Nuffnang

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Funny Comic: Women behaviour, True Story ...

Posted: 28 Feb 2012 08:25 AM PST

WOMEN. WTF.

heheheh..shits happen...
To be honest..yeahhh bende nie memang berlaku dlm hidup sensasi..kuikui.. tp si dia selalu memujuk dan menenangkan diri ini..

Sensasi ingatkan Sensasi je de perangai mcm bipolar disorder ke ape ke kan..rupenyer pompuan lain pun ader jugak..aha..

consider yourself warned!!

Gambar baby Marion Caunter dan SM Nasarudin..

Posted: 28 Feb 2012 08:12 AM PST

Walaupun tak berapa lama selepas melahirkan anak,Marion Caunter tetap maintain slim..Macam tak pernah bersalin pun..mantap gitu...

aa,selalunya lahirkan nak sulung,badan masih senang nak slim..tapi masuk anak kedua dan ketiga,mula lah badan seorang perempuan tue cepat naik,dan susah nak slim..kene kerja keras untuk jaga badan...pengorbanan ibu untuk melahirkan anak dan pengorbnan seorang isteri untuk beri zuriat kepada suami..Sampai habis bentuk badan lari..so suami di luar sana tolong lah hargai isteri anda..

Jom tengok wajah comel bayi Marion nie...sesekali nampak iras si bapa..tapi ada juga iras ibunya..kene tunggu besar sikit baru leh nampak ikut wajah siapa...

Comel nyer anak beranak nie..hehe






Malek Noor bakal berkahwin dengan Doktor pakar

Posted: 28 Feb 2012 08:05 AM PST

Malek Noor bakal berkahwin dengan seorang doktor pakar. Malek berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima orang anak itu akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Baharu, Kelantan pada 12 Mac depan.

Malek yang masih mahu merahsiakan identiti wanita tersebut berkata, dia mengenali doktor berkenaan yang bekerja di sebuah hospital swasta dekat sini sejak empat bulan lalu ketika membincangkan urusan perniagaan. Katanya, selepas pertemuan itu mereka sering berhubung sehinggalah wanita tersebut bertanyakan sama ada selesa atau tidak untuk berkawan. Kata Malek, secara jujurnya dia membalas pertanyaan wanita itu dengan baik sehinggalah timbullah perasaan sayang dalam diri masing-masing. "Sejak hari itu kami sering memanggil diri kami dengan perkataan "sayang" sehinggalah saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai isteri," katanya.


Ekin (Mawi) selamat melahirkan anak sulung perempuan

Posted: 27 Feb 2012 11:22 PM PST

Tahniah kepada pasangan Mawi dan Ekin yang sudah bergelar ibu dan ayah...


Jelas Mawi, bayi seberat 2.8 kilogram itu, telah selamat dilahirkan Ekin atau nama penuhnya Nora'Asikin Rahmat di salah sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor jam 4 pagi tadi.

"Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah dengan kelahiran anak sulung kami ini. Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata apabila melihat cahaya mata sendiri dan menyaksikan proses kelahiran itu.

"Barulah kita tahu kebesaran Tuhan dan kesukaran seorang isteri bertarung nyawa dalam proses kelahiran," katanya

"Ekin sudah mula sakit semalam dan saya terus membawanya ke hospital sekitar jam 7.30 pagi dan dia ditahan di wad.

"Saya dapat melihat kesakitan yang dialaminya dalam proses hendak bersalin itu.Memang lama dia berdepan kesakitan dan kesukaran untuk bersalin.

"Satu pengalaman berharga dan berkat doa akhirnya dia bersalin jam 4 pagi tadi,"katanya.

Tidak kisah dikurniakan cahaya mata perempuan mahu pun lelaki, bagi pemilik nama sebenar Asmawi Ani ini, apa yang penting kesihatan isteri dan bayinya selamat.

Kata Mawi lagi, dia dan Ekin masih lagi mencari nama yang sesuai untuk diberikan kepada cinta hatinya itu.

"Kami masih mencari nama yang sesuai untuk diberikan kepada puteri sulung kami ini. Saya tidak kisah anak sulung lelaki atau perempuan yang penting isteri dan anak saya sihat," ucapnya penuh syukur

Tambah Mawi, dia dan Ekin masih belum bersedia untuk berkongsi kepada peminat wajah puteri sulung mereka.

Namun merancang untuk membuat kenduri doa selamat dan insya-Allah ketika itu wajah cahaya mata sulungnya itu akan dipaparkan.

Gambar Neelofa zaman sekolah,semasa kanak-kanak dan bersama Keluarga

Posted: 27 Feb 2012 11:13 PM PST

Neelofa skrg memang popular dan mendapatperhatian ramaisemenjak menjuarai pertandingan Dewi Remaja,rezekinya dalam bidang seni semakin mencurah-curah.

Jom tengok gambar Neelofa di zaman persekolahan,masa nie Neelofa belajar di MRSM Langkawi...kat sana kan panas,jadi kulit Neelofa jadi gelap.




Gambar keluarga dan adik beradik Neelofa...semuanya cantik-cantik dan kacak belaka..
Maklumlah Neelofa berasal dari Pasir Mas Kelantan,org sana kan byk yang mix dengan thailand.kulit putih-putih belaka.. dan ibu Neelofa pula kacukan pakistan melayu.

Neelofa masa kecik-kecik mempunyai senyuman dan wajah manis sama mcm sekarang..hehe...

Neelofa memang seksi orangnya...
Nie gambar Neelofa sebelum masuk Dewi Remaja..masa nie Rambut Neelofa belum cantik dan tebal seperti skrg....rambut pun memainkan peranan penting dalam mencantikkan personaliti perempuan..kalau pakai tudung lagi lah cantik kan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan