Berita Harian: Hip |
Posted: 18 Feb 2011 04:23 PM PST Hip KEHANGATAN Anugerah Grammy ke-53 yang mengiktiraf penggiat industri muzik baru saja berlalu dengan beberapa keputusan di luar jangkaan. Begitupun, anugerah terbabit berjaya meraih rating lebih tinggi berbanding acara tahun sebelumnya. Pada 28 Februari ini (waktu Malaysia), penggiat filem pula bakal diraikan dalam acara berprestij dan paling dinanti-nanti, Anugerah Academy ke-83. Anugerah Academy atau turut dikenali sebagai Oscar bakal berlangsung di Kodak Theatre di Hollywood, Los Angeles.Tentunya keputusan paling ditunggu peminat ialah judul yang bakal diumumkan Filem Terbaik. Adakah filem berkisar pengasas laman sosial facebook, The Social Network, akan mengulangi kejayaan pada Anugerah Golden Globe atau The King's Speech yang menang di British Academy Of Film And Television Art (Bafta) mempunyai peluang lebih cerah? Selain Filem Terbaik, Aktor dan Aktres Terbaik juga menjadi kategori paling mendapat perhatian. Ramai melihat pelakon British, Colin Firth yang menyapu bersih gelaran Aktor Terbaik pada tiga anugerah yang berlangsung terdahulu iaitu Bafta, Screen Actors Guild (SAG) dan Golden Globe, akan mengulang kejayaan sama? Begitu juga dengan kategori Aktres Terbaik. Berjayakah Natalie Portman menaiki pentas sekali lagi untuk menerima trofi idaman ramai itu? Bagi kategori pelakon lelaki, selain Firth, turut dicalonkan pada peringkat akhir ialah Javier Bardem menerusi filem Biutiful, Jeff Bridges (True Grit), Jesse Eisenberg (The Social Network) dan James Franco (127 Hours).
Kategori Aktres Terbaik: Natalie Portman - Black Swan AKTRES yang sarat mengandung ini disebut-sebut bakal mengenepikan Bening dengan mudah. Seorang pengkritik filem, David Nusair, yang mengemaskini komennya pada acara Festival Filem Antarabangsa Toronto berkata, persembahan Portman dalam filem seram psikologi, Black Swan, benar-benar memukau. Aktres itu berjaya menampilkan lakonan cukup konsisten. Unsur cemas pada setengah jam terakhir filem itu juga dibawakan Portman dengan cukup berkesan. Justeru peluang aktres ini untuk menang memang besar. Annette Bening - The Kids Are All Right MUNGKIN sesuatu yang mengejutkan sekiranya nama Bening diumum penerima trofi Aktres Terbaik. Lakonan mantapnya dalam The Kids Are All Right dilihat mempunyai potensi untuk memberikan kemenangan kepadanya, tetapi pelakon berpengalaman ini terpaksa berentap dengan Portman yang dilihat mempunyai peluang lebih besar. Mungkin Bening yang sudah empat kali dicalonkan dalam kategori ini terpaksa mengakui kehebatan Portman. Bening pernah tewas di tangan Hilary Swank sebanyak dua kali. Nicole Kidman - Rabbit Hole PELAKON dari Australia ini pernah membawa pulang trofi ini hasil lakonan berkesan dalam filem The Hours. Namun jika nama Kidman diumumkan malam itu, mungkin ramai yang akan ternganga. Filem mengenai pasangan suami isteri yang cuba merawat kesedihan di atas kematian anak mereka yang masih kecil bukanlah filem pilihan ramai. Ia gagal mencatat kutipan pecah panggung, tidak seperti filem lain. Bagaimanapun sedikit sebanyak pencalonan Kidman akan membuatkan peminat ingin menonton filem itu. Jennifer Lawrence - Winter's Bone WALAUPUN bukan calon pilihan, pelakon muda ini tetap boleh berbangga dengan kejayaannya menembusi senarai lima terbaik. Lawrence pernah tewas di tangan Hailee Steinfeld (True Grit) untuk kategori Pelakon Muda Terbaik pada Anugerah Critic's Choice sedikit masa dulu. Seorang pengkritik yang sudah pun menonton lakonan Lawrence berkata, adalah memalukan jika aktres berusia 20 tahun itu tidak dikenali. Michelle Williams - Blue Valentine PERNAH dicalonkan lima tahun lalu untuk filem Brokeback Mountain, Williams bukanlah calon pilihan untuk memenangi kategori ini. Namun dia juga patut berbangga kerana berjaya berada dalam kelompok mereka yang berbakat. Kategori Aktor Terbaik: Colin Firth - The King's Speech MENURUT pengkritik, kategori ini tidak memerlukan ramalan kerana sudah jelas kemenangan akan menjadi milik Firth. Jika kategori Aktres Terbaik menjadi rebutan antara Portman dan Bening, mereka percaya, Firth tidak perlu berentap dengan empat pelakon lain kerana wataknya sebagai raja yang berusaha mengatasi masalah gagap dalam filem arahan Tom Hooper paling menonjol. Javier Bardem - Biutiful BARU saja memenangi trofi pelakon terbaik buat kali kelima pada festival filem di tanah airnya, Anugerah Goya ke-25, tentunya kehadiran Bardem dianggap sebagai calon bukan pilihan yang mampu membuat kejutan. Bardem pernah menggenggam trofi Oscar, Golden Globe, SAG, dua trofi Festival Filem Eropah, trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Cannes dan dua Coppa Volpis di Venice. James Franco - 127 Hours SEBELUM 127 Hours, Franco memang dikenali sebagai pelakon berbakat. Tidak semua pelakon mampu melompat daripada filem dramatik kepada komedi. Dia muncul selama tiga minit dalam The Green Hornet. Franco kini menjadi wajah kesukaan ramai. Hanya masa akan menentukan sama ada pencalonannya dalam kategori ini akan membawa kebaikan kepada kerjayanya atau mungkin petanda sesuatu akan berlaku. Jesse Eisenberg - The Social Network MUNGKIN belum tiba masanya untuk Eisenberg membawa pulang trofi Aktor Terbaik tetapi pelakon muda ini mempunyai peluang yang cerah pada masa akan datang. Eisenberg berjaya membawakan watak Mark Zuckerbug dengan baik dan meyakinkan. Pencalonannya pada anugerah ini sudah pastinya membuka mata lebih ramai penerbit dan pengarah untuk melamarnya membintangi filem mereka. Jeff Bridges - True Grit JIKA kegilaan melanda Oscar, mungkin Jeff Bridges berpeluang memenangi kategori ini selama dua tahun berturut-turut mengikut jejak langkah Tom Hanks (1993 dan 1994). Bagaimanapun perkara itu tidak mungkin berlaku, sebaliknya pengkritik filem berkata, aktor itu hanya perlu hadir sekadar untuk menikmati majlis anugerah berkenaan. |
@Sinepleks: Perjuangan menentang askar misteri Posted: 18 Feb 2011 04:18 PM PST Hip Underdog Soldiers papar sekumpulan remaja berusaha bebaskan keluarga daripada kem tahananPADA 3 Mac ini, syarikat pengedaran filem RAM Entertainment bakal menghidangkan sebuah judul yang dikira cukup menarik buat peminat bercorak aksi dan peperangan, berjudul Underdog Soldiers. Diarahkan Stuart Beattie, filem berkenaan dilakonkan Caitlin Stacey, Rachel Hurd-Wood, Lincoln Lewis, Phoebe Tonkin, Denis Akdeniz, Ashleigh Cummings dan Chris Pang. Underdog Soldiers mengikuti pengembaraan lapan pelajar sekolah tinggi di sebuah pekan pinggir pantai, yang menyaksikan kehidupan mereka tiba-tiba ditamatkan secara kejam oleh sebuah penjajahan yang tiada siapa pun pernah jangka. Terputus daripada hubungan bersama keluarga dan rakan, kumpulan remaja ini harus belajar untuk memboloskan diri, meneruskan hidup serta melawan balik pasukan tentera yang ganas.Kisah bermula apabila Ellie Linton (Caitlin Stasey) merancang untuk berehat seketika daripada membantu orang tuanya bekerja di ladang. Dia inginkan sebuah pengembaraan yang hebat sebelum musim cuti sekolah berakhir, dengan menyertai perkhemahan di kawasan perairan yang dikatakan terletak di dalam hutan, yang dikenali penduduk tempatan sebagai "Neraka". Selepas keluarganya bersetuju meminjamkan kenderaan, Ellie mengumpulkan rakan sekolahnya untuk perjalanan itu. Mereka terdiri daripada teman rapatnya, Corrie McKenzie (Rachel Hurd-Wood) dan teman lelakinya, Kevin Holmes (Lincoln Lewis); si cantik dan pemalu, Fiona Maxwell (Phoebe Tonkin); budak nakal, Homer Yannos (Deniz Akdeniz); remaja warak yang lurus, Robyn Mathers (Ashleigh Cummings); dan anak pengusaha restoran masakan Thai, Lee Takkam (Chris Pang). Sebaik saja tiba di destinasi ditujui, kumpulan itu mendapati "Neraka" sebenarnya sebuah tempat yang cukup indah, lengkap dengan air terjun dan anak sungai yang mengalir tenang. Ia umpama lokasi yang paling tepat untuk pasangan bercinta memadu kasih. Pulang daripada percutian berkenaan, remaja terbabit mendapati kejadian aneh menimpa pekan tempat tinggal mereka, Wirrawee. Kuasa elektrik ke rumah mereka diputuskan dan haiwan ternakan pula dibiarkan mati. Lebih menakutkan, kesemua anggota keluarga mereka hilang begitu saja. Berasakan wujudnya bahaya yang tidak dijangka, kumpulan remaja itu berpecah untuk mencari sebarang petanda kepada insiden yang berlaku. Ellie, Corrie dan Kevin terkejut apabila mendapati sebuah kawasan kini ditukar menjadi kem tahanan dan seluruh penduduk Wirrawee dikurung pasukan tentera asing. Apabila tentera misteri itu menyedari kehadiran remaja terbabit, Ellie dan rakan-rakannya berserta teman baru, kaki khayal Chris Lang (Andrew Ryan), perlu bersatu tenaga untuk melepaskan diri, serta mengumpul kekuatan dan kebijaksanaan dalam melawan askar misteri yang kini memenjarakan keluarga serta insan mereka sayangi. Sementara itu, pada 28 April pula, RAM mempersembahkan sebuah filem Cina berjudul The Lost Bladesman, arahan Felix Chong Man Keung dan Alan Mak Siu Fai. Filem terbitan Shanghai Film Group, Anhui Radio TV & Film dan Star Union Skykee Film Investment Co ini dibintangi Donnie Yen dan Jiang Wen. Filem berkenaan mensasarkan penonton yang bercuti sempena Hari Buruh, iaitu dari 1 hingga 8 Mei ini. Tahun lalu, sebuah lagi filem lakonan Yen, Yip Man 2, ditayangkan pada masa sama, seterusnya menguasai carta filem pecah panggung. Justeru, pada tahun ini penerbit berasa yakin The Lost Bladesman bakal mencatat kejayaan lebih baik. Produser Leong Ting berkata, mereka mempunyai alasan kukuh filem terbabit akan mendapat sambutan hangat daripada penonton. Bukan saja jumlah skrin menayangkan filem itu lebih banyak, malah The Lost Bladesman tidak mempunyai saingan kuat pada tahun ini, pada tempoh terbabit. Dakwa penerbit itu, Donnie Yen dan Jiang Wen ialah dua bintang paling berjaya jika dilihat pada catatan box office China. Katanya lagi, filem itu seharusnya termasuk dalam senarai yang perlu ditonton, dengan Yen sendiri bertindak sebagai pengarah aksi. Carta pecah panggung: 1 - All's Well Ends Well 2011 |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |