Adsense

Sabtu, 19 Februari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Crazy Love di Shah Alam

Posted:

Crazy Love di Shah Alam

Crazy Love di Shah Alam


TIKET Konsert Michael Buble Crazy Love Tour kini sudah mula dijual.


HADIR sebagai seorang penghibur yang popular dengan kejayaan jualan album mencecah 25 juta unit di seluruh pelosok dunia, Michael Buble bakal menghiburkan peminat setianya di Malaysia menerusi siri jelajah Crazy Love yang akan singgah di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 13 Mac nanti.

Konsert Michael Buble Crazy Love Tour anjuran bersama Enrich Music Indulgence di bawah naungan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan JAG Entertainment & Design Sdn. Bhd. itu dijangka menggegarkan stadium itu bermula pada pukul 8.30 malam.

"Persembahan saya nanti diharap dapat memberi kenangan yang terindah. Saya juga tidak sabar untuk bertemu peminat saya di Malaysia, saya rindukan mereka," kata Buble yang pernah menjayakan persembahan amal di Kuala Lumpur pada tahun 2003.

Peminat di Malaysia yang tidak mahu terlepas menyaksikan persembahan penyanyi itu boleh mendapat tiket dengan melayari jagtickets.com.my atau hubungi talian 03-9205-7623.

Tiket dijual pada harga RM250, RM335, RM435, RM690, RM850, RM898, RM998, RM1,098 dan RM2,000.

Bakal memperkenalkan album keempatnya melalui siri jelajah konsertnya itu, Crazy Love dianggap sebuah album yang mempunyai bunyi-bunyian yang asli.

Malah, hampir kesemua lagu di dalam album itu dirakam secara langsung bersama para pemuzik serta iringan grup orkestra untuk memastikan kesegaran albumnya.

Crazy Love masih lagi mengekalkan sentuhan mentornya iaitu David Foster bersama-sama Bob Rock dan Humberto. Gatica selaku penerbit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM35,000 Ana Raffali bukan untuk kahwin

Posted:

RM35,000 Ana Raffali bukan untuk kahwin

RM35,000 Ana Raffali bukan untuk kahwin

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN

BERJAYA membawa pulang RM35,000 dan sebuah trofi setelah lagu Tolong Ingatkan Aku yang menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) baru-baru ini, Ana Raffali berjanji mahu membuat sebuah majlis kenduri kesyukuran untuk peminat, pihak media dan juga orang ramai yang banyak membantunya dalam karier nyanyian.

Jelas Ana, dia mahu berkongsi rezeki yang diperolehinya itu bersama penyokong yang sentiasa percaya pada bakatnya.

Akui Ana, itu sahaja agenda yang bermain dalam fikirannya buat masa ini. Dia langsung tidak terfikir menggunakan wang kemenangan itu untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat seperti yang didakwa.

"Saya mahu buat kenduri kesyukuran dengan menjamu peminat yang sentiasa menyokong saya selama ini. Ini adalah tanda terima kasih saya kepada mereka. Ikut perancangan, saya nak nak buat dua majlis, satu untuk mereka yang menjadi tulang belakang kejayaan saya di AJL dan satu lagi bersama peminat.

"Mengenai isu kahwin pula, saya rasa apa yang saya capai pada hari ini masih belum cukup membantu keluarga. Banyak yang perlu saya usahakan lagi bagi membantu keluarga. Saya bukannya daripada keluarga yang mewah. Ayah saya seorang pesara dan ibu pula hanya suri rumah," terang Ana ketika ditemui pada Majlis penghargaan meraikan pemenang AJL 25 di Sri Pentas baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai teman lelaki, Ana tidak menafikan dia mempunyai seseorang yang rapatnya dengan dirinya. Malah, Ana mengakui dia merahsiakan tentang teman lelaki sebelum ini atas nasihat pihak pengurusan.

"Bukan sengaja mahu menyembunyikan kepada peminat, tetapi pihak pengurusan saya menasihatkan supaya bercerita soal karier sahaja. Lagipun, individu yang dikatakan 'teman lelaki' itu sebenarnya adalah teman yang rapat dengan saya dan dia banyak menyokong saya sebelum saya dikenali umum," ujarnya yang akan melancarkan kelab peminat tidak lama lagi selepas mendapat sambutan dalam laman sosial Facebook.

Katanya lagi, dia akan menggunakan nama 'The Marhaens' untuk kelab peminatnya kerana ia bermaksud rakyat jelata.

"Nama itu memang sesuai digunakan sebagai simbolik kepada peminat-peminat saya. Tetapi saya tidak pasti sama ada akan ramai atau tidak peminat yang akan menyertai kelab peminat itu," katanya yang mempunyai 142,000 rakan dalam Facebook miliknya.

Pemilik nama Ana Nur Hidayah Mohd Raffali ini juga sempat memberitahu yang dia akan muncul dengan single terbaru dalam masa terdekat ini.

"Single berjudul Sehabis Baik ini digubah oleh saya untuk filem terbaru arahan Othman Hafsham, Karipap-Karipap Cinta yang mengisahkan tentang seorang gadis yang ingin belajar membuat karipap dan akhirnya bertemu cinta sejatinya.

"Walaupun lagu ini menceritakan kisah cinta dalam filem tersebut, tetapi lirik lagu ini juga bersangkut paut dengan apa yang saya lalui ketika AJL25. Ia adalah luahan perasan saya," katanya yang menulis lagu itu selepas dinobatkan sebagai juara AJL25.

Selain Ana Raffali, Meet Uncle Hussien dan Faizal Tahir turut hadir menerima cek masing-masing pada majlis yang serba ringkas dan santai itu.

Turut hadir untuk menerima wang kemenangan ialah komposer Ajai dan Sheikh Qalam yang mencipta lagu Noktah Cinta.

Hafiz pula tidak hadir kerana difahamkan berada di Kuching, Sarawak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Status Stephen Rahman terbongkar!

Posted:

Status Stephen Rahman terbongkar!

Status Stephen Rahman terbongkar!

Oleh AQMAR ALLADAD

SEBUT sahaja pemilik nama Stephen Rahman-Hughes, pastinya umum sudah mengenali sosok gagah yang sering memegang watak sebagai pahlawan yang cukup berkesan dalam sanubari.

Dia yang mula menyinari persada seni tanah air dengan memegang karakter sebagai jelmaan Laksamana Hang Tuah moden menerusi pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) di Istana Budaya terus mendapat perhatian.

Meskipun sukar untuk berbahasa Melayu dengan fasih, rezeki kerjaya sebagai pelakon tetap dihujani dengan tawaran hebat.

Wajahnya yang kacak dan bakat yang dimiliki merupakan pakej lengkap untuk Stephen. Potensinya dalam industri hiburan sekali lagi membuka mata penerbit filem KRU Studios Sdn. Bhd. untuk menjadikan Stephen sebagai pemegang watak utama filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Jarang sekali berada di Malaysia, kesempatan bersua dengan jejaka kacukan Inggeris-Melayu selepas tayangan dokumentari Hikayat Merong Mahawangsa di pawagam Tanjong Golden Village (TGV) Kuala Lumpur City Centre (KLCC) semalam, memberi peluang untuk bertanyakan perkembangan peribadinya.

Ini kerana khabarnya Stephen yang cukup berahsia tentang umurnya ini sudah menamatkan zaman bujangnya. Adakah dia juga mahu merahsiakan tentang status terkini dirinya?

Kosmo!: Benarkan anda sudah mendirikan rumah tangga?

STEPHEN: Ya (sambil tersenyum). Saya berkahwin pada bulan September tahun lalu. Majlis perkahwinan berlangsung di Tuscany, Itali dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Siapakah wanita yang berjaya mencuri hati anda?

Dia seorang wanita bernama Anjali Mehra Hughes. Kerjayanya bukan seorang pelakon tetapi penari dan koreografer. Dia berdarah kacukan. Bapa Anjali berasal dari New Delhi, India manakala ibunya pula berbangsa Inggeris.

Bagaimana terdetik untuk menjadikan Anjali sebagai isteri?

Kami telah berkawan dan mengenali antara satu sama lain selama lapan tahun. Kami tidak bercinta, tidak mempunyai sebarang hubungan yang eksklusif, tetapi dia sering ada di sisi bila saya memerlukan.

Saya langsung tidak terfikir dan mempunyai peluang untuk serius dengannya memandangkan kami sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Lagipun dengan jadual kerja yang ketat dan sering berjauhan membuatkan hubungan itu masih kekal sebagai kawan. Namun, mungkin disebabkan sudah mengenali hati budi membuatkan saya selesa untuk jadikannya sebagai teman hidup.

Adakah anda gembira dengan kehidupan sekarang?

Sudah tentu kerana saya tidak lagi keseorangan. Sudah tiba masanya saya mempunyai seorang isteri untuk memperlengkapkan lagi perjalanan kehidupan saya.

Dia juga akan datang ke Malaysia untuk tayangan perdana filem Hikayat Merong Mahawangsa Mac nanti.

Berapakah usia Anjali?

Itu rahsia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.