Himpunan Kisah Sensasi |
Ashton Kutcher Tak Malu Berbogel Posted: 24 Feb 2011 01:54 PM PST AKTOR Ashton Kutcher mengakui dia agak terbuka mengenai watak yang memerlukannya berbogel dan tidak pernah menolak untuk melakonkan babak melakukan hubungan seks dalam filem. Suami kepada aktres Demi Moore itu berkata, dia berasa selesa apabila mempamerkan tubuhnya di depan kamera. "Memang ia kedengaran agak pelik. Entah kenapa, saya suka berbogel di depan kamera," katanya kepada laman Showbizspy. Baginya ia bukanlah satu isu yang perlu diperbesarkan dan hairan apabila ada sesetengah pihak melakukan protes terhadap adegan bogel dalam filem. "Bukankah kita sudah dilahirkan bogel ke dunia ini? Saya tidak berasa canggung untuk melakukan adegan sebegitu. "Lagipun ia sekadar sebuah lakonan dan ada lebih daripada 40 orang di belakang tabir, dimana tidak semuanya saya kenal pun," ujarnya. Baru-baru ini, Ashton baru sahaja tampil dengan filem terbarunya, No Strings Attached, berganding dengan aktres Natalie Portman. Dalam filem tersebut, terdapat satu adegan bogel yang dilakonkan oleh Aston. |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |