Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar HAIZA di Pelancaran Single Terbaru SEMALAM

Posted: 28 Feb 2012 07:39 PM PST

Pada jam 3 petang semalam, Budiey bergegas ke Majlis Pelancaran Single Terbaru Haiza berjudul SEMALAM yang diadakan di Red Box Ria Sogo. Ini kali pertama Budiey dijemput untuk ke majlis anjuran Haiza yang bernaung di bawah syarikat pengurusannya iaitu My Own Entertainment Management (MOEM).

VIDEO HAIZA NYANYI LAGU SEMALAM

MOEM ditubuhkan pada tahun 2010 dan menguruskan aktiviti seni Haiza seperti nyanyian, pengacaraan, lakonan dan penerbitan album. Sedar tak sedar, Haiza kini sudah pun 17 tahun dalam bidang seni suara.

Haiza

Lagu Semalam telah pun berkumandang di di stesen radio sejak pertengahan Januari 2012, tetapi ianya tidak secara rasmi. Maka, kerana itu diadakan majlis pelancaran hari ini serentak dengan tayangan video klip untuk lagu Semalam yang diarahkan oleh Shuhaimi Lua daripada Tanah Beris Productions. Sebuah klip video yang sangat santai Budiey kira dan ia mencerminkan apa yang nak disampaikan oleh Haiza kepada pendengar. Lagi gempak apabila pelakon Zain Saidin menjadi model lelaki dalam video ni.

Setakat ini, sudah single ini sudah terjual lebih 500 unit melalui pembelian secara terus dan secara online.

Di majlis santai ini juga, Haiza turut memberi penghargaan kepada pihak yang banyak membantu dalam menjayakan majlis ini iaitu Red Box Ria, Hotel UiTM Shah Alam, komposer Semalam iaitu Nawfas dan lirik pula oleh Azlan Supardi serta lagu Marilah Pada Ku oleh Omar K, Audi Mok dan lirik oleh Zel Firdaus serta syarikat Jamu Mak Dara.

Kenapa perlu beralih angin kepada irama Pop Komersil? Itu soalan utama yang diterjah kepada Haiza. Ya, nama Haiza rasanya dah sebati dengan lagu-lagu Dangdut dan sebelum muncul dengan "Semalam", Haiza telah melakukan pelbagai kajian tentang selera pendengar di negara ini bagi memastikan lagu itu diterima peminat.

Di sidang media, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin menjelaskan tidak akan meninggalkan muzik dangdut yang diperjuangkannya selama ini walaupun muncul dengan single genre pop. Oleh kerana itu, dia masih memasang impian untuk menghasilkan sebuah album dangdut pada masa hadapan.

"Jujurnya jiwa saya masih melekat dengan muzik dangdut. Tetapi pada masa sama saya perlu mengikut perubahan semasa dan kehendak pendengar yang mahukan sesuatu yang lain. Kemunculan album single berjudul "Semalam" adalah usaha dalam memikat hati pendengar selain ingin mencuba sesuatu yang baru dalam karier saya,"

Tambahnya, walaupun masih mencintai muzik dangdut dia perlu membuang egonya demi memastikan perjalanan karier seninya seiring dengan keadaan semasa industri muzik.

"Saya telah melakukan sehabis baik untuk "Semalam" dengan meletakkan ego saya jauh-jauh walaupun sebenarnya ingin merakamkan lagu berentak dangdut. Selebihnya terpulang kepada penilaian pendengar sama ada ingin menerima atau tidak," ujarnya.

Dalam pada itu, Haiza berkata dia tidak mahu terus menyalahkan pihak stesen radio yang enggan memutarkan lagu genre dangdut sebaliknya mengikut kehendak mereka.

Haiza memberitahu dia percaya pihak stesen radio mempunyai alasan tersendiri mengapa enggan memutarkan lagu-lagu berkenaan.

"Kalau asyik menyalahkan mereka kita juga rugi sebaliknya lebih baik kita kaji mengapa mereka berbuat demikian. Atas dasar itu juga saya muncul dengan genre pop tetapi masih menyelitkan sedikit elemen dangdut di dalamnya dengan memberikan nafas baru. Saya harap masih akan ruang untuk lagu saya diputarkan di stesen-stesen radio popular di negara ini,"

Dia juga gembira apabila single itu telah berjaya dijual sebanyak 500 unit secara dalam talian dan ketika mengadakan persembahan. Haiza berkata, itu adalah petanda baik buat dirinya yang sebelum ini telah bertungkus lumus memastikan hasil kerjanya diterima. Sementara itu, Haiza berkata dia turut menggunakan medium laman Youtube sebagai salah satu cara untuk mempromosikan lagu.

"Sebagai seorang penyanyi yang telah 17 berkecimpung dalam dunia hiburan, saya perlu cepat dalam memikirkan idea-idea baru dan bergerak sendiri untuk tampil dengan perkara segar bagi menarik minat pendengar."

Selain lagu "Semalam" ciptaan Nawfas dan lirik Mawar Putih itu, album mini terbaru Haiza akan turut memuatkan lagu "Marilah Padaku" ciptaan Audi Mok dan Omar K.

Bagi yang ingin mendapatkan album single "Semalam" boleh melayari Facebook milik Haiza iaitu Haiza Deen Full atau Haiza Deen II.

Tempahan juga boleh dibuat menerusi Twitter miliknya iaitu @haizahanafi. via Mstar Online

Haiza

Haiza

Haiza

Haiza

Haiza

Haiza

Haiza

Haiza

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Penyanyi Dangdut, Haiza & Norhanapfe Omar Kahwin
  • Gambar Maya Matahari di Pelancaran Single Haiza
  • Gambar Mawi di Pelancaran Album Terbaru ALLAH HABEEBI
  • Gambar Heliza di Majlis Pelancaran Heliza Helmi Productions & Pelancaran Single Baru
  • Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM
  • Pelancaran Filem Libas & Album Ahli Fiqr IRAMA BERIMAH
  • Gambar Terbaru Ziela Jalil Penerbit Drama Ceplon
  • Majlis Pelancaran Single Album In Heart Hari Ini
  • Aaron Aziz, Johan & Zizan Kini Artis Naungan Astro
  • Gambar Fida di Majlis Pelancaran Single Terbaru IN HEART
  • Liyana Jasmay Akan Bertunang Dengan Jiran

    Posted: 28 Feb 2012 07:22 PM PST

    Kalau dulu Liyana Jasmay Tak Percaya Cinta, katanya dalam lagu lah eh, tapi sekarang Liyana Jasmay dah percaya pada cinta lalu akan bertunang dengan jirannya. Tahniah Liyana Jasmay.

    Liyana Jasmay

    Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 23, telah membuat pengakuan akan bertunang dengan jirannya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan bernama Fathuddin Mazlan pada bulan depan.

    Menurut laporan akhbar Berita Harian, Liyana berkata dia sudah pun menerima cincin merisik daripada bakal tunangnya yang berusia 28 tahun itu.

    "Dia menghantar rombongan merisik pada minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunangan pada bulan depan. Tarikhnya terpaksa dirahsiakan. InsyaAllah tahun depan kami akan berkahwin," katanya.

    Sebelum ini, Liyana yang popular dengan lagu Aku Tak Percaya Cinta itu pernah digosipkan bercinta dengan pengarah muda, Shamsul Yusof dan penyanyi, Aizat.

    "Selama ini pun saya tidak pernah mengatakan yang saya bercinta dengan orang itu atau ini. Semuanya berlaku dengan cukup pantas, itulah yang dinamakan kuasa jodoh. Saya sendiri tidak tahu bila masanya rasa cinta itu datang? Cuma apa yang saya sedar, perasaan itu tiba-tiba hadir dalam diri. Kita hanya boleh tahu perasaan itu apabila kita sendiri mengalaminya," tuturnya.

    Tambah Liyana, dia sendiri tidak menyangka bahawa lelaki yang dicari-cari selama ini rupa-rupanya tinggal berdekatan dengannya.

    Dia juga bersyukur kerana walaupun lelaki pilihannya itu buka daripada kalangan orang seni, dia faham dengan alunan cara kerja Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM) ini.

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Apa Lagi Bakat Liyana Jasmay Ada?
  • Gambar Liyana Jasmay di Red Carpet FFM24
  • Profile & Biodata Liyana Jasmay Pelakon Malaikat Maut
  • Gambar Liyana Jasmay di Anugerah Juara Lagu 26
  • Sharifah Amani & Liyana Jasmay di Festival Filem Malaysia 23
  • Gambar Liyana Jasmay di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Liyana Jasmay di Giant Tambun, Perak
  • Gambar Liyana Jasmay di Duta Baru Cosmetic Maybelline New York
  • Liyana Jasmay di Konsert Jelajah 11 Era
  • Liyana Jasmay di Jelajah Era di Nilai, Negeri Sembilan
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan