Adsense

Sabtu, 29 Januari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Cabar diri jadi Kato

Posted:

Cabar diri jadi Kato

Cabar diri jadi Kato



JAY CHOU - adi wira, bahasa Inggeris dan seni mempertahankan diri adalah tiga subjek yang begitu asing bagi dirinya.

Namun menerusi penglibatan perdananya sebagai aktor di Hollywood, dia mencabar diri sendiri untuk menjadikan tiga subjek tersebut sinonim dengan dirinya.

Ternyata cabaran yang diambil saat bersetuju untuk membintangi filem bikin semula The Green Hornet itu memberi pulangan yang bernilai buat dirinya.

Cukup teruja mempromosikan filem terbarunya itu, Jay bercakap tentang penglibatannya dalam filem arahan Michel Gondry yang menggandingkannya dengan Seth Rogen dan Cameron Diaz.

Apa yang menyebabkan anda menerima tawaran ini? Apa yang anda tahu mengenai The Green Hornet dan Kato?

JC: Kerana filem ini lahir sewaktu generasi bapa saya. Kato adalah adi wira kegemarannya. Sewaktu saya mendapat tawaran ini, saya menelefon dia dan dia cukup gembira kerana saya bersetuju untuk memainkan karakter Kato. Lagi pun saya sudah lama mahu menjadi adi wira. Jadi apabila ada peluang, saya tak mahu melepaskannya.

Kato sebelum ini cukup popular di tangan Bruce Lee. Kato juga menjadi karakter pertama yang memperkenalkan Bruce Lee kepada Hollywood. Anda melihat persamaan anda dan Bruce Lee?

Saya cuba melarikan Kato daripada Bruce Lee. Lagipun saya tidak layak untuk dibandingkan dengan Bruce Lee. Dia seorang legenda dan tiada siapa boleh menggantikan tempatnya. Ini Kato versi saya. Saya bermain muzik, jadi dalam versi ini, Kato bermain piano. Ya, saya telah membawa Kato dalam versi saya. Saya mahu menjadi Kato, bukan menjadi Bruce Lee.

Sewaktu bersetuju memainkan karakter ini, apa yang anda takutkan? Adakah anda takut tentang kebolehan anda bertutur bahasa Inggeris?


ANTARA babak menarik dalam The Green Hornet. Jay Chou (belakang) dan Seth Rogen.


Ya, pada awalnya saya takut. Takut saya tidak mampu membawa karakter ini, terutama berbahasa Inggeris, bahasa yang cukup asing bagi saya. Tapi saya adalah orang yang suka mencabar diri sendiri. Akhirnya saya berjaya melawan cabaran itu.

Kejayaan sesebuah filem komedi selalunya bergantung kepada intonasi mereka. Untuk anda yang pertama kali berbahasa Inggeris, adakah anda selesa? Sedangkan anda tidak faham 100 peratus apa yang anda tuturkan.

Saya boleh katakan 30 peratus saya selesa. Sebenarnya saya suka bahasa Inggeris dan selalu ingin mempelajarinya. Tapi tak pernah dapat sehingga saya terbabit dalam filem ini. Kini saya mampu berbahasa Inggeris hanya dalam tempoh masa sebulan dan berani saya katakan, saya faham sebanyak 30 peratus apa yang saya tuturkan sekarang.

Maksudnya anda memang tak tahu berbahasa Inggeris langsung sebelum ini?

Ya. Saya hanya tahu bercakap bahasa pasar dalam bahasa Inggeris. Tetapi untuk filem ini, saya menghabiskan masa tiga jam sehari untuk menghafal skrip dan memahami maksud dialog saya. Jika khalayak menonton filem ini, mereka akan menyangka saya fasih berbahasa Inggeris, sedang hakikatnya tidak. Malah Seth dan Cameron selalu mempermainkan saya.

Jadi bagaimana rasanya berganding dengan Seth Rogen. Adakah dia banyak membantu?


SEBAGAI adi wira, mereka dibantu oleh sebuah kenderaan khas.


Saya suka bekerjasama dengan dia. Dia banyak membantu. Dia adalah guru bahasa Inggeris saya. Malah jika ada perkataan yang sukar untuk saya sebut, dia akan tukarkannya kepada yang lebih mudah kerana dia juga adalah penulis skrip filem ini. Ya, dia sangat banyak membantu saya dan dia juga seorang yang cukup kelakar.

Sukar atau tidak memainkan karakter Kato, seorang adi wira yang handal berlawan?

Sebenarnya sukar kerana saya tidak pernah mempunyai latar belakang dalam bidang seni mempertahankan diri. Apa yang saya lakukan hanya berbekalkan minat saya terhadap lakonan Jet Li dan Jackie Chan dan kecintaan saya terhadap seni kung fu. Itu sahaja bekalan buat saya menghidupkan karakter Kato.

Anda rasa kenapa khalayak akan menyukai filem ini?

Kerana hero filem ini bukan mempunyai kuasa luar biasa, tapi mereka adalah manusia biasa yang menjadi luar biasa.

Selepas filem ini, adakah kebarangkalian anda akan terus menjadi aktor di Hollywood jika mempunyai peluang?

Sebenarnya saya lebih cintakan bidang nyanyian berbanding lakonan. Jika The Green Hornet mempunyai sekuel, saya akan kembali ke Hollywood. Dan saya lebih berminat jika boleh terlibat dalam sebuah muzikal.


KATA Jay Chou, dia hanya mahu menjadi Kato, bukan meniru Bruce Lee.


Adakah sukar seorang pendatang dari Asia menerobos pasaran Hollywood?

Pada saya, ya, terutama dalam bidang hiburan.

Tapi aktor seperti Jet Li dan Jackie Chan telah membuktikan mereka mampu?

Mereka mampu masuk pasaran Hollywood kerana kepakaran dalam seni pertahankan diri. Jika saya mahu terkenal di Hollywood, saya mahu terkenal lebih atau berbeza daripada apa yang sudah ada.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Dihangatkan Sarimah Ibrahim

Posted:

Dihangatkan Sarimah Ibrahim

Dihangatkan Sarimah Ibrahim

Oleh FAIZAL SAHARUNI
faizal.saharuni@kosmo.com.my


KOLABORASI Esma dan Elly sebagai Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah.


MENERAJUI watak mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu usia remaja dalam Muzikal Tun Mahathir 2, lakonan Ezany Nizarif pada malam awal pementasan teater itu dianggap kurang memperlihatkan penyatuan bersama pasangannya, Misha Omar yang menjadi pembawa karakter Tun Dr. Siti Hasmah pada zaman sama.

Atmosfera itu jelas terpancar saat penterjemahan babak berlatar belakang Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura sekitar tahun 40-an. Lenggok badan dan pertuturan Ezany dilihat sukar menampakkan keserasian dengan gandingannya. Ada waktu, dia seperti kekok.

Malah, tidak ketinggalan, gayanya terlihat seperti dibuat-buat.

Tidak lekas melatah atau jauh sekali melenting dengan komen diluahkan buatnya, Ezany mengaku bahawa dia ingin terus memperbaiki diri pada pementasan malam-malam seterusnya.

"Sudah menjadi lumrah apabila pemain seni apatah lagi baru memijakkan kaki di gelanggang teater diberi beragam pandangan baik positif atau negatif.

"Saya sebenarnya ditawarkan melakukan pementasan ini pada saat akhir bagi menggantikan pelakon pada musim pertama.

"Pada mulanya, saya akui bimbang untuk peluang ini. Namun, kalau saya tidak sahut cabaran, maka saya akan menjadi seorang insan mengaku kalah sebelum berjuang. Semangat ini semahunya saya cuba elakkan sebagai pelakon.

"Kalau hendak dibandingkan dengan pementasan terdahulu, sesi latihan untuk saya kali ini agak singkat dengan tempoh dua minggu.

"Saya sepatutnya tidak menghadapi masalah bagi memupuk keserasian bersama Misha kerana kami sudah lama mengenali antara satu sama lain. Ia sebenarnya memudahkan lagi setiap adegan yang kami lakonkan.

"Begitupun, sebagai pelakon, saya ingin terus meningkatkan kualiti persembahan sambil memperbaiki beberapa kelemahan termasuk keserasian bersama Misha di atas pentas selepas ini," perlahan kata Ezany ketika ditemui pada malam pertama pementasan Muzikal Tun Mahathir 2 di Istana Budaya, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidak hanya itu, selain Ezany, pelakon dan penyanyi jelita, Elly Mazlein yang kali pertama terbabit dalam teater berskala besar itu juga berdepan kesulitan tertentu semasa menginterpretasi lakonannya sebagai bekas wanita pertama negara.

Paling jelas, awal kehadirannya, Elly masih kurang fasih bertutur dalam loghat Kedah.

Terpaksa mencuri waktu panjang, Elly pada penghujung babak baru dapat menyerapi 'roh' Tun Dr. Siti Hasmah. Prestasi Elly dianggap kurang memuaskan berbanding lakonan pernah ditonjolkan Erra Fazira yang sebelum ini memegang karakter sama pada pementasan Muzikal Tun Mahathir sulung. Namun, percubaan berani wanita itu harus dipuji.

Dalam pada itu, Misha yang sebagai Dr. Siti Hasmah pada zaman remaja ditafsir tidak menghampakan.

Biar masih banyak aspek perlu dipelajari dalam asas lakonan, penyanyi berusia 29 tahun itu bagaimanapun berjaya memikat hati audiens dengan gaya bersahajanya. Sedikit sebanyak, Misha mampu mencurah impak buat teater muzikal itu.


KEMUNCULAN Misha mampu mencurah impak


Mengulas tentang individu mengepalai Muzikal Tun Mahathir, aktor tinggi lampai, Esma Daniel ternyata masih mengekalkan momentum pernah dipertontonkan sewaktu pementasan pertama tahun lalu.

Sebaik sahaja kelibatnya disaksikan di Panggung Sari, dia pantas sahaja meraih sorakan penonton. Justeru, pemilihan Esma sebagai Dr. Mahathir dirumuskan paling tepat.

Selain Esma, Ezany, Elly dan Misha, teater yang digarap oleh Rosminah Tahir dengan naskhah ditulis oleh Ismail Kasan itu turut diisi dengan penglibatan deretan nama pelakon popular tanah air.

Antaranya ialah Datuk Jalaludin Hassan, Azean Irdawaty, Diana Johor, Mazhar Mahathir, Zaifri Husin, Rosli Rahman Adam dan Nizam Yamim.

Dalam suasana peminat mula dilanda kebosanan beberapa babak disaluti pada teater muzikal itu, Sarimah Ibrahim yang membawa watak pencerita sebaliknya berjaya menghangatkan panggung dengan gelagat mencuit hatinya.

Malah, kemunculan figura itu umpama ditunggu-tunggu selepas muncul pada awalnya dengan persembahan bercorak humor.

Ditawarkan pengarah untuk membuat penampilan dalam 15 babak membuatkan penyanyi terkenal dengan lagu Kini Kau Tiada itu menggunakan kesempatan diberi dengan sebaik mungkin.

Bayangkan, dari awal kemunculan hingga penghabisan, dia membuatkan penonton ketawa dengan hanya dibantu kostum bersesuaian babak.

"Pengarah teater ini memberi sepenuh kebebasan kepada saya bagi menjayakan 15 babak. Semua adalah idea saya sendiri.

"Sekadar ingin berkongsi, setiap babak saya hasilkan skrip agar ia terlihat seperti drama pendek. Malah, saya menukar 15 helai pakaian semata-mata ingin menampilkan kelainan terhadap setiap satunya.

"Antara babak ditonjolkan termasuk pelajar berketurunan Cina yang jatuh cinta dengan Tun Dr. Mahathir sewaktu berada di institusi pengajian tinggi.

"Namun, tidak semua babak berunsur komedi kerana saya turut menampilkan sindiran menerusi perkahwinan campur,"jelas Sarimah yang pada awalnya dihambat gemuruh sebelum naik ke pentas.

Mengambil masa selama sembilan hari melakukan latihan, Sarimah mengaku saat diberitahu produksi CTRA Production untuk melibatkan diri pada Muzikal Tun Mahathir 2, jiwanya meluap-luap menyatakan persetujuan tanpa berfikir panjang.

Itu kerana darah merah mengalir dalam tubuhnya sentiasa dibalut dengan semangat kecintaan kepada Dr. Mahathir.


EZANY dan Misha mampu memberikan mutu lakonan yang lebih baik.


"Saya sebenarnya lebih suka berlakon. Namun, entah kenapa pengarah di negara ini jarang memberi peluang kepada saya dalam produksi mereka. Dengan pembabitan dalam Muzikal Tun Mahathir 2, saya ingin membuktikan kepada orang lain bahawa saya berminat menjadi pelakon. Tidak ramai yang tahu tentang kesukaan saya ini.

"Bercakap semula tentang teater ini, saya sempat melakukan kajian dan pemerhatian mengenai kisah hidup Dr. Mahathir. Paling mengejutkan, saya dapat idea menarik ini menerusi mimpi baru-baru ini. Ia sungguh tidak disangka," akui Sarimah yang juga menggayakan rambut palsu bagi memenuhi gaya seorang wartawan penyiaran kurang siuman.

Sepanjang dua jam setengah pelayaran teater muzikal itu, kesimpulannya bahawa bukan mudah untuk mengadaptasi pengkisahan tokoh tertentu.

Seantero dunia sedar kehebatan Dr. Mahathir yang punya relung kehidupan personal dan politik penuh warna. Fakta semata-mata ditafsirkan tidak mencukupi kerana ia bukan penyukat utama.

Meskipun ada sedikit sebanyak kehebatan figura berusia 85 tahun itu hilang dalam rantaian kisah hidup beliau yang semuanya hendak di bawa ke pentas serentak, hakikatnya, pujian harus dilayang buat seisi krew produksi Muzikal Tun Mahathir yang sanggup bergolok gadai merealisasikan teater bersejarah itu.

Muzikal Tun Mahathir 2 dipentaskan bermula 21 hingga 30 Januari ini pada pukul 9 malam.

Bagi peminat yang belum berpeluang menyaksikan karya yang mengangkat laluan negarawan terbilang dalam wadah seni itu boleh membeli tiket berharga RM32, RM52, RM82, RM102, RM152, RM302 dengan menghubungi talian 03-40265558 atau melayari www.ticket2u.biz.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Duet Cinta Laura, Guy Sebastian

Posted:

Duet Cinta Laura, Guy Sebastian

Duet Cinta Laura, Guy Sebastian


CINTA LAURA


WALAUPUN sibuk dengan dunia lakonan, artis muda yang juga baru muncul dengan album perdananya, Cinta Laura, kini tidak menunggu lama untuk sukses sebagai penyanyi.

Dia kini muncul dengan duet bersama juara Australian Idol 2003, Guy Sebastian menerusi lagu Who's That Girl yang menurut Laura, lagu tersebut sedang hit di negara kanggaru itu.

Menurut Laura, lagu tersebut berkisah tentang Guy yang sedang keluar bersama teman-teman terpaut hati dengan seorang gadis, dan gadis tersebut adalah Laura.

Selain berduet, mereka juga merencana untuk membuat video klip. Namun hingga sekarang video klip lagu tersebut masih belum dapat dilakukan kerana Guy terlalu sibuk. Mereka merencana video klip itu dibuat di Bali.

"Guy sekarang tinggal di Los Angeles dan dia sangat sibuk. Jadi apabila dia punya masa, begitu juga saya, barulah kami boleh melakukan video klip tersebut di lokasi yang kami rancang iaitu di Bali.

"Mungkin jika bukan bulan depan, klip ini akan dibuat pada bulan Mac. Kita tengok nanti macam mana," kata Cinta.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.