuk terus gembira.

"Jadikan perkara lalu sebagai pengajaran. Bina hidup baru dan saling mengingati antara satu sama lain," ungkapnya ringkas.

Menyentuh sedikit kisah anak tunggal kesayangannya, Dira sungguh gembira kerana Helmi merupakan seorang insan yang bijak menyesuaikan diri bermesra dengan Anggun.

Begitu juga dengan Anggun yang kelihatan tidak kekok apabila dibawa berjumpa malahan boleh menerima kehadiran Helmi di sisi ibunya.

"Dari awal lagi Anggun tidak menunjukkan sebarang reaksi yang pelik apabila berjumpa dengan Helmi. Sudah menjadi tanggungjawab untuk perkenalkan Helmi dengan anak saya supaya dia juga boleh menerima Anggun.

"Sudah cukup untuk saya lihat Helmi boleh mengawal keadaan jika bersama Anggun," katanya sambil gelak kecil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bunkface tanpa Sam

Posted:

Bunkface tanpa Sam

Bunkface tanpa Sam

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


BUNKFACE dari kiri: Paan, Sam dan Youk.


SEJAK tertubuhnya band baru The Azenders, vokalis band Bunkface Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Bahrom dikatakan bakal menarik diri daripada Bunkface. Malah berita itu dilihat semakin hangat apabila hanya dua ahli Bunkface iaitu Farouk Jaafar (Youk) dan Ahmad Farhan Hashim (Paan) yang kelihatan pada majlis pelancaran program terbitan RTM Xpresi Kembara yang berlangsung di Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini.

Bahkan pada majlis tersebut, Youk dan Paan turut membawa seorang penyanyi baru naungan Bunkface Production Sdn. Bhd. iaitu Myo yang dikhabarkan bakal menggantikan tempat Sam andai dia meninggalkan Bunkface kelak.

Paan dan Youk menegaskan Sam masih lagi ahli Bunkface dan berita dia meninggalkan Bunkface hanyalah khabar angin.

"Itu hanya khabar angin, Sam masih bersama Bunkface. Dia tidak dapat hadir ke majlis ini kerana dia kini sibuk dengan promosi band The Azenders yang merupakan projek sampingan Sam," ujar Paan.

Disoal lagi, sampai bilakah keadaan ini akan berlarutan dan adakah benar jodoh mereka bersama Sam akan berakhir tidak lama lagi?

Jawab Youk: "Saya tidak tahu jodoh kami sebagai sebuah band akan bertahan sampai bila. Kemungkinan untuk Sam keluar daripada Bunkface saya tidak tahu bila. Tetapi sekarang apa yang boleh saya cakap dia masih bersama kami."

Bagaimanapun Youk tidak menafikan wujud perselisihan faham antara mereka dan perkara itu bertambah berat apabila Sam memberi lebih tumpuan kepada The Azenders.


MYO (tengah) bersama Paan dan Youk pada majlis pelancaran program Xpresi Kembara oleh TV1. Myo menggantikan Sam yang sedang sibuk dengan promosi band sampingannya, The Azenders.


"Kami tidak bergaduh, kami masih baik dan akan sentiasa baik sampai bila-bila. Kalau berselisih faham itu biasalah, rasanya semua band pun alami perkara yang sama. Tetapi perselisihan faham itu bertambah berat bila wujudnya The Azenders. Tetapi semua perselisihan faham itu hanya kerana muzik tidak ada perkara lain," katanya.

Jelas Paan pula, dia dan Youk masih berhubung dengan Sam, malah masih bersama menguruskan Bunkface Production. Dia berjanji, jika benar Sam akan keluar daripada Bunkface, ia akan diumumkan secara rasmi.

Youk kemudian memberitahu, isu Sam mahu keluar daripada Bunkface merupakan dugaan terbesar mereka sebagai sebuah band dan berharap mereka dapat melaluinya sebaik mungkin.

"Ini memang dugaan buat kami. Saya sendiri tidak sangka perkara seperti ini akan berlaku. Sebenarnya perkara ini orang nampak semakin berat kerana Sam kini sedang dalam rangka promosi band barunya. Hubungan persahabatan kami masih lagi seperti dahulu. Walau apa pun yang terjadi, saya berharap peminat Bunkface akan terus menyokong muzik kami," jelas Paan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dokumentari HMM di TV 3

Posted:

Dokumentari HMM di TV 3

Dokumentari HMM di TV 3

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my


NORMAN (tiga dari kanan) bersama barisan karyawan filem Hikayat Merong Mahawangsa.


SEMPENA kemunculan filem terbaru terbitannya, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), KRU Studios telah menghasilkan sebuah dokumentari mengenai filem itu untuk tatapan umum.

Faktor utama penyiaran dokumentari HMM adalah sebagai program tambahan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan berhubung fakta sejarah yang dipaparkan dalam filem arahan Yusry Abdul Halim itu.

Dokumentari tersebut bakal disiarkan pukul 6 petang, esok, 25 Februari di TV3.

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, penghasilan dokumentari itu juga adalah sebagai salah satu cara mempromosikan HMM.

"Biasanya filem yang telah dihasilkan akan menerbitkan program di sebalik tabir.

"Namun, HMM mengambil sedikit kelainan dengan menyediakan dokumentari berdurasi satu jam memandangkan versi filemnya memaparkan cerita yang mempunyai kaitan dengan pembentukan negeri Kedah," katanya pada majlis tayangan dokumentari HMM di Suria Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penghasilan dokumentari itu juga sebagai sokongan kepada penterjemahan intelektual yang diolah dalam bentuk hiburan sebelum menjelmakan filem HMM itu bagi tontonan seluruh lapisan masyarakat.

Tambah Norman, dengan memuatkan beberapa temu bual bersama tokoh sejarah dan ahli akademik, dokumentari itu diharap sedikit sebanyak membantu penonton untuk memahami secara mendalam versi filem HMM yang bakal ditayangkan menjelang 10 Mac ini.

Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam dokumentari tersebut ialah Datuk Wira Mohd. Shaarif Abu Samah (wakil Istana Kedah), Mohan Shanmugam (Presiden Hindu Sangam Malaysia), Datuk Profesor Khoo Kay Kim (Sejarawan Malaysia), Datuk Dr. Wan Shamsuddin Mohd. Yusof (Sejarawan Negeri Kedah) dan Datuk Dr. Siti Hawa Salleh (Ahli Filologi dan Pengkaji Buku HMM).

Turut ditampilkan dalam dokumentari berkenaan ialah wawancara bersama Yusry Abdul Halim selaku pengarah filem itu dan Amir Hafizi yang merupakan penulis skripnya.

Menurut Norman, naskhah asal Hikayat Merong Mahawangsa dalam bentuk buku yang menjadi rujukan bagi projek filem itu adalah terlalu tebal dan mempunyai pelbagai bentuk pemahaman kepada setiap pembacanya.

Namun, dokumentari itu cuba untuk menjelaskan bagaimana tenaga kerja di sebalik filem HMM termasuk Yusry dan Amir menggabungkan elemen sastera, mitos dan sejarah, bagi mewujudkan unsur realisme untuk filem itu.

"Kami cuma mengubah beberapa elemen untuk menjadikan versi filem HMM lebih meyakinkan tetapi masih berteraskan cerita asli.

"Justeru, penonton juga akan melihat beberapa perkara yang disebut dalam naskhah asal dalam HMM versi filem," jelas Norman yang membelanjakan RM40,000 untuk dokumentari yang mendapat tajaan eksklusif Celcom itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.