Adsense

Sabtu, 19 Februari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Ally Iskandar Tak Takut Hilang Peminat

Posted: 18 Feb 2011 08:01 PM PST


PETALING JAYA: Pengacara Malaysia Hari Ini, Ally Iskandar, 35, memberitahu tidak kisah akan kehilangan peminat wanita apabila mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Nur Aisyah Zainal, 26, pada penghujung tahun ini.

Jelas Ally, dia lebih memikirkan masa depan dan kehidupan berkeluarga berbanding pandangan peminat-peminatnya.

"Saya tidak fikir peminat-peminat saya lari selepas berkahwin, lagipun saya selalu berfikir sampai bila saya akan diminati terutama ketika umur semakin meningkat.

"Saya lagi takut jika tidak kahwin. Sekarang mungkin ada orang yang ingin lihat wajah saya tetapi bila sudah tua siapa yang akan tengok kecuali isteri dan anak-anak sendiri," ujarnya ketika ditemui di Sri Pentas.

Ally mengakui tahun ini merupakan tahun paling sesuai untuknya mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini melangsungkan majlis pertunangan pada 11 Februari lalu di rumah kakak Aishah di Taman Sri Intan, Ampang, Selangor.

Tambah Ally, perkenalan sejak tahun 2008 itu telah membuahkan bibit-bibit cinta antara mereka. Malah keluarga kedua-dua pihak turut senang dengan hubungan tersebut.

"Saya mengenali Aishah pada tahun 2008 tapi ketika itu hanya sekadar kawan biasa sahaja sehinggalah tiga bulan lalu kami benar-benar rapat.

"Keluarga saya juga suka kepada Aishah dan sebelum ini mereka menyebut nama Aishah sebagai calon isteri saya," katanya.

Ketika ditanya keistimewaan wanita ini pada matanya, Ally memberitahu bahawa dia selesa bersama wanita tersebut.

"Saya rasa selesa bersama dia, ke mana juga saya pergi saya tetap ingin melihat dan berjumpanya.

"Dari segi kerjaya dia juga memahami bagaimana pekerjaan saya, dia juga sibuk dengan perniagaannya," ujar Ally.

Dalam pada itu, Ally turut meminta maaf kepada peminat dan media yang tidak diberitahu tentang majlis tersebut.

Jelas Ally, dia menghormati permintaan kedua-dua pihak yang mahu majlis tersebut dijalankan secara tertutup dan peribadi.

"Kami hanya menjemput ahli keluarga terdekat sahaja dan bukan berniat merahsiakan perkara ini kepada semua," katanya.

google: ally iskandar, foto ally iskandar, gambar terkini terbaru ally iskandar, ally iskandar dan tunang, gambar  tunang ally iskandar, teman wanita ally iskandar, ally iskandar wiki, ally iskandar hot, ally iskandar seksi, ally iskandar facebook, ally iskandar blog, ally iskandar twitter, gambar pertunangan ally iskandar, gambar tunang ally iskandar, foto ally iskandar dan tunang, ally iskandar dan tunang

KD Berdebar Menghitung Hari Pernikahan

Posted: 18 Feb 2011 08:00 PM PST


JAKARTA: Biarpun bukan kali pertama menantikan hari pernikahan, bekas isteri Anang Hermansyah iaitu Kris Dayanti (KD) mengakui tetap berdebar menantikan detik bahagia itu bersama kekasihnya Raul Lemos.

Kata KD ia berikutan terlalu banyak jangkaan dan pertanyaan kepadanya tentang pernikahan tersebut.

"Saya rasa cemas dan berdebar kerana terlalu ramai yang bertanyakan hal itu. Tapi ini bukan kali pertama (berkahwin) seharusnya kami merasakan ia biasa-biasa sahaja.

"Mudah-mudahan dengan pernikahan ini kami boleh hidup bahagia seperti dahulu," katanya.

Jelas KD dia tidak mahu terus dipersalahkan dalam hal penceraianya bersama Anang sedikit masa dulu.

"Sekarang saya sedang mempersiapkan diri dari segi mental sahaja, kalau persiapan lain sudah disiapkan.

"Maklumlah, bakal suami saya ini bukan dari kalangan orang dalam industi ini. Jadi dia masih sukar untuk menerima tentang keterbukaan hidup sebagai selebriti," katanya.

google: kris dayanti dan raul lemos, persiapan perkahwinan kris dayanti dan raul lemos, pernikahan kris dayanti dan raul lemos, gambar kris dayanti dan raul lemos, foto kris dayanti dan raul lemos, terkini terbaru kris dayanti dan raul lemos, gambar perkahwinan kris dayanti dan raul lemos, berita kris dayanti dan raul lemos kahwin, tarikh sebenar terkini terbaru kris dayanti dan raul lemos, kris dayanti dan raul lemos bercium, lokasi perkahwinan kris dayanti dan raul lemos, gambar kris dayanti dan raul lemos

Anugerah Sri Angkasa 2010 : RTM Raih 16 Anugerah

Posted: 18 Feb 2011 07:58 PM PST


KUALA LUMPUR: Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2010 menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendominasi kemenangan pada malam pertama apabila meraih 16 anugerah daripada 31 anugerah yang dipertandingkan, Jumaat.

Dalam acara yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, RTM meraih sembilan anugerah menerusi kategori TV dan tujuh anugerah bagi kategori radio.

Antara kategori yang dimenangi oleh RTM antaranya Bicarawara Radio Terbaik, Skrip Radio Terbaik, Buletin Radio Terbaik dan Rancangan TV Terbaik.

Manakala stesen televisyen Media Prima pula merangkul enam anugerah antaranya Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik, Pengimbangan Muzik TV Terbaik dan Laporan Khas Berita TV Terbaik.



Jaclyn Victor
Tidak ketinggalan juga stesen radio Bernama memenangi dua anugerah, Thr FM (1) dan Suria FM (1).

Acara gilang-gemilang pada malam Jumaat, telah dihoskan oleh Khairil Rashid, Stephen, dan Zuhaira.

Majlis turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti Adira, Suki, Izwan Pilus, Jaclyn Victor, Shila Hamzah, Wakaka Crew dan artis bintang RTM.


Suki Low
Antara tetamu yang hadir adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan iaitu Datuk Joseph Salang Gandum dan Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Sementara itu, ASA 2010 yang berlangsung untuk hari kedua, Sabtu, bakal menyaksikan sebanyak 22 anugerah disampaikan iaitu 19 menerusi kategori TV dan tiga kategori radio.

Antara anugerah yang pastinya menjadi tumpuan ramai seperti DJ Radio Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Drama Lelaki dan Wanita Terbaik serta Drama TV Terbaik.

Tidak ketinggalan acara kemuncak pada malam Sabtu juga akan disiarkan secara langsung menerusi tiga saluran iaitu TV 1, TV 9 dan Astro Prima bermula pada pukul 8.30 malam.

Anugerah kategori radio

Pengulas Radio Terbaik - Nurjamalina Jamali (Media Prima)

Liputan Berita Radio Terbaik - Laporan F1 2010 (Media Prima)

Buletin Radio Terbaik - Reagan a/l Muniandi @ Premanant (Minnal FM)

Majalah Radio Terbaik - Feminin (Suara Malaysia RTM)

Rancangan Interaktif Radio Terbaik - Suara Cinta (Suria FM)

Drama Radio Terbaik - Tasik (Klasik Nasional)

Rancangan Hiburan Radio Terbaik - Konsert THR Gegar 1 Terengganu (THR FM)

Bicarawara Radio Terbaik - Kerusi Panas (Bernama Radio 24)

Skrip Drama Radio Terbaik - Tasik (Klasik Nasional)

Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik - Elliza Abdul Razak (Klasik Nasional)

Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik - Datuk Ahmad Tamimi Siregar (Klasik Nasional)

Kapsul Radio Terbaik - Kempen Kebersihan, Pelancongan dan Keselamatan (Negeri FM)

Pengimbang Muzik Radio Terbaik - Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)

Anugerah kategori televisyen

Pelakon Pembantu Drama TV Lelaki Terbaik - Hanis Kamal (Astro)

Pelakon Pembantu Drama TV Wanita Terbaik - Fadhilah Mansor (Media Prima)

Pelakon Drama TV Kanak-Kanak Terbaik - Eyra Hazali (Astro)

Bicarawara TV Terbaik - Isu Khas Gaza (RTM)

Animasi Tempatan TV Terbaik - Abus (RTM)

Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik - Tom Tom Bak Musim 4 (Astro)

Liputan Berita TV Terbaik - Catatan Saksi Mavi Marmara (Astro)

Laporan Khas Berita TV Terbaik - Isu Golongan Gelandangan Di Kuala Lumpur (RTM)

Wartawan TV Terbaik - Hanim Muhili (RTM)

Suntingan Rancangan TV Terbaik - Songkok (RTM)

Jurukamera TV Terbaik - Dosa Semalam (RTM)

Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik - Anugerah Juara Lagu 24 (Media Prima)

Rekaan Set TV Terbaik - Pertandingan Akhir Dikir Barat 2009 (RTM)

Promo/Montaj TV Terbaik - Astro Arena Channel I.D (Astro)

Audio Rancangan TV Terbaik - Songkok (RTM)

Pengimbangan Muzik TV Terbaik - Anugerah Juara Lagu 24 (Media Prima)

Penerbitan Kapsul TV Terbaik - Kapsul Ramadan (RTM)

Rancangan dan Liputan Sukan Terbaik - Menggapai Harapan (RTM)

google: anugerah sri angkasa ASA 2010, tarikh tanyangan anugerah sri angkasa ASA 2010, tarikh anugerah sri angkasa ASA 2010, keputusan penuh anugerah sri angkasa ASA 2010, keputusan terkini anugerah sri angkasa ASA 2010, pemenang anugerah sri angkasa ASA 2010, pelakon terbaik anugerah sri angkasa ASA 2010, penyanyai terbaik anugerah sri angkasa ASA 2010, filem terbaik anugerah sri angkasa ASA 2010, drama terbaik anugerah sri angkasa ASA 2010, gambar sekitar anugerah sri angkasa ASA 2010, foto sekitar anugerah sri angkasa ASA 2010, artis di anugerah sri angkasa ASA 2010, gambar artis di anugerah sri angkasa ASA 2010, laporan penuh anugerah sri angkasa ASA 2010

Mahkamah Arah Persatuan Karyawan Mohon Maaf Kepada Prism

Posted: 18 Feb 2011 07:54 PM PST


AMPANG: Pengurus Besar, Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis Sdn Bhd (Prism), Ong Peng Chu menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dalam tempoh 30 hari bermula 14 Februari lalu ekoran fitnah yang disebarkan terhadap badan itu.

Kegagalan berbuat demikian menyebabkan Karyawan boleh diperintahkan untuk membayar pampasan sejumlah RM10,000, selain turut bertanggungjawab menanggung segala kos guaman kes tersebut.

Menurut Ong yang ditemui pada sidang media pengumuman keputusan kes saman Prism terhadap Karyawan, Jumaat, Mahkamah Tinggi pada Isnin lalu telah memerintahkan Karyawan membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kenyataan-kenyataan akhbar berunsur fitnah sekitar tahun 2002.

"Keputusan mahkamah pada Isnin lalu memerintahkan pihak Karyawan memohon maaf secara terbuka kepada Prism dalam tempoh 30 hari di atas segala fitnah yang disebarkan terhadap Prism selama ini.

"Jika gagal berbuat demikian, maka Karyawan ditetapkan untuk membayar pampasan sejumlah RM10,000 kepada Prism," katanya.

Sehubungan itu, Ong turut menegaskan bahawa fitnah yang dilakukan oleh persatuan artis itu bukan sahaja meninggalkan impak besar kepada Prism malah turut menjejaskan reputasinya.

"Kesan daripada pertuduhan yang dilakukan Karyawan bukan sahaja menimbulkan kecurigaan artis dan masyarakat terhadap kredibiliti Prism. Ia turut mencalarkan reputasi saya di kalangan ahli Prism sendiri.

"Bayangkan saya terpaksa menjawab panggilan telefon yang bertalu-talu daripada pelbagai pihak setiap hari kerana inginkan penjelasan berhubung fitnah yang timbul itu," katanya.

Mengulas mengenai jumlah tuntutan saman yang hanya berjumlah RM10,000, Ong berkata, pihaknya tidak menetapkan sebarang jumlah terhadap kes tersebut.

Sebaliknya, ia ditetapkan oleh pihak mahkamah sebagai pampasan di atas pertuduhan yang dilemparkan.

"Kita tidak menetapkan sebarang jumlah terhadap kes saman ini. Apa yang lebih penting adalah untuk menyelesaikan perkara ini dan sekali gus memulihkan kembali persepsi masyarakat terhadap ketelusan Prism.

"Karyawan hanya perlu minta maaf secara terbuka dan semuanya akan selesai," jelas Ong.

Menjawab pertanyaan mengenai dakwaan penyelewengan wang Prism, Ong mengalu-alukan mana-mana pihak untuk datang melihat sendiri akaun dan penyata kira-kira yang mengandungi bukti lengkap bagi menyangkal pertuduhan tersebut.

"Saya alu-alukan sesiapa sahaja yang ingin melihat sendiri segala akaun dan penyata kira-kira Prism bagi membuktikan sejauh mana kebenaran dakwaan yang dikemukakan.

"Saya boleh buktikan perjalanan saya ke luar negara telah ditaja oleh badan-badan antarabangsa tertentu dan bukannya menggunakan duit royalti artis seperti yang didakwa Karyawan," katanya.

Persengketaan di antara Prism dan Karyawan bermula pada sekitar 2002 apabila persatuan itu melalui presidennya Datuk Freddie Fernandez menuduh badan pengutip royalti artis itu menipu jumlah bayaran royalti artis-artis tanah air.

Tidak reda di situ, Freddie pada sekitar tahun 2009 meneruskan serangan ke atas Prism yang mengaitkan kononnya penyelewengan wang royalti artis telah disalahgunakan oleh Ong untuk melancong ke luar negara.