Adsense

Sabtu, 29 Januari 2011

Celebrity News

Celebrity News


Hubungan Rita Rudaini Dan Keluarga Mentua Kembali Jernih

Posted: 29 Jan 2011 11:01 AM PST

Walaupun apa yang terjadi ikatan keluarga tidak akan mendung sepanjang hari begitu jugalah kisahnya mengenai Rita Rudani dan keluarga Mertuanya yang kini kembali bersinar. 


Menurut info keluarga mertua dan Rita telah kembali jernih apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.


Diantara ayat yang keluar daripada ibu mertua Rita yang sudah pasti menyentuh perasaan :


"Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil," kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.


Malah Rita juga meminta maaf dengan mencium tanda hormat dan sayang sebagai seorang menantu, bagi ZoOm saat itu memang amat manis jika anda sendiri yang merasainya.


Dan Rita juga dikatakan kini mengandung 5 bulan menjemput keluarga mentua untuk melawat cucunya.




"Kalau mak dengan ayah rindu dekat Rayyan, boleh datang melawat," kata Rita yang tentunya berasa lega dengan peristiwa bersejarah itu.


Semoga Keluarga ini akan bahagia ...insyallah

Pakej Celcom Blackberry Torch Warna Merah !

Posted: 28 Jan 2011 08:31 PM PST

CELCOM Axiata Berhad, syarikat telekomunikasi terkemuka di negara ini menawarkan telefon pintar terbaru, BlackBerry Torch 9800 bernilai RM2,188 secara percuma kepada 60 pelanggan bertuah bagi pelan pasca dan prabayarnya sempena sambutan Tahun Baru China ini.
Dalam satu kenyataannya, Celcom berkata, telefon pintar edisi terhad itu akan diberikan kepada pelanggan bertuah sepanjang kempen sehingga 18 Februari depan.

BlackBerry Torch 9800 edisi terhad berwarna merah dengan sistem operasi terbaru BlackBerry 6, memberi lebih dalam jaringan sosial dan grafik yang jelas turut dilengkapi sistem GPS, Wi-Fi serta kamera lima megafiksel.
Bagi pelanggan pasca bayar, mereka perlu melanggan satu pelan BlackBerry, manakala pelanggan Celcom Eksekutif pula boleh memilih semua pelan ditawarkan antaranya, Pelan Asas BlackBerry (RM38 sebulan), Pelan Mudah BlackBerry (RM68 sebulan) atau Pelan Pro BlackBerry (RM98 sebulan).

Pelanggan prabayar boleh memperbaharui pelan bagi segmen prabayar Blackberry untuk melayakkan mereka memenangi hadiah edisi terhad itu.

Pemenang harian akan diumumkan melalui laman web www.celcom.com.my setiap seminggu sekali.

ZoOm : APa tunggu lagi...redah je :)

Artis Malaysia Mangsa Minyak Dagu Jejaka Warga Kemboja !?

Posted: 28 Jan 2011 06:46 PM PST

Kesian dan kenapalah jantan-jantan diluar sana suka benda-benda syirik ni, kerana nafsu semata-mata ada orang yang sanggup menggunakan ilmu hitam untuk kepuasan sendiri. Berita terbaru di surat khabar Metro mengatakan seorang artis sanggup meninggalkan suami dan anak serta keluarga kerana penangan seorang jejaka yang berasal daripada kemboja. Tak tahu pula jika artis yang pernah mengalami kisah gelap ini sudah berkahwin dengan jejaka kemboja tersebut atau tak.Kesian juga ZoOm baca cerita artis ni, nak tau lebih lanjut ZoOm ada sertakan berita daripada akhbar mengenai artis ini




KUALA LUMPUR: Akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang pelakonwanita drama bersiri popular membuat pengakuan pernah meninggalkansuami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seoranglelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamiltiga bulan.

Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadihamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga2009. Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turutdiserahkan kepada lelaki berkenaan.


Lebih tragis lagi, pelakon itu yang berusia 27 tahun dan hanya mahudikenali sebagai D berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wadpsikiatrik, Hospital Selayang dekat sini, selepas doktor mengesahkandia mengalami gangguan mental.

"Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorangpenghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya di Damansara atasurusan kerja.


"Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri keranasentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah adasatu daya tarikan istimewa pada dirinya.


"Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahanyang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anakuntuk tinggal serumah dengan lelaki itu di Gombak," katanya.


D berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan sepertipembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selainterpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.


"Biarpun dimaki-hamun dan dipukul saban hari, saya tidak pernahterfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya.Setiap kali saya berhasrat pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olahada satu kuasa mematikan niat saya itu," katanya.


Menurut D, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsungtidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagalmenjejaki tempat tinggalnya.


"Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melaranghubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamunmereka," katanya.


Kemuncaknya, keadaan diri D menjadi tidak keruan apabila lelaki itumenghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil namalelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.


Selepas terlantar di hospital, barulah keluarganya dapat bertemu denganD selepas dihubungi pihak hospital dan sokongan mereka membuka laluanuntuk D kembali pulih seperti sedia kala.


"Saya hanya menangis sepanjang tempoh ditahan di hospital. Ketika itu,bapa menasihati saya supaya kuat semangat dan memohon pertolongandaripada Allah.


"Bimbang melihat keadaan saya semakin parah, bapa membawa saya berjumpapengamal perubatan tradisional kerana mengesyaki saya terkena ilmuhitam," kata D.


Menurutnya, selepas berubat dengan dua pakar perubatan tradisional, diadiberitahu lelaki itu menggunakan ilmu hitam dengan mencalitkan minyakdagu pada badannya.


"Saya turut diberitahu lelaki terbabit menggunakan sihir itu untukmengikis harta ramai gadis sebelum menghilangkan diri," katanya.


D bersyukur kepada Allah kerana hasil rawatan tradisional dia semakin pulih dan kini sudah mampu melupakan lelaki berkenaan.


Bagaimanapun, perbuatan kejam lelaki itu menyebabkan rumah tangga Dberakhir apabila dia diceraikan suaminya pada penghujung tahun lalu.


"Tentunya dia marah dan kecewa dengan apa yang berlaku, tapi dia taktahu saya menjadi mangsa ilmu hitam. Kini saya sudah mampu menjalanikehidupan seperti biasa dan melupakan episod perit yang meragutkebahagiaan rumah tangga saya.


"Saya sanggup berkongsi pengalaman hidup saya kerana mahu ia menjadipengajaran kepada semua wanita. Berhati-hatilah dan jangan mudahpercaya dengan lelaki," katanya.

Story : Business Man 2011

Posted: 28 Jan 2011 05:42 PM PST

Story 1

Alkisahnye... ader 4 org sahabat baik yg teringin nk jadi kaya dan berjaya... kita gelarkan saja mrk A, B, C dan Samad... mrk pun berbincang bagaimana utk memulakan perniagaan. Setelah mencapai kata putus mrk sudi menjadi rakan kongsi dan menubuhkan sebuah bengkel kereta sbb melalui penelitian samad, bisnes bengkel kereta amat menguntungkan memandangkan pengeluaran kereta di negara ini meningkat saban tahun... So setelah mendapatkan sebuah lokasi yg sgt strategik dan men'setup' bengkel mrk sebaik mungkin, maka tiba hari yg dinanti-nantikan...mrk pun tak sabar menyambut ketibaan pelanggan mrk yg pertama.

namun saat berganti minit, minit berganti jam, tapi takder sorg pun yg datang utk merepair or menyervis kereta dibengkel mrk...

"Hairan bin ajaib ni.... takkan org tak nampak signboard kita yg besar tu... bengkel depan tu ramai plak org datang kan. B cer ko check kat bengkel tu apa yg dia ader kita takder." samad merasa gusar dan bengang.
"Bro, bengkel depan tu tools dorg canggih2 la... so mcm maner ni?" B memberikan report.

"Takper... kita beli jgk yg serupa mcm tu. Jom." Samad x puas hati... ari tu jgk mrk memasang segala peralatan yg canggih2 dlm bengkel mrk.

Tapi tunggu punya tunggu tetaplah jgk takder sorg pun customer yg dtg ke bengkel mrk... Pelik sgguh rasanya kan. Mrk berempat pun berdiri la di depan bengkel itu utk melihat kekurangan bengkel itu.
"Cat cantik, kedai luas boleh muat 5 bijik keta sekaligus tapi naper org tak masuk ek?" A kepelikkan...
"Bengkel depan tu dah mandrem kedai kita kot, tu yg org tak nmpk tu." Samad pula memberi pendapat.
"Bukanlah... aku rasa customer takleh masuk bengkel kita sbb kedai kita ni dkt TINGKAT DUA la... patutla takder org datang," akhirnya C mendapat jawapan yg tepat.... Hahahaha...


Story 2

Alkisahnye... setelah bisnes bengkel samad n rakan2nya tidak berjaya, mrk pun terus berbincang dan enggan berputus asa... A mencadangkan supaya mereka buat bisnes teksi sahaja. sebab teksi skrg satu keperluan utk kemana-mana katanya... setelah semua bersetuju mrk pun membeli sebuah teksi sebagai permulaan. lepas tu berpusing2 la mrk mencari penumpang di dalam KL... namun apalah malang nasib mereka ni kan... dari pagi sampai ke tengah hari takder sorg pun penumpang yg tahan teksi mrk... Puasla jugak mrk bertanya pada org, nak naik teksi tak... namun semua org menggeleng2 kepala je...

Namun bangang 4 ekor ni tak sedar2 jgk yg mrk berempat dah penuhkan teksi tu manalah ader

org nk naik teksi tu lagi.... goblok....


Story 3

Alkisahnye.... Setelah tension dgn bisnes teksi mrk yg tak masyuk jgk, samad pun amat bengang dan menyangka teksi itu membawa sial pada mrk... dia pun membuat keputusan utk membuang saja teksi itu ke sungai Kelang... setelah tiba di tebing sungai, mrk berempat pun menolak teksi itu masuk ke dlm sungai... tapi yg peliknya, tolak punya tolak teksi itu tak bergerak2 jgk...
"ko dah lepas handbrake blom," marah samad kepada rakan2nya...
"dahla, gear dah free, handbrake dah lepas tapi naper x boleh gerak jgk ni..."
Tolak punya tolak akhirnya mereka pun kepenatan dan terduduk di tepi teksi itu...
"Oooo... patut la x leh gerak, kitorg 2 org tolak dari belakang yg ko 2 org plak tolak dari depan... smpi mlm pun x boleh klu mcm tu," kata samad smbl tersengih-sengih malu.... hahahaha....

Memey Dan Norman Kahwin Hujung tahun ini !!

Posted: 28 Jan 2011 05:09 PM PST

Dengan confidentnya memey yakni tunang Norman memberi tahu kepada wartawan bahawa mereka akan berkahwin dalam hujung tahun 2011. Nak pilih 11.11.11 ke :) ntahlah tapi mungkin semasa tarikh yang menjadi pilihan ramai pasangan untuk melangsungkan perkahwinan.

Kalau betullah nak kahwin, kahwinlah cepat-cepat nanti makin banyak cerita tak baik diluar sana mengenai anda yang suka digossipkan.Apa-apa pun berikut "Statement" si bakal isteri Norman ni.

"Setakat ini persiapan perkahwinan kami baru saja 40 peratus siap.
"Kami juga telah ke Bandung bersama beberapa ahli keluarga untuk mencari kain, kad perkahwinan serta barangan perkahwinan lain.
"Sebenarnya persiapan itu dibuat sedikit demi sedikit agar tidak kelam kabut nanti, memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon.
"Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya 
akan bergelar isteri kepada Norman," kata Memey yang ditemui ketika penggambaran drama Bola Cinta di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, Jumaat.

ZoOm : apa kata anda ? komenlah !!