Adsense

Sabtu, 29 Januari 2011

Zon Artis

Zon Artis


Rita Rudaini Dan Mertua Sudah Berbaik

Posted: 29 Jan 2011 06:35 PM PST

RITA RUDAINI DAN KELUARGA MERTUA SUDAH BERBAIK

Kami tumpang gembira bila mendengar yang hubungan keruh antara Rita Rudaini dan keluarga mertuanya sudah mula menjernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.

Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak pada malam Khamis lalu apabila Aidil Zafuan, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad dan Abdul Radzak Salleh untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.

Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.

Paling menyentuh hati kami bila ibu Aidil yang juga ibu mertua Rita mengatakan "Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil," sambil memeluk Rita dengan linangan air mata. Kalaulah ini dikatakan sejak dulu lagi, pastinya perselisihan faham antara mereka takkan berpanjangan.

Dalam detik-detik yang turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak itu, Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga ini permulaan yang baik untuk lebih mengeratkan hubungan antara Rita Rudaini, Aidil Zafuan dan juga keluarga kedua-dua belah pihak. Sumber berita mStar Online

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.