Harian Metro: Rap |
Posted: 28 Jan 2011 06:47 AM PST SEKIAN lama berteka-teki mengenai hubungannya dengan pengacara dan pelakon Qushairi atau Qi, penyanyi wanita popular masa kini, Yuna akhirnya memberi jawapan sebenar siapakah jejaka kacak itu di hatinya. Dan sebenarnya... Qi tidak lain daripada teman lelaki yang paling istimewa dalam hidup Yuna ketika ini. Lebih jauh daripada itu, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai, 23, mengharapkan hubungannya dengan Qi (disebut Chi), 34, itu akan berakhir dengan sempurna apabila sampai masanya nanti. Malah, Yuna juga tidak menolak sekiranya dia dan Qi bertemu jodoh kelak. "Saya memang sangat 'boyish' dan semua kawan saya adalah lelaki termasuk pemuzik band dulu. Tapi, saya hanya anggap mereka seperti abang angkat saya saja. Kawan perempuan pula hanyalah Wawa (pengurus).
Namun, buat masa ini, Yuna tidak mahu terlalu menghebohkan hubungannya dengan Qi kepada peminat. "Hubungan kami masih dalam fasa awal lagi dan dalam proses mengenali hati budi lagi. Bukannya kami hendak berkahwin esok atau dalam tempoh terdekat ini. Perkara itu juga masih jauh lagi kerana saya sibuk dengan album baru dan Qi juga sibuk dengan kariernya. Banyak lagi perkara lain yang saya boleh cerita dengan peminat. "Saya tidak mahu cerita peribadi diperbesarkan kerana perlu menjaga nama baik keluarga yang cukup rapat dalam hidup saya. Pada masa sama, saya tidak mahu bila cerita seperti ini dihebohkan nanti peminat hilang fokus pada karier muzik saya. Hidup saya gembira ketika ini dan ingin fokus pada karier muzik yang dicintai ini," katanya. Perkenalan Yuna dan Qi bermula ketika mereka sama-sama menjayakan program realiti Kamilah Bintang Coca-Cola pada tahun lalu. Hubungan mereka mula dihidu ramai apabila hadir bersama sedondon ketika Shout Awards!, di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur, November tahun lalu. Kedua-duanya juga sering dilihat bersama menghadiri beberapa majlis lain selepas itu. Yuna ke New York bulan depan DEMI merealisasikan impian menempa nama di persada muzik antarabangsa, Yuna terpaksa berjauhan dengan keluarganya selama beberapa bulan. "Hubungan saya dan keluarga cukup rapat terutama nenek dan datuk malah keluarga juga menyokong karier muzik saya sejak dulu. Justeru, saya tetap meluangkan masa untuk berjumpa keluarga di Malaysia dua bulan atau seminggu sekali sekalipun sibuk dengan projek album dan persembahan di luar negara," katanya. Kata Yuna, dia yakin muziknya diterima di peringkat antarabangsa. "Saya juga sudah mengikat kontrak dengan syarikat Fader Label yang berpusat di New York sebelum Krismas, tahun lalu. "Syarikat ini juga mempunyai beberapa artis antarabangsa yang lain bernaung di bawah pengurusannya. Mengikut kontrak, saya akan buat satu EP dan satu album dengan mereka," katanya. Setakat ini, kata Yuna, dia sudah merakamkan 10 lagu untuk album barunya itu. "Saya juga sudah bersedia menembusi pasaran muzik antarabangsa berdasarkan impak yang saya terima daripada peminat di sana sebelum ini. Saya juga merakamkan album Decorate di Amerika Syarikat sebelum ini. "Saya juga dapat maklum balas, orang sana juga suka lagu Gadis Semasa nyanyian saya dan mereka kata lagu itu bagus," katanya. Yuna berkata, dia akan ke New York selepas menjayakan rakaman program realiti TV Yuna Inspired, di London selama empat hari pada awal Februari ini. "Saya pernah bekerja di London dan merakamkan beberapa lagu di Kenselton Studios di sana. Dalam perjalanan, saya akan ke New York pula untuk buat rakaman album dan menjayakan persembahan sekali. Selepas itu, saya mungkin akan ke Los Angeles pula selama beberapa bulan seperti yang saya beritahu sebelum ini," katanya. Ditanya sama ada dia akan membawa pemuziknya sekali, kata Yuna, dia memang ada perancangan ke arah itu. "Buat permulaan, saya akan ke luar negara ditemani Wawa nanti. Pada masa sama, saya juga merancang untuk membawa pemuzik saya iaitu Paan atau Aidil sekali bersama-sama saya ke sana kerana mereka berada di sisi saya sejak hari pertama saya berkecimpung dalam bidang muzik lagi. "Saya benar-benar ingin membawa mereka sekali ke sana bila keadaan saya sudah kukuh di sana," katanya yang bakal mengeluarkan jenama pewangi sendiri tidak lama lagi. Teruja jayakan program sendiri, Yuna Inspired YUNA Inspired cukup bermakna buat penyanyi berbakat besar Yuna kerana akhirnya mempunyai program realiti TV sendiri. Program sebanyak 24 episod ini memaparkan Berkongsi lanjut mengenai program itu, kata Yuna yang mengakui dirinya pemalu, mengakui tidak suka menjadi perhatian ramai pada peringkat awal. "Semuanya berubah apabila ditawarkan penerbit untuk buat program ini. Saya juga tertarik untuk menjayakannya kerana ia bercerita mengenai latar belakang muzik saya serta perkembangan terkini karier muzik saya. "Program ini menceritakan cinta saya yang mendalam pada bidang muzik dan mendedahkan aktiviti belakang tabir dan penerokaan muzik di London dan Amerika Syarikat," katanya. Yuna ditemui pada majlis pelancaran Yuna Inspired Powered By DiGi, di Ampang, baru-baru ini. Tambah Yuna lagi, program realiti TV itu membolehkan dia berinteraksi dengan peminatnya. Katanya, antara aktiviti yang akan ditonjolkan dalam Yuna Inspired ialah sesi rakaman lagu dan beberapa persembahan bakal di jayakan di luar negara. "Peminat juga berpeluang berinteraksi bersama saya di laman web dan menyertai pertandingan mencipta sebaris lirik lagu baru untuk saya. Pemenang terpilih berpeluang mendapat hadiah ke konsert rahsia saya nanti. Setakat ini, saya sudah merakamkan lapan episod daripada 24 episod dari penghujung tahun lalu di Kuala Lumpur," katanya. Program realiti itu juga akan disiarkan menerusi laman sosial www.yunainspired.com pada 14 Februari, sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk mendekati dan berinteraksi dengannya. Program ini bakal disiarkan di saluran Astro Hitz TV (saluran 705) bermula 27 Februari depan. PROFIL NAMA SEBENAR: Yunalis Zarai |
Pinjaman dana bantu seni muzik Posted: 28 Jan 2011 06:39 AM PST MEMILIKI 190 ahli, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) terus cuba membantu ahlinya dengan membuka lebih banyak ruang bagi memasarkan produk seni, selain mencari jalan bagaimana menghasilkan karya terbaik dan menjaga hak cipta mereka agar tidak dicetak rompak sewenang-wenangnya. Perkembangan teknologi dan pengkomputeran menyebabkan aktiviti rakam rompak kini lebih mudah dilakukan. Menerusi kajian dan pemerhatian dilakukan RIM sendiri, ada beberapa laman web menggunakan lagu dihasilkan karyawan tempatan tanpa kebenaran untuk menarik perhatian umum dan tidak kurang menyediakan aplikasi muat turun lagu ke telefon bimbit secara haram.
Jelas Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim, antara tujuan RIM ditubuhkan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan ahli terutama membabitkan penghasilan karya dan pemasarannya. Usaha dilakukan RIM sudah mula menunjukkan perkembangan positif. Pertamanya apabila Akta Hak Cipta 1987 digubal dan memberikan penekanan kepada undang-undang hak cipta membabitkan teknologi terkini seperti laman sesawang dan muat turun lagu ke telefon bimbit.
Jelas Norman, industri muzik juga sudah banyak berubah apabila adanya pasaran secara digital. Kebanyakan artis bergerak sendiri dan tidak bernaung di bawah syarikat rakaman. Mereka ini turut menganggotai RIM. "Kami percaya seminar ini sangat berguna untuk ahli kami kerana untuk menghasilkan produk (lagu) sendiri memerlukan modal. Malah belanja untuk mempromosikannya seperti menghasilkan klip video juga besar, atas alasan ini juga Dana Industri Kreatif amat berguna buat mereka. Diharapkan dana yang disediakan ini digunakan sebaik mungkin oleh mereka," katanya. Kata Norman lagi, dengan adanya dana ini, penggiat seni dapat menghasilkan karya lebih bermutu terutama membabitkan klip video mahu dihasilkan. Ia penting bagi membantu mempromosikan lagu dihasilkan. Selain itu, ia boleh digunakan penggiat industri muzik untuk memperkembangkan lagi perniagaan dilakukan seperti membina sendiri studio. Sementara itu, menurut Timbalan Presiden Industri Kreatif BSN, Mohd Som Abu, dana diuruskan bagaimanapun boleh diperoleh dalam bentuk pinjaman bagi menjaga
"Bagaimanapun, sebelum pinjaman diluluskan, permohonan akan dinilai terlebih dulu oleh ahli jawatankuasa khas yang diketuai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Ini kerana kami di BSN tidak mempunyai kepakaran untuk menilai dari sudut teknikal. Begitupun, kami akan berusaha memastikan setiap permohonan dapat diluluskan," katanya. Katanya, pembayaran balik juga tidak terlalu membebankan kerana satu mekanisma khas telah dibuat bagi memudahkan peminjam. Kadar bunga juga rendah iaitu dua peratus pada tahun pertama dan meningkat empat peratus pada tahun seterusnya sehingga pembayaran selesai. "Ingin saya tegaskan ini adalah dana diberikan kerajaan dan bukannya pinjaman daripada pihak bank. Kita tidak akan mengenakan pembayaran sehinggalah tempoh karya dihasilkan dapat dipasarkan. Selepas itu, barulah bayaran bermula. Paling lama tempoh pembayarannya lima tahun. Bagaimanapun, sekiranya mereka tidak dapat membayar dalam tempoh itu, perbincangan dengan pihak bank boleh dilakukan," katanya. Sepanjang dana ini diuruskan BSN, pihaknya sudah meluluskan tiga permohonan pinjaman dan salah satunya kepada produksi Teater Muzikal Tun Mahathir sewaktu ia pertama kali dipentaskan. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |