Adsense

Sabtu, 19 Februari 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Misha Omar isteri ketiga?

Posted:

Misha Omar isteri ketiga?

Misha Omar isteri ketiga?



KALAU nak cerita hal kahwin Misha Omar ni, Joyah rasa ramai teman wartawan yang dah muak dengan khabar angin yang bertebaran sejak beberapa tahun lalu. Tiap-tiap kali keluar cerita kahwin, Misha akan menafikan perkara tersebut walaupun kepada teman wartawan yang agak rapat dengan dia.

Awal tahun ini pun heboh orang bercerita hal Misha nak kahwin. Bakal terima hantaran RM111,111 lah, nak kahwin 11 Januari 2011 dan macam-macam spekulasi yang keluar. Tapi nampaknya macam tak betul sebab Misha cakap tak kahwin.

Angin yang bertiup kencang dari Pantai Timur baru-baru ini membawa berita kepada Joyah yang Misha dah pun sah berkahwin dengan usahawan kereta yang hanya dikenali dengan nama Datuk K.

Popular sungguh nama Datuk K di kalangan orang industri hiburan kita ni. Tapi yang ini bukan Datuk Khalid suami kepada Siti Nurhaliza. Ini Datuk K yang lain okey.

Bapa saudara kepada Datuk K kawan baik kepada kawan ofis Joyah. Dia pun berceritalah kepada teman Joyah. Katanya, sudah sah Misha dah jadi isteri ketiga kepada anak saudaranya seorang usahawan yang cukup berjaya di Kelantan itu.

Tarikh kahwin tak pula diberitahu tapi apa yang membuatkan Joyah nak pitam, dengar khabarnya Misha menerima hadiah wang lebih kurang RM1 juta ringgit, rumah dan lain-lain aset yang cukup banyak.

Amboi, untung betul jadi Misha Omar, rezeki cukup murah sebab dapat hadiah begitu banyak. Untung badan orang cantik dan popular macam Misha.

Kalau benar seperti mana yang disampaikan, rasanya tak terlambat untuk Joyah ucap selamat pengantin baru.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ally Iskandar bertunang

Posted:

Ally Iskandar bertunang

Ally Iskandar bertunang

Kalau tanya Joyah siapa lelaki paling hot di TV3, sah-sah siapa lagi kalau bukan Ally Iskandar. Macam mana tak hot, dia sahajalah kumbang yang masih bujang di Sri Pentas tu.

Ada pula rupa, pendidikan tinggi dan jadi penerbit selain petah mengacara program. Sampai nama Ally ni pernah kena gosip dengan beberapa artis wanita popular di negara ni.

Tapi itu cerita lama. Ally sudah pun selamat bertunang pada 11 Februari lalu. Wanita yang berjaya mencuri hati jejaka berusia 35 tahun itu ialah Nur Aishah Zainal, 26, bekas naib juara Gadis Melayu musim pertama. Masa program tu berlangsung, Nur Aishah pakai tudung.

Walaupun Ally cuba menyembunyi majlis pertunangannya, Joyah sikit pun tak kecil hati. Alasan Ally mudah sahaja. Dia kena hormati keluarga sebelah perempuan.

Tak apalah Ally. Buatlah apa yang terbaik untuk awak dan bakal isteri. Joyah cuma nak ucapkan selamat jadi tunang orang. Cepat-cepatlah berkahwin, jangan bertangguh lagi ya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.