Adsense

Khamis, 5 Mei 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Pelajaran tetap diutamakan

Posted:

Pelajaran tetap diutamakan

Pelajaran tetap diutamakan

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FAUZI BAHARUDIN


KILAFAIRY (kiri), Nurul Elfira Loy dan Nur Fathia merupakan antara bintang baru yang semakin menyinar.


MEMANG tidak dapat dinafikan lagi, peranan ibu memang cukup besar dalam hidup setiap insan di dunia ini.

Kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya memang tidak pernah berbelah bagi.

Begitu juga dengan doa yang sentiasa dikirimkan umpama kuasa sakti yang bisa memudahkan perjalanan hidup yang diharungi dalam apa jua keadaan sekali pun.

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang jatuh pada Ahad ini (8 Mei), Hits telah menggabungkan tiga pelakon muda yang semakin meningkat naik iaitu Nurul Elfira Loy, Nur Fathia Abd. Latiff dan Kilafairy bersama ibu masing-masing.

Semuanya disatukan dalam majlis sambutan Hari Ibu anjuran Rafflesia The Pearl Centre yang telah berlangung di PNB Darby Park Executives Suites, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selepas duduk bersembang dengan ibu kepada ketiga-tiga aktres muda ini, satu kesimpulan dapat dibuat.

Masing-masing mahukan anak perempuan mereka mencapai kejayaan optimum dalam bidang seni dan paling utama, tidak sesekali mengabaikan pelajaran.

Dalam erti kata lain, mereka mahu melihat anak mereka berjaya dalam pelajaran terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan dalam bidang seni.

Tidak paksa anak berlakon

IBU kepada Nurul Elfira Loy iaitu Filzah Yusoff memberitahu dia tidak pernah sesekali memaksa anak keduanya itu menceburi bidang seni.

Apa yang mampu dilakukannya adalah untuk memberikan sokongan dan cadangan terbaik bagi anaknya itu membuat keputusan dalam apa jua yang dilakukannya.

"Sebagai contoh, kalau ada tawaran berlakon, saya akan memberitahu kepada Elfira dan saya tidak pernah paksa untuk dia menerima apa jua tawaran yang mendatang.

"Saya akan menasihatinya untuk berfikir terlebih dahulu dalam menerima sebarang tawaran kerana saya tidak mahu pelajarannya terjejas.

"Apatah lagi dalam usianya 17 tahun itu, dia juga perlu menumpukan perhatian kepada pelajarannya memandangkan dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya tidak kisah kalau anak saya mahu meneruskan minatnya dalam bidang seni tetapi saya juga sering mengingatkan dan bertegas dengannya agar bijak membahagikan masanya," jelas Filzah yang memiliki perwatakan lembut ini lagi.

Nasihat Rohana untuk Kila

SEBAGAI seorang penyanyi yang menceburi bidang seni selama 31 tahun, gosip sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup Rohana Jalil.

Lantaran itu, apabila anak ketiganya, Kilafairy yang kini mengorak langkah sebagai seorang artis dan menerima tempias cerita-cerita yang kurang enak, Rohana akan sentiasa berada di sisinya.

"Sebelum Kila (panggilan mesra untuk Kilafairy) memilih jalan untuk menjadi seorang artis, berkali-kali saya menasihatinya agar bersiap-sedia dengan segala kemungkinan yang akan dihadapi.

"Nasihat saya kepada Kila, dunia seni bukan sesuatu yang indah dan dalam meniti perjalanan menuju kejayaan itu pasti akan ada onak dan durinya. Apatah lagi untuk artis baru sepertinya.

"Ternyata, semangatnya begitu kental dan kuat. Malah, dia juga sudah mula untuk menerima segala-galanya dengan hati terbuka kerana dia tahu apa yang dilakukannya.

"Lagipun bidang seni merupakan minatnya sejak kecil. Jadi, dia akan meneruskan minatnya walaupun perlu menempuhi badai dan gelora dalam bidang seni ini," kata Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil ini tanpa selindung.

Mahu Fathia berjaya

KETIKA kali pertama Nur Fathia menyuarakan hasrat untuk menjadi seorang pelakon, Badriah Sheikh Hassan Badjenik menolak mentah-mentah permintaan anaknya itu.

Semuanya kerana dia tidak mahu anaknya itu akan jauh tersasar daripada matlamat hidup asalnya dengan mengabaikan pelajarannya.

Namun, lama-kelamaan hatinya menjadi lembut dan merestui minat Nur Fathia dengan menetapkan beberapa syarat yang harus dipatuhi.

"Sudah pasti syarat pertama saya dia kena fokus kepada pelajarannya dalam bidang undang-undang yang diambilnya.

"Nasihat saya dia harus bijak mengimbangi antara lakonan dan pelajaran.

"Apa-apa pun, pelajaran tetap penting dan diutamakan kerana ia adalah jaminan hidup di masa depan kerana hidup artis ada pasang dan surutnya.

"Alhamdulillah, Nur Fathia faham dan dia sendiri bijak mengatur jadualnya. Saya berada di sisinya untuk memastikan agar dia tidak tersasar daripada matlamat asalnya," kata wanita jelita berusia 51 tahun ini lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fina bakal juara AF9?

Posted:

Fina bakal juara AF9?

Fina bakal juara AF9?

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASSAN


AZNIL Nawawi menjulang tangan Raqib yang menjadi peserta terbaru yang disingkir daripada AF9.


KONSERT Minggu Keempat Akademi Fantasia 9 (AF9) Sabtu lalu seakan-akan memberi cahaya baru dalam kesuraman program realiti televisyen (TV) yang merupakan musim terakhirnya itu.

Ini kerana, sejak AF9 bersiaran kebanyakan peserta yang ditonjolkan dalam program terbitan Astro Ria itu belum menunjukkan penyerlahan suara yang betul-betul memukau para penonton.

Malah, para pengkritik pertandingan nyanyian itu, Fauziah Ahmad Daud dan Hattan setakat ini belum meluahkan pujian yang tinggi melangit sehinggalah konsert mingguan yang lalu itu.

Pada konsert mingguan AF9 itu, kemasukan Fina buat julung kalinya menerusi Operasi Gugur minggu lalu ternyata bukan setakat menarik perhatian para penonton, tetapi juga pengkritik tersebut.

Fina yang menyanyikan lagu All By Myself (Celine Dion) menunjukkan keupayaan suaranya yang bertenaga sehingga suasana di Studio 1 Astro menjadi gamat dengan pekikan para penonton.

Hattan yang sebelum ini tanpa belas kasihan sering melontarkan kritikan-kritikannya yang pedas terhadap kebanyakan peserta AF9 seolah-olah termanggu dengan kehebatan vokal Fina.

"Bagi saya, awak (Fina) adalah juara dalam pencarian ini. Kalau bukan daripada segi khidmat pesanan ringkas (SMS), kita sebenarnya sudah jumpa juara AF9," komennya seperti berterus terang.

Peserta AF9 berusia 18 tahun berasal dari Melaka itu memang mengujakan kerana biarpun baru pertama kali ditampilkan melalui program itu tetapi dia sudah menunjukkan auranya sendiri.

Pemilik nama sebenar Nur Shafinaz Jebat yang diserapkan dalam AF9 pada minggu lalu kerana sebelum ini dia berusia bawah 18 tahun sewaktu menyertai uji bakat program ini.

Malah, Fina yang turut dimasukkan bersama Hazama telah menunjukkan peningkatan apabila berada di tangga ke dua dengan undian SMS 14 peratus selepas Hazama (18 peratus).

AF9 terus merungkai episod duka apabila Raqib menjadi peserta yang disingkirkan daripada AF9 apabila menerima undian SMS terendah iaitu sebanyak 8 peratus daripada para penonton.

Selain Hazama dan Fina undian SMS yang diterima diikuti oleh Lena (13 peratus), Erul (10 peratus), Nera (10 peratus), Afif (10 peratus), Azri (9 peratus) dan Kay (8 peratus).

Bukan setakat Hattan, malah Pengetua AF9, Amy Search juga mengakui kehebatan vokal Fina yang lantang serta berupaya menyanyikan lagu-lagu yang bernada tinggi.

"Saya melihat keupayaan Fina itu sewaktu pertama kali melihatnya menyanyi di mana selepas itu saya terus memberikannya lagu-lagu bernada tinggi. Saya yang pilihkan lagu untuk dia malam ini.

"Saya sengaja mahu melihat kemampuannya menyanyikan lagu seperti All By Myself. Saya beri cabaran itu supaya para penonton akan dapat melihat kekuatan vokalnya," jelasnya.

Bukan AF9 jika tiada sebarang kejutan apabila minggu lalu program realiti TV itu sekali lagi melakukannya dengan tidak mengumumkan seorang lagi peserta yang sepatutnya disingkirkan.

Pengacara pertandingan itu, Aznil Nawawi berkata, kejutan itu secara tidak langsung akan memberi ruang para peserta AF9 yang ada mempertingkatkan mutu persembahan mereka.

"Secara tidak langsung ia juga akan memberi peluang kepada para peminat supaya terus mengundi peserta pilihan mereka. Ini adalah kejutan yang tidak pernah dilakukan dalam AF," ujarnya.

Sementara itu, Raqib atau Fahrur Raqib Abdul Majid, 20, berkata, dia berasa terkilan kerana disingkirkan daripada AF9 biarpun menunjukkan prestasi persembahan yang baik malam itu.

Bagaimanapun, peserta berasal dari Kelebang Jaya, Melaka itu tidak mahu menyalahkan kemasukan Fina dan Hazama sebagai salah satu punca penyingkirannya itu.

"Bagi saya, kemasukan Fina dan Hazama dalam AF9 memberi semangat buat saya dan para peserta yang lain. Kemasukan mereka berdua dalam AF9 bukan satu tekanan buat kami.

"Sebaliknya, kami berasa bangga kerana pada malam ini telah menunjukkan prestasi yang baik biarpun sebelum ramai orang mengata persembahan kami," katanya selepas konsert itu.

Dengan penyingkiran Raqib yang pada konsert itu menyanyikan lagu Menghitung Hari (Kris Dayanti), AF9 diteruskan saingannya oleh Erul, Nera, Lena, Afif, Hazama, Azri, Kay dan Fina.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.