Adsense

Sabtu, 19 Februari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Gambar) Masjid Al-Khalidiah Dibina Siti Nurhaliza & Datuk K

Posted: 19 Feb 2011 08:29 PM PST

Orang Sungai Petani boleh tersenyum riang apabila Masjid Al-Khalidiah sudah siap dibina dan sedia untuk diguna pakai untuk program-program keagamaan atau kemasyarakatan. Masjid Al-Khalidiah yang bernilai RM1.7 juta ini dibiayai sepenuhnya oleh Datuk Siti Nurhaliza & Datuk Seri Khalid, atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Khalid, memaklumkan bahawa dia semenjak kecil memang menyimpan impian untuk membina sebuah masjid & bersyukur apabila impian tersebut menjadi kenyataan. Sebuah majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berlangsung semalam.

Sementara itu, Siti Nurhaliza dalam laman twitter menyatakan, 'Alhamdullilah ,tercapai sudah impian kami berdua Dan semoga Allah memberkati..Amin'

Masjid Al-Khalidiah ini boleh dikunjungi di lokasi Kampung Permatang Pasir, Kedah Darul Aman. Layankan gambar eksklusif majid Al-Khalidiah selepas ini. Dan, kali ini Siti Nurhaliza muncul lengkap bertudung litup, nais!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.