Adsense

Sabtu, 29 Januari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Memey Sahkan Nikah Norman Hujung Tahun Ini

Posted: 28 Jan 2011 06:40 PM PST


KUALA LUMPUR: Pelakon Memey Suhaiza dan pasangannya Norman Hakim mengesahkan untuk bernikah hujung tahun ini.

Menurut Memey, dia dan Norman mula membuat persiapan perkahwinan termasuklah membeli barangan untuk majlis itu di Bandung, Indonesia, beberapa hari lalu.

"Setakat ini persiapan perkahwinan kami baru saja 40 peratus siap.

"Kami juga telah ke Bandung bersama beberapa ahli keluarga untuk mencari kain, kad perkahwinan serta barangan perkahwinan lain.

"Sebenarnya persiapan itu dibuat sedikit demi sedikit agar tidak kelam kabut nanti, memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon.

"Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman," kata Memey yang ditemui ketika penggambaran drama Bola Cinta di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, Jumaat.

Tambah Memey, dia berharap agar segala perancangan yang dibuat mereka berjalan lancar.

Malah Memey mengimpikan perkahwinannya nanti berkonsepkan ala taman.

"Kalau boleh saya nak majlis kami meriah, tetapi kami belum tetapkan tema warna yang sesuai. Syukur alhamdulillah, kami juga ditawar oleh beberapa penaja untuk menguruskan perkahwinan kami.

"Apa-apa pun, saya harap, selepas kami berkahwin, tiada lagi kontroversi atau timbul masalah lain," katanya yang sudah pun menjalani kursus perkahwinan.

Mereka bertunang pada 13 September 2010 .

Memey turut membintangi drama Bola Cinta bersama pelakon Ryzal Jaafar, Ainul Aishah dan Aidil Aziz dibawah terbitan Nafalia Corporation.

Drama yang telah pun memasuki musim kedua itu akan ditayangkan pada hujung bulan Mac di saluran TV2.

google: memey dan norman hakim, tarikh kahwin memey dan norman hakim, hari kahwin memey dan norman hakim, tarikh sebenar pernikahan memey dan norman hakim, memey dan norman hakim kahwin hujung tahun, hujung tahun memey dan norman hakim kahwin nikah

Keluarga Jejai Masukkan Gambar - Nora Danish

Posted: 28 Jan 2011 06:39 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish menafikan bertindak menyebarkan gambar-gambar percutiannya bersama bekas suami Rizal Ashram (Jejai) di Internet baru-baru ini dengan tujuan untuk menambah kontroversi perpisahan bekas suaminya dengan aktres jelita Fasha Sandha.

Bagaimanapun menurut Nora, dia mengakui tidak kisah tentang penyebaran gambar tersebut.

"Salah seorang ahli keluarga Jejai yang memasukkan gambar-gambar tersebut di laman Facebook bagi berkongsi kegembiraan dengan ahli keluarga yang lain.

"Pada saya ia bukan satu masalah besar sebab ia hanya gambar percutian kami dan tiada sebarang niat untuk menyakitkan hati siapa-siapa," ujarnya yang ditemui di Majlis Malam Penghargaan MIG Production, di One World Hotel, Rabu.

Nora yang dikaitkan dengan kontroversi putus cinta bekas suaminya, Rizal Ashram (Jejai) dengan aktres Fasha Sandha turut mengakui sedang dalam proses mengenali seseorang.

"Secara jujurnya saya memang sedang berkawan dengan seseorang, tapi kami masih dalam proses mengenali hati budi lagi.

"Bagaimanapun ia bukanlah seorang VVIP yang digosipkan, tetapi seorang yang dihormati oleh Jejai," katanya ringkas.

Bercerita tentang perkembangan kerjaya, Nora mengakui penah mendapat tawaran dari pihak MIG Production selepas filem Cuti-Cuti Cinta, namun dia terpaksa menolaknya kerana lebih selesa bergerak sendiri.



Gambar bercuti di Jepun bersama Jejai dan keluarga mereka. foto Ohbulan.com
'Selepas Cuti-Cuti Cinta mereka ada tawarkan untuk bekerja di bawah MIG Production tetapi saya menolak sebab buat masa ini saya lebih senang untuk bekerja sendiri.

"Sekarang saya belum menandatangani dengan mana-mana filem namun sedang meneliti sebuah tawaran filem kerjasama dengan negara jiran," katanya.

'Hero Malaya' Kutip RM60 Ribu Bantu Bob (Kuman)

Posted: 28 Jan 2011 06:38 PM PST


KUALA LUMPUR: Misi Hero Malaya yang disertai kira-kira 20 artis lelaki tanah air tercapai apabila berjaya menerima sumbangan sebanyak RM60,000 dari pasar raya Carrefour selepas melakukan aktiviti amal di pasar raya tersebut.

Kutipan tersebut bakal diserahkan kepada pelakon Bob (Kuman) atau nama sebenar Husni Rawi, 39, untuk membeli mesin oksigen dan melakukan pembedahan pintasan perut (gastric bypass).

Bob memerlukan peralatan itu akibat berat badan yang berlebihan iairu 219 kilogram sehingga menyukarkan pernafasan selain mengakibatkan komplikasi buah pinggang.

Menurut pengacara Aznil Nawawi, sumbangan yang dilakukan kumpulan yang digelar Hero Malaya itu sedikit sebanyak membantu rakan artis yang memerlukan sumbangan.

"Idea untuk mengumpul sumbangan ini pada awalnya selepas terbaca rangkaian sosial Twitter Bob yang meluahkan rintihan terhadap sakit yang dihadapinya.

"Kami yang berhubung melalui laman sembang maya Blackberry Massenger (BBM) ini akhirnya mengambil keputusan untuk membantunya sedaya yang termampu," ujarnya.

Dalam pada itu, aktiviti yang berlangsung pukul 3 petang sehingga 6 petang Jumaat itu mendapat sambutan lebih 500 pengunjung.

Seramai 20 Hero Malaya yang terdiri dari pelakon, penyanyi dan pengacara melakukan pelbagai aktiviti amal yang menggantikan tugas pekerja pasar raya tersebut.

Antara selebriti yang terlibat ialah Fazley Yaakob, Zahid AF2, Iqram Dinzly, Erry Putra, Farish Aziz, Adi Fashla, Alif Satar, Altimet, DJ NasT, Fizo Omar, Imran Ajmain, Cat Farish, Maulana, Riz Ainuddin, Zizan Raja Lawak, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Zahiril Adzim, Zoey Rahman dan Syafie Naswip.

Sementara itu, Bob (Kuman) yang ditemui menzahirkan rasa terharunya apabila mendapat kejutan daripada kumpulan Hero Malaya tersebut.

Katanya, luahan hati yang dianggap sekadar gurauan itu mendapat perhatian dari rakan artis yang lain.

"Saya tidak menyangka luahan hati saya di Twitter itu mendapat perhatian mereka. Memang saya ada berseloroh dengan meminta agar diberikan wang sejumlah itu kerana ingin membeli beberapa mesin oksigen dan melakukan pembedahan pintasan perut.

"Saya pada mulanya dijemput untuk membuat persembahan untuk hari ini (Jumaat), tak tahu menahu tentang kejutan ini," katanya dengan nada terharu.

Suria FM Labur Wang RM20,000 Untuk Pendengar

Posted: 28 Jan 2011 06:37 PM PST


PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM mengatur pelbagai program menarik pada tahun 2011 termasuk memperkenalkan peraduan 'Demam Facebook Suria' yang mempertaruhkan hadiah wang tunai sejumlah RM20,000.

Bermula 22 Januari lalu, pendengar berpeluang menyertai peraduan tersebut dengan hanya klik 'like' pada 'fan page' Suria FM dan mengemas kini gambar profil kepada logo 'I Love Suria FM'.

Syaratnya mudah, pendengar hanya perlu mengemaskinikan status asing-asing dengan memberikan pendapat terbaik tentang stesen radio itu.

Kemudian pendengar perlu mendengar Breakfast@Suria dan Suria Drive setiap hari bermula Isnin, 24 Januari hingga 18 Februari ini kerana penyampai Halim Othman, Zizi, Sharifah Shaira dan Linda Onn akan mengumumkan nama pendengar bertuah.

Selepas itu, pendengar tersebut mesti menghubungi Suria FM dalam masa 15 minit untuk memenangi wang tunai yang ditawarkan.

Nama pemenang yang terpilih setiap hari dalam dua segmen tersebut akan menerima wang tunai RM500.

Selain itu, stesen radio dengan 'tagline' 'Muzik Terbaik 90-an Dan Terbaru' itu menganjurkan program realiti 'SuriaShowDown! Band Kampus Terbaik 2011' yang terbuka kepada penuntut di institut pengajian tinggi swasta dan awam seluruh Malaysia.

Uji bakat sedang diadakan di Penang Megamall, Pulau Pinang pada Sabtu ini, East Cost Mall, Kuantan (30 Januari), The Zone, Johor Baru (5 Februari) dan Plaza Metro Kajang (6 Februari).

Dua kumpulan yang terpilih di setiap tempat akan memasuki peringkat akhir pada 26 Februari ini di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Pemenang akan membawa pulang wang tunai RM10,000 manakala tempat kedua sebanyak RM5,000 dan tempat ketiga RM3,000.

Seperti tahun sebelumnya, Suria FM turut meneruskan peraduan 'Lagu Berduit Suria FM' bermula Mac ini dengan menawarkan hadiah lumayan.

Selain itu, Suria FM untuk negeri Sabah secara rasmi akan beroperasi apabila studionya di 1Borneo Shopping Mall, Kota Kinabalu yang dikendalikan oleh Othoe dan Dudu (Lotter) secara rasminya akan keudara mulai Mac ini.

Siti Nurhaliza Dicadang Jadi Duta

Posted: 28 Jan 2011 06:36 PM PST


BANDUNG: Di sebalik hubungan Malaysia dan Indonesia yang kadang kalanya "panas", diva dari Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (gambar), dicadangkan menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu dalam usaha mengakrabkan hubungan rakyat di negara-negara Nusantara.

Cadangan itu dibuat oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) berdasarkan penerimaan besar masyarakat terhadap personaliti Siti Nurhaliza.

"Lebih baik gelar itu datang dari masyarakat, lebih baik beliau diterima masyarakat, kerana gelar itu akan menjadi abadi," kata Ketua Iswami Indonesia, Saiful Hadi Chalid ketika ditemui Bernama di sini, Jumaat.

Saiful Hadi, yang juga Ketua Pengarang Agensi Berita Indonesia, Antara, sebelum itu menyuarakan cadangan berkenaan semasa memberi ucapan awal pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) dan berharap semua pihak di Indonesia dan Malaysia dapat menerima secara positif cadangan itu.

Seminar sehari itu, yang dianjurkan oleh Iswami, dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua Malaysia Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ketika menjelaskan lebih lanjut cadangan beliau itu, Saiful Hadi berkata beliau yakin Siti Nurhaliza boleh memainkan peranan amat berkesan untuk "mendinginkan suasana" ketika berlaku krisis dalam hubungan Malaysia dan Indonesia, misalnya.

"Ketika ada isu-isu hangat, tak perlu payah-payah kita mengirim delegasi Malaysia atau Indonesia untuk menenangkan suasana, cukup dengan mengirim Siti Nurhaliza menyanyi dan mengatakan buat apa kita bermusuhan.



Diva Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin melayani soalan-soalan wartawan pada sidang akhbar di Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) di Hotel Hyatt Regency Bandung, Indonesia, pada Jumaat. Pada seminar itu Siti Nurhaliza turut dicadangkan oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) untuk menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu Nusantara. - Foto BERNAMA
"Cukup itu saja, ini akan menggugah hati orang yang hanya melihat sesuatu perkara itu dari sisi negatif," katanya.

Beliau berkata di Indonesia ada beberapa organisasi masyarakat yang mendakwa mewakili kelompok masyarakat tertentu, akan sering mengobar-ngobarkan sentimen rakyat Indonesia dengan kata-kata seperti "ganyang Malaysia" bila ada isu-isu hangat.

"Kita tahu sebahagian daripada mereka adalah orang bayaran. Kita tahu mereka itu adalah ahli-ahli politik yang mencari pentas untuk populariti," katanya.

Saiful Hadi berkata di Indonesia, Siti Norhaliza mempunyai ramai peminat kerana beliau dianggap ikon yang mempunyai personaliti yang amat positif.

Beliau menyamakan Siti Nurhaliza seperti Allahyarham Umi Kalthum yang berupaya menyatukan negara Arab melalui popularitinya sebagai penyanyi Arab, ketika ada beberapa negara Arab berkenaan saling bermusuhan suatu masa dulu.

"Ketika ada beberapa negara Arab sangat keras bermusuhan, antara Mesir dengan Arab Saudi, Yaman Utara dan Yaman Selatan saling bermusuhan, tapi ketika Umi Kalthum menyanyi, semua negara Arab menyiarkan siaran langsung, baik di radio mahupun di TV," katanya.

Siti Nurhaliza, yang juga kini seorang usahawan dan turut berada di sini, memberitahu Bernama bahawa beliau terharu dengan cadangan itu dan menganggap ia sebagai satu tanggungjawab besar.

Katanya cadangan itu merupakan suatu pengiktirafan yang amat tinggi terhadapnya dan beliau sedia memainkan peranan itu sebagai suatu tanggungjawab terhadap kemanusiaan.

"Kita sebagai manusia diberikan keistimewaan masing-masing dan kalau itu keistimewaan yang boleh Siti kongsikan bersama dengan seluruh masyarakat nusantara, Siti melihat ke arah satu sudut yang positif," katanya. - BERNAMA

Gandingan Zizi, Halim & Shiera Kukuhkan Suria FM

Posted: 28 Jan 2011 06:35 PM PST


PETALING JAYA: Idea menggandingkan tiga penyampai radio iaitu Halim Othman, Zizi dan penyampai baru, Sharifah Shahira (Shiera) di stesen Suria FM dianggap sebagai suatu trend stesen radio masa kini.

Ketua Pegawai Penyiaran, Suria FM, Yusry Abu Samah berkata pemilihan aktres wanita popular itu untuk mengemudi segmen pagi iaitu 'Breakfast@Suria' pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5 hingga 10 pagi bermula Isnin ini diharapkan dapat menjadikan stesen radio itu lebih versatil.

"Kami memilih Shiera berdasarkan undian yang dilakukan kepada pendengar. Selain itu kami menetapkan untuk memilih penyampai baru dari latar belakang selebriti setelah meneliti kajian dari semua rangkaian stesen radio yang kebanyakannya memilih golongan selebriti sebagai penyampai.

"Kami juga merasakan idea ini mampu memberikan suasana ceria kepada pendengar dan membantu mengekalkan kesetiaan mereka untuk mendengar segmen seterusnya," kata Yusry ketika sidang media pengumuman Shiera sebagai anggota baru Suria FM di Studio V, One Utama, di sini, Jumaat.

Tambahnya: "Selain itu, kami ingin seimbangkan dari segi jantina penyampai segmen itu yang sebelum ini kedua-duanya lelaki. Jadi, sebab itu kita mencari 'sekuntum bunga'. Lagipun pendengar kita terdiri daripada lelaki dan wanita.

"Shiera juga dilihat seorang yang versatil dan mempunyai disiplin yang bagus."

Dalam pada itu, Halim dan Zizi yang sebelum ini digelar sebagai 'The Kerinting Bro' telah membubarkan nama tersebut dan menggantikan nama baru iaitu 'The Kerinting 3' selepas kemasukan Shiera. Ini kerana rambut ketiga-tiga mereka kerinting.

Bertanya tentang reaksi kedua-duanya tentang penyertaan ahli keluarga baru dalam segmen tersebut, ternyata mereka memberikan reaksi yang positif sekali gus mengalu-alukan kehadiran Shiera.

"Saya melihat Shiera seorang yang sangat versatil setelah menontonnya dalam beberapa program di televisyen. Jadi, saya berharap dia dapat menjadikan karier ini sebagai medan untuk menonjolkan bakatnya.

"Pendengar juga dapat mendengar suara wanita pada waktu pagi. Setakat ini, kami telah berbincang dari segi topik yang akan dibualkan dan memberikan panduan kepada Shiera tentang waktu dia boleh bercakap pada masa-masa tertentu," ujar Halim.

Mila Jirin Rasai Susah Payah Jadi Artis

Posted: 28 Jan 2011 06:34 PM PST


KUALA LUMPUR: Pengalaman empat tahun dalam industri seni dilalui oleh penyanyi tersohor, Nursyarmilla Jirin atau dikenali sebagai Mila dengan pelbagai situasi termasuk pencapaian mengadakan persembahan di luar negara iaitu United Kingdom dan Bulgaria.

Penyanyi lagu Persis Mutiara ini akui industri seni banyak memberikan perubahan dalam hidupnya dalam mengajar dirinya tentang jatuh bangun sebagai anak seni.

"Banyak perkara yang saya belajar dalam kehidupan sebagai artis seperti cara mengendalikan acara, berjumpa dengan orang atasan, peminat dan sebagainya.

"Saya juga mencuba menulis lirik untuk album terbaru saya iaitu lagu berjudul Bebas," katanya yang melancarkan album terbaru berjudul Mila Jirin di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), di sini, Khamis.


Menyentuh tentang album keduanya bernilai RM120,000 itu, ia memuatkan lima buah lagu baru iaitu Bebas, Malu-Malu, Luahan Hati, Kata Hati dan Kasih Yang Terdampar dan tiga buah lagu bonus iaitu Aku Lebih Tahu Remix, La Ober dan Siapa Tak Perlu Cinta.

Mila menggunakan khidmat beberapa komposer hebat tanah air seperti Ajai, Aidit Alfian dan Amir untuk album berkonsepkan Pop Moderate di bawah terbitan MJ Panacea Records Sdn Bhd dengan kerjasama Erama Records Sdn Bhd.

"Alhamdulillah dengan terhasilnya album ini di pasaran, saya berharap ia diterima oleh peminat. Selain dimuatkan dalam album fizikal, peminat juga boleh mendapatkan album saya dalam bentuk digital.

"Kelainan dalam album ini adalah dari segi pemilihan lagu dan cara nyanyian. Kualiti menjadi keutamaan dalam semua aspek penerbitan album ini termasuk menggunakan live strings," katanya mengenai album yang dijual di pasaran mulai Khamis lalu.

Menerusi kad prabayar digital yang diedarkan oleh Erama Records dengan harga RM15, peminat boleh memuat turun lagu, klip video dan wall paper.

Selepas ini, duta produk UMW Toyota, Lot 100 Gummy, Maxis, Biotherm, Loreal, Mamee Slurpp dan Clenx Herbal Tea ini merancang untuk membuat promosi jelajah albumnya di beberapa pusat membeli-belah sekitar Semenanjung Malaysia.

Juara Akademi Fantasia musim kelima ini turut menyampaikan lagu-lagu baru dari albumnya dalam sebuah showcase pada majlis pelancaran yang dihadiri oleh ibu dan bapanya, Pengerusi Erama Records, Datuk Md Afendi Hamdan dan rakan artis iaitu penyanyi Dafi, Heliza, Noni AF dan pelakon Tam.

Sebelum ini, Mila pernah menyertai pertandingan akhir Open Mic UK di Manchester, United Kingdom pada Disember 2010 dan 'Festival Muzik Pop Antarabangsa Discovery Ke-17' di Bulgaria pada 2008.

google: mila af, album baru mila af, lagu baru mila af, terkini terbaru mila af, single terbaru mila af, download single terbaru mila af, mp3 single terbaru mila af, lagu baru mp3 mila af, lirik album baru mila af, tarikh album mila af di lancar, mila af, gambar terbaru mila af, gambar terkini mila af, foto terkini terbaru mila af. gosip terbaru terkini mila af

Gambar Aktivti Hero Malaya Di Carrefour Wangsa Maju

Posted: 28 Jan 2011 06:31 PM PST

Sumber: Rotikaya










google: hero malaya carrefour wangsa maju, gambar sekitar hero malaya carrefour wangsa maju, gambar terbaru hero malaya carrefour wangsa maju, gambar terkini hero malaya carrefour wangsa maju, majlis aktiviti hero malaya carrefour wangsa maju, pelakon terlibat hero malaya carrefour wangsa maju, foto terkini terbaru hero malaya carrefour wangsa maju, berita hero malaya carrefour wangsa maju, cerita hiburan hero malaya carrefour wangsa maju, hero malaya carrefour wangsa maju promo, berita terbaru terkini hero malaya carrefour wangsa maju