Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ramai Artis Puas Hati dengan Aquila Emas

Posted: 29 Jan 2011 10:07 PM PST

AQUILA EMAS MEMPERKENALKAN BARISAN ARTIS DAN PERANCANGANNYA UNTUK SESI 2011

Agensi pengurusan artis serta perunding pembangunan dan pemasaran bakat Aquila Emas telah mengadakan majlis memperkenalkan artis-artis dibawah naungannya untuk sesi 2011 yang diadakan di Bangkok Connexion, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Mereka adalah Ainul Aishah, Airis Yasmin, Amar Delon, Hafiz Halim, Hafidzuddin Fazil, Tengku Adrian, Tony Eusoff, Zed Zaidi, Zizan Nin dan yang terkini adalah Qimi Bakri.

Aquila Emas

Menurut Pengarah Urusan Aquila Emas, En Syarizan Md Isa beliau amat berpuas hati dengan pencapaian peribadi setiap artisnya sepanjang tahun 2010.

"Artis Aquila Emas telah melangkah ke satu peringkat yang lebih baik dimana pelakon terkenal seperti Ainul Aishah kini boleh menulis lirik dan menjadi komposer melalui dua single yang dilancarkannya pada tahun lalu, manakala Tony Eusoff pula sedang giat menjalani latihan teater muzikal 'Terima Kasih Cinta' yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada Februari 2011. Ini menunjukkan perubahan positif terhadap kerjaya mereka yang selama ini hanya tertumpu pada bidang lakonan sahaja."

"Manakala artis Aquila Emas yang lain seperti Zed Zaidi telah berjaya mengembangkan perniagaannya dengan membuka francais Papa Rich di Heritage Row, pelakon dan pengacara Zizan Nin juga telah melangkah ke dunia teater dan kembali ke layar perak, manakala Diana Johor pula telah menerbitkan drama untuk siaran TV3" menurutnya lagi.

"Bagi tahun 2011, artis Amar Delon telah diberi kepercayaan oleh pihak Tall Order Production untuk mengarah, menulis skrip dan berlakon untuk drama rantaian RTM akan datang. Beliau juga terlibat dalam penggambaran filem 'Chow Kit' terbitan Primeworks Studios yang turut melibatkan artis Aquila Emas yang lain seperti Airis Yasmin, Lana Nodin dan Yasmin Hani" katanya lagi.

Aquila Emas juga mempunyai agenda tersendiri untuk tahun 2011. Dengan berbekalkan pengalaman menguruskan artis semenjak beberapa tahun lalu, Aquila Emas ingin bergiat aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan bagi memupuk nilai-nilai positif di kalangan masyarakat. Antara aktiviti kemasyarakatan yang telah dianjurkan dan disertainya adalah Kempen Menderma Darah 1 Komuniti Ke 1 Komuniti serta kempen 10,000 Expression of Green KL baru – baru ini.

Menurut Tony Eusoff, beliau amat berpuas hati dengan pengurusan Aquila Emas yang banyak membantu serta memberi khidmat nasihat dalam karier seninya.

Manakala bagi pelakon Zizan Nin yang merupakan artis terawal menyertai Aquila Emas berkata beliau sangat menghargai pengurusan Aquila Emas yang telah memantau perkembangan kerjayanya sejak beberapa tahun yang lalu.

Malah Ainul Aishah serta Zed Zaidi turut bersetuju agar lebih ramai artis menyertai Aquila Emas untuk pengurusan kerjaya seni yang lebih professional dan berwawasan.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah rakan media, ahli Celeb Nexus, rakan media sosial Facebook dan Twitter serta rakan penaja. Majlis turut diserikan dengan persembahan artis Aquila Emas.

Aquila Emas

Aquila Emas

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Majlis Ramah Mesra Bersama Artis Aquila Emas
  • Artis Aquila Emas & Celeb Nexus Jayakan Kempen Derma Darah
  • Airis Yasmin, Nazim Othman dan Tania Zara Artis Baru Aquila Emas
  • Majlis Sidang Media & Pra Pelancaran Celeb Nexus Komuniti Premium
  • Gambar Tania Zara Pelakon Pembantu Dalam Drama Kekasihku Seru
  • Mini Karnival Tari Tirana
  • Fouziah Gous Bergaun Emas di Red Carpet FFM23
  • Ainul Aishah Muncul Single Terbaru Don't Worry Honey
  • Profile Raja Farah Pelakon Drama Gadis Dari Bintang
  • Gossip Artis Tak Puas Hati Mahu Sebar Gambar Bogel
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Sinopsis Filem Songlap

    Posted: 29 Jan 2011 07:38 PM PST

    Syarikat Produksi: Red Films Sdn Bhd
    Judul filem: Songlap
    Tahun Produksi: 2010
    Jenis filem: Drama / Aksi
    Durasi: 100 minit
    Bahasa: Bahasa Malaysia
    Tarikh di pawagam: 2011

    Tenaga Produksi
    Penerbit Eksekutif: Ahmad Puad Onah / Lina Tan / Lee Mee Fung
    Penerbit: Lina Tan
    Penerbit Penyelaras: Aileen Seet
    Pengarah: Effendee Mazlan / Fariza Azlina Isahak
    Lakonlayar: Fariza Azlina Isahak
    Pengarah Fotografi: Haris Hue Abdullah / Siew Ming Chai
    Penyunting: Wong Hui Lynn
    Penata Seni: Angie Choo
    Jurusolek: Susan Chaopradith, Jenny Kon
    Penata Busana: Muhammad Sharezzahadi Koh
    Pengurus Produksi: Karen Kuek / Nazreen Hara Raj
    Penolong Pengarah: Umi Salwana Omar

    Pelakon Utama
    Shaheizy Sam - Adam Besar (Am)
    Syafie Naswip - Adam Kecil (Ad)
    Sara Ali - Hawa

    Pelakon Pembantu :
    Omar Abdullah - Pak Din
    Rozie Rashid - Mak Minah
    Normah Damanhuri - Rita
    Hasnul Rahmat - Abang Mat
    Eliza Wong - Mama
    Berg Lee - Ah Keong
    Khirilridzuan - Hamzah
    Ayam Fared - Toyol
    Izzue Islam - Razak
    Fang Chyi - Ah Fong
    Charlene Meng Si Shi - Mei Mei

    Penampilan Khas
    Fauzi Nawawi - Chipun
    Rashidi Ishak - Man Remos
    Raja Nor Baizura - Kak Jah
    Eizlan Yusof - Yuppie Hubby
    Lisdawati - Yuppie Wife
    Nasir Jani - Cabdriver
    Kenji Sawahii - Dr Lee

    Songlap Teaser poster

    Sinopsis SONGLAP

    Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Mohd. Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

    Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

    AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

    Apabila adik RAZAK, HAWA (Sarah Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

    Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

    Latar Belakang Red Films
    Red Films diasaskan pada tahun 2004 oleh Red Communications, sebuah syarikat penerbitan filem.

    Red Films diterajui sekumpulan karyawan filem yang berdedikasi dalam menjalankan usahasama dengan pengeluar dan pengarah filem di Malaysia dan serantau, dalam memajukan dan menerbitkan cerita untuk tatapan penonton dunia. Red Films amat teliti dalam setiap projek filemnya, dan menilai setiap filemnya atas dasar artistik, kesesuaian dan keunikan kualiti.

    Laman Web : www.songlapmovie.com

    Movie Still Songlap

    Movie Still Songlap

    Movie Still Songlap

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Filem Songlap Lakonan Shaheizy Sam Tamat Pengambaran
  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Filem Mukhsin Menang 2 Anugerah!
  • Sinopsis Filem Pocong 2
  • Filem Indonesia Kangen Lakonan Bunga Citra Lestari & Rueben Elsihama Hadju
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 4
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan