Adsense

Sabtu, 19 Februari 2011

Sensasi

Sensasi


Demi Moore buat Ashton Kutcher berbangga dengan berbikini

Posted: 19 Feb 2011 10:32 PM PST

Hmmm,pada pandangan Sensasi lah,Demi Moore dah mula nampak tua,dah mcm anak dengan mak pulak..



Terbaru pasangan yang menjadi tumpuan media di Hollywood kerana perbezaan umur 15 tahun,dimana Demi Moore kini berusia 48 tahun dan Ashton Kutcher berusia 33 tahun.

Sebelum ini,pernah timbul gossip mengatakan yang Ashton bermain kayu tiga dibelakang Demi Moore,kononnya dia dilihat sedang bercumbuan dengan model,pelakon lain di bar.Tp tak tahu lah kesahihannya.Cuma sebelum nie ada tersebar satu gambar aksi mesra Ashton dengan wanita lain,tp Demi Moore malas nak ambil pusing kerana Ashton menafikan yang dia bermain kayu tiga.

Terbaru pasangan nie menyambut Valentines day di Pantai Carribean.Demi Moore yang memakai bikini hitam mencuri perhatian ramai orang di pantai kerana walaupun sudah berusia hampir separuh abad,dia masih mempunyai badan yang hot dan seksi sekaligus membuatkan Ashton bersa bangga dengan isterinya itu.


Mcm mana hot tak Demi Moore berbikini?Tp sensasi rasa Demi Moore kelihatan kurus dan bertulang tak seksi la.


Bunga Citra Lestari tidak boleh diet,baby Noah mirip wajah Ashraf dan berdagu Bunga.

Posted: 19 Feb 2011 09:47 PM PST

Setelah 4 bulan melahirkan bayi sulungnya,Bunga Citra Lestari masih belum menurunkan berat badan.Sebagai seorang selebriti,memang bunga berasa agak risau tetapi menurutnya dia tidak berdiet tetapi ada mengikuti program untuk meurunkan berat badan.

"Saya tidak boleh berdiet. Cuma saya sekarang mengikuti program untuk menguruskan badan," ujar ibu kepada Noah ini.

Menurut Bunga, anak sulung mereka sudah mengikuti beberapa sifat dia dan suaminya.

Salah satunya adalah sifat sensitif Ashraf.

"Ya, dia sensitif. Tapi lucunya, semalam saya menghantar gambar Noah kepada ibu bapa saya di Kuala Lumpur.

"Mereka mengirim pula gambar saya semasa kecil, ya kami mirip" ujar Ashraf.

Tambah Bunga, raut wajah Ashraf dan Noah saling tidak tumpah tetapi berbeza pada bahagian dagu.

"Kalau daripada bahagian mata dan ke atas itu sama seperti saya. Tapi kalau dagu dan pipi itu mirip ibunya," ujar Ashraf.

Wajah Noah yang dikatakan seiras Ashraf Sinclair semasa bayi tetapi memiliki pipi dan dagu seperti Bunga citra Lestari

Gambar kenangan ketika Bunga baru selamat melahirkan bayi sulung mereka
Gambar terbaru Bunga Citra Lestari yang ditemui di Jakarta semasa menjalani program penurunan berat badan.
Gambar Noah terbaru berusia 4 bulan didukung ibunya Bunga disamping ayahnya Ashraf Sinclair


Masjid yang dibina Datuk K dan Siti Nurhaliza siap dibina dan dilancarkan semalam di Kedah

Posted: 19 Feb 2011 08:10 PM PST



Masjid Al Khalidiah yang didirikan oleh Yayasan Nurjiwa akan dirasmikan oleh K.D.Y.M.M Tuanku Sultan Kedah pada hari Sabtu 19 Februari ini pada pukul 11.30 pagi (esok).

Masjid yang dibina di kampung asal Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa di Kampung Permatang Pasir, Kuala Muda, Kedah pada tahun 2009 itu telah siap sepenuhnya. Khalid dan isteri Datin Sri Siti Nurhaliza akan bersama-sama merasmikan masjid tersebut.

[Tubuh Yayasan Nurjiwa untuk berbakti.]

Tubuh Yayasan Nurjiwa untuk berbakti.
Yayasan Nurjiwa ialah sebuah madan kebajikan yang dilahirkan oleh pasangan suami isteri popular itu pada 21 Ogos 2006.

Ia ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawab membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim, miskin dan mangsa bencana alam.

Yayasan tersebut juga membantu dalam pembangunan agama, khususnya pembinaan serta baik pulih masjid dan surau terutamanya di kawasan kampung-kampung.

Siti juga turut menyalurkan dana ke yayasan tersebut melalui persembahan amal yang dilakukannya sejak yayasan tersebut ditubuhkan.

Sudah banyak aktiviti amal dilakukan termasuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kedah tidak lama dulu.

Siti dan suami sama-sama turut padang bersama sukarelawan lain untuk meringankan beban mangsa bencana alam itu.

Stephen Rahman (Pelakon utama Merong Mahawangsa) sudah berkahwin September tahun lepas

Posted: 19 Feb 2011 08:03 PM PST



Pelakon Utama Merong Mahawangsa iaitu Stephen Rahman yang mula dikenali di Malaysia melalui teater Puteri Gunung Ledang dan kini membintangi filem Merong Mahawangsa merupakan lelaki kacukan English-Melayu.

Tapi sebelum ini Stephen Rahman tinggal di Europe dan memulakan karier sebagai seorang penyanyi,kemudian koreografer tarian dan banyak memenangi anugerah,kemudian dia melebarkan sayap dengan melibatkan diri dengan pementasa teater.Terbaruu menjadi pelakon utama dalam Filem arahan Yusry KRU yang bakal ditayangkan tak lama lagi.

Pelakon kacak filem epik Hikayat Merong Mahawagsa, Stephen Rahmah Hughes mengakui sudah berkahwin September tahun lalu.

Dia memilih koregrapher tarian Anjali Mehra yang berasal dari New Delhi sebagai pasangan hidupnya.

"Saya berkahwin di Tuscany, Itali. Bukan mahu berahsia tapi tiada yang bertanyakan saya," kata Stephen semasa ditemubual Editor URTV, Huzz di Kuala Lumpur petang ini.
[Anjali Mehra, Isteri kepada Stephen Rahman]

Anjali Mehra, Isteri kepada Stephen Rahman

Dia mengenali Anjali ketika sama sama bekerja dengan produksi teater di London dan mereka juga pernah bekerjasama dalam pementasan Bombay Dream di London pada tahun 2003.

Stephen mengakui hidupnya kini bertambah bahagia setelah berkahwin dengan wanita berkenaan dan dia juga berjanji akan memperkenalkan isterinya kepada media Malaysia dalam majlis tayangan perdana filem itu 25 Februari nanti.

Septhen mula dikenali di Malaysia selepas beliau terbabit dalam teater muzikal popular, Puteri Gunung Ledang apabila membawa watak Hang Tuah, dan bergandingan dengan pelakon jelita Tiara Jacquelina.

Gambar-gambar Isteri Stephen Rahman iaitu Anjali Mehra yang berasal dari New Delhi





Gambar-gambar perkahwinan mereka